refleksi padlet by Wahidah Jenan

Siti Wahidah binti Ahmad Jenan 294823
Pada harini saya belajar tentang data. Sejak 12000 tahun yang lalu orang dah berminat tentang data. Orang dulu-dulu guna pelbagai cara untuk mengumpul maklumat seperti token tanah liat, batu kerikil dan banyak lagi. Data yang diproses menjadi maklumat seterusnya menjadi knowledge. Data yang bagus dapat menjadi maklumat dan knowledge yang bagus yang aware untuk mewujudkan keputusan yang lebih bagus.

Selain itu, data juga memainkan peranan yang sangat penting dalam company. Data jugak menjadi aset yang sangat penting  yang dapat bagi competitive advantages dekat sesuatu syarikat. Sebagai contoh, competitive advantage untuk FedEx boleh akses penghantaran barang dalam website mereka  yang dapat membuktikan penggunaan data yang berkesan dapat bantu company jadi lebih baik.

Tetapi ada juga cabaran untuk simpan data dari dihack oleh orang luar. Penyimpanan data memerlukan sistem yang cekap. Data security juga diperlukan untuk melindungi data supaya tak bocor pada org luar. Data privacy juga diperlukan  supaya data tak disalahguna dan boleh diakses oleh orang tertentu saja.

Kesimpulannya, data ni sangat berguna untuk membuat keputusan yang lebih bagus dan data ini perlu dijaga dengan baik agar tidak dibocor kepada org luar yang boleh mengakibatkan kerugian atau kegagalan dalam sesuatu syarikat.

Refleksi class 29/05 Thursday
Sepanjang sesi perkongsian ilmu pada minggu lepas,  saya telah mempelajari beberapa kemahiran penting yang dapat membantu dalam pengurusan dan analisis data dengan menggunakan Microsoft Excel. Antara kemahiran utama yang telah saya kuasai ialah cara menggunakan Pivot Table dan membuat graf berdasarkan data yang diberikan.

Penggunaan Pivot Table

Pivot Table merupakan satu fungsi yang sangat berguna untuk menganalisis set data yang besar dan kompleks. Melalui penggunaan Pivot Table, saya dapat:

Menyusun dan meringkaskan data dengan cepat, contohnya mengira jumlah jualan mengikut bulan atau mengikut kategori produk.

Menapis data untuk melihat hanya maklumat yang berkaitan sahaja.

Penggunaan graf

Selain itu, saya juga mempelajari cara untuk menukar data kepada bentuk visual menggunakan graf.  Penggunaan graf membolehkan saya memahami data dengan lebih cepat dan jelas, terutamanya apabila perlu membuat pembentangan kepada orang lain. Ia juga membantu dalam membuat keputusan yang lebih tepat berdasarkan corak yang dapat dilihat daripada data.