INSTITUSI KEKELUARGAAN MUSLIM (LMCR 1692) by SYAMSUL HADI

TASK 1: Padlet.Com
1. 1 hadith berkaitan pendidikan kepada pasangan (keperluan/kewajipan).

2. Berikan huraian kepada hadith tersebut (1 stick note untuk 1 hujah).

3. Huraian daripada aspek:

Kepentingan hadith.

Sasaran hadith.

Sumber asal keperluan hadith tersebut : menguatkan/menjelaskan ayat al-Quran yang mana?

Kaitan hadith dengan semasa (keperluan/situasi/isu).

4. Initial.

1. HADITH PENDIDIKAN KEPADA PASANGAN: KEWAJIPAN ISTERI TAAT KEPADA SUAMI
Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتِ اْلمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيْلَ لَهَا ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِهَا شِئْتِ

Maksudnya:
"Apabila seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya) dan TAAT KEPADA SUAMINYA, maka akan dikatakan kepadanya (di akhirat nanti): "Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang kamu kehendaki."
- [Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad (XVI/228, no. 250), dan dinilai SAHIH di dalam kitab Sahih al-Jami' al-Saghir (no. 660)].

Terdapat sebuah lagi hadith yang memberikan pengertian yang sama iaitu sabda Rasulullah SAW:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Maksudnya:
"Apabila seseorang isteri mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya) dan TAAT KEPADA SUAMINYA, nescaya dia akan masuk ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang dikehendakinya."
- [Hadith HASAN SAHIH. Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban (no. 1296 di dalam kitab al-Mawarid) daripada Abu Hurairah r.a. Rujuk: Sahih Mawarid al-Zam’an (no. 1081)].

Istilah TAAT di sini bermaksud suami memiliki hak terhadap isterinya untuk DITAATI dalam seluruh perkara ma'ruf (kebaikan) asalkan ia bukan perkara dosa dan maksiat yang dilarang oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْـمَعْرُوْفِ

Maksudnya:
"Ketaatan itu hanyalah dalam perkara yang ma’ruf (kebaikan)."
- [Hadith SAHIH riwayat Imam al-Bukhari (no. 7145) dan Imam Muslim (no. 4742)].

Baginda SAW juga pernah bersabda:

لاَ طَاعَةَ لِـمَخْلُوْقٍ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ

Maksudnya:
"Tiada ketaatan kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada Allah."
- (Hadith riwayat Imam Ahmad, 1/131. Hadith ini DISAHIHKAN SANADNYA oleh Syeikh Ahmad Syakir di dalam syarah dan catatan kakinya terhadap Musnad al-Imam Ahmad, dan DISAHIHKAN pula di dalam al-Sahihah, no. 181).

2. HURAIAN 1 (1): KEPENTINGAN HADITH – TAAT KEPADA SUAMI IALAH CIRI-CIRI WANITA YANG TERBAIK
Antara ciri-ciri wanita yang terbaik menurut Islam ialah seseorang isteri yang TAAT KEPADA SUAMINYA. Perkara ini dijelaskan di dalam beberapa hadith Rasulullah SAW seperti berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata bahawa:

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ

Maksudnya:
Pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW: "Siapakah wanita yang paling baik?" Jawab Baginda: "(Iaitu wanita) yang paling menyenangkan jika dilihat oleh suaminya, MENTAATI SUAMINYA jika disuruh, dan tidak menyalahi (melawan) suami pada diri dan hartanya sehingga membuatkan suaminya benci."
- [Hadith HASAN SAHIH riwayat Imam al-Nasa'i (no. 3231) dan Imam Ahmad (2: 251)].

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Umar al-Khattab r.a:

أَلاَ أُخْبِرَكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ، اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهَ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهَ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهَ

Maksudnya:
"Mahukah aku beritahu kepada kamu mengenai sebaik-baik perbendaharaan (harta) bagi seseorang lelaki (suami)? Iaitu isteri yang solehah apabila dipandang akan menyenangkan (suaminya), apabila disuruh dia (isteri) akan MENTAATINYA, dan apabila dia (suami) pergi (keluar rumah), si isteri ini akan menjaga dirinya."
- [Hadith riwayat Imam Abu Daud (no. 1417). Syeikh Muqbil rahimahullah telah berkata di dalam kitab al-Jami' al-Sahih (3/57) bahawa: "Hadith ini SAHIH mengikut syarat Imam Muslim."].

Terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Salam r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

خَيْرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ، وَتُطِيْعُكَ إِذَا أَمَرْتَ، وَتَحْفَظُ غَيْبَتَكَ فِيْ نَفْسِهَا وَمَالِكَ

Maksudnya:
"Sebaik-baik isteri ialah (wanita) yang kamu senang jika melihatnya, (dia akan) TAAT jika kamu menyuruhnya, dan (dia akan) menjaga dirinya dan harta kamu (ketika suami keluar rumah)."
- [Hadis SAHIH. Rujuk: Sahih al-Jami’ al-Saghir (no. 3299)].

Berdasarkan ketiga-tiga hadith di atas, jelas menunjukkan bahawa wanita yang paling baik menurut Islam ialah isteri yang MENTAATI SUAMINYA. Ia juga merupakan ciri-ciri wanita yang SOLEHAH. Isteri solehah yang sentiasa mentaati suaminya dianggap seperti sebaik-baik perbendaharaan (harta) bagi seseorang suami.

3. HURAIAN 1 (2): KEPENTINGAN HADITH – SUAMI IALAH SYURGA DAN NERAKA BAGI ISTERI
Al-Husain bin Mihsan telah menceritakan bahawa ibu saudaranya pernah datang ke tempat Nabi SAW kerana mempunyai suatu urusan. Selepas selesai urusan tersebut, Rasulullah SAW bertanya kepadanya:

أَذَاتُ زَوْجٍ أَنْتِ؟ قَالَتْ: نَعَمْ. قَالَ: كَيْفَ أَنْتِ لَهُ؟ قَالَتْ: مَا آلُوْهُ إِلاَّ مَا عَجَزْتُ عَنْهُ. قَالَ: فَانْظُرِيْ أينَ أَنْتِ مِنْهُ، فَإنَّمَا هُوَ جَنَّتُكِ وَنَارُكِ

Maksudnya:
"Adakah kamu sudah bersuami?" Ibu saudara al-Husain bin Mihsan menjawab: "Sudah." (Rasulullah SAW bertanya lagi): "Bagaimanakah (sikap) kamu terhadap suami kamu?" Dia menjawab: "Aku tidak pernah mengurangkan haknya kecuali dalam perkara yang aku tidak mampu." (Rasulullah SAW bersabda): "Lihatlah di mana keberadaan kamu dalam pergaulan dengan suami kamu. Ini kerana suami kamu ialah SYURGA dan NERAKA bagi kamu."
- [Hadith SAHIH riwayat Ibnu Abi Syaibah (VI/233, no. 17293), al-Nasa'i di dalam kitab Isyratin Nisa (no. 77-83), Ahmad (IV/341), al-Hakim (II/189) dan al-Baihaqi (VII/291), daripada ibu saudara al-Husain bin Mihsan r.a. Imam al-Hakim berkata bahawa "SANADNYA SAHIH" dan ia disepakati oleh Imam al-Zahabi].

Hadith di atas menggambarkan perintah Rasulullah SAW untuk memperhatikan hak suami yang perlu dipenuhi oleh isterinya. Ini kerana suami ialah syurga dan neraka bagi isteri. Apabila seseorang isteri itu TAAT KEPADA SUAMINYA, maka dia akan masuk ke dalam syurga. Tetapi jika dia mengabaikan hak suami dan tidak taat kepada suaminya, maka akan menyebabkan si isteri mendapat balasan azab neraka.

4. HURAIAN 1 (3): KEPENTINGAN HADITH - MENGHORMATI DAN MEMULIAKAN SUAMI
Seseorang isteri yang TAAT KEPADA SUAMI merupakan isteri yang menghormati dan memuliakan suaminya. Seseorang isteri perlu menghormati dan memuliakan suaminya kerana di dalam Islam, suami mempunyai kedudukan yang sangat tinggi berbanding isterinya. Perkara ini telah dijelaskan menerusi hadith Rasulullah SAW.

Nabi SAW bersabda:

لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِغَيْرِ اللَّهِ، لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا

Maksudnya:
"Sekiranya aku (Rasulullah SAW) boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada selain Allah, (maka) sudah pasti aku akan menyuruh perempuan (isteri) untuk sujud kepada suaminya."
- (Hadith SAHIH riwayat Imam Abu Daud, no. 1828).

Di dalam sebuah hadith lain yang memberikan maksud yang sama, Rasulullah SAW bersabda:

لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ ِلأَحَدٍ َلأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا

Maksudnya:
"Seandainya aku (Rasulullah SAW) boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada seseorang, maka aku akan perintahkan wanita (isteri) untuk sujud kepada suaminya."
- [Hadith HASAN SAHIH. Diriwayatkan oleh at-Tirmizi (no. 1159), Ibnu Hibban (no. 1291 di dalam al-Mawarid) dan al-Baihaqi (VII/291), daripada Abu Hurairah r.a. Hadith ini juga diriwayatkan oleh beberapa orang Sahabat Nabi SAW. Rujuk: Irwa al-Ghalil (no. 1998)].

Sujud merupakan suatu bentuk ketundukan dan kepatuhan tertinggi sepertimana yang terdapat di dalam kedua-dua hadith di atas, di mana ia membawa pengertian bahawa suami mendapat hak terbesar ke atas KETAATAN ISTERI kepadanya. Walau bagaimanapun, perkataan di dalam kedua-dua hadith di atas iaitu: "Seandainya/sekiranya aku boleh...," menunjukkan bahawa sujud kepada sesama manusia sebenarnya adalah dilarang dan hukumnya haram di dalam Islam. Ini kerana manusia hanya perlu sujud kepada Allah SWT untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada-Nya, dan bukannya sujud kepada makhluk ciptaan-Nya.

5. HURAIAN 1 (4): KEPENTINGAN HADITH – BERUSAHA MENDAPATKAN REDHA SUAMI
Seseorang isteri yang TAAT KEPADA SUAMINYA akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan REDHA suaminya walau dengan apa cara sekalipun selagimana ia tidak bertentangan dengan Syari'at Islam. Ini kerana ganjaran syurga akan menanti seseorang isteri yang berjaya mendapatkan redha suaminya. Perkara ini telah dijelaskan oleh Islam menerusi hadith Rasulullah SAW iaitu:

أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِنِسَائِكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ اَلْوَدُوْدُ الْوَلُوْدُ الْعَؤُوْدُ عَلَى زَوْجِهَا، الَّتِى إِذَا غَضِبَ جَاءَتْ حَتَّى تَضَعَ يَدَهَا فِي يَدِ زَوْجِهَا، وَتَقُوْلُ: لاَ أَذُوقُ غَضْمًا حَتَّى تَرْضَى

Maksudnya:
"Mahukah aku (Rasulullah SAW) beritahu kepada kamu semua (para Sahabat) mengenai isteri-isteri kamu yang akan menjadi penghuni syurga? (Iaitu) isteri yang penuh dengan (sifat) kasih-sayang, (melahirkan) ramai anak, selalu kembali (setia) kepada suaminya, di mana apabila suaminya marah, dia akan pergi kepada suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya sambil berkata: "Aku tidak dapat tidur (lena) sebelum kamu (suami) REDHA."
- [Hadith riwayat Imam al-Nasa'i di dalam Isyratun Nisa (no. 257) dan Silsilah al-Ahadith al-Sahihah (no. 287)].

Di dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW juga telah menyatakan pengertian yang sama mengenai sifat-sifat wanita penghuni syurga iaitu:

وَنِسَاؤُكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ: اَلْوَدُوْدُ الْوَلُوْدُ الْعَؤُوْدُ عَلَى زَوْجِهَا؛ اَلَّتِي إِذَا غَضِبَ جَائَتْ حَتَّى تَضَعَ يَدَهَا فِيْ يَدِ زَوْجِهَا وَتَقُوْلُ: لاَ أَذُوْقُ غَمْضًا حَتَّى تَرْضَى

Maksudnya:
"Wanita-wanita kamu semua yang (akan) menjadi penghuni syurga ialah (isteri) yang penuh (dengan sifat) kasih-sayang, (melahirkan) ramai anak, dan sentiasa kembali (setia) kepada suaminya, di mana apabila suaminya marah, dia akan pergi kepadanya dan meletakkan tangannya di atas tangan suaminya dan berkata: "Aku tidak dapat tidur lena sehingga kamu (suami) REDHA."
- [Hadith HASAN. Diriwayatkan oleh Imam at-Tabarani di dalam Mu’jamul Kabir (XIX/140, no. 307) dan Mu’jamul Ausat (VI/301, no. 5644) dan Imam al-Nasa'i di dalam Isyratun Nisa (no. 257)].

6. HURAIAN 1 (5): KEPENTINGAN HADITH – SENTIASA BERADA DI RUMAH DAN TIDAK BERTABARRUJ APABILA KELUAR RUMAH
Bagi memenuhi maksud KETAATAN KEPADA SUAMI, seseorang isteri hendaklah sentiasa berada di rumah dan tidak bertabarruj (berhias diri) ketika keluar rumah. Ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam al-Quran iaitu:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ ۖ وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

Maksudnya:
"Dan hendaklah kamu (para isteri) tetap diam (tinggal) di rumah kamu, dan janganlah kamu mendedahkan diri (berhias) sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah pada zaman dahulu. Dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat. Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya."
- (Surah al-Ahzab, ayat 33).

Imam Ibnu Kathir ketika menafsirkan ayat al-Quran di atas, beliau menyatakan bahawa (maksudnya):

"Istiqamahlah di rumah-rumah kamu semua (wahai para isteri) dan janganlah (kamu) keluar tanpa sebarang hajat (keperluan). Di antara hajat-hajat yang memenuhi Syari'at (Islam) ialah solat di masjid dengan mematuhi syaratnya, sepertimana sabda Rasulullah SAW iaitu: "Janganlah kamu semua melarang hamba-hamba Allah (daripada kalangan) wanita menuju ke masjid-masjid Allah, dan hendaklah mereka (para wanita) keluar (rumah) dengan TIDAK memakai wangi-wangian." Di dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa: "Dan rumah-rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka (para wanita)." - (Hadith ini terhimpun di dalam kitab Sunan Abu Daud dan Musnad al-Imam Ahmad)."

Imam Ibnu Kathir menyatakan lagi bahawa Imam al-Bazzar telah meriwayatkan dengan sanadnya dan begitu juga dengan Imam Abu Daud, bahawa Nabi SAW telah bersabda (maksudnya):

"Solat seseorang wanita di dalam biliknya adalah lebih baik daripada solat di rumahnya. Dan solat di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di luar rumahnya." - (ISNAD hadith ini JAYYID).

Kepentingan seseorang wanita supaya sentiasa berada di rumah sepertimana yang dinyatakan di dalam ayat al-Quran di atas, diperkuatkan lagi dengan hadith Rasulullah SAW iaitu:

إِنَّ الْمَرْأَةَ عَوْرَةٌ، وَإِنَّهَا إِذَا خَرَجَتْ مِنْ بَيْتِهَا اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ فَتَقُولُ: مَا رَآنِي أَحَدٌ إِلا أَعْجَبْتُهُ، وَأَقْرَبُ مَا تَكُونُ إِلَى اللَّهِ إِذَا كَانَتْ فِي قَعْرِ بَيْتِهَا”

Maksudnya:
"Sesungguhnya perempuan itu aurat. Jika dia keluar rumah, maka syaitan akan menyambutnya. Keadaan perempuan yang paling dekat dengan Allah ialah ketika dia berada di dalam rumahnya."
- (Hadith riwayat Imam Ibnu Khuzaimah, no. 1685. Hadith ini mempunyai SANAD YANG SAHIH).

7. HURAIAN 1 (6): KEPENTINGAN HADITH – WAJIB TUNAIKAN HAK SUAMI
Sesungguhnya hak suami ke atas isterinya mempunyai kedudukan yang sangat tinggi. Islam telah mengiktiraf hak seseorang suami ke atas isterinya. Sesungguhnya seseorang isteri yang menunaikan hak suaminya ialah merupakan isteri yang TAAT KEPADA SUAMI.

Rasulullah SAW bersabda:

حَقُّ الزَّوْجِ عَلَى زَوْجَتِهِ أَنْ لَوْ كَانَتْ بِهِ قَرْحَةٌ فَلَحَسَتْهَا مَا أَدَّتْ حَقَّهُ

"Hak bagi seseorang suami ke atas isterinya ialah jika dia (suami) mempunyai luka di kulitnya, kemudian si isteri menjilatnya (luka tersebut), maka pada hakikatnya dia (si isteri) belum benar-benar memenuhi haknya (suami)."
- [Hadis SAHIH. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (XVI/227, no. 247). Rujuk: Sahih al-Jami' al-Saghir (no. 3148)].

Di dalam hadith yang lain, Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ تُؤَدِّى الْمَرْأَةُ حَقَّ رَبِّهَا حَتَّى تُؤَدِّى حَقَّ زَوْجِهَا وَلَوْ سَأَلَهَا نَفْسَهَا وَهِيَ عَلَى قَتَبٍ لَمْ تَمْنَعْهُ

Maksudnya:
"Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya (kuasa-Nya), seseorang wanita itu tidak akan dapat menunaikan hak Allah sebelum dia menunaikan hak suaminya. Jika suami meminta dirinya, sedangkan dia (isteri) berada di atas punggung (menaiki) unta, maka dia (isteri) tetap tidak boleh menolak (ajakan suaminya)."
- [Hadith SAHIH. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah (no. 1853), Ahmad (IV/381) dan Ibnu Hibban (no. 1290 di dalam al-Mawarid), daripada Abdullah bin Abi Aufa r.a].

8. HURAIAN 1 (7): KEPENTINGAN HADITH – BEKERJA DAN BERKHIDMAT KEPADA SUAMI
Sesungguhnya seseorang isteri yang TAAT KEPADA SUAMI ialah isteri yang bekerja dan berkhidmat kepada suaminya. Seseorang suami berhak untuk mendapat khidmat dan layanan yang terbaik daripada isterinya. Para Sahabat Nabi Muhammad SAW daripada kalangan wanita merupakan contoh ikutan yang terbaik kepada seluruh Muslimah di sepanjang zaman.

Contohnya ialah seperti Asma binti Abu Bakar al-Siddiq r.a. Beliau berkhidmat kepada suaminya iaitu al-Zubair ibnu al-Awwam. Asma menguruskan haiwan tunggangan (kuda) suaminya, memberi makan dan minum kepada kudanya, menjahit (pakaian), menampal bekas (airnya), dan mengadun tepung untuk membuat makanan. Beliau juga memikul biji-bijian (tanaman) daripada tanah milik suaminya, walaupun jarak tempat tinggalnya dengan tanah tersebut sekitar 2/3 farsakh. - [Rujuk: Riwayat Imam al-Bukhari (no. 5224) dan Imam Muslim (no. 2182)].

Begitu juga dengan Sayyidatina Fatimah r.a (anak perempuan Rasulullah SAW) yang berkhidmat kepada suaminya iaitu Sayyidina Ali bin Abu Talib r.a, sehingga kedua-dua tangan Sayyidatina Fatimah r.a melecet kerana menggiling gandum. - [Rujuk: Riwayat Imam al-Bukhari (no. 6318) dan Imam Muslim (no. 2727)].

Diriwayatkan bahawa seorang Sahabat Rasulullah SAW iaitu Jabir bin Abdullah r.a telah menikahi seorang janda supaya dapat berkhidmat kepadanya dengan menguruskan 7 atau 9 orang saudara perempuannya (adik-beradiknya) yang masih muda. Jabir r.a berkata kepada Rasulullah (maksudnya):

"Ayahku Abdullah telah meninggal dunia, dan dia telah meninggalkan ramai anak perempuan. Aku tidak suka membawakan di tengah-tengah mereka akan wanita yang sama (usia) dengan mereka. Maka aku pun menikahi seorang wanita yang dapat menguruskan dan merawati mereka."

Lalu Rasulullah (SAW) pun mendoakan Jabir r.a seperti berikut:

(فَباَرَكَ اللهُ لَكَ (أَوْ: خَيْرًا

Maksudnya:
"Semoga Allah memberkati kamu." Atau: "Semoga kebaikan untuk kamu."
- [Hadith SAHIH riwayat Imam al-Bukhari (no. 5367) dan Imam Muslim (no. 3623)].

9. HURAIAN 1 (8): KEPENTINGAN HADITH – JANGAN MENYAKITI HATI SUAMI
Seseorang isteri yang menyakiti hati suami sama ada melalui perbuatan, tingkah-laku mahupun perkataan adalah dianggap sebagai menderhaka dan tidak taat kepada suaminya, bahkan mendapat kecelakaan daripada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تُؤْذِى امْرَأَةٌ زَوْجَهَا فِى الدُّنْيَا إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ لاَ تُؤْذِيهِ قَاتَلَكِ اللَّهُ فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَكِ دَخِيلٌ يُوشِكُ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا

Maksudnya:
"Jika seseorang isteri menyakiti suaminya di dunia, maka calon isterinya di akhirat nanti daripada kalangan bidadari (syurga) akan berkata: "Janganlah kamu menyakitinya! Semoga Allah mencelakakan kamu! Kerana dia (suami) hanya sementara sahaja bersama dengan kamu (di dunia). Sebentar lagi dia akan berpisah (dengan kamu) dan akan kembali kepada kami (para bidadari syurga)."
- [Hadith riwayat Imam at-Tirmizi (no. 1174) dan Imam Ibnu Majah (no. 2014). Al-Hafiz Abu Tahir menyatakan bahawa SANAD hadith ini HASAN).

Di dalam hadith lain yang memberikan pengertian yang sama, Rasulullah SAW telah bersabda:

لاَ تُؤْذِى امْرَأَةٌ زَوْجَهَا فِي الدُّنْيَا إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ: لاَ تُؤْذِيْهِ قَاتَلَكِ اللهُ، فَإِنَّمَا هُوَ دَخِيْلٌ عِنْدَكَ يُوْشِكُ أَنْ يُفَارِقَكَ إِلَيْنَا

Maksudnya:
"Tidaklah seseorang isteri menyakiti suaminya di dunia, kecuali isterinya daripada (kalangan) para bidadari (di syurga) akan berkata kepadanya: "Janganlah kamu menyakitinya (suami), atau Allah akan mencelakakan kamu! Dia (suami) ialah jagaan (sementara) bagi kamu yang sebentar lagi akan meninggalkan kamu untuk kembali kepada kami (para bidadari syurga)."
- [Rujuk: Sunan at-Tirmizi (II/320, no. 1184)].

10. HURAIAN 2: SASARAN HADITH
Hadith tersebut ditujukan kepada para wanita Islam (Muslimah) supaya berlaku TAAT KEPADA SUAMI di samping menjaga kehormatan diri serta taat kepada perintah Allah SWT dengan mendirikan solat fardhu dan berpuasa di bulan Ramadhan. Isteri yang TAAT KEPADA SUAMI, menjaga kehormatan diri dan taat kepada perintah Allah SWT, maka mereka ini tergolong daripada kalangan wanita yang SOLEHAH. Ganjaran bagi mereka ialah mendapat syurga dengan diberikan pilihan untuk masuk melalui mana-mana pintu syurga yang mereka kehendaki.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

Maksudnya:
"Wanita (isteri) yang solehah ialah (mereka) yang TAAT lagi memelihara diri ketika suaminya tiada (di rumah), kerana Allah telah memelihara mereka."
- (Surah al-Nisa, ayat 34).

Di dalam ayat di atas, dinyatakan bahawa antara sifat wanita yang solehah ialah mereka yang taat kepada Allah dan kepada suami mereka dalam perkara yang ma'ruf (kebaikan) serta memelihara kehormatan diri mereka ketika suami tidak berada di samping mereka.

Imam Ibnu Jarir at-Tabari ketika menafsirkan ayat al-Quran di atas di dalam kitab tafsirnya, beliau menyatakan bahawa (maksudnya):

"Wanita (isteri) tersebut menjaga dirinya ketika suaminya tiada (di rumah). Dia juga menjaga kemaluannya (kehormatan diri) dan harta suaminya. Di samping itu, dia wajib menjaga hak Allah dan hak selain daripada itu."

Syeikh Abdur Rahman bin Nasir al-Sa'di rahimahullah menyatakan di dalam kitabnya Taisir al-Karim al-Rahman bahawa (maksudnya):

"Tugas seseorang isteri ialah menunaikan ketaatan kepada Tuhannya dan TAAT KEPADA SUAMINYA. Kerana itulah Allah SWT berfirman: "Wanita solehah ialah (mereka) yang TAAT,” iaitu taat kepada Allah SWT, "Lagi memelihara diri (mereka) ketika suaminya tiada (di rumah)," iaitu TAAT KEPADA SUAMI MEREKA, bahkan ketika suaminya tiada (iaitu keluar rumah atau bermusafir), maka dia menjaga dirinya dan harta suaminya."
- (Rujuk: Taisir al-Karim al-Rahman, halaman 177).

11. HURAIAN 3: SUMBER ASAL KEPERLUAN HADITH / MENJELASKAN AYAT AL-QURAN
Hadith tersebut menjelaskan mengenai ayat al-Quran iaitu Surah al-Baqarah ayat 228 yang berkaitan dengan hak yang sama dan seimbang yang diterima oleh para isteri terhadap suami mereka, sepertimana kewajipan dan tanggungjawab yang digalas oleh para isteri dalam menunaikan hak suami mereka. Walau bagaimanapun, perlu ditekankan di sini bahawa para suami tetap diberikan kelebihan oleh Allah SWT dengan satu darjat (kedudukan) yang mengatasi isteri mereka.

Allah SWT berfirman:

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya:
"Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama (seimbang) sepertimana kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang baik (dan tidak dilarang oleh Syara'). Dalam pada itu, orang-orang lelaki (para suami) mempunyai satu darjat kelebihan ke atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah bahawa) Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana."
- (Surah al-Baqarah, ayat 228).

Keterangan dan penjelasan ayat di atas disokong dan diperjelaskan lagi dengan ayat al-Quran yang lain iaitu Surah al-Nisa, ayat 34.

Allah SWT berfirman:

اَلرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya:
"Kaum lelaki itu ialah pemimpin bagi kaum wanita. Kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki dengan beberapa keistimewaan) ke atas sebahagian yang lain (wanita). Dan kerana mereka (lelaki) telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka."
- (Surah al-Nisa, ayat 34).

Ayat al-Quran di atas jelas menunjukkan bahawa lelaki merupakan pemimpin atau ketua kepada wanita. Ini kerana Allah SWT telah memberikan kelebihan kepada lelaki dengan satu darjat (kedudukan), dan Allah SWT telah melebihkan (mengurniakan) lelaki dengan beberapa keistimewaan tertentu. Oleh kerana itu, para isteri WAJIB BERLAKU TAAT KEPADA SUAMI dalam seluruh perkara yang ma'ruf (kebaikan) selagimana ia bukan perkara dosa dan maksiat yang dilarang oleh Allah SWT.

12. HURAIAN 4: KAITAN HADITH DENGAN SEMASA (KEPERLUAN/SITUASI/ISU)
Pada masa ini terdapat banyak isu yang berkaitan dengan masalah penderhakaan isteri terhadap suami. Kes-kes penderhakaan isteri terhadap suami seringkali dipaparkan di media cetak terutamanya akhbar dan juga media elektronik.

Kes-kes seperti isteri memukul suami, menengking dan mengherdik suami, mencederakan suami, bermain kayu tiga, mempunyai kekasih gelap, curang terhadap suami dan lari mengikut kekasih adalah antara kes yang sudah pun berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.

Perkara ini telah menjejaskan kerukunan rumahtangga yang dibina dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Maka, adalah tidak menghairankan apabila berlakunya peningkatan kes-kes penceraian pasangan suami-isteri yang disebabkan oleh faktor penderhakaan isteri terhadap suami.

Oleh itu, hadith tersebut menekankan betapa pentingnya KETAATAN ISTERI KEPADA SUAMI dan tidak sepatutnya seseorang isteri menderhaka kepada suaminya. Hadith tersebut memberikan pengajaran kepada para isteri bahawa perbuatan taat kepada suami dan menjaga kehormatan diri adalah sangat penting dalam memberikan jaminan ganjaran syurga bagi isteri yang taat kepada suami. Manakala sebaliknya, isteri yang derhaka kepada suami akan dilaknat oleh para malaikat, mendapat kecelakaan daripada Allah SWT dan balasan azab seksaan api neraka di akhirat kelak.

Rasulullah SAW bersabda:

وَرَأَيْتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ مَنْظَرًا قَطُّ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. قَالُوا: لِمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: بِكُفْرِهِنَّ. قِيْلَ: يَكْفُرْنَ بِاللهِ؟ قَالَ: يَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ وَيَكْفُرْنَ اْلإِحْسَانَ، لَوْ أَََحْسَنْتَ إِلىَ إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ

Maksudnya:

"Dan aku melihat neraka. Aku belum pernah sama sekali melihat pemandangan seperti hari ini. Dan ternyata aku lihat kebanyakan penghuninya ialah para wanita." Mereka (para Sahabat) bertanya: "Kenapa para wanita menjadi kebanyakan penghuni neraka, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Disebabkan kekufuran mereka." Ada (Sahabat) yang bertanya kepada Baginda: "Apakah para wanita itu kufur kepada Allah?" Baginda menjawab: "(Tidak, melainkan) mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikan (suami). Sekiranya kamu berbuat baik kepada salah seorang isteri kamu pada suatu waktu, kemudian suatu ketika dia melihat daripada kamu ada sesuatu (yang tidak berkenan di hatinya), nescaya dia akan berkata: "Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan daripada kamu (suami)."
- [Hadith SAHIH riwayat Imam al-Bukhari (no. 5197) dan Imam Muslim (no. 907)].

Wallahu A'lam.

AL-FAQIR ILALLAH:

Syamsul Hadi
(GB 03147)
Semester 4 (PBJJ)
Pengajian al-Quran dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

13. ISU PENDERHAKAAN ISTERI TERHADAP SUAMI (1)

14. ISU PENDERHAKAAN ISTERI TERHADAP SUAMI (2)

15. ISU PENDERHAKAAN ISTERI TERHADAP SUAMI (3)

16. ISU PENDERHAKAAN ISTERI TERHADAP SUAMI (4)

26. ISU PENDERHAKAAN ISTERI TERHADAP SUAMI (14)

35. INITIAL
SYAMSUL HADI

17. ISU PENDERHAKAAN ISTERI TERHADAP SUAMI (5)

18. ISU PENDERHAKAAN ISTERI TERHADAP SUAMI (6)

19. ISU PENDERHAKAAN ISTERI TERHADAP SUAMI (7)

20. ISU PENDERHAKAAN ISTERI TERHADAP SUAMI (8)

21. ISU PENDERHAKAAN ISTERI TERHADAP SUAMI (9)

23. ISU PENDERHAKAAN ISTERI TERHADAP SUAMI (11)

24. ISU PENDERHAKAAN ISTERI TERHADAP SUAMI (12)

25. ISU PENDERHAKAAN ISTERI TERHADAP SUAMI (13)

22. ISU PENDERHAKAAN ISTERI TERHADAP SUAMI (10)

27. *NOTA TAMBAHAN: NASIHAT UNTUK PARA MUSLIMAH 1

28. *NOTA TAMBAHAN: NASIHAT UNTUK PARA MUSLIMAH 2

29. *NOTA TAMBAHAN: NASIHAT UNTUK PARA MUSLIMAH 3

30. *NOTA TAMBAHAN: NASIHAT UNTUK PARA MUSLIMAH 4

31. *NOTA TAMBAHAN: NASIHAT UNTUK PARA MUSLIMAH 5

32. *NOTA TAMBAHAN: NASIHAT UNTUK PARA MUSLIMAH 6

33. *NOTA TAMBAHAN: NASIHAT UNTUK PARA MUSLIMAH 7

34. *NOTA TAMBAHAN: NASIHAT UNTUK PARA MUSLIMAH 8