ASSIGMENT INDIVIDU by NUR ILYA MAISARA BINTI ZAINAL

SITUASI : JUMLAH PELAJAR YANG TERLALU RAMAI DI DALAM KELAS.1. 1. Pilih 1 topik atau objektif pembelajaran yang ingin diajar.2. 2. Cadangkan 1 aktiviti yang menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif dengan anggapan bahawa jumlah pelajar di dalam kelas agak ramai.

Topik: Peribahasa (Tingkatan 1)
Objektif pembelajaran:

1. Pelajar dapat mengaitkan penggunaan peribahasa dengan kehidupan seharian.

2. Pelajar mampu meneka peribahasa yang tepat berdasarkan perkataan yang diberi oleh guru.

Aktiviti yang dijalankan :
Pick , Act and Guess
Cara pelaksanaan

Guru menyediakan kertas kecil yang telah dituliskan peribahasa tertentu. Sebagai contoh, ada udang di sebalik batu, ukur baju di badan sendiri, anak emas dan lain-lain. Kemudian, guru akan menggulung kertas tersebut dan meletakkan di dalam bekas.

Murid – murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dipecahkan kepada 7 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan.

Murid – murid diminta untuk berada di dalam kumpulan masing – masing.

Guru akan meminta seorang wakil murid dari setiap kumpulan untuk tampil ke hadapan.

Seorang wakil dari kumpulan tersebut akan mengambil kertas kecil yang disediakan oleh guru dan melakonkannya tanpa sebarang bunyi atau suara.

Setiap kumpulan hanya diberi 30 saat sahaja untuk meneka dan melakonkannya. Dalam masa 30 saat, ahli kumpulan yang lain boleh meneka sebanyak yang mungkin.

Setiap tekaan dan jawapan yang betul akan diberikan 1 markah. Guru akan menulis markah – markah kumpulan di papan putih bagi memudahkan pengiraan markah.

Kumpulan yang mempunyai markah yang tertinggi akan diberikan hadiah oleh guru di akhir kelas.

Sebelum menamatkan kelas, guru membuat rumusan apa yang telah dicapai pada pembelajaran hari tersebut. Guru juga meminta murid – murid untuk mengaitkan pengunaan peribahasa dalam kehidupan seharian.

1.Bagaimanakah perbezaan faktor berikut(PILIH SATU SAHAJA)Jantina, Pertumbuhan fizikal( kurang tinggi, berlebihan berat badan), Keupayaan mental,Sosioekonomi keluarga,Sikap/minat/ kecenderungan/bakat( sains, teknikal, seni&) sastera boleh mempengaruhi perbezaan kesediaan belajar seseorang murid?
2. Cadangkan SATU kaedah untuk anda memotivasikan murid anda yang berbeza kesediaan belajar mereka.

Keupayaan mental merupakan perkembangan dan persediaan minda manusia untuk menerima sesuatu pembelajaran atau perkembangan yang berlaku pada otak apabila umur seseorang telah meningkat. Sehubungan dengan itu, kesediaan untuk menerima pelajaran yang lebih abstrak boleh diterima kerana otak telah bersedia untuk menerimanya. Namun, tidak semua pelajar memiliki tahap perkembangan intelek yang sama. Sebagai contoh, ada pelajar yang cepat belajar dan ada pelajar yang lambat dalam memahami sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru. Misalnya, seorang murid yang mempunyai keupayaan mental yang tinggi boleh menjawab dengan pantas apabila guru bertanyakan soalan berbanding murid yang mempunyai keupayaan mental yang rendah mereka akan mendiamkan diri. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi kesediaan belajar seseorang murid. Hal ini dikatakan demikian kerana murid yang pandai mudah untuk mengulangkaji sendirian kerana sudah memahami setiap subjek yang dipelajari. Manakala pelajar yang kurang pandai akan mengalami kesukaran untuk mengulang kaji sendirian kerana tidak mahir dalam subjek yang dipelajari.  Mereka memerlukan bimbingan dari guru dan rakan – rakan untuk dijadikan tempat rujukan apabila tidak memahami sesuatu pelajaran.

Kesediaan belajar murid yang berbeza memerlukan layanan yang berbeza dari  guru. Sehubungan dengan itu, guru mestilah memastikan setiap pelajarnya benar-benar bersedia untuk belajar. Hal ini bertujuan supaya murid-murid mendapat keselesaan dan bertambah seronok untuk belajar. Oleh itu, sebagai seorang guru langkah yang akan saya gunakan untuk memotivasikan murid saya adalah dengan  memberikan soalan pengukuhan. Soalan ini bertujuan untuk saya melihat tahap kefahaman pelajar saya terhadap objektif pembelajaran mengenai topik yang diajarkan. Sebagai contoh, setiap murid diberikan satu set soalan yang sama dan diminta untuk menjawab soalan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Dalam soalan tersebut, saya akan membuat pecahan soalan kepada 3 aras bermula dengan aras mudah, sederhana dan tinggi. Hal ini bertujuan untuk saya menilai tahap kefahaman murid dan saya dapat mengenal pasti murid yang perlu saya tingkatkan lagi kemahiran yang dikuasai dan murid yang perlu diberikan penekanan yang lebih dalam pembelajaran. Secara tidak langsung, objektif  pembelajaran dapat dicapai.

Jika saya sebagai seorang guru kelas yang telah didatangi oleh seorang anak murid yang mengaku bahawa dirinya telah di liwat oleh pelajar lain yang lebih berusia daripadanya, saya akan membantunya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Antara peranan yang saya akan lakukan adalah saya akan menenangkannya dengan memberi beberapa nasihat dan motivasi kepadanya agar tidak berasa tertekan. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui nasihat yang memberangsangkan ia dapat memberi perangsang kepada murid tersebut agar ia berasa tenang dan selamat. Sebagai contoh, saya akan cuba menjadi kawan kepadanya agar ia dapat menceritakan masalah tersebut dan saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang pendengar yang baik. Secara tidak langsung, kami dapat mengenali satu sama lain dan timbul rasa saling mempercayai yang membuatkan pelajar tersebut berasa selesa untuk menceritakan apa yang di alami olehnya. Selepas mendengar penceritaan berkaitan kejadian tersebut, sebagai seorang guru kelas yang mengambil berat terhadap anak murid, saya akan memaklumkan hal ini kepada pengetua untuk tindakan susulan. Hal ini bertujuan untuk membela nasib anak murid saya dan memberi hukuman yang setimpal kepada pelaku terbabit. Hal ini sangat membantu murid saya kerana ia akan berasa disayangi kerana maruahnya dibela. Manakala untuk pelaku terbabit, pihak sekolah akan mengenakan hukuman yang setimpal sama ada gantung sekolah atau di buang sekolah. Hal ini kerana untuk memberi pengajaran kepada murid yang lain agar tidak melakukan hal yang terkutuk ini di sekolah. Namun, sebagai seorang guru kelas telah menjadi tanggungjawab saya untuk merahsiakan identiti pelajar tersebut daripada diketahui oleh orang ramai. Hal ini kerana kami telah sama-sama mencapai persetujuan atau perjanjian yang perlu dilaksana dan dipatuhi semasa sesi temubual. Selepas selesai semua prosedur, saya akan menjadikan pelajar tersebut sebagai mentee saya. Hal ini kerana saya ingin mengenali dengan lebih rapat dan sentiasa mengetahui perkembangan fizikal dan mental pelajar tersebut selepas insiden kejadian itu berlaku. Sebagai contoh, saya akan sentiasa berusaha untuk mengwujudkan perhubungan yang harmoni dan berterusan antara murid tersebut dengan mengadakan pelbagai sesi perjumpaan. Hal ini bertujuan untuk menaikkan balik semangat pelajar tersebut untuk belajar dan kembali kepada kehidupannya yang normal.

Membuat satu video berkaitan dengan harapan seorang bakal guru dan harapan terhadap sistem pendidikan negara.

https://drive.google.com/file/d/1hLrNdm2_KxixAlTxFyXlmsHyaDoCyD76/view?usp=sharing