Bookmarks by 初一10(28)颜志远 GAN ZHI GUAN

Manfaat utama dalam menyertai aktiviti sukan adalah ia dapat meningkatkan tahap kesihatan diri secara fizikal dan juga mental. Umum mengetahui bahawa bersukan melibatkan aktiviti fizikal yang menggerakkan otot serta mencabar kecerdasan minda. Sebagai contoh, aktiviti berbasikal memerlukan kita mengayuh dan melihat persekitaran sekeliling supaya selamat dan tidak membahayakan. Dari sudut biologi, bersukan dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular, kekuatan otot dan kebolehan aerobik. Individu yang bersukan juga dapat mengawal berat badan jika bersukan dengan kerap dan mengurangkan risiko menghidap penyakit berbahaya seperti serangan jantung, strok dan juga diabetis. Segelintir masyarakat pada hari ini sibuk bekerja sehingga tertekan dan tidak menjaga kesihatan diri. Jika turutkan rasa binasa, turutkan hati mati. Justeru, kita digalakkan untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari bersukan agar kesihatan diri terjamin.

Di samping itu, bersukan dapat membantu membina keyakinan dan ketrampilan diri seseorang individu. Hal ini kerana, disebalik setiap aktiviti sukan, kita akan didedahkan dengan pelbagai nilai-nilai kehidupan. Bak kata pepatah, adat pertandingan, ada kalah ada menang. Dengan menyertai aktiviti sukan dan bertanding, kita akan merasai perasaan apabila menang atau kalah. Sepertimana dalam kehidupan, ada waktu kita akan mengalami kekalahan atau kekecewaan dan pengajarannya adalah bagaimana untuk kita bangkit dan mengecapi kejayaan. Nilai ini amat penting bagi generasi muda supaya mereka tabah dan kuat menghadapi cabaran hidup. Tambahan pula, dalam aktiviti sukan yang melibatkan rakan sepasukan, kita akan belajar untuk bekerjasama dan bertoleransi dalam mencapai suatu misi. Sekiranya nilai-nilai murni ini dapat disemat dalam diri generasi muda, kelak mereka akan menjadi individu yang berkeyakinan tinggi serta mempunyai ketrampilan diri yang terbaik. Intihannya, bersukan dapat melahirkan masyarakat yang kaya dangan nilai murni dan berketrampilan tinggi.

Pada masa yang sama, faedah dinikmati oleh masyarakat yang aktif dalam bersukan adalah dapat membanteras perlakuan gejala-gejala negatif. Mutakhir ini, pelbagai gejala sosial yang negatif berlaku dalam kalangan remaja khususnya. Mereka yang mempunyai banyak masa lapang akan terjebak melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti menyalah guna dadah dan menyertai gangsterisme. Situasi ini dapat dibendung jika ibu bapa atau pihak berkuasa memastikan golongan terbabit bergiat aktif dalam sukan sebagai aktiviti di masa lapang. Mereka akan belajar untuk menghargai masa dan tidak mempunyai kesempatan untuk melibatkan diri dalam perkara yang boleh meruntuhkan masa hadapan mereka. Selain itu, jika aktiviti sukan dilakukan bersama-sasam ahli keluarga, pastinya ia dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Anak-anak akan berasa disayangi kerana ibu dan bapa meluangkan masa bersama melakukan aktiviti yang seronok dan menarik. Izharnya, bersukan memebrikan faedah dimana gejala negatif dapat dibendung dalam kalangan masyarakat.

Dari sudut pandang lain, manfaat bersukan adalah membuka peluang kerjaya kepada masyarakat. Sehingga hari ini, kita telah berjaya melahirkan ramai atlet bertaraf antarabangsa tamsilnya, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David yang berjaya merangkul pelbagai kejuaraan di peringkat dunia. Kerjasama antara Kementerian Pendidikan serta Kementerian Belia dan Sukan adalah penting dalam merencana rancangan pembangunan atlet sukan di dalam negara. Sekolah Sukan yang diwujudkan wajar diperkasa dan setiap negeri hendaklah menganjurkan lebih banyak pertandingan sukan untuk mencungkil bakat-bakat yang ada dalam kalangan rakyat di Malaysia. Penubuhan Institusi Sukan Negara (ISN) menunjukkan kesungguhan pentadbiran negara untuk membangunkan sukan negara berteraskan sains sukan. Dengan infrastruktur yang lengkap ini, tiada alasan lain untuk para atlet negara menjadikan sukan sebagai profesion utama mereka dan bersaing di peringkat antarabangsa. Persis kata peribahasa, dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Jelas bahawa antara faedah bersukan adalah ia memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Tuntasnya, banyak faedah yang diperoleh masyarakat jika menyertai aktiviti sukan dengan aktif. Sebagai manusia, kita perlu mengimbangkan masa bekerja, berehat, beribadat dan bersukan atau beriadah supaya kesihatan fizikal dan mental tejamin. Kemudahan infrastruktur sukan yang dibangunkan wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat tanpa sebarang diskriminasi atau halangan oleh pihak tertentu yang ingin mengaut keuntungan sendiri. Marilah kita bersama-sama menjalankan obligasi menjadi manusia terbaik dengan menggalakkan diri serta orang sekeliling kita untuk bersukan supaya faedah yang banyak dapat diperoleh bersama.Bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semoga segala usaha merancakkan aktiviti kesukanan di setiap peringkat umur diberi sokongan dan disertai oleh masyarakat demi kemaslahatan bersama. Related : dalam bidang sukan, untuk membaca, aktiviti bersukan, kegiatan sukan, tubuh badan, mengeluarkan peluh, bola sepak, untuk mengeratkan, mengeratkan hubungan.