MUHAMMAD HAIQAL BIN MUHAMAD WILDAN ( 17200873/2 ) by Haiqal Wildan

Nama : Muhammad Haiqal bin Muhamad Wildan
Kursus : IIP2003 Fiqh Al Jinayat
Jabatan : Jabatan Syariah & Ekonomi
Tahun Pengajian : Tahun 2
Asal : Ipoh, Perak

My Learning Style
My Scores :

Auditory : 35%

Visual : 40%

Tactile : 25%

I am a Visual learner. I have changed my study habits after knowing the result.

Improving Study Habits
These forms allow me to know my strengths and weaknesses in studying. There are alot of things that I need to improve in my study habits to be a better student.

What Kind of Student ?
After I took this test, I knew that I am not being an excellent student so I need to find my own solutions to be better.

Minggu 1 & Minggu 2
Minggu 1 : Konsep Jenayah dalam Perundangan Islam.

Terdapat nama-nama perbuatan yang dilarang. Antaranya ialah :-

1) Jarimah : Kesalahan
2) Ism : Dosa
3) Jinayah : jenayah
4) Al-Zanbu : Dosa
5) Al-Khoti'ah : Kesilapan
6) Al-Syar : Dosa

Seperti yang kita tahu makna jarimah secara am iaitu di sisi selain fuqaha' ialah :

- Melakukan perkara yang bertentangan dengan kebenaran, keadilan dan jalan yang lurus.
- Melakukan perkara yang tidak baik serta membuat perkara maksiat atau dosa.
- Melakukan perkara yang bertentangan dengan akhlak yang baik.

Dari segi makna khas iaitu di sisi fuqaha' ialah:

Segala perbuatan atau perkara maksiat yang mempunyai hukuman di dunia. Akan tetapi, semua perkara maksiat ada hukuman tetapi yang membezakannya adalah sama ada berlaku hukuman di dunia atau tidak.

Apa yang dikatakan hukuman di dunia adalah terdapat tiga jenis iaitu :-

1) Hudud      2) Qisas/diat      3) Takzir

Jenis-jenis jarimah dari segi hukuman:
1) Jaraim hudud   2) Jaraim qisas dan diat  3) Jaraim takzir

1) Jaraim Hudud
Bahasa : Larangan
Istilah : Hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

2 perkara jaraim hudud berlaku :-
- Melanggar hak Allah. Hal ini bermaksud hak Allah adalah menyentuh hak masyarakat.
- Hukumannya telah ditetapkan di dalam nas iaitu di dalam Al-quran dan Sunnah.

Terdapat 7 Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah berzina, menuduh orang berzina (qazaf), minum arak, mencuri (sariqah), murtad, menderhaka atau melawan pemerintah dan merompak (hirabah).

2) Jaraim qisas/diat
Hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah yang melanggar hak individu.Apa yang saya fahami hukuman qisas ini ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas. Sebagai contoh membunuh dibalas dengan bunuh, melukakan dibalas dengan melukakan, dan mencederakan dibalas dengan mencederakan.

2 perkara jaraim qisas/diat berlaku :-
- Melanggar hak individu atau perbuatan yang menyentuh hak individu.
- Hukumannya telah ditetapkan oleh nas iaitu di dalam Al-quran dan sunnah.

Bahagian Jaraim Qisas dan Diat

1) Membunuh. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh.

2) Memukul dan mencederakan. Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan.

3) Menggugurkan kandungan.

3) Takzir
Hukuman yang tidak ditetapkan oleh syara' akan tetapi ia ditetapkan oleh pemerintah untuk menjaga kemaslahatan individu dan masyarakat.

2 perkara jaraim takzir berlaku :-
- Serangan kejam terhadap hak individu atau hak masyarakat
- Hukumannya tidak dijelaskan di dalam nas iaitu di dalam Al-quran dan Sunnah.

Bahagian Jaraim Takzir

Setiap jaraim yang tidak termasuk dalam kategori jaraim hudud mahupun qisas dan diat.

Secara umumnya jarimah ini adalah kesalahan yang berlaku dan hukumannya di dunia sahaja. Jarimah juga dikategorikan mengikut jenis-jenis hukuman antaranya hudud, qisas atau diat dan takzir.

Minggu 2 : Unsur - Unsur Penting Jenayah

Pensabitan sesuatu jarimah mestilah mempunyai rukun-rukun jarimah.

Rukun jarimah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
1) Rukun khas     2) Rukun Am

1) Rukun Khas
Berbeza mengikut jarimah. Ia berbeza dari segi bilangan dan jenis mengikut jenayah.

2) Rukum Am
Rukun am adalah satu untuk setiap jenayah. Antaranya ialah :

- Rukun Syar'i
- Rukun Madi
- Rukun Adabi

> Rukun Syar'i
Perlu ada nas di dalam Al-quran dan sunnah yang melarang jenayah tersebut dan adanya hukuman yang dikenakan terhadapan perbuatan itu.

> Rukun Madi
Tingkah laku yang membentuk jarimah, baik perbuatan-perbuatan nyata mahupun sikap tidak berbuat, jenayah yang telah sempurna atau cubaan dalam jenayah.

> Rukun Adabi
Penjenayah memiliki unsur-unsur tanggungjawab jenayah dari segi kesedaran dan kemahuan, dan dari segi kesengajaan dan kekurangannya. Ini bermaksud penjenayah mempunyai tanggungjawab dengan perbuatan yang telah dilakukannya itu.

Setiap perbuatan jenayah wajib mempunyai rukun umum untuk dianggap jenayah dan rukun khas untuk mengenal pasti jenayah tersebut.

Adapun, terdapat 3 jenis perbuatan jenayah :

a) Al-Mubasyarah : Jenayah berlaku secara langsung disebabkan perbuatan itu sendiri tanpa perantaraan.

b) Al-Tasabbub : Jenayah yang berlaku itu bukanlah dengan perbuatan itu sendiri tetapi adanya perantaraan iaitu illah atau sebab kepada jenayah seperti meletakkan racun di dalam minuman yang mana jenayah itu tidak akan berlaku sekiranya mangsa tidak minum. Maka, ketidakpastian kematian itu bergantung kepada perbuatan mangsa yang mana berlaku lah disitu perantaraan.

c) Al-Syarti : Tidak berlaku jenayah dan bukanlah sebab atau illah tetapi disebabkan kewujudannya menjadi perbuatan jenayah yang lain itu wujud dan sebab berlaku itu ada. Sebagai contoh, penggali lubang menggali lubang yang bertujuan untuk benda baik dan bukanlah untuk jenayah tetapi kewujudan lubang itu telah menjadikan penjenayah menggunakan lubang tersebut dengan menolak mangsa jatuh dan mati. Maka, di sini penggali lubang secara terus terlibat dalam jenayah tersebut. Perbuatan menolah itu adalah jenayah secara langsung akan tetapi menggali lubang bertujuan lain adalah syarat untuk berlaku.

Minggu 8 (Catatan 5 Isi Penting Video Arab : Al-rukn Al-Ma’nawi Li Al-Jarimah)
1) Rukun Adabi dinamakan juga rukun ma'nawi. Niat jenayah itu wujud jika seseorang itu melakukan perbuatan dalam keadaan dia mengetahui dan menyedari bahawa syara' mengharamkan atau mewajibkannya. ( Minit 4.40 )

2) Adapun hukuman jenayah tidak disabitkan kepada kanak-kanak sehinggalah mereka baligh, orang yang tidur sehingga sedar dan orang yang gila sehingga berakal. ( Minit 9.50 )

3) Syarat bagi rukun Adabi mestilah seseorang itu mempunyai pengetahuan (الادراك) tentang jenayah  dan piihan (الاختيار) dengan melakukan tanpa paksaan. Ia mengikut pilihannya sendiri yang melakukan jarimah tersebut. ( Minit 10.20 )

4) Seseorang yang melakukan jarimah dengan sengaja akan dikenakan hukuman qisas manakala orang yang tidak sengaja melakukan jarimah akan dikenakan diyat ataupun takzir. ( Minit 14.00 )

5) Sistem perundangan Islam datang untuk menjaga maslahah umum dan memperbaiki akidah, akhlak dan hubungan antara manusia dan Allah. ( Minit 25.40 )

Minggu 9 : Niat Jahat dan Kepentingannya / Kesan Jahil, Silap dan Lupa Terhadap Tanggungjawab Jenayah
Niat Jahat

Niat Jahat dan Kepentingannya

Jika jenayah itu disengajakan dengan hati maka lebih berat hukuman tetapi jika tiada niat maka hukuman lebih ringan. Berdasarkan nas quran benda yang disengajakan baru dihukum manakala berdasarkan nas hadis, tersalah dan terlupa diangkat daripada kesalahan. Tidak melakukan jenayah dengan hati tanggungjawab lebih ringan kepada tak sengaja.

Is'yan

Tiada niat untuk membunuh

Contoh : Ahmad baling batu di jalanan, tiba kena kepala kepala orang yang sedang lalu lintas.

Hukuman : Ahmad hanya kena diyat sahaja. Perbuatan Ahmad dikira jarimah kerana orang yang terkena batu itu cedera. Ada niat atau tiada tetap dikira jarimah

Qasdu Is'yan

Niat membunuh atau sengaja

Contoh : Hana sengaja baling batu dengan niat sengaja mahu membunuh.

Hukuman : Qisas, sekiranya orang yang terkena itu cedera.

*Dalam kedua-dua hal tersebut pelaku tetap dikenakan hukuman.

Perbezaan Anatara Qasdu dan Bais

Niat penting untuk penentuan pembentukan jarimah

Qasdu itu niat

Ba'is itu motif

Ba'is

Ba'is tidak terkesan langsung pada jarimah hudud dan qisas, tetapi hanya pada ta'zir.

Ba'is tidak memberikan kesan jika baik dan buruk dan tidak boleh berkompromi dalam kedua perkara tersebut kerana mempunyai nas.

Ba'is syarif contoh untuk balas dendam.

Ba'is wadi yang buruk contoh mengambil upah untuk membunuh.

*Qasdu merupakan masuliyah mughalazaah

Khoto' terbahagi kepada dua:

Khoto' pada perbuatan dia tersalah sasaran.

Contoh : Dia nak tembak A tetapi terkena B.

Khoto' pada niat tersalah dari segi anggapan.

Contoh : Dia ingin menembak tentera musuh tetapi rupanya tentera sendiri yang menyamar sebagai tentera musuh.

Ma jarra minna khoto' :

Contoh : Seseorang sedang tidur lalu terhempap bayi, lalu   bayi tu mati.

Amdu

Niat jahat jarimah dan niat hasil.

Contoh : Dia minum arak dengan sengaja dan tahu akan mabuk.

Hukuman : Hudud kerana minum arak, amdu juga terdapat qisas.

Sibh Amdu

Niat jahat jarimah tapi tiada niat natijah/hasil.

Contoh : Baling batu atau tongkat tapi tidak mahu orang tu mati.

Hukuman: Diyat al-mughalazah

Qasdu dan Bahagian :

Qasdu Am = Tiada natijah

Qasdu Khas = Ada natijah

Hanya memerlukan syarat am sahaja.

Hukuman : Qisas dan Hudud

Qasdu Muayyan

Mempunyai target khas untuk dibunuh.

Dia bunuh Abu lalu Abu mati

Contoh : Dia baling bom dalam satu dewan, target dia seorang sahaja namun yang lain mati, tetap dikira muayyan.

Qasdu Ghairu Muayyan

Dia nak bunuh Abu tapi orang lain mati.

Seperti sibh amdu

Jahil & Lupa

Dia tidak tahu perkara itu jenayah, orang itu tidak akan dikenakan jarimah selagi dia tidak mempunyai pengetahuan yang sempurna sekiranya dia tahu benda tu haram dan tetap nak buat jugak maka haram dan akan dikenakan jarimah.

Mampu Mengetahui

Boleh dihukum sekiranya tahu pengharaman

Tidak diterima sebagai alasan

Tiada alasan saya tak tahu

Dikecualikan daripada tanggungjawab jenayah :

Kalau betul jahil

Contoh : Negara yang tak boleh akses dengan maklumat seperti orang asli.

Jahlu Al-ahkam

Yang tidak tahu halal dan haram : Tidak dikenakan tanggungjawab jenayah

Jahlu Haqiqi

Kesalahan pada tafsir adalah ketika pada zaman Saidina Umar, apabila orang salah tafsir bahawa arak dihalalkan.

Jahlu Al-Waqi

Jahlu Al-Khoto'

Contoh : Dia minum arak dia ingatkan teh jadi dikecualikan daripada hukum hudud, kalau dia tersilap tidak mengapa.

*Jaraim qisas takde pengecualian apa-apa kena diyat walau tak sengaja.

Konsep Lupa

Pandangan Pertama

Uzur yang syarii atas perbuatan ibadah atau jenayah

Tiada hukuman dan tiada dosa

Pandangan Kedua

Pada perkara ibadah dibenarkan contoh termakan ketika puasa namun tidak pada jenayah kecuali pada hak allah, boleh dianggap uzur syari berdasarkan syarat : Ada tobii' ada pendesak yang semula jadi yang menyebabkan dia terpaksa melakukan.

Walaupun dia tidak boleh dikenakan hudud dia boleh dikenakan taa'zir dengan syubhah.

Pengalaman Awal Belajar Dengan Kaedah Yang Digunakan Dalam Subjek Ini
Kaedah pembelajaran yang bertukar mod daripada atas talian kepada hibrid dan kepada fizikal membuatkan saya dapat merasai pelbagai rintangan dan dapat mendidik diri untuk sentiasa bersedia dan menyesuaikan diri terhadap apa jua situasi. Dengan adanya pensyarah yang amat memahami keadaan para pelajarnya secara tak langsung menaikkan semangat kami sebagai pelajar untuk terus berusaha mempelajari dan memahami subjek ini walau dalam apa jua bentuk mod sekalipun.

Pengalaman Melaksanakan Tugasan Berkumpulan Dan Refleksi
Pada pendapat saya, membuat kerja secara berkumpulan mempunyai banyak faedah. Antaranya ialah pelajar dapat memupuk semangat bekerjasama apabila membuat kerja secara berkumpulan. Hal ini kerana tugasan berkumpulan tidak akan mampu dilaksanakan dengan sebaiknya tanpa ada kerjasama yang baik antara ahli-ahli.

Selain itu, kita dapat berkongsi idea dan membincangkan topik berkaitan. Disebabkan bekerja di dalam kumpulan, maka banyak buah fikiran yang akan terhasil maka perbincangan akan menjadi lebih berkualiti. Dengan cara ini juga kita dapat memantapkan kefahaman terhadap sesuatu topik dengan lebih mudah.

Di samping itu, tugasan yang melibatkan penglibatan sepenuhnya semua ahli kumpulan menyebabkan setiap ahli perlu memberikan komitmen masing-masing berhubung dengan tugasan yang diberikan.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir pelajar yang mengambil kesempatan di dalam kumpulan. Golongan ini akan hanya duduk diam sahaja dan membiarkan ahli lain yang akan menyiapkan tugasan. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan persembahan sesuatu kumpulan atau semasa pembentangan. Maka, sikap ini perlulah dielakkan oleh semua pelajar.

Kajian Kes 3 : Pengecualian daripada Tanggungjawab Jenayah

Kajian Kes 2 : Pakatan Jahat dalam Jenayah

Kajian Kes 1 : Bentuk Perbuatan Jahat