SAU326E- INFORMATION SOCIETY by Nur Fatihah

Infografik
https://www.canva.com/design/DAGFaH2ORR0/jrlBAiQqRQ5b634NnLesLA/edit?utm_content=DAGFaH2ORR0&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutton

Cabaran
Antara cabaran yang kami hadapi dalam menyelesaikan tugasan ini adalah kesukaran dalam menentukan penggunaan aplikasi yang akan digunakan untuk membuat tugasan tersebut. Hal ini disebabkan oleh pengetahuan penggunaan kami terhadap aplikasi lain adalah terhad kerana kebiasaan kami membuat tugasan adalah menggunakan aplikasi yang sama seperti Canva berbanding aplikasi-aplikasi yang lain. Kami telah cuba untuk menggunakan aplikasi seperti Powtoon dan Capcut, namun kami dapati ia semakin sukar untuk kami mengaplikasikan informasi ke dalam aplikasi tersebut kerana kreativiti kami menjadi penghalang dan terbantut dan ia mengambil masa yang agak lama untuk kami mencari solusi. Maka, setelah mengadakan perbincangan semula, kami membuat keputusan untuk menukar aplikasi tersebut kepada Canva kerana keyakinan kemahiran kami terhadap aplikasi tersebut.

Selain itu, kami juga menghadapi kesukaran untuk menukarkan pembacaan daripada bentuk penulisan kepada bentuk visual-based. Kami tidak pernah menerima tugasan seperti ini dan ia merupakan pertama kali kepada kami kerana kebiasaan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah adalah membuat ringkasan berdasarkan artikel yang telah diberikan yang juga berbentuk penulisan. Maka, ia menjadi suatu cabaran kepada kami untuk mengubah maklumat berasaskan perkataan kepada maklumat berasaskan visual. Ia telah mengambil masa yang agak lama dalam merangka idea-idea yang lebih kreatif untuk tugasan ini kerana kami risau maklumat visual yang dihasilkan tidak dapat difahami oleh pensyarah. Dan ini akan mencetuskan ketidakpuasan hati kami dalam menyelesaikan tugasan memandangkan kami menginginkan yang terbaik dalam menyampaikan maklumat tersebut agar sesiapa yang melihat maklumat visual itu dapat memahami akan apa yang ingin disampaikan oleh kami.

Berikutan tugasan ini dijalankan oleh kami ketika cuti pertengahan semester, kami telah menghadapi cabaran limitasi dalam perbincangan tugasan iaitu perbincangan tersebut dijalankan secara atas talian dan tidak dapat dijalankan secara bersemuka memandangkan masing-masing telah pulang ke rumah untuk bercuti. Bagi kami, perbincangan secara atas talian sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan oleh kami menghadapi masalah gangguan rangkaian internet. Kami menggunakan aplikasi Whatsapp sebagai panggilan secara maya dan juga menghantar mesej untuk menjalankan perbincangan tugasan. Ada ketika apabila rangkaian internet kami dalam keadaan baik, perbincangan kami berjalan dengan lancar dan apabila mengalami gangguan, kami terpaksa bersahut-sahutan untuk memastikan pihak sebelah dapat mendengar akan apa yang disampaikan disebabkan rangkaian menjadi putus-putus, maka maklumat yang disampaikan ada yang dapat didengar dan ada juga yang hilang dari percakapan sehingga ia membawa makna yang lain dan ini telah menjadi bahan gurauan antara kami. Malah, kadang-kadang kami terpaksa mencari tempat yang mempunyai rangkaian internet yang baik bagi menyambung kembali perbincangan memandangkan kami tidak dapat menjalankan ia secara bersemuka.

Bukan itu sahaja, kesukaran untuk kami menulis menggunakan frasa atau huraian dalam bahasa Inggeris merupakan salah satu cabaran kepada kami. Hal ini disebabkan oleh kami mempunyai pengetahuan terhad dalam membina ayat dan mempunyai kerisauan akan tatabahasa yang digunakan dalam ayat huraian tersebut adalah tepat ataupun tidak. Bahasa Inggeris jarang digunakan oleh kami dalam kehidupan seharian ataupun ketika berkomunikasi dengan orang lain disebabkan kebanyakan rakan-rakan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan ini memberi kesan terhadap kami apabila ingin menulis ayat. Namun, kami tidak berputus asa dan berusaha untuk memastikan penggunaan ayat beserta tatabahasa yang betul dengan mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan untuk menyemak akan penulisan bahasa Inggeris kami.

Walaupun terdapat beberapa cabaran dan halangan yang dihadapi oleh kami dalam menyiapkan tugasan ini, namun dapat juga kami siapkan walaupun masa telah melebihi daripada yang diperuntukkan iaitu 5 jam  bagi menyiapkan tugasan ini. Ia merupakan satu pengalaman yang menarik dan mempunyai nafas baru berkenaan tugasan ini memandangkan ia satu pembaharuan kepada kami dalam memindahkan maklumat berasaskan perkataan kepada bentuk visual.