KMK STPM PENGGAL 2 by NURAINI LIYANA BINTI ABDUL MAJID

SOALAN 1
"Jati diri merupakan teras kepada pembangunan insan di Melaka." Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan teks Sulalatus Salatin. STPM2022

SOALAN 2
Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, jelaskan bagaimana jati diri Encik Muhammad dapat diaplikasikan dalam kehidupan anda. STPM2020

JAWAPAN:-
Jati diri merupakan satu sifat yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri yang terdapat pada diri seseorang.Setiap orang di dunia ini memiliki jati diri yang tersendiri malah ia menjadi teras lambang keperibadian seseorang individu atau suatu bangsa tersebut.

Dlm sbdkl terdpt beberapa jati diri yg dimiliki oleh encik muhammad seperti berwawasan.Jati diri ini merupakan pandangan jauh yg berkaitan dngn perkembangan masa depan bagi mencapai satu matlamat penting sesebuah organisasi atau negara.Misalnya,Encik Muhammad tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih tertnggal dalam dunia perniagaan.Oleh itu, jati diri ini amat penting bagi diri kita supaya kita dapat mencapai satu matlamat yg diingin dengan jayanya.

Selain itu,jati diri yg seterusnya ialah berkarisma.Karisma merupakan jati diri yang memancarkan aura atau daya tarik luar biasa yang terdapat dalam diri. Contohny, encik muhammad yg mempunyai daya penarik proaktif,karismatik serta tidak menghiraukan apa² jua risiko yg perlu dihadapi demi mengisi cita² unggulny sebagai seorang tokoh perniagaan Melayu yg berjaya dan disegani.Dengan ini, kita mampu mengecapi apa jua impian kita jika mempraktikan jati diri ini dalam kehidupan harian kita.

Di samping itu, jati diri yang terdapat pada Encik Muhammad dalam SBDKL ialah prihatin.Jati diri ini melambangkan sikap ambil berat akan kesusahan yang dialami oleh orang lain. Misalnya, Encik Muhammad yang sangat prihatin akan nasib penduduk Kampung Pulai.Oleh itu, sikap ini secara tidak langsung menunjukkan keperibadian diri kita yang baik serta secara tidak sedar kita mendapat pahala dengan membantu golongan yang dalam kesusahan.

Kemudian, jati diri berani turut terdapat pada Encik Muhammad dalam SBDKL.Jati diri ini merupakan suatu sifat mempertahankan dan memperjuangkan apa yang dianggap benar dengan menghadapi segala bentuk bahaya, kesulitan, kesakitan dan lain-lain.Sebagai contoh, Encik Muhammad berani mengambil risiko dan merebut peluang yang ada dalam perniagaan tanpa mengirakan kesusahan yang bakal dialaminya.Disebabkan itu, jati diri berani dalam diri kita mampu membantu kita dalam menangani segala kesulitan dan kesusahan yang dialami dalam kehidupan harian.

Kesimpulannya, terdapat banyak jati diri yang dimiliki oleh Encik Muhammad yang di mana mampu untuk kita contohi serta terapkan dalam kehidupan harian kita.Dengan mengamalkan jati diri yang terdapat pada Encik Muhammad ataupun selain daripada yang dimiliki oleh Encik Muhammad diri kita berkemungkinan dapat menjadi seorang yang akan berjaya dalam apa jua kerja yang dilakukan.

SOALAN 3
"Jati diri merupakan tonggak pembangunan insan". Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan Sultan Mahmud Syah dalam teks Sulalatus Salatin dalam konteks pembangunan insan. STPM2019

SOALAN 4
"Jati diri melahirkan insan yang disanjung tinggi". Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan teks Sulalatus Salatin. STPM2021

SOALAN 6
Tun Perak merupakan tokoh yang mempunyai jati diri yang unggul di Melaka seperti yang tergambar dalam Sulalatus Salatin. Bincangkan bagaimana jati diri tokoh ini diterapkan dalam kehidupan anda. STPM2013

Jawapan :

Jati diri adalah unsur-unsur kehidupan yang mencerminkan lahiriah individu  atau masyarakat. Dalam pengertian sahihnya, jati diri adalah identiti individu, masyarakat dan negara bangsa yang mempunyai sifat-sifat keutuhan yang dibanggakan. Setiap manusia mempunyai jati diri. Jati diri dapat mempersatukan sikap, semangat, dan juga jiwa korps untuk mencapai tujuan dan maklamat mereka.

Antara jati diri tun perak yang dihidupkan dalam kehidupan saya ialah ini akan menjadikan seseorang itu kuat dan tahan uji ketika menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Jika sebaliknya, mungkin seseorang itu akan hanyut dan terpengaruh kepada anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan individu tersebut sehingga kecundang dalam kehidupan. Manusia yang tidak mempunyai jati diri selalunya cepat kecewa, tidak mahu berusaha dan sering memberikan masalah kepada negara. Lemah jati diri telah menghasilkan manusia yang rasuah, hisap dadah dan membuat kerja sia-sia.

Antaranya ialah pintar mengatur strategi. Ilmu pengetahuan tentang strategi peperangan mampu menyelamatkan negara dari scrangan musuh dengan kaedah yang tidak difikirkan sebelumnya serta mampu membangunkan seseorang individa itu mendapat kedudukan yang lebih baik. Contohnya. Tun Perak pintar mengatur strategi peperangan ketika menentang ketenteraan Siam.

Beliau dapat memperdayakan tentera Sinm dengan memasang api pada pokok-pokok di tepi pantai. Jika Tun Perak tidak pintar dalam mengatur strategi, sudah pasti Melaka diserang olch tentera Siam yang diketuai oleh Awi Cakri. Jelaslah bahawa, kepintaran beliau dalam mengatur strategi membuatkan beliau mampu mendepani sebarang masalah yang dihadapi dengan jayanya.

Selain itu, nilai jati diri yang terdapat pada Tun Perak ialah taat setia kepada raja. Melalui ketaatan kepada pemimpin, ianya mampu melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban untuk negara demi mencapai keamanan.Contohnya, Tun Perak tetap setia kepada raja walaupun anaknya Tun Besar dibunuh oleh Raja Muhammad dalam kemalangan sepak raga. Jika Tun Perak tidak setia, beliau tidak menghalang pengikutnya untuk membalas dendam kepada Raja Muhammad. Tegasnya, kita perlu menunjukkan taat setia kepada raja pada setiap masa walaupun berdepan dengan kepentingan peribadi.

Nilai jati diri seterusya yang terdapat pada Tun Perak ialah kebijaksanaan. Nilai bijaksana dalam diri sescorang individu menjadikannya berupaya menyumbangkan idea bernas dalam menyelesaikan masalah atau isu yang berlaku. Contohnya, kebijaksanaan Tun Perak dalam mengarang surat telah berjaya memulihkan hubungan diplomatik antara Melaka dengan Siam. Beliau juga bertindak bijak dalam menaikkan semangat perajurit dari Kelang dengan membawa anak dan isteri ke Melaka untk menghadapi serangan Siam. Jika Tun Perak tidak bijaksana, pasti banyak masalah yang timbul antara Melaka dengan Siam. Tegaslah, kebijaksanaan Tun Perk menjadikan beliau mampu menghadapi sebarang masalah.

Di samping itu, Tun Perak juga mempunyai nilai jati diri berilmu. limu pengetahuan yang diterima oleh sescorang pemimpin turut menjadi pemangkin dalam pembangunan negara. Contohnya. Tun Perak dapat meramalkan dengan tepat nasib Tun Mutahir yang masih remaja yang akan menjadi orang besar dan melebihi kebesaran beliau sendiri apalabila dewasa kelak. Jika Tun Perak tidak mempunyai ilmu firasat, pasti beliau tidak dapat meramal kchidupan Tun Mutahir. Tegaslah, dalam kehidupan ini kita mesti sentiasa berusaha untuk menimba pelbagai ilmu.

Akhir sekali, nilai jati diri yang terdapat pada Tun Perak ialah bertanggungiawab. Melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi bagi memastikan segala tugasan dilaksanakan dengan baik dan penuh komited. nilai mampu membentuk individu yang prihatin terhadap tugas yang dijalankan.Contohnya, kedudukan Tun Perk sebagai bendahara amat rapat dengan sultan. Beliau sentiasa menasihatkan sultan dalam segala urusan pemerintahan. Beliau menasihatkan Sultan Mahmud Syah supaya tidak menyerang Pahang kerana murka atas tindakan Raja Pahang yang menghina baginda, sebaliknya baginda hanya perla menghantar utusan bagi mengajar perbuatan raja Pahang. Jelasiah bahawa. kita perlu sentiasa menjalankan segala tugas dengan penuh tanggungjawab.

Kesimpulannya, Tun Perak merupakan tokoh yang mempunyai jati diri yang unggul berdasarkan contoh yang diberikan. Kita scharusya dapat menerapkan ciri jati diri ini dalam kehidupan Kita agar menjadi insan yang terpuji.

SOALAN 5
"Jati diri merupakan asas untuk pembangunan insan". Jelaskan pernyataan tersebut berdasarkan watak Rahim dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. STPM2018