BMMB3083 by BM1-0620 Nurul Ain Syafiqah Binti Mohd Azizi

Secara berkumpulan anda diminta untuk menulis skrip drama pendek yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah dengan memberikan penekanan pada aspek berikut:

Mesej

Nilai Murni

Penyerapan sosiobudaya

Seterusnya, anda diminta untuk menjelaskan ketiga-tiga aspek dalam drama tersebut.

BANGAU MENOLONG IKAN
BABAK 1

Di tepi hutan, terdapat sebuah kolam yang hampir kering airnya. Di situ, hidupnya seekor Bangau dan Ikan-Ikan yang bersahabat baik. Pada waktu itu, kemarau teruk melanda. Ikan-Ikan di situ nampak tercungap-cungap kerana air semakin kering. Bangau terbang mendekat ke arah Ikan-Ikan di tepi kolam. Bangau melihat sahabat-sahabatnya terdampar lemah.

Ikan 2    : Tolong kami, bantu kami,

Ikan ini hampir mati.

Tolong kami, bantu kami

Ikan ini hampir mati.

(Ikan 2 menyanyi dengan tidak bermaya)

Bangau : Kau ni kenapa Ikan?...Tercungap-cungap…

Ikan 1  : Kami kekurangan oksigen…

Bangau : Lah..Kenapa?

Ikan 3  : Kau tengoklah air di sini makin kering…

Bangau : Kasihannya melihat kalian semua… Marilah kita mencari jalan penyelesaian. (Bangau membuat aksi berfikir)

Setelah beberapa minit, Bangau menyuarakan pandangan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Bangau : Haaa! Ikan, aku baru teringat…

Ikan 1    : Haaa! Kenapa, Bangau?

Ikan 2    : Ada berita baik ke Bangau?

Bangau : Sabar, sabar..(Bangau membuat aksi mengangkat tangan agar ikan-ikan bersabar).  Aku baru nak beritahu ni…

Ikan 3  : Betul juga, eh…Kamu berdua ni… (Ikan 3 membuat aksi menggelengkan kepala melihat rakan-rakannya yang tidak sabar)

BABAK 2

Bangau mencadangkan agar sahabat-sahabatnya berpindah ke sungai yang lain. Sungai itu terletak di kampung sebelah. Ikan-Ikan pun bersetuju untuk mengikut Bangau berpindah.

Bangau : Jom. Aku pindahkan kamu bertiga seorang demi seorang ke sungai di kampung sebelah.

Ikan 2 : Wah, bersyukur kami bertiga jadi rakan baik kau! (Ikan 2 mengucapkan kata dengan nada terharu)

Ikan 1 : Kami berterima kasih dengan kau, Bangau…

Ikan 3 : Kau dah kami anggap seperti ahli keluarga kami, Bangau. Kau selalu ada untuk kami.

(Bangau mula memindahkan rakan-rakannya satu per satu. Ketika memindahkan Ikan 1 dan Ikan 2, Bangau masih menahan nafsunya daripada memakan rakan-rakannya. Namun….Apabila Ikan 3 berada dalam paruh Bangau untuk dipindahkan, perut Bangau mula berkeroncong untuk diisi. Bangau mula berperang dengan otak dan hatinya.)

Bangau : Patut ke aku makan Ikan ni?... Macam sedap je…(Kata hati Bangau)

Bangau  : Eh, tak boleh! Ni kawan baik aku sendiri. Aku tak boleh makan dia.. (Kata otak Bangau)

(Sewaktu Bangau berperang dengan kata hati dan otaknya, tiba-tiba Bangau terdengar ikan 3 berkata-kata.)

Ikan 3  : Terima kasih, Bangau kerana telah membantu kami semua… Jasa kau ni, kami tak dapat balas dengan intan permata sekalipun… Kami akan ingat jasa kau. Kalau kami mati sekalipun, kami sanggup hidup semula demi nak tolong kau…

(Bangau terharu mendengar kata-kata ikan 3. Keinginan Bangau untuk memakan ikan 3 terbatal. Sampai sahaja di sungai, Bangau melepaskan Ikan 3 dari paruhnya.)

Bangau : Takda hal punya lah…. Janganlah terlalu memuji.. Kalian semua kan sahabat aku. Aku harus membantu kalian. Tuhan masih menutup aib aku… Doakan saja aku mendapat kesejahteraan atas kebaikan yang aku lakukan.

(Akhirnya,Ikan-Ikan dapat meneruskan hidup mereka dengan sejahtera. Tiada lagi masalah kekurangan air melanda. Bangau juga berasa senang hati kerana dapat membantu rakan-rakannya.)

Mesej: Penulis ingin memberikan bingkisan tentang menghargai persahabatan
Berdasarkan skrip drama “Bangau Menolong Ikan”, mesej yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca di luar sana khususnya kanak-kanak ialah menghargai persahabatan dalam kehidupan.

Penulis menjadikan watak utama iaitu Bangau dalam drama ini untuk dijadikan bingkisan tentang menghargai sesebuah persahabatan.

Contohnya, ‘Bangau’ tidak mengkhianati rakannya iaitu menahan diri daripada memakan Ikan 3.

Buktinya, terdapat dalam Babak 2 seperti di bawah:
“Apabila Ikan 3 berada dalam paruh Bangau untuk dipindahkan, perut Bangau mula berkeroncong untuk diisi. Bangau mula berperang dengan otak dan hatinya.
Bangau  : Patut ke aku makan Ikan ni?... Macam sedap je…(Kata hati Bangau)
Bangau  : Eh, tak boleh! Ni kawan baik aku sendiri. Aku tak boleh makan dia.. (Kata otak Bangau)

Sewaktu Bangau berperang dengan kata hati dan otaknya, tiba-tiba Bangau terdengar ikan 3 berkata-kata.

Ikan 3  : Terima kasih, Bangau kerana telah membantu kami semua… Jasa kau ni, kami tak dapat balas dengan intan permata sekalipun… Kami akan ingat jasa kau. Kalau kami mati sekalipun tadi, kami sanggup hidup semula demi nak tolong kau…

Bangau terharu mendengar kata-kata ikan 3. Keinginan Bangau untuk memakan ikan 3 terbatal”

Jadi, menerusi keratan Babak 2 berkenaan, jelaslah bahawa watak Bangau tidak rela untuk mengkhianati rakan-rakannya.

Hal ini demikian kerana, Bangau takut rakan-rakannya hilang kepercayaan terhadap dirinya yang selama ini dianggap sebagai rakan sejati.

Skrip dalam drama “Bangau Menolong Ikan” ini jelas memaparkan mesej kepada pembaca di luar sana terutamanya kanak-kanak untuk sentiasa menghargai persahabatan dengan tulus.

Hal ini kerana, apabila sesebuah persahabatan itu dihargai dengan tulus ikhlas, maka, persahabatan itu akan berkekalan harmoni tanpa adanya sebarang perbalahan.

Secara tidak langsung, hal ini dapat mengeratkan ukhuwah dalam sesebuah persahabatan demi kebaikan bersama.

Nilai Murni 1 : Nilai Baik Hati
Berdasarkan skrip drama ‘Bangau Menolong Ikan’, nilai murni yang ingin ditekankan oleh penulis oleh ialah nilai baik hati.

Baik hati didefinisikan sebagai suka menolong, mudah simpati dan pengasih berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2008).

Dalam skrip drama ini, watak Bangau menunjukkan tentang nilai baik hati menerusi peristiwa Bangau yang sudi menolong rakan-rakannya.

Buktinya pada keratan ayat di bawah yang terdapat dalam Babak 2:
“Bangau mula memindahkan rakan-rakannya satu per satu.”

Melalui keratan ayat di atas, dapat dilihat bahawa Bangau menunjukkan nilai murni iaitu nilai baik hati kerana sanggup menolong untuk memindahkan rakannya yang berada dalam kesusahan iaitu dalam krisis kemarau.

Dalam kehidupan seharian, kita hendaklah mengamalkan nilai murni seperti nilai baik hati dalam bersahabat agar dapat membantu meringankan beban rakan.

Nilai Murni 2 : Nilai Berterima Kasih
Berdasarkan skrip drama ‘Bangau Menolong Ikan’ ini, terdapat nilai murni iaitu nilai berterima kasih yang ditonjolkan oleh watak Ikan 3 yang mengucapkan terima kasih kepada Bangau setelah Bangau membantu untuk memindahkan Ikan 3 bersama rakan-rakannya yang lain iaitu Ikan 1 dan Ikan 2.

Hal ini dapat dilihat menerusi babak 2:

Ikan 3  : Terima kasih, Bangau kerana telah membantu kami semua… Jasa kau ni, kami tak dapat balas dengan intan permata sekalipun… Kami akan ingat jasa kau. Kalau kami mati sekalipun, kami sanggup hidup semula demi nak tolong kau…

Menerusi babak di atas, watak Ikan 3 telah menunjukkan nilai berterima kasih yang menjadi contoh yang baik kepada pembaca di luar sana khususnya kanak-kanak agar sentiasa mengucapkan terima kasih apabila adanya seseorang insan yang sudi menghulurkan bantuan.

Contohnya, dalam kehidupan seharian, kita hendaklah sentiasa mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menolong kita semasa susah seperti ketika kita berada dalam situasi kesusahan.

Justeru, nilai berterima kasih yang diterapkan dalam persahabatan akan menjadikan sebuah persahabatan itu menjadi persahabatan yang kekal dan sejahtera kerana setiap insan dalam persahabatan menghargai erti sahabat.

Nilai Murni 3 : Nilai Rasional
Menerusi skrip drama “Bangau Menolong Ikan” terdapat nilai rasional yang dipaparkan oleh watak Bangau.

Rasional membawa maksud mengikut fikiran yang baik dan alasan yang wajar bagi sesuatu perbuatan atau tindakan berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua (1999)

Hal ini dibuktikan menerusi babak 2, apabila si Bangau berfikir terlebih dahulu sebelum dia memakan rakan baiknya iaitu Ikan 3.

Buktinya, terdapat dalam Babak 2 seperti di bawah:

“Apabila Ikan 3 berada dalam paruh Bangau untuk dipindahkan, perut Bangau mula berkeroncong untuk diisi. Bangau mula berperang dengan otak dan hatinya.

Bangau  : Patut ke aku makan Ikan ni?... Macam sedap je…(Kata hati Bangau)

Bangau  : Eh, tak boleh! Ni kawan baik aku sendiri. Aku tak boleh makan dia.. (Kata otak Bangau)

Dialog yang diujarkan oleh hati dan otak Bangau menunjukkan bahawa Bangau tidak mengikut kata hatinya sembarangan sahaja. Sebaliknya, Bangau berfikir secara rasional sebelum memakan rakan baiknya, iaitu Ikan 3.

Perkara ini jelaslah menunjukkan bahawa kita hendaklah mengamalkan nilai rasional sebelum melakukan sesuatu dalam kehidupan. Misalnya, kita hendaklah memikirkan kesan sekiranya kita melakukan sesuatu perkara atau memutuskan sesuatu keputusan.

ASPEK 1 : PENYERAPAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Menerusi skrip drama ini, penulis menerapkan aspek pendidikan alam sekitar yang dijadikan sebagai latar tempat oleh penulis dalam skrip drama ‘Bangau Menolong Ikan’.

Penerapan aspek alam sekitar dapat dilihat melalui habitat watak haiwan seperti ikan yang terdapat dalam skrip drama ini sebagai tempat tinggal mereka.

Misalnya, sungai dan kolam yang menjadi tempat tinggal bagi watak ikan dalam drama ini.
·Buktinya, dalam babak 2, terdapat penonjolan latar tempat ‘sungai’ yang menjadi tempat tinggal ikan menerusi pernyataan di bawah;

‘Bangau mencadangkan agar sahabat-sahabatnya berpindah ke sungai yang lain. Sungai itu terletak di kampung sebelah.'

Hal ini jelaslah menunjukkan penyerapan aspek pendidikan alam sekitar sebagai habitat atau tempat tinggal watak ikan di dalam drama ini iaitu kolam dan sungai.

ASPEK 2 : PENYERAPAN UNSUR SAINS
Aspek penyerapan sosiobudaya yang terdapat dalam skrip drama ‘Bangau Menolong Ikan’ ialah aspek penyerapan unsur Sains iaitu sistem pernafasan haiwan.

Contohnya, penulis mengetengahkan sistem pernafasan haiwan seperti watak 3 ekor ikan yang bernafas melalui insang bagi mendapatkan oksigen yang secukupnya untuk mendapatkan pernafasan yang sempurna.

Buktinya terdapat dalam babak 1 yang menunjukkan watak ikan memerlukan oksigen untuk bernafas di dalam air sehingga mereka meminta tolong apabila mereka merasai diri mereka dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ '

Bangau  : Kau ni kenapa Ikan?...Tercungap-cungap…

Ikan 1  : Kami kekurangan oksigen…

Bangau  : Lah..Kenapa?

Ikan 3  : Kau tengoklah air di sini makin kering…

Berdasarkan dialog tersebut, jelaslah menunjukkan bahawa habitat ikan berada di dalam air dan menggunakan sistem pernafasan insang bagi mendapatkan oksigen dalam air untuk kekal hidup.

ASPEK 3 : PENYERAPAN PERIBAHASA
Dalam skrip drama ‘Bangau Menolong Ikan’ ini, terdapat penyerapan aspek peribahasa yang digunakan oleh penulis.

Peribahasa tersebut terdiri daripada simpulan bahasa iaitu ‘senang hati’ yang terdapat dalam babak 2.
·Buktinya, terdapat pada pernyataan dalam babak 2, iaitu :

‘Bangau juga berasa senanghati kerana dapat membantu rakan-rakannya.’

Simpulan bahasa ‘senang hati’ membawa maksud gembira kerana sesuatu perkara.

Justeru, skrip drama ‘Bangau Menolong Ikan’ ini menerapkan penggunaan aspek sosiobudaya dari segi simpulan bahasa bagi menambahkan ilmu pengetahuan kanak-kanak terhadap peribahasa apabila membaca skrip drama ini.

Kesimpulannya, skrip drama kanak-kanak yang telah kami kaji ini mengandungi mesej yang berguna kepada pembaca, nilai murni yang bersesuaian dengan kanak-kanak serta terdapat beberapa aspek penyerapan sosiobudaya yang dijadikan ilmu tambahan kepada kanak-kanak.

Selain itu, skrip drama kanak-kanak hendaklah mengandungi nilai-nilai positif supaya dapat dijadikan sebagai contoh teladan kepada kanak-kanak.

Justeru, penerapan nilai-nilai yang positif inilah yang meningkatkan akhlak dan menjadikan kanak-kanak menerapkan nilai murni yang baik dalam diri mereka.