My grand padlet by SAHUDAH BINTI JANIS

1) Nyatakan sinopsis novel Sejambak Bakti.
2) Nyatakan tema dan 3 persoalan novel sejambak bakti.

TEMA :Tema novel ini ialah kegigihan sekumpulan remaja memajukan kedai koperasi sekolah. Hal in dibuktikan menerusi watak Razali yang bertugas sebagai Penolong Setiausaha. Dia dibantu oleh Ramlah, Harun, Swee Lan, dan Saridevi sehingga koperasi sekolah mereka diumum sebagai koperasi terbaik di peringkat kebangsaan. Walaupun mendapat cabaran seperti kedai koperasi diceroboh sebanyak dua kali, namun mereka tetap bersiap siaga dengan dibantu oleh Cikgu Zulkifli untuk memastikan koperasi mereka boleh menyertai pertandingan.PERSOALAN :1. Setia kawan dalam menjalani kehidupan remajacontoh Ramlah tetap menyokong dan memberi semangat ketika Razali menghadapi dugaan seperti dituduh menceroboh kedai koperasi.2. Perasaan dendam menyebabkan hilang pertimbangan akalcontohnya Munir yang mendendami Razali gara-gara tidak dapat menjalinkan hubungan dengan Ramlah sehinggakan sanggup memukul dan memfitnah Razali menceroboh koperasi sekolah.3. Menyimpan rahsia kerana takut kehilangan orang yang disayangicontohnya Mak Sopiah sanggup merahsiakan ayah kandung Razali kerana tidak mahu anaknya itu meninggalkannya kelak jika Razali mengetahui ayah kandungnya yang sebenar.

Kumpulan anggur
TEMA
Usaha dan kegigihan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah dan guru-guru membangunkan koperasi sekolah mereka

PERSOALAN
Persoalan 1: Pengaruh negatif rakan sebaya yang boleh merosakkan hidup.

Persoalan 2: Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Persoalan 3: Semangat bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugasan

SINOPSIS
Permulaan cerita menggambarkan keadaan Sekolah Menengah Seri Kayangan yang disinari cahaya matahari pagi yang segar dan nyaman. Empat buah bangunan tersergam indah di dalam kawasan yang dihiasi dengan berbagai jenis pokok bunga. Sebuah bangunan satu tingkat terletak berhampiran dengan padang merupakan Kedai Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin selaku pengerusi koperasi memaklumkan tujuan penubuhan koperasi yang tercatat dalam Undang-undang Kecil Koperasi. Cikgu Zulkifli selaku setiausaha mengemukakan usul.

Yang pertama ialah melatih ahli-ahli koperasi untuk memelihara dan menternak ayam telur untuk menambahkan hasil pendapatan koperasi. Yang kedua ialah koperasi dicadangkan menjual makanan dan barang- barang keperluan, guru dan kakitangan sekolah. Yang ketiga ialah menubuhkan bilik bacaan. Tuan Pegawai Koperasi bersetuju dengan usul yang dikemukakan. Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan bersetuju untuk menyertai pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik pentadbirannya. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat mereka. Sekolah Menengah Seri Kayangan mendapat tempat pertama dalam pertandingan. Guru-guru dan pelajar berasa gembira.

Kumpulan Cempedak
-Tema dan Persoalan Sinopsis Sejambak Bakti.

Sinopsis Sejambak Bakti ialah mengisahkan tentang jalan cerita sekumpulan murid dan guru dalam memajukan koperasi sekolah dan mengalami pelbagai halangan dan rintangan.

Tema Sejambak Bakti adalah kegigihan murid dan guru koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan memajukan koperasi sekolah mereka.

Persoalan:
1.Usaha yang baik selalunya akan mendapat tentangan dan cabaran yang hebat.
2.Sifat cemburu akhirnya memakan diri sendiri.
3.Kekayaan dan kemewahan yang dimiliki membuatkan seorang sombong dan ego.

Ahli Kumpulan:
-Zulaikha
-Colyne
-Adolf
-Dicxtion