Haa Tepuk !! by Z. Harun

HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA LAIN
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara (Sultan Iskandar Shah)  dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan negeri-negeri yang berhampiran. Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam

Sejarah perkembagan ISLAM di Nusantara. Pertemuan Batu Bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Sejarah masuknya Islam ke Nusantara ialah melalui kegiatan pelayaran. Hubungan masyarakat antara Indonesia dengan para pedagang muslim Gurajat ,Arap, Persia telah membawa pengaruh besar. Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara. Pada awal abad ke-13, wujudlah perkampungan masyarakat muslim di pesisir samudra, kurang dari 15km dari Ihoksemawe. Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh, yang meninggal pada 696H/1297 masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkembangan islam di nusantara antaranya pedagangan. Para pedagang arab,india dan pasai mempunyai kegiatan perdagangan di nusantara sejak abad ke 8 atau abad ke 9 masihi. Selain itu pedagang luar boleh mengahwini gadis tempatan bagi memboleh kan mereka menjalinkan hubungan yang baik dengan pedagang lain yang datang dari pelbagai kawasan di nusantara. Seterusnya ialah faktor institusi pendidikan, dimana para pelajar yang menerima ilmu pengetahuan dan ajaran islam akan menyebarkan pula di tempat masing-masing setelah tamat pengajian .

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Batu Bersurat Terengganu merupakan sumber utama bagi mengetahui tentang bagaimana bentuk pengamalan undang-undang Islam di dalam institusi Melayu dahulu. Selain itu, Batu Bersurat Terengganu mengandungi konsep cara hidup Islam yang syumul seperti keterangan tentang konsep Tauhid dan sistem perundangan Islam yang merupakan gabungan antara undang-undang adat dan Islam.