Weekly Discussion by Sharmela Marion Masulah

Write a summary of topic 2 in your own words.

Ringkasan Topik 2
Topik ini menerangkan kepentingan menggalakkan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak melalui pendidikan awal yang berkualiti. Pendidik perlu memahami ciri, keperluan dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa dan estetika. Pengetahuan ini perlu disokong oleh teori serta kajian semasa supaya amalan pengajaran lebih berkesan. Perkembangan kanak-kanak juga dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti latar belakang budaya dan bahasa, hubungan dengan orang sekeliling serta rakan sebaya, dan keadaan ekonomi keluarga. Memahami faktor-faktor ini membantu pendidik menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih sesuai. Seterusnya, persekitaran pembelajaran yang baik perlu fokus pada kesihatan fizikal, kesejahteraan psikologi, keselamatan dan rasa selamat kepada kanak-kanak. Pendidik juga perlu mewujudkan suasana yang menghormati setiap individu, menghargai budaya yang berbeza. Akhir sekali, persekitaran pembelajaran yang menyokong dan mencabar perlu diwujudkan dengan menunjukkan kepercayaan terhadap keupayaan kanak-kanak, memahami tahap perkembangan mereka dan membantu mereka membina makna daripada pengalaman pembelajaran. Ini dapat membantu kanak-kanak berkembang secara menyeluruh dan mencapai potensi mereka.

topik 2 : menggalakkan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak
Topik ini menerangkan tentang kepentingan memahami perkembangan dan keperluan kanak-kanak dalam pembelajaran awal. Perkembangan kanak-kanak melibatkan aspek fizikal, kognitif, sosial, emosi dan bahasa yang saling berkaitan. Oleh itu, pendidik perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sihat, hormat dan menyokong agar kanak-kanak dapat belajar dengan selesa. Selain itu, budaya, hubungan sosial dan keadaan ekonomi juga mempengaruhi perkembangan mereka. Dengan menyediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai dan mencabar, kanak-kanak dapat berkembang secara positif dan menyeluruh.

Topik 2: Menggalakkan Perkembangan dan Pembelajaran kanak-kanak
Topik ini memberi pemahaman tentang ciri, keperluan dan pelbagai pemahaman tentang perkembangan kanak-kanak.

Ciri dan keperluan kanak-kanak terbahagi kepada tiga iaitu;

Domain pembangunan (Bahasa, kognitif, fizikal, estetika, emosi, sosial)

Perspektif teori

Disokong oleh perspektif teori yang koheren dan penyelidikan semasa untuk pendekatan dan bukti.

Motivasi untuk belajar

Bantu kanak-kanak untuk menyesuaikan pembelajiran yang berkesan

Terdapat pelbagai pengaruh yang kanak-kanak perolehi seperti:

1. Konteks budaya dan linguistik

Memberi kesedaran tentang kepentingan menghargai perbezaan

2. Keadaan ekonomi

Memahami keadaan untuk mewujudkan persekitaran yang saksama

3. Perhubungan

Hubungan rapat dengan orang (guru, ibu bapa, rakan sebaya) memainkan peranan yang penting.

Mewujudkan persekitaran terbahagi kepada empat cara iaitu, sihat, mencabar, menyokong, dan hormat.

- Rohiliana

Ringkasan Topik 2
Topik ini pasal kepentingan menggalakkan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak melalui pendidikan awal yang berkualiti. Pendidik perlu memahami ciri, keperluan dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa dan estetika. Pengetahuan ini perlu disokong oleh teori serta kajian semasa supaya amalan pengajaran lebih berkesan.

Dalam memahami ciri dan keperluan kanak-kanak kecil, terdapat beberapa aspek penting. Pertama, domain pembangunan yang merangkumi perkembangan fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa dan estetika. Semua domain ini saling berkaitan dan penting untuk memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik. Kedua, perspektif teori dan motivasi untuk belajar. Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak perlu disokong oleh teori dan penyelidikan semasa supaya pendekatan pengajaran lebih berkesan. Selain itu, memahami cara kanak-kanak belajar melalui bermain dan aktiviti juga dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Perkembangan kanak-kanak turut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti latar belakang budaya dan bahasa, hubungan dengan orang dewasa serta rakan sebaya, dan juga keadaan ekonomi keluarga. Memahami faktor-faktor ini membantu pendidik menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih sesuai. Selain itu, persekitaran pembelajaran yang baik perlu tertumpu dengan kesihatan fizikal, kesejahteraan psikologi, keselamatan dan rasa selamat kepada kanak-kanak. Pendidik juga perlu mewujudkan suasana yang menghormati setiap individu, menghargai budaya yang berbeza. Akhir sekali, persekitaran pembelajaran yang menyokong dan mencabar perlu diwujudkan dengan menunjukkan kepercayaan terhadap keupayaan kanak-kanak, memahami tahap perkembangan mereka dan membantu mereka membina pengalaman daripada pembelajaran. Ini dapat membantu kanak-kanak berkembang dengan mencapai potensi mereka.

-Ain Kamellia

TOPIK 2-MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
1)-Perkembangan kanak-kanak melibatkan 6 domain untuk pembangunan holistik(menyeluruh). 6 domain fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa dan estetik.

-Pengajaran perlu berdasarkan teori perkembangan dan kajian semasa.

-Guru perlu bantu murid untuk beri motivasi belajar.

2)-Pengaruh budaya dan bahasa mempengaruhi cara murid belajar.beri impak yang besar.

-pengaruh perhubungan, murid perlu ada hubungan yang baik dengan ibu bapa, rakan dan guru  untuk menyokong perkembangan.

-pengaruh ekonomi-beri kesan kepada peluang pembelajaran.

3) -Untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sihat, faktor kesihatan fizikal, kesihatan psikologi, keselamatan dan keselamatan fizikal perlu dititikberatkan.

4)-Faktor mewujudkan persekitaran pembelajaran yang hormat ialah penghormatan individu, penghormatan budaya, dan penghormatan anti bias.

-murid perlu dididik untuk menghargai perbezaan budaya, bahasa dan latar belakang, menjauhi sikap prejudis dan diskriminasi serta menghargai setiap kanak-kanak yang unik.

5)- Untuk Mewujudkan Persekitaran Pembelajaran yang Menyokong:

-Guru menunjukkan kepercayaan terhadap kebolehan kanak-kanak.

-Menggunakan pengetahuan perkembangan kanak-kanak dalam pengajaran.

-Membantu kanak-kanak memahami pengalaman mereka.

6)-Untuk Mewujudkan Persekitaran Pembelajaran yang Mencabar:

-gunakan teori dan penyelidikan terkini.

-berikan aktiviti yang sesuai dengan kemampuan kanak-kanak.

-berikan cabaran yang menggalakkan perkembangan.

-Melibatkan kanak-kanak dengan keupayaan atau keperluan khas.

KESIMPULAN:guru perlu faham perkembangan kanak-kanak dengan baik untuk bantu kanak-kanak berkembang dengan baik dan positif serta berjaya dimasa hadapan.

topik 2 : menggalakkan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak
1. Domain Pembangunan

- Melibatkan perkembangan fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa dan estetika.

- Semua domain saling berkaitan untuk perkembangan menyeluruh.

2. Perspektif Teori

- Berdasarkan teori dan penyelidikan tentang perkembangan kanak-kanak.

- Membantu pendidik memilih kaedah pengajaran yang sesuai.

3. Motivasi untuk Belajar

- Aktiviti menyeronokkan seperti bermain meningkatkan minat belajar.

- Membuat kanak-kanak lebih aktif dalam pembelajaran.

4. Pengaruh Perkembangan Kanak-kanak

- Budaya dan bahasa mempengaruhi cara kanak-kanak belajar.

- Hubungan dengan orang dewasa dan rakan sebaya penting untuk perkembangan sosial.

Keadaan ekonomi mempengaruhi peluang pembelajaran.

5. Persekitaran Pembelajaran Hormat

- Penghormatan individu: menghargai keunikan kanak-kanak.

- Penghormatan budaya: menghormati budaya dan bahasa mereka.

Anti-bias: pembelajaran tanpa diskriminasi.

6. Persekitaran Pembelajaran Menyokong

- Percaya kepada kebolehan kanak-kanak.

- Memahami tahap perkembangan mereka.

- Membantu mereka memahami pengalaman belajar.

7. Persekitaran Pembelajaran Mencabar

- Menggunakan pendekatan pembelajaran moden.

- Mengambil kira kebolehan khas kanak-kanak.

- Memberi aktiviti yang sesuai dan mencabar.

nuryn amalea

RINGKASAN TOPIK 2
Topik ini menerangkan tentang cara untuk menggalakkan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak dalam ece. First perkembangan kanak-kanak melibatkan beberapa domain pembangunan seperti fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa dan estetik yang saling berkaitan untuk perkembangan holistik.

Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak perlu disokong oleh perspektif teori dan penyelidikan semasa supaya amalan pengajaran lebih berkesan. Selain itu, pendidik juga perlu memahami motivasi kanak-kanak untuk belajar, termasuk cara mereka bermain, melakukan aktiviti dan belajar.

Perkembangan kanak-kanak turut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti budaya dan bahasa, hubungan dengan orang dewasa dan rakan sebaya, serta keadaan ekonomi keluarga.

Untuk menyokong pembelajaran, pendidik perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sihat, hormat, menyokong dan mencabar. Ini termasuk menjaga kesihatan fizikal dan psikologi, menghormati latar belakang budaya kanak-kanak, mempercayai kebolehan mereka, serta memberi pengalaman pembelajaran yang sesuai dan mencabar.

Secara keseluruhannya, pemahaman tentang perkembangan kanak-kanak membantu pendidik menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkualiti dan menyokong perkembangan mereka secara positif.

-noreliah

TOPIC 2: PROMOTING CHILDREN'S DEVELOPMENT AND LEARNING
Topic 2 explains that early childhood educators must understand children’s needs and stages of development to support their learning. Children develop in areas such as physical, cognitive, social, emotional, and language development, which are all connected. Teachers should use knowledge and research to plan suitable learning experiences for children.

Children’s development is influenced by factors such as culture, language, family background, and relationships with adults and peers. Because of this, teachers need to respect each child’s background and individual differences. Positive relationships also help children feel safe and confident.

Teachers must also create a safe, healthy, and supportive learning environment. Activities should be interesting and suitable for children’s abilities so they can learn and develop their skills. A positive environment helps children grow and reach their full potential.

-Nurul Shafiqah

Ringkasan Topik 2
Topik ini menekankan tentang kepentingan bagaimana untuk memahami ciri dan keperluan kanak-kanak secara menyeluruh yang merangkumi perkembangan fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa dan estetik. Perkembangan kanak-kanak juga turut dipengaruhi oleh faktor seperti budaya dan bahasa, hubungan dengan orang dewasa, serta keadaan ekonomi keluarga. Oleh itu, pendidik perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkualiti, sihat, selamat, hormat dan menyokong agar kanak-kanak dapat belajar dengan baik. Persekitaran ini juga perlu mencabar dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pengalaman baharu, membina keyakinan diri serta membantu mereka berkembang secara holistik.

-NURYN AIDAYANA SOFFEA

Ringkasan tentang topik 2
Topik ini menghuraikan kepentingan menyokong perkembangan serta pembelajaran kanak-kanak melalui penyediaan pendidikan awal yang berkualiti. Pendidik perlu memahami dengan baik ciri-ciri, keperluan dan proses perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh yang meliputi aspek fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa dan estetika. Pemahaman ini juga perlu disertakan dengan rujukan kepada teori serta kajian semasa supaya pendekatan pengajaran yang digunakan menjadi lebih berkesan. Selain itu, perkembangan kanak-kanak turut dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti latar belakang budaya dan bahasa, hubungan mereka dengan orang di sekeliling termasuk rakan sebaya serta keadaan ekonomi keluarga. Apabila pendidik memahami faktor-faktor ini, mereka akan lebih mudah menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai dengan keperluan setiap kanak-kanak. Di samping itu, persekitaran pembelajaran yang baik perlu memberi perhatian kepada aspek kesihatan fizikal, kesejahteraan emosi, keselamatan dan juga perasaan selamat dalam kalangan kanak-kanak. Pendidik juga perlu memastikan suasana pembelajaran yang diwujudkan bersifat saling menghormati serta menghargai kepelbagaian budaya yang ada. Kesimpulannya, persekitaran pembelajaran yang menyokong serta memberi cabaran yang bersesuaian perlu diwujudkan dengan menunjukkan keyakinan terhadap kebolehan kanak-kanak, memahami tahap perkembangan mereka, dan membantu mereka memahami pengalaman pembelajaran yang dilalui. Pendekatan ini dapat membantu kanak-kanak berkembang secara seimbang dan seterusnya mencapai potensi diri mereka dengan lebih baik.

Ringkasan Utama: Mencipta Persekitaran Pembelajaran Berkesan
Tujuan utama topik ini adalah untuk menekankan bahawa pendidik perlu mempunyai asas yang kukuh dalam memahami perkembangan kanak-kanak bagi mewujudkan persekitaran yang optimum.

1. Memahami Kanak-Kanak

• Domain Pembangunan: Pendidik perlu memahami perkembangan secara holistik yang merangkumi aspek fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa, dan estetik.

• Perspektif Teori: Amalan pengajaran haruslah disokong oleh teori dan penyelidikan semasa agar tindakan yang diambil berasaskan bukti.

• Motivasi: Memahami bagaimana kanak-kanak belajar melalui bermain dan aktiviti membantu menyesuaikan persekitaran yang menarik minat mereka.

2. Pengaruh Terhadap Perkembangan

Terdapat tiga faktor utama yang memberi kesan kepada pembelajaran awal:

• Budaya & Linguistik: Menghargai kepelbagaian latar belakang dan bahasa.

• Perhubungan: Interaksi yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya sangat penting.

• Ekonomi: Memahami keadaan ekonomi keluarga bagi mewujudkan peluang pembelajaran yang saksama.

3. Empat Ciri Persekitaran Pembelajaran yang Kritikal

Untuk menyokong perkembangan positif, persekitaran mestilah:

1. Sihat & Selamat: Menjaga kesihatan fizikal (pemakanan/kebersihan), kesejahteraan psikologi, serta keselamatan melalui penyeliaan dan rutin yang konsisten.

2. Hormat-menghormati: Menghargai keunikan individu, menghormati budaya asal, dan mengamalkan perspektif anti-bias.

3. Menyokong: Menunjukkan kepercayaan kepada keupayaan kanak-kanak dan membantu mereka memberi makna kepada pengalaman mereka.

4. Mencabar: Menyediakan pengalaman yang boleh dicapai tetapi tetap "meregangkan" (stretch) keupayaan mereka untuk terus berkembang, termasuk bagi kanak-kanak berkeperluan khas.