GERAKAN NASIONALISME by sxnnn

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak hanya terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasandaripada cengkaman ekonomi dan budaya asing.

﻿﻿Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu adalah sama dengan gerakan di negara Asia lain (kecuali Thailand). Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing. Gerakan nasionalisme lazimnya dikaitkan dengan hasrat untuk menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat.

Pengaruh agama Islam
1. Agama Islam berperanan sebagai penggerak kepada gerakan kesedaran orang Melayu.

2. Awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh pelajar Melayu yang menuntut di Timur Tengah, khususnya di Mesir.

3. Pelajar di Universiti Al-Azhar dipengaruhi idea pembaharuan Islam oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh, lalu lahirnya gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu.

4. Tokoh penting Kaum Muda termasuk Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh al-Hadi, dan Haji Abbas bin Muhammad Taha.

5. Idea Kaum Muda disebarkan melalui majalah Al-Imam yang menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan pendidikan dan ekonomi.

6. Mereka menekankan kepentingan kembali kepada al-Quran dan Hadis, dengan menegaskan kemunduran Melayu berpunca daripada kelalaian memahami ajaran Islam sebenar.

Peranan Bahasa dan Kesusasteraan
1. Bahasa & kesusasteraan (cerpen, novel, puisi, syair) digunakan oleh golongan nasionalis untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

2. Karya sastera bukan sekadar hiburan, tetapi membangkitkan semangat kebangsaan.

3. Syed Syeikh al-Hadi melalui novel Hikayat Faridah Hanum menekankan isu emansipasi wanita dan kepentingan pendidikan.

4. Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dalam Rumah Besar Tiang Seribu serta novel satira politik Putera Gunung Tahan (1937) menentang penjajahan British dan kelemahan pemimpin Melayu.

5. Sebelum Perang Dunia Kedua, banyak puisi semangat kebangsaan diterbitkan dalam akhbar/majalah untuk menyemai cinta bangsa & negara, menyeru peluang ekonomi, serta mempertahankan maruah bangsa.

Contoh penulis: Harun Aminurrashid (Tenaga Kaum Ku, Rayuan Bangsa Mu, Mempertahankan Hak Kita, Perwira Melayu).

6. Karya sastera menyemai kesedaran perjuangan, nasib bangsa, dan cinta tanah air sehingga lahir kesedaran dalam kalangan orang Melayu.

7. Golongan guru, penulis, wartawan menjadikan karya kreatif sebagai medium menyuarakan perjuangan orang Melayu.

Peranan Pendidikan
1. Perkembangan Pendidikan

Perkembangan pendidikan dalam & luar negara melahirkan golongan intelektual yang berperanan membangkitkan nasionalisme Melayu awal abad ke-20.

2. Sistem Pendidikan Agama

Sistem pendidikan utama orang Melayu ialah pondok sebagai pusat pendidikan.

Ramai pelajar menyambung pelajaran ke Makkah & Mesir.

Tokoh nasionalis lahir daripada sistem ini:

Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin

Syed Syeikh al-Hadi

Haji Abbas Muhammad Taha

Di Timur Tengah, mereka dipengaruhi Gerakan Reformis Islam oleh Syeikh Muhammad Abduh (Universiti Al-Azhar).

Mereka ingin memajukan masyarakat melalui pemulihan agama Islam yang disalurkan dalam akhbar & majalah seperti Neracha, Idaran Zaman, Pengasuh, dan Al-Imam.

3. Sistem Pendidikan Inggeris

Melahirkan golongan intelektual berpendidikan Inggeris.

Institusi penting:

Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

Raffles Institution (Singapura).

Tokoh penting:

Raja Chulan (ahli Majlis Perundangan Persekutuan)

Mohammad Eunos Abdullah (ahli Majlis Mesyuarat Negeri-negeri Selat).

Mereka menggunakan kedudukan untuk memperjuangkan hak orang Melayu dalam ekonomi, pendidikan & pentadbiran.

4. Sistem Pendidikan Melayu

Awal abad ke-20, sekolah Melayu berkembang tetapi kekurangan guru.

British menubuhkan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922.

MPSI menjadi pusat pertemuan & perbincangan intelektual Melayu → timbul kesedaran untuk memajukan bangsa.

Pensyarah MPSI menyemarakkan semangat perjuangan menentang penjajahan & kedudukan tidak adil orang Melayu.

Lepasan MPSI terdiri daripada guru-guru Melayu yang berperanan sebagai pemimpin masyarakat.

Mereka berganding bahu dengan cerdik pandai agama demi memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi & pendidikan.

Pengaruh Kewartawanan
1. Akhbar & majalah utama yang membincangkan politik Melayu:

Majlis, Saudara, Warta Malaya, Idaran Zaman, Al-Imam, Fajar Sarawak, Lembaga Malaya, Utusan Melayu, Majalah Guru, dan Warta Negara.

2. Pada 1920-an & 1930-an, bilangan akhbar/majalah meningkat kerana masyarakat Melayu sedar kepentingan media cetak sebagai alat pembuka fikiran.

Kewartawanan jadi tempat penulis meluahkan idea ekonomi, sosial & politik.

3. Majalah Al-Imam → wadah Kaum Muda menjelaskan perjuangan mereka.

Tujuannya untuk menyedarkan orang Melayu yang lalai, membetulkan yang sesat, dan menyeru kepada kebaikan.

4. Akhbar seperti Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis banyak memperdebatkan isu:

Penubuhan persatuan Melayu,

Dasar desentralisasi,

Malayan Union.

5. Majlis = akhbar kebangsaan Melayu pertama.

Berperanan penting membangkitkan kesedaran & mendesak orang Melayu giat dalam politik.

Akhbar yang berani mengemukakan isu politik orang Melayu di Tanah Melayu.

peranan golongan intelektual
pengenalan

gerakan ini merupkan satu tindak balas terhadap penjajahan asing dengan menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat.

1.GOLONGAN INTELEKTUAL BERPENDIDIKAN DI TIMUR TENGAH

Golongan ini terdiri daripada Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin dan Syeikh Muhammad Salim Al-Kalali.

Perjuangan, peranan dan sumbangan golongan ini iaitu Kaum Muda adalah melalui majalah Al-Imam.

2.GOLONGAN INTELEKTUAL BERPENDIDIKAN INGGERIS

Golongan intelektual berpendidikan Inggeris merupakan  perjuangan yang muncul apabila orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh bangsa asing.

Golongan ini juga merupakan golongan yang bersikap sederhana dan sanggup bekerjasama dengan penjajah.

3.Golongan Intelektual Berpendidikan Melayu

Golongan intelektual berpendidikan Melayu menyebabkan perjuangan orang melayu antara tahun 1937 hingga 1941 yang berunsurkan politik dan agresif.

Golongan ini menyedari perlunya tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.

peranan pengaruh luar
1.GERAKAN ISLAH

Golongan kesedaran melayu itu dipelopori oleh golongan yang menganjurkan Gerakan Islah Islamiah dari timur Tengah pada tahun 1906.

Gerakan Islah Islamiah memperjuangkan Konsep Pan-Islamisme, iaitu satu gerakan menyatukan semua umat Islam di seluruh dunia dalam penentangan mereka terhadap perluasan Barat.

2.GERAKAN PAN-ISLAMISME

Gerakan ini diperkenalkan oleh sultan Turki yang dianggap sebgai khalifah sangat dihormati oleh seluruh dunia Islam.

Pada tahun 1876 hingga 1909, Sultan Abdul Hamid merupakan penyokong kuat Gerakan Pan-Islamisme.

3.GERAKAN TURKI MUDA

Gerakan Turki Muda di bawah pimpinan Mustapha Kamal Attaturk.

Gerakan ini mempengaruhi golongan intelektual di Tanah Melayu yang menganggapnya sebagai satu gerakan nasionalisme islam yang berjaya mengatasi kelemahan dan kemunduran rakyat Turki.

4.PENGARUH DARI INDONESIA

Pengaruh dari Indonesia mempunyai impak yang sangat besar kepada orang melayu.

Hal ini kerana, golongan Intelektual di Tanah Melayu telah membaca akhbar dan majalah dari Indonesia.

5.PENGARUH DARI NEGARA LAIN

Pengaruh dari negara lain seperti India dan China.

Pengaruh ini bertujuan untuk membebaskan India daripada penjajahan British.