STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN by NUR FILZAH IWANI BINTI ASRI IPG-Pelajar

Jawapan
Strategi yang sesuai digunakan ialah strategi berpusatkan bahan. Strategi ini boleh dilaksanakan dengan cara guru menyediakan pelbagai jenis bahan pembelajaran seperti video, audio, grafik, dan teks. Murid dengan tahap yang berbeza boleh memilih bahan yang paling sesuai dengan gaya dan tahap pembelajaran mereka. Kesannya, kefahaman murid dapat ditingkatkan berdasarkan bahan yang digunakan dalam PdP.

Jawapan
Strategi Berpusatkan Bahan

- guru boleh menggunakan pelbagai bahan spt buku, video interaktif dan bahan maujud utk memenuhi keperluan pelajar yg pelbagai. Bahan ini juga mampu utk mengatasi mslh sekiranya pelajar di dalam kesusahan atau ketidakfahaman apabila tiada guru ketika waktu itu.

Strategi berpusatkan tugasan boleh digunakan oleh guru bagi memastikan semua murid dapat belajar mengikut tahap kemampuan mereka yang tersendiri. Guru boleh menyediakan tugasan yang berbeza tahap kesukarannya mengikut kemampuan murid. Sebagai contoh, murid pemulihan  diberikan tugasan yang lebih mudah, manakala murid pengayaan boleh diberi tugasan yang lebih kompleks dan mencabar.

Contohnya, dalam pelajaran Matematik, murid pemulihan diberikan tugasan mengira operasi asas, manakala murid pengayaan diberikan tugasan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan konsep yang lebih abstrak seperti soalan bercapah.

STRATEGI BERPUSATKAN TUGASAN
Strategi berpusatkan tugasan atau aktiviti memberi peluang kepada murid-murid dengan pelbagai keperluan pembelajaran yang berbeza untuk terlibat dalam proses PdPc secara adil tanpa keciciran. Secara umumnya, aktiviti-aktiviti yang dirancang seharusnya berupaya merangsang kemahiran-kemahiran pembelajaran murid-murid yang berbeza merangkumi visual, auditori dan kinestetik. Misalnya, tugasan PdPc Sains yang memerlukan murid-murid untuk menganalisis jenis bunga dan serangga di taman bunga mampu memenuhi keperluan pembelajaran murid-murid yang bersifat visual dan kinestetik. Guru-guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktviti yang boleh menuju pencapaian matlamat pembelajaran hari tersebut

~ azf

Strategi berpusatkan tugasan
Strategi ini melibatkan penyesuaian tugasan yang diberikan kepada murid supaya selaras dengan tahap keupayaan dan kebolehan masing-masing. Ini bermaksud guru menyediakan tugasan dengan pelbagai tahap kesukaran, memberi peluang kepada setiap murid untuk berjaya berdasarkan kemampuan individu. Contohnya, guru menyediakan beberapa versi tugasan yang berbeza tahap kesukaran untuk topik yang sama. Sebagai contoh, bagi murid yang lebih lemah, tugasan boleh fokus pada konsep asas, manakala murid yang lebih maju diberi tugasan yang memerlukan pemikiran kritis atau penyelesaian masalah yang lebih kompleks. Murid yang lebih cepat tidak akan merasa bosan dengan tugasan yang terlalu mudah, manakala murid yang memerlukan lebih banyak masa tidak akan berasa terbeban dengan tugasan yang terlalu sukar.

Jawapan
Strategi yang sesuai adalah strategi berpusatkan murid. Melalui strategi ini, guru boleh membentuk kumpulan kecil berdasarkan tahap kemahiran dan membenarkan murid memilih aktiviti yang sesuai dengan minat mereka.

Strategi Berpusatkan Tugasan
Strategi ini dapat dilaksanakan melalui tugasan yang dilakukan secara berperingkat. Hal ini dapat dilakukan dengan merancang aktiviti latihan yang berperingkat, di mana murid yang lebih mahir boleh menyelesaikan tugas yang lebih kompleks sementara yang lain bekerja pada asas yang lebih mudah. Selain itu, strategi ini juga dapat dilaksanakan melalui tugasan secara berkumpulan. Hal ini dilaksanakan dengan menggalakkan murid untuk bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugas tertentu, di mana murid yang lebih mahir boleh membantu rakan-rakan mereka, sekaligus meningkatkan kemahiran kolaborasi.

jawapan
STRATEGI BERPUSATKAN MURID (kolaborasi)

Kumpulkan murid mengikut tahap kemahiran untuk aktiviti tertentu, membolehkan mereka belajar dari satu sama lain.

Galakkan kerjasama dalam kumpulan campuran untuk memberi peluang kepada murid yang lebih mahir membantu rakan-rakan mereka.

Jawapan
Strategi berpusatkan bahan. Kerana guru boleh fokus untuk sediakan bahan ikut kemampuan dan tahap kefahaman murid. Hal ini memudahkan murid untuk memahami setiap tajuk. Setiap bahan yang disediakan perlu bersesuaian dengan gaya pembelajaran dan tahap kefahaman murid supaya murid dapat mengoptimumkan proses penaakulan mereka.