TITAS (TAMADUN ISLAM) by siti nurhusna

Kaitan batu bersurat dengan undang-undang syariah islam
Secara langsung kita dapat mengemukakan premis bahawa BBT ini digubal bukan daripada ruang yang kosong, tetapi berasaskan kepada dua perkara yang utama. Pertama, wujudnya sebuah kerajaan Melayu-Islam di Terengganu. Pada masa BBT ini digubal, sejarah telah melaporkan bagaimana tamadun kerajaan Melayu-Islam telah bertapak secara kukuh di Terengganu. Di dalam tamadun ini, selain dari memiliki artifak kebendaan yang tinggi merangkumi bentuk kerajaan negara kota yang tersusun dengan bilangan penduduk yang agak ramai (kosmopolitan) berasaskan bandar pelabuhan bertaraf antarabangsa, tamadun ini tidak dapat tidak memerlukan suatu bentuk sistem perundangan bagi tujuan mengatur dan menguatkuasakan perundangan demi menjamin kelangsungan hidup anggota masyarakatnya.
Kedua, timbulnya latar belakang intelektual Islam dan sistem tulisan Jawi yang memungkinkan BBT dicatatkan. Kesemua perkara ini timbul disebabkan kerana kecanggihan metode dakwah yang diusahakan oleh para mubaligh Islam terawal di Terengganu. Mereka telah menerapkan kefahaman agama Islam melalui kaedah mendekati pemerintah Melayu secara berhemah, mengamalkan pendekatan mesra budaya, memperkasakan sistem kominikasi ilmu dan mekanisme pendidikan.
Untuk kaedah pertama, kita dapat melihat bagaimana program dakwah di Alam Melayu telah dijalankan secara berperingkat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan dominasi adat Melayu pra-Islam dan feudalisme Melayu. Dalam kontek Alam Melayu, beberapa contoh dakwah yang menggunakan pendekatan ini boleh didapati iaitu; pertama, mubaligh awal telah mengkaji struktur masyarakat Melayu yang berasaskan sistem beraja feudalism dengan kedudukan raja yang amat ditaati oleh rakyat. Ini menyebabkan mereka bertindak secara beransur-ansur mendekati golongan raja dan menerapkan sistem beraja ala Melayu dengan nilai-nilai Islam. Walaupun struktur lama masih lagi dikekalkan tetapi ianya telah diterap dengan nilai-nilai Islam. Kalau dahulunya sistem beraja Melayu bersumberkan konsep Devaraja warisan Hindu-Buddha, tetapi sekarang ianya telah diabsahkan dengan prinsip raja sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Tindakan yang mengakui keabsahan sistem beraja ini yang disokong dengan hubungan yang agak baik dengan raja-raja ini telah mempergiatkan lagi perkembangan Islam di alam Melayu.
Contoh kedua boleh dilihat dari sikap mubaligh awal yang mengakui kepentingan budaya tempatan sebagai wadah dakwah. Sarjana Islam digalakkan mempelajari dan meneliti secara terperinci tentang dinamisme sesuatu kebudayaan yang merupakan cara hidup (way of life) sesuatu masyarakat. Pengetahuan yang mendalam dalam soal ini amat penting demi untuk menjadikannya sebagai sasaran utama yang bakal menjayakan usaha dakwah.35

Sejarah Batu Bersurat
Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya.

Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, Batu ini dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian Batu itu diletakkan atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.

Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

Pada tahun 1923, Batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman di antara Kerajaan Persekutuan yang di wakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementrian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Encil Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Y.A.B. Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.

Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharaan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.

Mengenai Batu Bersurat
Agak aneh dan pelik kenapa Batu Bersurat yang mengandungi ayat Qur’an serta tulisan aturcara itu telah di gunakan sebagai alas kaki guna membasuh kaki di Masjid Kampung Buloh dimana ianya di gunakan. Mengikut beberapa sebab yang di ceritakan oleh penduduk tempatan bahawa semasa Batu Bersurat itu di jumpai, ianya telah bersalut dengan selaput batu luaran dan hanya setelah sekian lama ianya di gunakan, saluran batu luaran itu terhakis sedikit demi sedikit sehinggalah menampakan tulisan di atasnya. Sebab lain yang di berikan adalah bahawa para penduduk tidak dapat membaca atau memahami tulisan jawi yang kebanyakannya mengandungi bahasa jawa kuno sehinggalah ianya di terjemahkan oleh pihak kerajaan Inggeris.

‘......Pada tahun 1902, Saiyed Husin Ghulam al Bukhari singgah di masjid Kampong Buloh untuk menunaikan sembahyang zohor. Bila sampai di masjid. Saiyed Husin ternampak setongkol batu bertulis dengan tulisan jawi terletak di tangga masjid digunakan untuk pelapik tempat orang membasuh kaki. Selepas sembahyang, Saiyed Husin meminta Penghulu Ali bin Sulaiman dan bilal masjid membawa batu itu ke perahu untuk di persembahkan kepada Sultan Zainal Abidin III.’ (Catatan Mohd Zabidi Haji Saidi – Hulu Terengganu Menuju Keemasan)

Hasil dari pendapat ini, timbul pendapat yang mengatakan bahawa Batu Bersurat yang di tuliskan itu berasal dari Tanah Jawa dan di tulis oleh orang jawa. Sekiranya pendapat ini benar, dengan sendirinya akan menyingkirkan pendapat bahawa Batu Bersurat itu di bawa dari negeri Cina kerana kandungan bahasa yang di gunakan itu.