Remake of SADN1033 - Kenegaraan Malaysia by

Selamat Datang ke Online Forum SADN1033 - Kenegaraan Malaysia.

Untuk penilaian online forum (10%), setiap pelajar dikehendaki menjawab satu soalan yang boleh menjawab persoalan moral (5%) dan jati diri (5%) pelajar.

Soalan : Berdasarkan Peristiwa Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, apakah yang anda boleh pelajari tentang perjuangan kemerdekaan oleh tokoh-tokoh pejuang dari segi moral dan bagaimana anda sebagai pelajar dapat meningkatkan jati diri anda berhubung peristiwa ini.

Maclarius Matthew
2018.02.007.BTM
Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra.

Tunku Abdul Rahman Putra adalah satu contoh tokoh yang menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

Antara nilai moral yang boleh dicontohi melalui Tunku yang telah membawa kemerdekaan kepada negara ialah sifat berhati baik dan mudah disenangi. Beliau senang bergaul dengan orang lain walaupun beliau lahir dalam keluarga diraja. Beliau tidak sukakan diskriminasi dan sentiasa memperjuangkan persamaan hak sesama manusia.

Seterusnya, sikap Tunku yang mengeji pertumpahan darah. Beliau pernah menolak permintaan Parti Komunis Malaya sebagai sebuah parti yang sah untuk bertanding dalam pilihan raya kerana parti tersebut berasaskan keganasan.

Selain itu, sikap moral yang boleh dicontohi dari tokoh kemerdekaan ini ialah bantu semua orang ketika dalam kesusahan. Semasa Jepun menceroboh Tanah Melayu, rakyat hidup menderita dan penuh dengan dugaan. Ketika itu, Tunku berhempas pulas cuba menyelamatkan ramai rakyat dan memastikan keselamatan mereka.

Jati diri secara amnya membawa maksud menunjukkan sikap mahu mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara dalam hampir semua keadaan. Sebagai pelajar, peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu boleh meningkatkan jati diri dengan memperkasakan bahasa kebangsaan. Hal ini amat penting untuk memupuk perasaan cintakan bahasa kebangsaan kerana ia merupakan identiti unik bangsa Malaysia.

Seterusnya, jati diri seorang pelajar juga dapat ditingkatkan melalui penghayatan lima prinsip Rukun Negara, memahami Perlembagaan Persekutuan, menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati Jalur Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan negara.

Kesimpulanya, pembentukan jati diri bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa dalam diri seseorang dan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya, akan musnahlah perpaduan dan keamanan yang telah para pemimpin dahulu perjuangkan dengan susah payahnya.

Mohammad Syafie bin Arman - 2018.02.009.BTM
Tanah air kita merupakan salah sebuah negara yang kian pesat membangun di rantau Asia. Pembangunan dari aspek ekonomi, politik dan sosial telah mula bercambah sejak sebelum mencapai kemerdekaan lagi. Segala-galanya bermula daripada pengorbanan para pejuang negara yang sanggupDr bermati-matian demi mencapai kemerdekaan untuk nusa tercinta. Pengorbanan mereka mestilah dikenang dan dihargai oleh generasi masa ini. Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan sebagainya. Mereka rela berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah darah mereka dijajah oleh kuasa asing sepertti British dan Jepun. Mereka juga sanggup menggadai nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan.
Peristiwa sejarah juga memainkan peranan yang penting untuk mengamalkan  jati diri sebagai warganegara. Persoalan mengenai jati diri sangat penting khususnya pada abad ini yang mana arus globalisasi boleh menghakis jati diri kita sebagai seorang warganegara yang beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat serta budaya Melayu akan terhakis bila-bila masa. Begitu juga dengan masyarakat bukan Melayu di negara ini mereka juga perlu mengekalkan jati diri sebagai warganegara negara ini dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang cuba memesongkan taat setia  mereka kepada negara ini. Peristiwa sejarah yang menunjukkan pentingnya persoalan jatidiri ini dapat kita lihat semasa pendudukan Komunis di negara ini. Semasa pendudukan Komunis di negara ini mereka telah menggunakan ramai rakyat tempatan untuk bekerjasama dengan mereka. Memang tidak dapat dinafikan ada juga segelintir di antara rakyat negara ini pada masa itu yang terpengaruh dengan dakyah mereka. Tetapi disebabkan sebahagian besar masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu yang masih taat kepada negara ini, menyebabkan Komunis tidak berjaya mempengaruhi negara ini.
Dari segi penerapan nilai moral, nilai patriotisme atau semangat cinta akan negara juga patut diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Amalan nilai patriotisme ini akan menjadikan negara Malaysia terus merdeka dan aman. Jika ada musuh yang ingin menakluki negara, kita hendaklah menentang musuh itu dengan sepenuh jiwa dan tenaga. Salah satu cara untuk memupuk nilai patriotisme ini ialah dengan bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan negara pada setiap tahun. Sebagai contoh Tunku Abdul Rahman Putra, Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan.
Tokoh kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.Terdapat ramai tokoh yang dapat dijadikan contoh atau idola kepada generasi kini dan yang akan datang.Segala pengorbanan , rintangan , dan penat lelah mereka berbakti untuk negara patut dicontohi dan dijadikan panduan. Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 dan penubuhan Malaysia 16 september 1967 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai. Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang. Antara faktor utama kejayaan ini ialah melalui situasi keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin.

Merdeka bukanlah satu perkataan yang asing bagi kebanyakan orang. Hampir semua orang akan menyebut perkara ini terutamanya apabila tiba masa untuk menyambut hari kemerdekaan negara yang diadakan setiap tahun iaitu 31 Ogos. Namun makna kemerdekaan berbeza bagi setiap orang rakyat, ia bergantung kepada setiap yang mentafsirkannya. Secara umumnya, merdeka itu sering dikaitkan dengan kebebasan. Bebas bagi seorang individu ialah boleh melakukan apa saja yang diinginkan tanpa halangan dan sekatan terutama apabila ia berkaitan dengan prinsip asas hidup. Erti kemerdekaan bagi sesebuah negara pula ialah bebas dari cengkaman penjajah.

Moral yang dapat diambil dari perjuangan kemerdekaan, sebagai seorang pelajar iaitu berbuat baik dengan semua orang tidak kira bangsa, agama, dan sebagainya. Berbuat baik dasarnya adalah wajid, iaitu berbuat baik kepada orang tua, berbuat baik kepada guru, rakan-rakan dan semua orang. Seperti, sebelum kemerdekaan para pemimpin mengadakan rundingan secara aman bersama-sama dengan menteri. Selain itu, berbakti kepada semua orang dan juga bertanggungjawab terhadap apa saja yang kita lakukan. Supaya dapat menyenangkan orang yang berdamping dengan kita bahkan orang sekeliling kita. Jadi dengan apa yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan kepada kita boleh dijadikan teladan dan pengajaran dalam hidup kita. Setiap apa yang beliau lakukan mesti ada motif beliau tersendiri.

Seterusnya, Moral yang dapat diambil dari perjuangan kemerdekaan, sebagai seorang pelajar saling menghormati antara satu sama lain seperti antara kaum, bangsa, agama. Sebelum kemerdekaan Tuanku Abdul Rahman menghormati semua bangsa. Hal ini kerana semasa rundingan kemerdekaan diadakan, Tuanku dan beberapa pihak tertentu iaitu S. H. Lee dan T. H. Tan serta yang lain bergabung untuk mendapat kemerdekaan Tanah Melayu, mereka berganding bahu sama-sama untuk memperjuangkan Tanah Melayu. Sebaliknya, hal ini demikian kerana ramai remaja zaman sekarang kurang menghayati moral ini kerana mereka menganggap perkara ini adalah perkara yang remeh. Malah, perkara ini adalah perkara yang sangat penting dalam mewujudkan sebuah Negara yang aman. Hal ini, boleh menyebabkan orang luar pandang serong terhadap Negara kita.

Selain itu, Jati diri yang dapat diambil dari perjuangan kemerdekaan, sebagai seorang pelajar iaitu Semangat patriotisme perlu dijiwai, bukan sekadar simbolik. Hal ini demikian kerana setiap kali munculnya bulan Ogos, isu berkaitan semangat patriotisme sering kali menjadi bualan masyarakat Malaysia. Patriotisme sering kali dikaitkan dengan cintakan watan seperti sayang pada Negara, menghormati lagu negaraku, hormat pada jata Negara, sayangi bendera Malaysia, menghayati rukun Negara dengan itu, hal ini menjadi satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda. Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

Seterusnya, jati diri yang dapat diambil dari perjuangan kemerdekaan, sebagai seorang pelajar, ialah memupuk kesedaran dan minat dalam diri anak-anak muda sekarang akan betapa pentingnya jati diri kita sebagai seorang warganegara Malaysia. Jati diri yang mantap, baik meningkatkan semangat patriotisme, iaitu semangat cintakan negara didalam diri setiap rakyat Malaysia. Bayangkan jika tiada jati diri, bagaimana kita mahu mempertahankan kemerdekaan yang sudah 61 tahun dikecapi oleh negara. Bukanlah suatu angka yang kecil, tapi jika tidak dipertahankan oleh setiap rakyat, tidak mustahil kita akan dijajah semula. Mungkin negara kita secara fizikalnya tidak dijajah, tetapi jikatiada jati diri juga dianggap dijajah. Jika kita mempunyai asas jati diri yang kuat, bukan setakat mental dan fizikal kita turut menjadi kuat, bahkan ikatan perpaduan kita akan menjadi semakin utuh, sekaligus memudahkan kita untuk mempertahankan agama, bangsa, Negara dan sebagainya.

Sebagai kesimpulannya, Bukannya satu tugas yang mudah untuk membentuk jati diri seseorang individu jika tanpa wujudnya kesedaran dan minat dalam diri individu itu sendiri untuk menerima perubahan. Pembentukan jati diri bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa dalam diri seseorang dan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya, akan musnahlah perpaduandan keamanan yang telah para pemimpin dahulu perjuangkan dengan susah payahnya.Tiada gunanya segala perancangan dan usaha untuk membina jati diri rakyat Malaysia jika tanpa kerjasama daripada rakyat Malaysia sendiri. Tepuklah dada, tanyalah hati.

MUHAMMAD NAZMI BIN NAZRI (2017.09.007.BHM)                                                               Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan. Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Kemerdekaan di Malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957 adalah tarikh penuh bersejarah bagi seluruh Tanah Melayu. Kemerdekaan Tanah Melayu telah meningkatkan maruah dan kedaulatan negara.

Sewaktu Tanah Melayu hampir mencapai kemerdekaan. Penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris yang telah dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Setelah itu, masyarakat Tanah Melayu telah menghadapi beberapa rintangan dalam tempoh dua tahun untuk mendapat kemerdekaan Tanah Melayu. Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu, kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.

Penentangan mereka telah berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi sembilan buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa Eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Hal ini telah membuktikan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan telah membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada kuasa rakyat itu sendiri.

Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dari tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada. Pengorbanan dari tokoh terdahulu  menjadi cermin kepada keharmonian negara Malaysia pada masa kini. Maka benarlah bahawa istilah orang melayu yang berkata “ Harimau mati meninggalkan belang, tetapi manusia mati meninggalkan nama. Tokoh-tokoh yang telah membawa kemerdekaan ialah Tungku Abdul Rahman Putra, Tun Sir Henry H.S Lee, Tun V.T Sambanthan, rentap dan tokoh perjuangan iaitu pahlawan kemerdekaan negara iaitu Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Maharaja Lela, Pandak Lam dan ramai lagi.

Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia harus mengamalkan nilai-nilai murni dan berkelakuan yang baik dalam apa jua keadaan. Moral yang kita lakukan akan mengajar dan mewarisi pada generasi seterusnya. Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah mentaati dan menunjukan taat setia pada negara. Dalam peristiwa sejarah negara, begitu banyak peristiwa yang menunjukkan taat setia pada sebuah negara. Hal ini, ia merupakan moral yang diperlukan pada setiap masyarakat di Malaysia. Jika rakyat mempunyai moral yang baik seperti taat setia, maka masyarakat Malaysia tidak akan berpeluk tubuh dan membiarkan orang asing memerintah dan menentukan sistem pemerintahan pada negara kita. Kita mesti menghargai jasa Tunku Abdul Rahman yang telah berusaha dan terpaksa menurun padang untuk berunding dengan British untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Selain itu, kita juga perlu mengamalkan nilai kerajinan. Sikap rajin akan membolehkan kita mencapal impian dan cita-cita kita. Contohnya, jika kita rajin dalam pekerjaan yang kita lakukan, kita pasti akan cepat dinaikkan pangkat dan mendapat gaji yang lumayan. Oleh itu, jika semua rakyat Malaysia rajin bekerja, pasti Malaysia akan menjadi negara yang maju seperti negara Jepun.

Nilai moral yang seterusnya adalah mematuhi undang-undang negara. Undang-undang negara Malaysia telah membuktikan kemegahan bagi sesebuah negara yang merdeka. Oleh itu rakyat mestilah mematuhi undang-undang negara Malaysia. Seseorang warganegara yang bertanggungjawab adalah masyarakat yang mematuhi undang-undang negara.  Undang-undang bagi setiap negara itu penting kerana ia menunjukkan sesebuah pemerintahan yang berjaya. Oleh kerana itu, masyarakat di Malaysia dijamin keselamatan yang sejahtera. Seterusnya ialah membantu masyarakat yang mengalami kesusahan dan memerlukan. Nilai yang baik adalah dengan membantu. Membantu masyarakat banyak membawa kebaikan, ia bukan saja merapatkan hubungan silaturahim, malah ia menyatukan masyarakat walaupun berbilang bangsa dan negara.

Jati Diri menunjukkan sikap diri sendiri untuk mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara. Jati diri yang mulia mendatangkan keharmonian pada masyarakat lain malah ia juga membawa kesejahteraan kepada negara. Bertolak ansur adalah jati diri yang harus disemat dalam diri. Hal ini kerana, ia masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang agama dan bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ia adalah kaum tiga kaum utama di Malaysia. Dalam usaha untuk Malaysia memupuk perpaduan melalui kebudayaan dan pendidikan, rakyat yang dibahagikan mengikut kumpulan etnik perlu saling bertolak ansur supaya perpaduan negara dapat dicapai. Antaranya termasuklah masyarakat majmuk yang menerangkan bahawa Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum tetapi masih boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Sifat tolak ansur atau toleransi yang diamalkan oleh pelbagai kaum menunjukkan mereka bersedia menerima bangsa dan budaya lain sebagai satu budaya yang sama, iaitu budaya Malaysia. Oleh itu, sebagai warganegara Malaysia adalah tanggungjawab kita untuk mewujudkan perpaduan di mana asas perpaduan telah disediakan melalui penubuhan persekutuan. kita hendaklah mencapai persefahaman, persetujuan dan titik pertemuan ke arah perpaduan. kita haruslah mengarahkan semua usaha menuju kepada titik-titik pertemuan ini. Salah satu caranya ialah melalui proses penyerapan yang berlaku akibat daripada pertembungan pelbagai kebudayaan, mestilah secara semula jadi tanpa sebarang paksaan.

Kesimpulannya, Nilai patriotisme atau semangat cinta akan negara juga patut diamalkan oleh kita. Amalan nilai patriotisme ini akan menjadikan negara Malaysia terus merdeka dan aman. Jika ada musuh yang ingin menakluki negara, kita hendaklah menentang musuh itu dengan sepenuh jiwa dan tenaga. Salah satu cara untuk memupuk nilai patriotisme ini lalah dengan bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan negara pada setiap tahun.

Merdeka satu sifat yang diertikan sebagai bebas.Ia juga boleh ditukarkan sebagai kata kerja apabila kita meletakkan imbuhan padanya.Namun,apa yang paling penting di sini adalah negara kita,Malaysia sudahpun menerima taraf negara yang merdeka.Di sebalik kenikmatan yang dirasai sebagi rakyat yang bernaung di bawah negara yang bebas,sudah pasti terdapat tokoh2 yang berjuang di sebaliknya bagi mendapatkan kemerdekaan.Mereka inilah yang digelar negarawan.Jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar dan tidak mungkin bagi kita untuk melupakannya.

Ramai yang tertanya-tanya,mengapa kita perlu mengenang kembali jasa tokoh kemerdekaan negara?Jawapannya yang pertama ialah semangat patriotisme.Sebagai contoh,apabila kita mencintai sesuatu,kita pasti tidak ingin ada sesuatu yang menyakitinya,bukan?Kita akan menghargai sesiapa yang berjaya menyelamatkan perkara yang kita cintai tatkala kita tiada di sisi.Begitu juga dengan patriotisme.Kita mencintai Malaysia dan tokoh2 kemerdekaan telah berjaya menyelamatkan maruah tanah air ini daripada dirobek dan wajar bagi kita menghargai tokoh-tokoh kemerdekaan negara dengan cara mengenang jasa mereka. Contohnya ialah kita perlu ada sikap patriotism atau cinta akan negara supaya negara disayangi dan dilindungi.

Bagi mencapai kemerdekaan,tokoh-tokoh yang memperjuangkannya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.Walaupun mereka datang daripada latar belakang yang berlainan,mereka bekerja bersama bagi membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah.Oleh itu,amat rugilah jika kita tidak meneruskan kesinambungan yang terjalin ini sebagai tanda kenangan kita kepada pejuang tanah air.

Tokoh kemerdekaan menjadi satu bukti yang mantap mengenai dasar kerjasama dan usaha yang berterusan bagi mencapai matlamat.Mereka telah meletakkan batu asa kepada kemajuan negara denagn cara memerdekakannya.Usaha yang dilakukan oleh mereka wajar kita kenang.Sudah tentu mereka tidak ingin usaha mereka selama ini sia-sia.Sehubungan itu,kita perlu menjadi lebih proaktif dan kreatif dalam pekerjaan demi kemajuan negara.

Cabaran paling besar yang dihadapi oleh negara adalah mengahdapi kerenah dan masalah sosial remaja.Ramai pihak yang berpendapat mengingatkan mereka  tentang perit getir tokoh2 kemerdekaan dahulu mampu meyelamatkan mereka.Namun begitu,cabaran terbaru yang dihadapi adalah bagaimana kita ingin menerapkannya dalam jiwa para remaja.Langkah2 yang drastik dan pragmatik perlu diambil dengan segera bagi merealisasikan hasrat ini.Generasi zaman sekarang cenderung mempelajari Sejarah semata-mata kerana ingin lulus dalam peperiksaan.Mereka tidak menghayatinya sebagaimana yang diharapkan.Para ibu bapa perlu turun padang bagi membantu menyelesaikan kerumitan ini.Sejak kecil lagi,anak-anak perlu diasuh mengenai cerita-cerita rakyat yang berunsurkan Sejarah dan tokoh-tokoh kemerdekaan.Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.Begitu juga dengan anak-ank. Jika kita ingin mereka mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan,kita perlu membiasakan mereka dengan kisah-kisah tersebut sejak kecil lagi.

Pihak sekolah selaku tempat ilmu pelajar perlu memanipulasi taraf ini bagi menerangkan sifat mengenang jasa tokoh kemerdekaan dalam diri pelajar.lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah bagi saya merupakan jalan terbaik buat para remaja merasai sendiri pahit getir tokoh kemerdekaan negara dalam membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.Hal ini dapat menginsafkan para remaja dalam usaha tokoh kemerdekaan mencapai kejayaan dan membuatkan mereka tidak lupa akan tokoh-tokoh kemerdekaan.Contohnya sewaktu disekolah terdapat banyak aktiviti kemerdekaan dilakukan.

Televisyen sebagai saluran media massa yang paling rapat dengan rakyat khususnya remaja dapat memainkan peranannya  yang tersendiri. Filem-filem atau dokumentari tentang tokoh kemerdekaan dapat membawa mereka kembali ke masa lampau dan menghayati.onak duri yang terpaksa dirempuh oleh tokoh kemerdekaan.Remaja dapat mempelajari sesuatu yang berguna di rumah tanpa perlu pergi ke mana-mana. Itulah yang dinamakan kemudahan teknologi.

Kesimpulannya,tokoh-tokoh kemerdekaan sememangnya patriot kerana mereka sanggup megorbankan jiwa dan raga demi tanah air yang tercinta.Sebagai generasi pelapis,kita dapat menjadi patriot dengan cara mencintai tanah air dan mengenang jasa orang yang mencintai tanah air itu.

MARIAM BINTI ADAM 2018.02.008.BHM

Malaysia merupakan sebuah negara yang pada awalnya kurang membangun dan sangat bergantung kepada pertanian tradisional kini boleh dianggap sebagai negara makmur dengan ekonomi yang pelbagai. Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses yang panjang. Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal. Oleh itu, semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat. Kempen-kempen oleh para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa, akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Negara kemudian bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih mantap dalam mengatasi cabaran semasa. Hasilnya, terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali pada hari ini secara rasminya pada 16 September 1963.

Dalam aspek perpaduan, Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang mementingkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri sendiri dan sama sekali tidak mengenepikan kaum lain jelas tergambar melalui perpaduan yang diterapkan oleh Tunku perlu disedari oleh semua pihak dan difahami sifat saling memhami dan menyayangi perlu ada untuk memupuk semangat perpaduan sekaligus rakyat dapat hidup muhibah dan harmoni. Sehubungan itu mengapa Tunku sangat menekankan perpaduan kerana kita telah diperlihatkan contoh akibat daripada tidak mempunyai kata sepakat iaitu di mana pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Filipina dan Malaysia dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina sebaik sahaja idea pembentukan Malaysia diuar uarkan. Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, semangat Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan Filipina 3 Jun 1966. Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Negara -Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah hal ini jelas tergambar bila perpaduan tidak diterapkan. Oleh yang demikian adlah penting untuk mengamalkan semangat perpaduan kerana tanpa perpaduan idea yang hebat tidak akan dapat dicetuskan.

Selain daripada itu, terdapat juga tokoh lain yang turut menyumbang dalam menuju ke arah  kemerdekaaan seperti Dato’ Onn Jaafar di mana beliau adalah merupakan tokoh yang penuh dengan impian yang besar dan cita-cita yang tinggi dalam menjadikan bangsa melayu sebagai bangsa yang maju dari pelbagai segi ini dibuktikan dalam beliau sentiasa membela nasib masyarakat Melayu yang mundur beliau mempunyai pelbagai sumbangan terhadap pembentukan Malaysia khususnya dalam aspek politik. Sumbangan pertama Dato’ Onn bin Jaafar dalam aspek politik dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat Melayu ialah mengenai kepentingan bersatu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1946. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh beliau ialah menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan beliau juga dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama. Dalam hal ini apa yang saya boleh kaitkan dalam diri saya adalah untuk menjadi orang yang berjaya kita harus bangkit dalam menangani kemunduran dan berani menghadapi risiko untuk memulakan langkah melebihi orang lain agar dapat tercapai impian dan cita yang ingin dicapai.

Bertolak titik dari peristiwa kemerdekaan apa yang kita perlu faham adalah Malaysia telah melalui banyak rintangan dan cabaran bagi membentuk Malaysia sehingga kini seperti penubuhan Malayan union, pertubuhan pakatan dan penentangan dari pihak lain turut mengugat proses kemerdekaan ini. Walau bagaimanapun ini sama sekali tidak mematahkan semangat para pejuang untuk meneruskan perjuangan dan mematikan langkah pihak asing untuk menjajah di mana ini terlihat betapa pentingnya semangat tidak putus asa dan berani mangambil risiko untuk mempertahankan tanah melayu yang tercinta meskipun mengorbankan diri sendiri mahupun keluarga.

Sehubungan dengan itu, antara jati diri yang saya dapat terapkan kita perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan dan susah payah membangunkannnya. Bangsa yang tidak mengenali sejarah seperti orang luar hanya hidup untuk mencari makan atau bersikap materialistik seperti imigran-imigran yang dibawa british ke negara ini sebagai buruh paksa  dan untuk menjelaskannya kita tak seharusnya menjadi seperti mereka kerana mereka hidup untuk mencari rezeki di negara kita dan wajar bagi mereaka untuk tidak mengetahui sejarah kemerdekaan namun tidak bagi kita sebagai rakyat Malaysia dan golongan orang melayu perlu peka dalam mengkaji dan mendalami sejarah kemerdekaan kerana mengingati peristiwa tersebut adalah melambangkan kita sebagai tanah melayu iaitu kita tidak dapat dipisahkan dari 3 hal iaitu orang melayu , insitusi raja raja melayu dan agama islam. Namun untuk membentuk jati diri ini terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi seperti pembawaan budaya luar dan kefahaman yang disalahertikan. Oleh itu kita perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sejarah negara sendiri agar dapat mempertahankan budaya dan jati diri sendiri.

Seterusnnya , kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengamalkan integriti , taat setia kepada raja dan negara . Hal ini kerana sikap ini adalah sangat penting dalam membentuk sebagai warga Malaysia disebabkan penjuang terdahulu juga mengamalkan prinsip ini jadi tidak hairan jika pejuang terdahulu berjaya mematahkan ideologi dan penyebaran fahaman warga asing pada ketika dahulu. Ini boleh dilihat pada masa kini di mana banyak anak muda yang terpengaruh dengan budaya luar kerana terikut ikut dengan aliran moden tanpa mengira asal usul diri sendiri sehingga mengabaikan identity diri dan akhirnya sejarah negara dilupakan.

Sebagai kesimpulannya, jika dikenangkan kembali perjuangan pejuang-pejuang tanah air, sudah pasti timbul kesedaran dalam diri masing-masing betapa peritnya kehidupan kehidupan mereka pada zaman tersebut. Elemen kesedaran ini bakal mendorong kita untuk mengenang kembali perjuangan wira-wira bangsa ini, demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang penjajah di negara kita sewajarnya dijadikan teladan dan patut kita contohi. Semangat setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga amalan permuafakatan di kalangan pemimpin serta pengikutnya telah menyumbangkan kepada kejayaan menentang penjajah. Dalam penentangan ini , jelaslah bahawa sikap berdisiplin serta gigih berusaha akan membuahkan hasil. Iktibar yang boleh dipelajari daripada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita ialah kewibawaan pemimpin. Kita perlu mencontohi kewibawaan para pemimpin terdahulu supaya kita dapat menjadi pemimpin yang disegani dan dikasihi oleh rakyat negara Malaysia.

NUR IRNA BT KAMARUDDIN

2017.09.027.BHM

Merdeka bukanlah satu perkataan yang asing bagi kebanyakan orang. Hampir semua orang akan menyebut perkara ini terutamanya apabila tiba masa untuk menyambut hari kemerdekaan negara yang diadakan setiap tahun iaitu 31 Ogos. Namun makna kemerdekaan berbeza bagi setiap orang rakyat, ia bergantung kepada setiap yang mentafsirkannya. Secara umumnya, merdeka itu sering dikaitkan dengan kebebasan. Bebas bagi seorang individu ialah boleh melakukan apa saja yang diinginkan tanpa halangan dan sekatan terutama apabila ia berkaitan dengan prinsip asas hidup. Erti kemerdekaan bagi sesebuah negara pula ialah bebas dari cengkaman penjajah.

Moral yang dapat diambil dari perjuangan kemerdekaan, sebagai seorang pelajar iaitu berbuat baik dengan semua orang tidak kira bangsa, agama, dan sebagainya. Berbuat baik dasarnya adalah wajid, iaitu berbuat baik kepada orang tua, berbuat baik kepada guru, rakan-rakan dan semua orang. Seperti, sebelum kemerdekaan para pemimpin mengadakan rundingan secara aman bersama-sama dengan menteri. Selain itu, berbakti kepada semua orang dan juga bertanggungjawab terhadap apa saja yang kita lakukan. Supaya dapat menyenangkan orang yang berdamping dengan kita bahkan orang sekeliling kita. Jadi dengan apa yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan kepada kita boleh dijadikan teladan dan pengajaran dalam hidup kita. Setiap apa yang beliau lakukan mesti ada motif beliau tersendiri.

Seterusnya, Moral yang dapat diambil dari perjuangan kemerdekaan, sebagai seorang pelajar saling menghormati antara satu sama lain seperti antara kaum, bangsa, agama. Sebelum kemerdekaan Tuanku Abdul Rahman menghormati semua bangsa. Hal ini kerana semasa rundingan kemerdekaan diadakan, Tuanku dan beberapa pihak tertentu iaitu S. H. Lee dan T. H. Tan serta yang lain bergabung untuk mendapat kemerdekaan Tanah Melayu, mereka berganding bahu sama-sama untuk memperjuangkan Tanah Melayu. Sebaliknya, HAL ini demikian kerana ramai remaja zaman sekarang kurang menghayati moral ini kerana mereka menganggap perkara ini adalah perkara yang remeh. Malah, perkara ini adalah perkara yang sangat penting dalam mewujudkan sebuah Negara yang aman. Hal ini, boleh menyebabkan orang luar pandang serong terhadap Negara kita.

Selain itu, Jati diri yang dapat diambil dari perjuangan kemerdekaan, sebagai seorang pelajar iaitu Semangat patriotisme perlu dijiwai, bukan sekadar simbolik. Hal ini demikian kerana setiap kali munculnya bulan Ogos, isu berkaitan semangat patriotisme sering kali menjadi bualan masyarakat Malaysia. Patriotisme sering kali dikaitkan dengan cintakan watan seperti sayang pada Negara, menghormati lagu negaraku, hormat pada jata Negara, sayangi bendera Malaysia, menghayati rukun Negara dengan itu, hal ini menjadi satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda. Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

Seterusnya, jati diri yang dapat diambil dari perjuangan kemerdekaan, sebagai seorang pelajar, ialah memupuk kesedaran dan minat dalam diri anak-anak muda sekarang akan betapa pentingnya jati diri kita sebagai seorang warganegara Malaysia. Jati diri yang mantap, baik meningkatkan semangat patriotisme, iaitu semangat cintakan negara didalam diri setiap rakyat Malaysia. Bayangkan jika tiada jati diri, bagaimana kita mahu mempertahankan kemerdekaan yang sudah 61 tahun dikecapi oleh negara. Bukanlah suatu angka yang kecil, tapi jika tidak dipertahankan oleh setiap rakyat, tidak mustahil kita akan dijajah semula. Mungkin negara kita secara fizikalnya tidak dijajah, tetapi jikatiada jati diri juga dianggap dijajah. Jika kita mempunyai asas jati diri yang kuat, bukan setakat mental dan fizikal kita turut menjadi kuat, bahkan ikatan perpaduan kita akan menjadi semakin utuh, sekaligus memudahkan kita untuk mempertahankan agama, bangsa, Negara dan sebagainya.

Sebagai kesimpulannya, Bukannya satu tugas yang mudah untuk membentuk jati diri seseorang individu jika tanpa wujudnya kesedaran dan minat dalam diri individu itu sendiri untuk menerima perubahan. Pembentukan jati diri bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa dalam diri seseorang dan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya, akan musnahlah perpaduandan keamanan yang telah para pemimpin dahulu perjuangkan dengan susah payahnya.Tiada gunanya segala perancangan dan usaha untuk membina jati diri rakyat Malaysia jika tanpa kerjasama daripada rakyat Malaysia sendiri. Tepuklah dada, tanyalah hati.

SITI NORHALIZAH BT ZEPRI
2018.02.001.BHM

Tanpa kita sedari atau tidak, di sebalik peristiwa sejarah yang berlaku di negara kita terdapat nilai-nilai murni yang sangat berguna untuk kita jadikan pengajaran dan sempadan yang baik untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita.

Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun telah menyimpan banyak peristiwa sejarah yang perlu dihayati dan dipelajari oleh generasi masa kini.

Sesungguhnya nilai-nilai murni memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan pada hari ini agar ia mampu memberikan keamanan dan kesejahteraan negara, agama dan bangsa.

LOKE YEN JIUN ----  2017.09.074.BHM

Berdasarkan Peristiwa Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, pendapat saya terhadap tokoh-tokoh pejuang terdahulu telah mengamalkan nilai-nilai murni dan berkelakuan baik. Pada masa itu, pejuang terdahulu berganding bahu membangunkan negara dan tabah menghadapi cabaran untuk menjadikan Malaysia sebuah negara contoh pada mata dunia. Contohnya, Dato’ Onn Jaafar telah membawa rakyat Malaysia ke arah kemerdekaan. Tepat jam 12 tengah malam iaitu pada 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, Padang kelab Selangor dan diganti dengan bendera Persekutun Tanah Melayu sebagai tanda berakhirnya penguasaan British di Tanah Melayu.

Seterusnya, saya mendapati dalam perjuangan tokoh-tokoh ini adalah untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Di sejarah kemeredekaan iaitu pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan "MERDEKA" 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Kita sebagai rakyat Malaysia  seharusnya mengamalkan nilai cinta kepada negara. Tambahan pula, kita perlulah berasa bangga dan sayang terhadap nama negara kita iaitu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri. Contohnya, tokoh-tokoh kini adalah Nicol Ann David (juara dalam Squasy 2007) dan Lee Chong Wei (bertempat kedua dalam kedudukan pemain badminton sedunia 2017) telah berjaya mengharumkan nama negara Malaysia dalam pentas sukan antarabangsa. Mereka tidak mementingan nama sendiri malah sentiasa mengheboh-hebohkan nama Malaysia kerana mereka mempunyai perasaan sayang yang mendalam terhadap tanah air mereka.

Yang ketiga, saya mendapati dalam pejuangan tokoh-tokoh terdahulu adalah mempunyai semangat, kegigihan dan keberanian.Sebagai contoh dalam sejarah, Tok Janggut di Kelantan, beliau telah memperjuangkan keadilan untuk bangsanya tetapi akhirnya telah dihukum mati dan dianggap beliau adalah pengkhianat serta pemberontak. Inilah yang menunjukkan kerelaan mereka untuk berkorban demi mempertahankan maruah bangsa dan negara sendiri. Jadi sebagai rakyat Malaysia pada masa kini, kita perlulah rela berkorban melakukan apa sahaja termasuk nyawa sebagai tanda bakti kepada negara. Oleh itu, kita sebagai seorang warganegara Malaysia pada masa kini, kita perlulah sedia berkorban nyawa untuk bangsa dan negara supaya kedaulatan negara dapat dipertahankan dengan semangat partiotisme.

Yang keempat, kita harus mengamalkan sikap bertolak ansur, bertoleransi, dan bersatu padu bagi mempertahankan kemerdekaan negara kita. Contoh peristiwa yang saya dapat berikan adalah UMNO. UMNO ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar pada 11 Mei 1946. Beliau ingin membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu. Beliau telah meletakkan jawatan pada tahun 27 Ogos 1951 dan beliau menubuhkan parti baru iaitu Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) sebuah parti berbilang kaum. Seterusnya, beliau berkerjasama dengan MCA untuk membentuk Parti Perikatan. Pembentukkan pemerintahan adalah sebagai lambang tolak-ansur dan pemuafakatan politik penduduk Tanah Melayu iaitu kerjasama kaum ke arah kemerdekaan. Sebab jika semua kaum bersatu dapat memudahkan pilihanraya. Selepas kemerdekaan, hak budaya kaum-kaum lain termasuk penggunaan bahasa dan agama perlulah dipelihara. Hal ini perlulah mendapat persetujuan daripada orang melayu untuk bersetuju berkongsi dengan kaum-kaum yang bukan Melayu dalam pemerintahan negeri ini. Di zaman moden kini, kita telah boleh berkongsi perayaan, berkahwin campur, menghantar anak-anak ke sekolah kaum lain dan seumpamanya yang menggambarkan keterbukaan dan keutuhan perpaduan masyarakat menuju era pembangunan mahupun globalisasi. Semua kaum di Malaysia dapat kelayanan yang adil berbanding zaman dahulu.

Kesimpulannya, nilai-nilai murni yang terdapat di atas adalah berganding bahu membangunkan negara dan tabah menghadapi cabaran, mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, mempunyai semangat, kegigihan dan keberaniansaya dan juga mengamalkan sikap bertolak ansur, bertoleransi, dan bersatu padu. Saya sebagai seorang pelajar perlulah berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan dan harap suatu hari dapat membalas jasa dan budi kepada negara.

MARIAM BINTI ADAM 2018.02.008.BHM

Malaysia merupakan sebuah negara yang pada awalnya kurang membangun dan sangat bergantung kepada pertanian tradisional kini boleh dianggap sebagai negara makmur dengan ekonomi yang pelbagai. Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses yang panjang. Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal. Oleh itu, semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat. Kempen-kempen oleh para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa, akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Negara kemudian bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih mantap dalam mengatasi cabaran semasa. Hasilnya, terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali pada hari ini secara rasminya pada 16 September 1963.

Dalam aspek perpaduan Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang mementingkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri sendiri dan sama sekali tidak mengenepikan kaum lain jelas tergambar melalui perpaduan yang diterapkan oleh Tunku perlu disedari oleh semua pihak dan difahami sifat saling memhami dan menyayangi perlu ada untuk memupuk semangat perpaduan sekaligus rakyat dapat hidup muhibah dan harmoni. Sehubungan itu mengapa tunku sangat menekankan perpaduan kerana kita telah diperlihatkan contoh akibat daripada tidak mempunyai kata sepakat iaitu di mana pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Filipina dan Malaysia dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina sebaik sahaja idea pembentukan Malaysia diuar uarkan. Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, semangat Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan Filipina 3 Jun 1966.Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Negara -Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah hal ini jelas tergambar bila perpaduan tidak diterapkan. Oleh yang demikian adlah penting untuk mengamalkan semangat perpaduan kerana tanpa perpaduan idea yang hebat tidak akan dapat dicetuskan.

Selain daripada itu, terdapat juga tokoh lain yang turut menyumbang dalam menuju ke arah  kemerdekaaan seperti Dato’ Onn Jaafar di mana beliau adalah merupakan tokoh yang penuh dengan impian yang besar dan cita-cita yang tinggi dalam menjadikan bangsa melayu sebagai bangsa yang maju dari pelbagai segi ini dibuktikan dalam beliau sentiasa membela nasib masyarakat Melayu yang mundur beliau mempunyai pelbagai sumbangan terhadap pembentukan Malaysia khususnya dalam aspek politik. Sumbangan pertama Dato’ Onn bin Jaafar dalam aspek politik dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat Melayu ialah mengenai kepentingan bersatu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1946. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh beliau ialah menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan beliau juga dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama. Dalam hal ini apa yang saya boleh kaitkan dalam diri saya adalah untuk menjadi orang yang berjaya kita harus bangkit dalam menangani kemunduran dan berani menghadapi risko untuk memulakan langkah melebihi orang lain agar dapat tercapai impian dan cita yang ingin dicapai.

Bertolak titik dari peristiwa kemerdekaan apa yang kita perlu faham adalah Malaysia telah melalui banyak rintangan dan cabaran bagi membentuk Malaysia sehingga kini seperti penubuhan Malayan union, pertubuhan pakatan dan penentangan dari pihak lain turut mengugat proses kemerdekaan ini. Walau bagaimanapun ini sama sekali tidak mematahkan semangat para pejuang untuk meneruskan perjuangan dan mematikan langkah pihak asing untuk menjajah di mana ini terlihat betapa pentingnya semangat tidak putus asa dan berani mangambil risiko untuk mempertahankan tanah melayu yang tercinta meskipun mengorbankan diri sendiri mahupun keluarga.

Sehubungan dengan itu, antara jati diri yang saya dapat terapkan kita perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan dan susah payah membangunkannnya. Bangsa yang tidak mengenali sejarah seperti orang luar hanya hidup untuk mencari makan atau bersikap materialistik seperti imigran-imigran yang dibawa british ke negara ini sebagai buruh paksa  dan untuk menjelaskannya kita tak seharusnya menjadi seperti mereka kerana mereka hidup untuk mencari rezeki di negara kita dan wajar bagi mereaka untuk tidak mengetahui sejarah kemerdekaan namun tidak bagi kita sebagai rakyat Malaysia dan golongan orang melayu perlu peka dalam mengkaji dan mendalami sejarah kemerdekaan kerana mengingati peristiwa tersebut adalah melambangkan kita sebagai tanah melayu iaitu kita tidak dapat dipisahkan dari 3 hal iaitu orang melayu , insitusi raja raja melayu dan agama islam. Namun untuk membentuk jati diri ini terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi seperti pembawaan budaya luar dan kefahaman yang disalahertikan. Oleh itu kita perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sejarah negara sendiri agar dapat mempertahankan budaya dan jati diri sendiri.

Seterusnnya , kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengamalkan integriti , taat setia kepada raja dan negara . Hal ini kerana sikap ini adalah sangat penting dalam membentuk sebagai warga Malaysia disebabkan penjuang terdahulu juga mengamalkan prinsip ini jadi tidak hairan jika pejuang terdahulu berjaya mematahkan ideologi dan penyebaran fahaman warga asing pada ketika dahulu. Ini boleh dilihat pada masa kini di mana banyak anak muda yang terpengaruh dengan budaya luar kerana terikut ikut dengan aliran moden tanpa mengira asal usul diri sendiri sehingga mengabaikan identity diri dan akhirnya sejarah negara dilupakan.

Sebagai kesimpulannya, jika dikenangkan kembali perjuangan pejuang-pejuang tanah air, sudah pasti timbul kesedaran dalam diri masing-masing betapa peritnya kehidupan kehidupan mereka pada zaman tersebut. Elemen kesedaran ini bakal mendorong kita untuk mengenang kembali perjuangan wira-wira bangsa ini, demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang penjajah di negara kita sewajarnya dijadikan teladan dan patut kita contohi. Semangat setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga amalan permuafakatan di kalangan pemimpin serta pengikutnya telah menyumbangkan kepada kejayaan menentang penjajah. Dalam penentangan ini , jelaslah bahawa sikap berdisiplin serta gigih berusaha akan membuahkan hasil. Iktibar yang boleh dipelajari daripada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita ialah kewibawaan pemimpin. Kita perlu mencontohi kewibawaan para pemimpin terdahulu supaya kita dapat menjadi pemimpin yang disegani dan dikasihi oleh rakyat negara Malaysia.

ANIS SYAZWANI BINTI AZHAR ( 2018.02.010.BTM)

Kemerdekaan bererti bebas daripada konkongan dan cengkaman sesuatu. Malaysia telah berjaya mencapai kemerdekaan sendiri pada 31 Ogos 1957. Pengisytiharan kemerdekaan telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan dengan laungan “kemerdekaan” sebanyak 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan lagu Kebangsaan “Negaraku”. Pada tanggal ini, telah menjadi hari penting bagi Malaysia dalam menyambut kemerdekaan pada setiap tahun. Tanggal ini juga merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat Malaysia sebagai tanda menghayati kemerdekaan dan  perjuangan pejuang-pejuang terdahulu.

Berdasarkan peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, apa yang telah saya pelajari  tentang perjuangan kemerdekaan oleh tokoh-tokoh pejuang adalah semangat setia dan cinta kepada negara yang tinggi. Hal ini kerana dengan wujudnya semangat patriotik seperti setia dan cinta akan negara pasti negara akan aman dan damai. Sebagai seorang rakyat Malaysia, sikap setia dan cinta akan negara wajib diterapkan dalam diri agar negara kita akan dipandang tinggi oleh negara luar. Rakyat merupakan tulang belakang bagi sesebuah negara. Sekiranya rakyat malaysia tidak mempunyai semangat patriotik yang tinggi, negara kita pasti akan mudah ditakluki oleh penjajah asing. Manakala sebagai seorang pelajar, semangat patriotik seperti sikap setia dan cinta akan negara wajib diterapkan dalam diri sebagai jati diri kerana para pelajar terdiri daripada golongan remaja. Remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara pada masa yang akan datang.

Selain itu, perjuangan tokoh terdahulu juga mengajar saya erti semangat juang yang kental. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita harus belajar daripada sifat pemimpin masa lampau yang tidak mudah berputus asa dalam perjuangan. Contohnya masyarakat pada zaman dahulu mempunyai semangat juang yang kental dalam mencapai kemerdekaan. Tokoh pejuang pada masa dahulu  tidak mempunyai sebarang senjata moden untuk menentang musuh, namun akibat semangat juang mereka yang kental, mereka berjaya mencapai kemenangan seterusnya membawa kemerdekaan kepada negara. Contoh peristiwa yang dapat saya kaitkan adalah perjuangan Rosli Dhobi. Rosli Dhobi berani mengambil risiko membunuh Gabenor Duncan Stewart di Sarawak. Beliau dinobatkan sebagai pahlawan yang mengorbankan nyawa demi memerdekakan tanah Sarawak. Oleh itu, kita haruslah mengamalkan semangat ini terutamanya ketika menghadapi sebarang masalah atau kesulitan, sifat ini amat penting diterapkan dalam diri. Sikap ini juga wajar diterapkan dalam diri terutamanya kita sebagai seorang pelajar agar tidak mudah berputus asa dalam meraih kejayaan.

Akhir sekali, apa yang saya pelajari daripada perjuangan tokoh terdahulu adalah kebijaksaan dalam merancang strategi. Tanpa ilmu pengetahuan kita pasti akan mudah dipermainkan oleh  pihak yang lebih maju yang cuba mengambil kesempatan. Sebagai seorang rakyat Malaysia kita perlu bersedia dalam menghadapi musuh dengan menggunakan akal fikiran iaitu ilmu, bukannya kekuatan tenaga. Sifat ini amat penting terutamanya bagi kita sebagai pelajar dalam bijak merancang strategi. Contohnya, sebagai seorang pelajar, kita harus bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi terutamanya ketika menghadapi peperiksaan. Selain itu, dengan adanya ilmu kita dapat berfikir secara lebih rasional apabila berhadapan dengan situasi yang sukar . Ilmu juga amat penting dalam meraih kejayaan di masa yang akan datang.

Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang positif yang saya dapat pelajari daripada perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dari segi moral. . Sikap moral perlu dipupuk dalam diri semua warga negara Malaysia dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan berkelakuan baik dalam apa jua keadaan Semua pihak perlulah memainkan peranan yang penting dalam memastikan kemerdekaan berkekalan agar perjuangan tokoh terdahulu akan dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang.

MARIAM BINTI ADAM 2018.02.008.BHM

Malaysia merupakan sebuah negara yang pada awalnya kurang membangun dan sangat bergantung kepada pertanian tradisional kini boleh dianggap sebagai negara makmur dengan ekonomi yang pelbagai. Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses yang panjang. Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal. Oleh itu, semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat. Kempen-kempen oleh para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa, akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Negara kemudian bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih mantap dalam mengatasi cabaran semasa. Hasilnya, terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali pada hari ini secara rasminya pada 16 September 1963.

Dalam aspek perpaduan Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang mementingkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri sendiri dan sama sekali tidak mengenepikan kaum lain jelas tergambar melalui perpaduan yang diterapkan oleh Tunku perlu disedari oleh semua pihak dan difahami sifat saling memhami dan menyayangi perlu ada untuk memupuk semangat perpaduan sekaligus rakyat dapat hidup muhibah dan harmoni. Sehubungan itu mengapa tunku sangat menekankan perpaduan kerana kita telah diperlihatkan contoh akibat daripada tidak mempunyai kata sepakat iaitu di mana pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Filipina dan Malaysia dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina sebaik sahaja idea pembentukan Malaysia diuar uarkan. Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, semangat Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan Filipina 3 Jun 1966.Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Negara -Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah hal ini jelas tergambar bila perpaduan tidak diterapkan. Oleh yang demikian adlah penting untuk mengamalkan semangat perpaduan kerana tanpa perpaduan idea yang hebat tidak akan dapat dicetuskan.

Selain daripada itu, terdapat juga tokoh lain yang turut menyumbang dalam menuju ke arah  kemerdekaaan seperti Dato’ Onn Jaafar di mana beliau adalah merupakan tokoh yang penuh dengan impian yang besar dan cita-cita yang tinggi dalam menjadikan bangsa melayu sebagai bangsa yang maju dari pelbagai segi ini dibuktikan dalam beliau sentiasa membela nasib masyarakat Melayu yang mundur beliau mempunyai pelbagai sumbangan terhadap pembentukan Malaysia khususnya dalam aspek politik. Sumbangan pertama Dato’ Onn bin Jaafar dalam aspek politik dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat Melayu ialah mengenai kepentingan bersatu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1946. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh beliau ialah menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan beliau juga dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama. Dalam hal ini apa yang saya boleh kaitkan dalam diri saya adalah untuk menjadi orang yang berjaya kita harus bangkit dalam menangani kemunduran dan berani menghadapi risko untuk memulakan langkah melebihi orang lain agar dapat tercapai impian dan cita yang ingin dicapai.

Bertolak titik dari peristiwa kemerdekaan apa yang kita perlu faham adalah Malaysia telah melalui banyak rintangan dan cabaran bagi membentuk Malaysia sehingga kini seperti penubuhan Malayan union, pertubuhan pakatan dan penentangan dari pihak lain turut mengugat proses kemerdekaan ini. Walau bagaimanapun ini sama sekali tidak mematahkan semangat para pejuang untuk meneruskan perjuangan dan mematikan langkah pihak asing untuk menjajah di mana ini terlihat betapa pentingnya semangat tidak putus asa dan berani mangambil risiko untuk mempertahankan tanah melayu yang tercinta meskipun mengorbankan diri sendiri mahupun keluarga.

Sehubungan dengan itu, antara jati diri yang saya dapat terapkan kita perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan dan susah payah membangunkannnya. Bangsa yang tidak mengenali sejarah seperti orang luar hanya hidup untuk mencari makan atau bersikap materialistik seperti imigran-imigran yang dibawa british ke negara ini sebagai buruh paksa  dan untuk menjelaskannya kita tak seharusnya menjadi seperti mereka kerana mereka hidup untuk mencari rezeki di negara kita dan wajar bagi mereaka untuk tidak mengetahui sejarah kemerdekaan namun tidak bagi kita sebagai rakyat Malaysia dan golongan orang melayu perlu peka dalam mengkaji dan mendalami sejarah kemerdekaan kerana mengingati peristiwa tersebut adalah melambangkan kita sebagai tanah melayu iaitu kita tidak dapat dipisahkan dari 3 hal iaitu orang melayu , insitusi raja raja melayu dan agama islam. Namun untuk membentuk jati diri ini terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi seperti pembawaan budaya luar dan kefahaman yang disalahertikan. Oleh itu kita perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sejarah negara sendiri agar dapat mempertahankan budaya dan jati diri sendiri.

Seterusnnya , kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengamalkan integriti , taat setia kepada raja dan negara . Hal ini kerana sikap ini adalah sangat penting dalam membentuk sebagai warga Malaysia disebabkan penjuang terdahulu juga mengamalkan prinsip ini jadi tidak hairan jika pejuang terdahulu berjaya mematahkan ideologi dan penyebaran fahaman warga asing pada ketika dahulu. Ini boleh dilihat pada masa kini di mana banyak anak muda yang terpengaruh dengan budaya luar kerana terikut ikut dengan aliran moden tanpa mengira asal usul diri sendiri sehingga mengabaikan identity diri dan akhirnya sejarah negara dilupakan.

Sebagai kesimpulannya, jika dikenangkan kembali perjuangan pejuang-pejuang tanah air, sudah pasti timbul kesedaran dalam diri masing-masing betapa peritnya kehidupan kehidupan mereka pada zaman tersebut. Elemen kesedaran ini bakal mendorong kita untuk mengenang kembali perjuangan wira-wira bangsa ini, demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang penjajah di negara kita sewajarnya dijadikan teladan dan patut kita contohi. Semangat setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga amalan permuafakatan di kalangan pemimpin serta pengikutnya telah menyumbangkan kepada kejayaan menentang penjajah. Dalam penentangan ini , jelaslah bahawa sikap berdisiplin serta gigih berusaha akan membuahkan hasil. Iktibar yang boleh dipelajari daripada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita ialah kewibawaan pemimpin. Kita perlu mencontohi kewibawaan para pemimpin terdahulu supaya kita dapat menjadi pemimpin yang disegani dan dikasihi oleh rakyat negara Malaysia.

SITI NORHALIZAH BT ZEPRI

2018.02.001.BHM

Tanpa kita sedari atau tidak, disebalik peristiwa sejarah yang berlaku dinegara terdapat nilai-nilai murni yang sangat berguna untuk kita jadikan pengajaran dan sempadan yang baik untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita.

Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun telah menyimpan banyak peristiwa sejarah yang perlu dihayati dan dipelajari oleh generasi masa kini. Sesungguhnya nilai-nilai murni memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insane pada hari ini agar ia mampu memberikan keamanan dan kesejahteraan negara agama dan bangsa.

Berusaha adalah salah satu nilai murni yang harus ada pada diri seseorang individu. Topic ini sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni yang perlu direnungi dan dijadikan iktibar oleh semua warganegara. Dalam hal ini, untuk melakar kejayaan kita mesti mengharungi segala cabaran dengan professional iaitu tidak menggunkan jalan singkat untuk berjaya. Diantara  nilai-nilai murni yang perlu dijadikan iktibar ialah seseorang warganegara itu tidak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan orang asing memerintah dan menentukan sistem pemerintahan negara kita. Seseorang itu jufa perlu mengetahui bahawa tiada jalan mudah untuk negara mencapai kemajuan. Sebagai contoh, TUNKU ABD RAHMAN  yang terpaksa turun padang dan berunding dengan british untuk membebaskan negarabini dari dibelenggu penjajahan. Sebagai seorang pelajar, kita haruslah mempertahankan dan membebaskan negara kita daripada dibelenggu oleh penjajah british dengan cara bersuara iaitu menggunakan hak bersuara kita dengan memberikan pendapat yang memberikan kebaikan kepada negara.

Selain itu, taat setia. Dalam peristiwa sejarah negara , begitu banyak peristiwa yang menunjukkan betapa  pentingnya taat setia kepada pemerintah dan negara. Dalam sejarah melayu kita dapat melihat rakyat Melaka pada waktu itu tak kira muda, cacat,rakyat biasa kepada pemerintah. Tersa kepada konsep taat setia masyarakat di Melaka pada waktu itu ialah berasaskan kepatuhan kepada perjanjian termeterai antara sang sapurba dengan demang lebar daun. Sebagai contoh, hang tuah sangat setia kepada pemerintah.Dalam hal ini, beliau sanggup berbuat apa sahaj dan sentiasa mengikut arahan pemerintah melaksanakan sesuatu tugas walaupun ia terpaksa meninggalakan ahli keluarganya. Dalam konteks masyarakat hari ini , kita perlu mempunyai sikap taa setia kepada negara dan pemerintah khusunya ia melibatkan kepentingan agama, bangsa, dan negara. Sebagai seorang pelajar, kesetiaan kepada raja dan negara seperti yang termaktub dalam rukun negara mestilah ada dalam diri setiap individu untuk menjamin kesejahteraan negara.

Seterusnya, tolak ansur. Konsep tolak ansur dalam sejarah Malaysia dapat lita lihat semasa parti UMNO, MIC dan MIC bergabung dan membentuk parti perikatan. Semasa penggubalan perlembagaaan bagi persekutuan tanah melayu, orang cina dan india menerima bahasa melayu dijadikan bahasa rasmi negara dan begitu juga dengan agama islam sebagai agama rasmi negara. Agama islam menjadi agama rasmi , agama lain boleh bebas diamalkan selagi ianya tidak menganggu ketenteraman dan kemakmuran negara. Sebagai seorang pelajar, sikap tolak ansur mesti diterapkan dalam diri setiap individu untuk kesejahteraan negara. Sebagai contoh , parti-parti politik yang bertanding , inidividu mempunyai hak masing masing untuk memilih parti politik yang diminati.

Tiada satu pun etnik di negara ini terpinggir daripada arus kemajuan negara malah semuanya menikmati hasil kekayaan dibumu yang amat bertuah ini. Tidak dinafikan dalam era dunia tanpa sempadan masih terdapat segelintir rakyat negara ini yang hidup dalam arus kemiskinan.

Tepat pada masanya perdana menteri DATO SRI NAJIB TUN ABD RAZAK melaungkan konsep satu Malaysia . konsep ini merujuk kepada kepelbagaian etnik yang hidup dinegara ini saling berkongsi satu wawasan , matlamat, impian tanpa mengira fahaman agama, matlamat dan impian dalam mewujudkan keharmonian negara secara berterusan.

Mesej satu Malaysia  perlu dihayati oleh rakyat Malaysia serta memahami maksud yang tersurat dan tersirat. Golongan muda perlu kembali menghayati rukun negara memahami perlembagaan persekutuan , menghormati jalur gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan negara.

Rakyat Malaysia seharusnya bersa bangga dengan tanah air yang didiami ini. Keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapt dibeli dengan wang ringgit. Kesedaran terhadap bertapa berharganya keamanan negara perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia bak kata pepatah “ diman bumi dipijak, disitu langit dijunjung”.

NORATIQAH ROSZAINI     2017.09.030.BTM

Setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1946 kerana Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh pihak Amerika Syarikat dibawah pimpinan Presiden Hanrry S. Truman. Setelah Jepun menyerah kalah British memperkenalkan sistem pentadbiran baru iaitu Malayan Union pada 1 April 1946 di King House, Carcosa Seri Negara. Orang Melayu tidak bersetuju dan membantah sistem pentadbiran Malayan Union kerana hak kewarganegara atau kerakyatan yang sama rata dan tidak hak keistimewaan untuk orang Melayu. Orang Melayu membantah sekeras-kerasnya sistem pentadbiran tersebut. Dato’ Onn Jaafar telah mengumpul hampir 200 orang Melayu pada kongres Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946. Setelah Kongres Melayu Dato’ Onn Jaafar telah menubuhkan UMNO iaitu United Malayan United Organization pada 11 Mei 1946  di Johor Bahru. Dato Onn Jaafar telah mengajar kita untuk memperjuangkan hak orang Melayu.

Antara tokoh kemerdekaan yang memperjuangkan  kemerdekaan demi memerdekakan Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Tun Sir Hendry H.S Lee dan Tun V.T Sambanthan. Tunku Abdul Rahman digelar Bapa Kemerdekaan kerana usaha beliau menuntut kemerdekaan. Beliau merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955 dan menjadi Perdana Menteri sejak 1957 hingga 1970. Pencapaian terbesar beliau apabila pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Apa yang kita boleh pelajari daripada Tunku Abdul Rahman adalah sikap beliau yang tidak pernah mengalah untuk menuntut kemerdekaan pada pihak British. Antara nilai murni yang kita dapat pelajari daripada Tunku Abdul Rahman adalah tidak berputus asa dalam apa jua kita lakukan. Contohnya beliau tidak berputus asa dalam menuntut kemerdekaan. Walaupun susah membuat perundingan antara wakil tiga kaum.

Rundingan Baling 1955 iaitu Rundingan Damai Baling antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Ma1aya 1955. Baling English School di Baling, Kedah pada 28 dan 29 disember 1955. Wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman Tun Tan Chen Lock dan David Marshall dan PKM terdiri daripada Chin Peng. Hasil dari rundingan adalah menyakinkan pihak British bahawa rakyat tempatan Tanah Melayu betul-betul ingin merdeka. Moral dari kisah ini walaupun susah ingin membuat perundingan tetapi Parti Perikatan telah membuktikan bahawa perundingan ini berjaya membuktikan British. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu membuat perundingan atau nama lain iaitu musyarawah. bukan semua pekara kita perlu berperang untuk menyelesaikan masalah.

Patriotisme ialah semangat cintakan negara, perasaan yang sanggup berkorban. contohnya pada 1970 Rukun Negara telah diwujudkan daripada insiden 13 Mei 1969. Semangat ini penting untuk memperjuangkan tanah air.  Kita sebagai rakyat malaysia perlu ada sikap patriotisme untuk negara bangsa. Semangat ini penting andai kata kita dijajah kita perlu mempunyai sikap itu.

NAMA : MOHD ABDUL HADI BIN MOHAMAD

ID STUDENT : 2017.09.022.BHM

Tarikh 31 Ogos 1957,jam 12 malam menjelang hari yang disifatkan sebagai tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia adalah saat paling bersejarah. Ini menandakan berakhirnya zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Tarikh keramat ini disambut dengan laungan dan perkikan MERDEKA! Sebanyak tujuh kali oleh seluruh rakyat Malaysia, sebagai tanda bebas dari belenggu penjajahan hasil daripada perjuangan gigih pejuang-pejuang tanah air dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Di hari yang bertuah ini, beribu-ribu rakyat telah berkumpul di padang Kelab Selangor dan kawasan sekitarnya yang bergemelapan dengan cahaya lampu yang berwana-warni untuk menyertai upacara menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan bendera Malaysia. Menjelangnya tarikh 31 Ogos 1957, persediaan-persediaan daripada pihak kerajaan dan rakyat untuk menyambut dan merayakan kemerdekaan itu telah siap sedia diatur secara besar-besaran. Perayaan menyambut kemerdekaan di Kuala Lumpur telah diadakan selama 11 hari mulai dari 29 Ogos hingga 7 September 1957 .

Moral yang dapat diambil melalui kemerdekaan Tanah Melayu adalah masyarakat yang hidup bersatu padu. Ini dapat diambil kerana masa zaman dahulu masyarakat pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India diasingkan dari segi persekolahan dan pekerjaan. Sebagai contoh, masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan, manakala masyarakat Cina dalam bidang perlombongan dan masyarakat India di ladang-ladang dan sistem pembelajaran yang tidak seragam. Pada masa kini semua pekerjaan boleh diceburi oleh semua masyarakat yang berlainan kaum dan sekolah kebangsaan telah diwujudkan bagi menyeragamkan sistem pembelajaran tersebut kepada semua kaum. Dalam Penyata Razak 1655 ada menyebut Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Pada 3 Jun 1957, satu perhimpunan menyambut ketibaan rombongan kemerdekaan ke London yang merundingkan hal berkaitan dengan Rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan di Lapangan Terbang Tentera Udara, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Rombongan ini dianggotai oleh Tuanku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Anggota rombongan ini terdiri daripada tiga orang wakil daripada pihak kerajaan dan tiga lagi wakil daripada Raja-raja Melayu. Rundingan berlangsung selama lapan hari di Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London ini ialah Encik Ong Yoke Lin, Encik V.T Sambanthan, Encik Mohamed Khir Johari dan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tuan Haji Mustapha Al Bakri. Hasil rundingan yang diadakan ini satu persetujuan telah dicapai dan membawa kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Moralnya ialah masyarakat saling menghormati antara satu sama lain. Hal ini dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan masyarakat kerana tiada pepecahan atau pergaduhan yang berlaku antara satu sama lain. Selain itu,  semua masyarakat berbilang kaum perlu menghormati dan menerima budaya masyarakat lain yang ada. Sebagai contoh kaum melayu mengadakan rumah terbuka atau perayaan, kaum lain juga dijemput hadir dan tidak membuat gangguan atau kacauan yang menyebabkan pergaduhan.

Moral yang ketiga ialah mempertahankan hak kebebasan asasi. Pada zaman penjajahan, British mengambil semua hak istimewa masyarakat di Tanah Melayu dan juga hak Raja-raja Melayu  serta tidak mampu untuk bersuara. Pada zaman kini pula, masyarakat dapat mempertahankan hak kebebasan asasi dan juga bebas untuk bersuara atau memberi pendapat masing-masing dalam sesuatu hal atau peristiwa yang berlaku.

Jati  diri adalah teras utama kepada pembinaan identiti bangsa dan negara. Ia juga lambang keagungan negara berdaulat. Aspek jati diri begitu dekat dengan generasi muda, terutama mahasiswa. Mereka kelompok paling besar akan mencorak masa depan negara. Rakyat yang teguh jati diri adalah mereka yang sayangkan negara, bangsa serta sanggup mempertahankan kedaulatan negara daripada pelbagai pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam konteks Malaysia sebuah negara majmuk pula, kecenderungan untuk berlaku asimilasi kaum mungkin ada, namun, perjuangan untuk membentuk jati diri tidak seharusnya menyebabkan kehilangan identiti sesebuah bangsa dan ini bertepatan sekali dengan tema Hari Kemerdekaan ke-61 pada tahun ini iaitu “sehati sejiwa”.

Kesimpulannya, semua rakyat Malaysia perlu rasa bersyukur daripada perjuangan gigih pejuang-pejuang tanah air dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Oleh itu, rakyat zaman sekarang perlu memperjuangkan dan menjaga nama baik negara daripada berlakunya peristiwa yang tidak baik ke atas negara.