ECTL 2002 PEDAGOGI & ANDRAGOGI by Khadijah Radzuan

Pedagogi
Pedagogi adalah satu teknik pengajaran yang kebanyakannya berlaku di dalam bilik kuliah, guru menyampaikan syarahan dengan harapan agar pelajar menerima dan mempercayai apa yang diajar oleh guru tersebut. Guru mencurahkan ilmu dengan andaian seperti mencurahkan air pada tin yang kosong.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah syarahan satu hala dalam kelas, pelajar bertanya sekiranya tidak faham, menjawab kuiz untuk melihat sejauh mana kefahaman pelajar dan pelajar menjawab peperiksaan bagi menilai sekiranya pelajar dapat menerima apa yang diajar oleh guru tersebut.

Konsep Pelajar (Concept of the Learner)
Semasa proses pematangan, seseorang akan berubah iaitu daripada bergantung kepada orang lain kepada meningkatkan hala tuju kendiri, tetapi pada kadar yang berbeza bagi individu yang berbeza dan dalam dimensi kehidupan yang berlainan. Pensyarah bertanggungjawab untuk menggalakkan dan membimbing perubahan ini. Pelajar dewasa mempunyai keperluan psikologi yang mendalam untuk menjadi seseorang yang mempunyai hala tuju kendiri, tetapi mereka mungkin bergantung kepada orang lain dalam situasi-situasi tertentu.

Peranan Pengalaman Pelajar (Role of the Learner’s Experience)
Sejajar dengan sifat manuasia iaitu membesar dan membangun, pelajar dewasa mengumpul sejumlah pengalaman yang boleh menjadi sumber yang kaya untuk pembelajaran bagi diri sendiri dan orang lain. Tambahan pula, pelajar menerapkan lebih banyak makna ke dalam pembelajaran yang mereka hasilkan daripada pengalaman berbanding dengan pengalaman yang diperolehi secara pasif. Sewajarnya, Teknik-teknik penting dalam Pendidikan adalah melibatkan pengalaman seperti eksperimen makmal, perbincangan kes-kes penyelesaian masalah, pengalaman lapangan dan sebagainya.

Kesediaan untuk Belajar (Readiness to Learn)
Pelajar dewasa mulai bersedia untuk belajar sesuatu perkara apabila mereka mempunyai pengalaman dan keperluan untuk belajar bagi membolehkan mereka berpuas hati dengan tugasan dan ujian hidup yang sebenar. Pendiidkan mempunyai tanggungjawab untuk menghasilkan persekitaran kondusif dan menyediakan peralatan serta prosedur yang membantu pelajar memperolehi keperluan untuk tahu. Program pembelajaran sepatutnya diatur berdasarkan aplikasi kehidupan sebenar dan disusun mengikut tahap kesediaan pelajar untuk belajar.

Perspektif Masa (Time Persepective)
Pembelajaran mestilah berkaitan dengan masalah sebenar dan berorientasikan tugasan. Pelajar berminat dengan aplikasi pengetahuan yang segera (immediate application of knowledge). Aktiviti pembelajaran perlu jelas dengan kesesuaian keperluan pelajar dewasa.

Orientasi Pembelajaran (Orientation to Learning)
Pelajar melihat pendidikan sebagai proses membina peningkatan kecekapan untuk mencapai potensi keseluruhan dalam hidup. Mereka perlukan kemahiran untuk mengaplikasikan apa jua pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pada hari ini untuk hidup dengan lebih efektif pada hari esok. Oleh itu, pengalaman pembelajaran perlu disusun di sekitar kategori pembangunan kompetensi kerana orientasi pembelajaran mereka adalah berteraskan pencapaian.

Pengukuhan positif
Memberikan pujian kepada pelajar di hadapan kelas, menjadikan pelajar tersebut sebagai contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.

Pengukuhan negatif
Menegur pelajar yang membuat bising, mengingatkan pelajar bahawa markah tidak diambil sekiranya lambat menghantar tugasan.

Hukuman positif
Mengarahkan pelajar yang lewat ke kelas berdiri di luaar kelas atau berdiri di hadapan kelas.

Hukuman negatif
Tidak membenarkan pelajar masuk ke kelas sekiranya lambat, tidak membenarkan pelajar mengambil ujian pertengahan semester disebabkan sengaja ponteng kelas.

Teori pembelajaran konstruktivisme
Saya berminat dengan teori pembelajaran konstruktivisme kerana dapat menggalakkan pelajar membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah pembelajaran berasaskan masalah, berdasarkan situasi dan sebagainya. Apa yang saya akan lakukan, sebagai seorang pensyarah dalam bidang fiqh, pensyarah akan mengemukakan permasalah semasa, isu terkini yang tidak berlaku pada zaman Rasulullah seperti keharusan bank susu ibu dan meminta pelajar memberikan pendapat berdasarkan kaedah fiqh yang dipelajari. Aktiviti ini akan membolehkan seseorang pelajar pandai menggunakan kaedah fiqh berdasarkan situasi tertentu.

Kemahiran penyampaian yang berkesan
Kriteria yang pertama adalah seseorang pendidik perlu mempunyai kemahiran penyampaian yang berkesan terhadap pelajar. Ini adalah bertujuan untuk memastikan pengajaran pendidik tersebut sampai dan diterima oleh pelajar.

Contoh yang boleh dilihat adalah seseorang pendidik yang bersyarah di dalam kelas boleh menjawab dan menerangkan persoalan dan pertanyaan daripada pelajar. Ini menunjukkan bahawa penyampaian seseorang pendidik itu jelas dan boleh difahami oleh pelajar dan pendidik itu menguasai matapelajaran yang diajar.

Peka kepada pelajar
Kriteria yang kedua adalah pendidik perlu peka kepada pelajar iaitu sekiranya pelajar tersebut lemah di dalam pelajaran dan sebagainya, sebagai seseorang pendidik, ia haruslah mengambil tindakan selanjutnya dan bukan hanya membiarkan pelajar tersebut terus bermasalah. Sebagai seorang pendidik jugak perlu sentiada mendorong pelajar untuk mengemukakan idea baru, menggalakkan pelajar meneroka dan mengembangkan idea.

Sebagai contoh, apabila dilihat pelajar tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas, pendidik perlu mendapatkan idea atau cadangan daripada pelajar tentang aktiviti pembelajaran yang dapat membantu pelajar lebih berinteraksi dalam pembelajaran.