REFLEKSI ETIKA PROFESIONAL by Dr. Siti Aisyah Abdul Rahman

Setiap pelajar boleh letakkan refleksi dalam board ini. Mohon tuliskan nama sebenar dan letak gambar.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kepada Prof. Dr. Siti Aisyah Abdul Rahman atas segala tunjuk ajar, bimbingan, dan perkongsian ilmu sepanjang mengikuti kursus Etika Profesional ini. Sepanjang proses pembelajaran, saya telah memperoleh pelbagai ilmu berharga berkaitan etika profesional, di samping berpeluang bertukar pandangan serta pengalaman bersama Prof. Dr. dan rakan-rakan sekelas.

Topik-topik yang diajar, khususnya berkaitan integriti, amanah, serta isu-isu semasa yang dibincangkan, sangat relevan dan amat bermanfaat sebagai panduan dalam menjalani kerjaya kelak. Tugasan individu dan berkumpulan pula telah mendorong kami untuk mencari maklumat terkini serta memupuk semangat kerjasama yang erat.

Selain itu, aktiviti di dalam kelas seperti lakonan role play berdasarkan senario yang diberikan menjadikan sesi pembelajaran lebih interaktif dan menarik. Sesi soal jawab (Q&A) pada setiap akhir pembentangan kumpulan turut memberi nilai tambah yang bermakna kerana membuka ruang pertukaran idea dan pengalaman antara pelajar dan pensyarah.

Akhir kata, saya mendoakan agar Prof. Dr. dan rakan-rakan sekelas sentiasa dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, serta terus menyebarkan kebaikan dan ilmu tanpa mengenal penat lelah.

Mohd Iqbal Hakim B Mohd Saaudi
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pensyarah, Prof. Dr. Siti Aisyah Abdul Rahman, atas bimbingan dan ilmu yang telah diberikan sepanjang kursus ini.

Subjek Etika Profesional banyak mengajar saya tentang nilai amanah, integriti, moral dan cara pemikiran yang betul. Nilai ini amat penting bukan sahaja dalam pekerjaan, tetapi juga dalam kehidupan bermasyarakat dan berkeluarga.

Aktiviti kelas seperti kajian kes membantu saya dan rakan-rakan bertukar pandangan serta berkomunikasi dengan lebih berkesan, manakala aktiviti role play memberi kefahaman lebih jelas terhadap situasi sebenar berkaitan etika. Selain itu, perkongsian pengalaman dan cerita-cerita yang menarik daripada pensyarah dan rakan-rakan sekelas membuka minda saya untuk berfikir lebih matang dan jelas.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah memberi banyak pengajaran berguna dan menjadi panduan untuk saya mengamalkan nilai etika dalam kerjaya dan kehidupan seharian. Sekian Terima Kasih

Taufik Bin Ahmad
Sepanjang kursus Etika Profesional di bawah bimbingan Prof. Dr. Siti Aisyah Abdul Rahman, saya terlibat dalam pelbagai aktiviti yang amat memperkaya pemahaman saya tentang etika dalam konteks profesional. Antara aktiviti yang paling memberi kesan ialah Role Play, di mana saya mensimulasikan situasi konflik kepentingan seperti seorang pegawai yang tergoda menerima rasuah daripada kontraktor, membolehkan saya merasai tekanan emosi dan etika secara langsung. Selain itu, sesi Kajian Kes Etika membawa saya menganalisis isu Zara Qairina, yang menonjolkan bagaimana kegagalan etika media dalam liputan kes sensitif boleh merosakkan privasi mangsa dan kepercayaan masyarakat. Aktiviti ini bukan sahaja mengasah kemahiran analisis, tetapi juga mendorong saya untuk merefleksikan nilai-nilai peribadi, seperti kejujuran dan tanggungjawab, yang sering diuji dalam kehidupan seharian.

Aktiviti perkongsian pengalaman pula menjadi platform yang paling menyentuh hati, di mana rakan-rakan sekelas berkongsi cerita peribadi tentang cabaran integriti, seperti menolak tawaran rasuah kecil semasa latihan mengajar atau menghadapi tekanan untuk memalsukan rekod prestasi murid demi prestij sekolah. Perkongsian ini bukan sahaja membina ikatan solidariti di kalangan peserta, tetapi juga mengukuhkan komitmen saya untuk mengaplikasikan etika profesional dalam kerjaya masa depan, seperti memastikan keputusan pendidikan sentiasa berlandaskan keadilan dan bukan kepentingan peribadi. Alhamdulillah, kursus ini telah menjadikan etika sebagai panduan abadi dalam hidup saya.

Muhammad Farhan bin Mohd Izhar
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Dr. Siti Aisyah Abdul Rahman atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah diberikan sepanjang kursus ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan kumpulan saya, Taufik dan Syafiq, atas kerjasama dan komitmen sepanjang tugasan berkumpulan.

Kursus Etika Profesional banyak mengajar saya tentang nilai integriti, amanah, tanggungjawab, dan etika yang penting dalam kerjaya dan kehidupan. Aktiviti seperti kajian kes, role-play, dan perbincangan kelas memberi kefahaman lebih jelas tentang dilema etika serta membuka minda saya untuk berfikir secara matang dan kritis.

Kursus ini juga mengingatkan saya tentang isu kemanusiaan global seperti Palestin, bahawa etika bukan sahaja panduan profesion tetapi juga kompas moral dalam menegakkan keadilan. Semoga Allah melindungi dan memberi kejayaan kepada misi Sumud Flotilla dalam usaha mereka membela hak rakyat Palestin.

Aisyah Umairah binti Azmir (SX222133ECJHF03)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Dr. Siti Aisyah binti Panatik Abdul Rahman di atas segala tunjuk ajar, perkongsian pengalaman, bimbingan dan perkongsian ilmu sepanjang mengikuti kursus Etika Profesional ini. Kursus ini telah membuka minda saya tentang kepentingan mengamalkan etika yang tinggi dalam profesion bukan sahaja sebagai seorang pelajar tetapi juga sebagai persediaan menghadapi dunia kerjaya kelak.

Sepanjang proses pembelajaran, saya telah melalui pelbagai aktiviti yang memberi impak besar kepada pemahaman saya. Antaranya ialah aktiviti lakonan roleplay berkaitan isu rasuah di mana saya dapat merasai sendiri situasi dilema etika yang sering dihadapi. Melalui aktiviti ini, saya belajar bahawa integriti adalah nilai utama yang perlu dipertahankan walau dalam apa jua keadaan.

Selain itu, saya dan kumpulan turut membuat pembentangan projek berkaitan etika penjawat awam khususnya kepada pegawai penguat kuasa. Aktiviti ini menekankan kepentingan akauntabiliti, ketelusan serta tanggungjawab moral dalam melaksanakan tugas. Ia mengingatkan saya bahawa profesion yang berhubung secara langsung dengan masyarakat menuntut kejujuran yang tinggi kerana ia melibatkan kepercayaan orang ramai.

Bagi tugasan individu melalui kajian kes, saya dapat menilai dan menganalisis situasi sebenar yang berlaku dalam profesion. Kajian kes ini membolehkan saya menghubungkan teori dengan realiti serta memahami bagaimana sesuatu keputusan yang salah boleh membawa kesan besar bukan sahaja kepada individu tetapi juga organisasi dan masyarakat.

Secara keseluruhannya, kursus Etika Profesional ini memberi banyak pengajaran berharga. Saya lebih sedar bahawa etika bukan hanya teori tetapi perlu dipraktikkan dalam setiap aspek kehidupan dan pekerjaan. Nilai seperti integriti, amanah, tanggungjawab dan akauntabiliti adalah asas penting untuk membina kepercayaan masyarakat dan memastikan keberkesanan profesion.

Sebagai penutup, saya amat berterima kasih atas segala pengalaman pembelajaran yang diberikan. Kursus ini bukan sahaja memberi ilmu tetapi juga membentuk diri saya untuk menjadi seorang individu dan profesional yang lebih beretika di masa hadapan. Terima kasih Dr.

Muhammad Syafiq Bin Mohd Zafri
Terima kasih Prof Dr. Siti Aisyah Abdul Rahman. Dengan kursus ini saya dapat lebih penjelasan tentang etika dan sebab keruntuhan etika sesebuah negara.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Siti Aisyah Abdul Rahman atas segala bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang kursus Etika Profesional ini. Melalui pendekatan pengajaran beliau yang jelas, berkesan, dan penuh dedikasi, saya bukan sahaja memperoleh ilmu tentang kepentingan integriti, tanggungjawab dan profesionalisme, malah turut dididik untuk mengamalkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian serta persediaan menghadapi dunia kerjaya pada masa hadapan.

MOHAMAD SHAHIRUL AMIN BIN MOHAMED JAFFAR (SX220876ECJHS03)
Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada pensyarah kerana menunjukkan kami realiti disebalik setiak tingkah laku yakni etika. Telah memberikan saya satu fikiran yang lebih luas dan kemahuan untuk melihat sesuatu diluar perspektif saya sendiri. Sepanjang masa semester ini, bukan sesuatu yang mudah kerana kerja, belajar dan perlu membuat persiapan sebelum dan selepas perkahwinan yang mana banyak memerlukan masa namun kerana cara penyampaian daripada pensyarah, subjek ini tidak kelihatan susah atau membebankan. Akhir kata, Terima Kasih.