Pendidikan Islam by Nur Atikah

Panduan Menjawab Soalan KBAT (Pendidikan Islam)
CARA MENGESAN SOALAN KBAT :
Berikut adalah ciri-ciri soalan KBAT Pendidikan Islam :
1. Ada stimulus/ rangsangan minda :
Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus sama ada dalam bentuk gambar, pernyataan, dialog, petikan akhbar dan lain-lain. Contohnya seperti soalan di bawah :

2. Tiada kuantiti jawapan :

Bilangan jawapan yang diminta tidak dinyatakan dalam soalan. Hal ini kerana pelajar hanya perlu mengemukakan 1 isi sahaja untuk soalan KBAT. Perhatikan soalan-soalan berikut, tiada kuantiti jawapan yang diminta dalam soalan.
- Bagaimanakah anda menghargai nikmat Allah?
- Pada pendapat anda, apakah kemungkinan yang akan berlaku terhadap masyarakat jika...
- Mengapakah masih berlaku perbuatan merosakkan harta benda awam ini?

3. Peruntukan markah : 4 markah :
Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut :
- Isi : 1 markah
- Huraian : 2 markah
- Kesimpulan : 1 markah.

Oleh itu calon perlu mengemukan 1 isi, 2 huraian dan 1 kesimpulan dalam jawapan KBAT.

TEKNIK MEMBINA JAWAPAN KBAT
1. Langkah pertama setelah anda mengenal pasti sesuatu soalan KBAT ialah mengetahui KEHENDAK SOALAN.
Kehendak soalan boleh difahami melalui 'clue' yang diberi. Contohnya 'Bagaimana', 'Kenapa", "Apakah kemungkinan yang berlaku' 'Apa Pendapat'.  Berikut ialah contoh KEHENDAK SOALAN KBAT yang paling popular :

2. Langkah kedua ialah MENYENARAIKAN ISI yang menepati kehendak soalan. Pilih satu isi sahaja yang anda yakin boleh dihuraikan dengan baik.

3. Langkah ketiga ialah MENGHURAIKAN ISI yang dipilih.
Anda boleh menghuraikan isi dengan cara berikut :
- Memberi keterangan tambahan.
- Memberi contoh kepada isi.
- Memberi dalil al-quran atau hadis.
- Memberi hikmat/kesan/punca tentang isi/isu dalam soalan.
- Memberi perumpaan/kata-kata hikmat dan lain-lain

Anda perlu memberi 2 huraian. Untuk memudahkan pelajar menulis huraian, saya cadangkan pelajar memberi contoh untuk huraian 1 dan pelajar menyatakan kesan/hikmat untuk huraian 2. Rujuk rajah di bawah :

4. Langkah Keempat ialah MEMBERI KESIMPULAN.
- Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi dan huraian.
- Kesimpulan tidak boleh diambil daripada ISI JAWAPAN (mengulang isi).
- Kesimpulan hendaklah menjelaskan tentang cadangan anda terhadap isu/soalan.

Calon boleh menyatakan kesimpulan dalam bentuk ayat pengajaran. Contohnya : "Kita hendaklah..." "Kita mestilah...".

FORMAT JAWAPAN KBAT :
- Jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu perenggan atau karangan pendek.
- Jawapan yang dikemukakan dalam bentuk 'point' hanya layak mendapat 1 markah. Selamat mencuba...