My supercalifragilisticexpialidocious wall by Clevelson Calvin

Hubungkait Undang-undang Syariah Islam
Batu Bersurat Terengganu bukti kepada kewujudan proses penyebaran Islam di kepulauan Melayu, khususnya Terengganu.

Kandungan batu bersurat tersebut merupakan sebuah piagam dan undang-undang bertulis serta menjadi bukti kepada amalan sistem perundangan dan kehakiman berlandaskan hukum-hakam Islam.

Terdapat beberapa ciri-ciri pada batu itu yang menunjukkan wujudnya unsur Islam. Antaranya adalah dari segi tulisan, bahasa serta limu langit yang kebanyakkannya menggunakan unsur-unsur kearaban.

Dari segi bahasa serta istilah, Batu Bersurat itu menggunakan 3 bahasa iaitu Melayu, Sanskrit dan Arab. Walaupun, bahasa sanskrit lebih dominan digunakan dalam batu bersurat ini, namun harus disedari juga bahawa, perkataan Arab yang wujud menunjukkan bahawa proses Islamisasi sudah berlaku dan masa yang sama, usaha untuk menukar bahasa lain ke bahasa Arab juga telah berlaku.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Berdasarkan kepada catatan China menyatakan bahawa agama Islam telah sampai ke Indonesia (Tanah Jawa) pada tahun 684. Oleh itu mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di bahagia pantai barat di Pulau Sumatera.

Menurut sumber lainnya, sewaktu pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid. Nakhoda yang dipimpin oleh beliau seramai seratus orang bersertakan seorang mubaliqh Islam telah sampai ke Tanah Indonesia iaitu di Perlak, Acheh. Ketika mereka pergi menghadap Raja Perlak tersebut, maka secara tidak langsung berlakunya proses dakwah. Setelah berjaya mengislamkan baginda, ramai mereka berkahwin dengan wanita tempatan di sana, namun mubaliqh tersebut diperisterikan dengan puteri Raja Perlak tersebut. Setelah mendapat seorang putera, mereka menamakan putera tersebut sebagai Syed Abdul Aziz yang kelaknya bakal menjadi Sultan Perlak

Hubungkait & Jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Perkembangan agama Islam dikatakan bermula pada zaman Melaka. Jalinan perdagangan yang rancak, membuatkan wujudnya sebuah hubungan politik bertaraf antarabangsa di antara, Parameswara dan Maharaja China yang dikenali sebagai Yun Lo. Hubungan perdagangan dan politik di antara dua pihak tersebut telah pun termeterai pada 28 Oktober 1403.

Laksamana Yin Ching merupakan individu yang bertanggungjawab untuk menjayakan hubungan politik tersebut. Manakala, Parameswara merasakan perlunya Melaka berada di bawah naungan China bagi mengelakkan kota itu dari terus menerus diserang oleh seteru-seterunya.

Perhubungan yang telah dijalin di antara Melaka dan China akhirnya membawa pula kepada perkahwinan di antara Puteri Hang Li Po (China) dan Sultan Mansur Shah (Melaka). Perkahwinan campur ini menyebabkan wujudnya kaum baba dan nyonya seperti yang kita lihat pada masa kini dan kebanyakkan daripada mereka juga menganuti agama Islam