Teknologi Perindustrian Makanan by WAN RAFIQIN AIMAN BIN WAN RAMIZU

KONSEP TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN MAKANAN
Industri adalah suatu usaha atau kegiatan pengolahan bahan mentah atau barang separa siapmenjadi barang siap yang memiliki nilai tambah untuk mendapatkan keuntungan. Hasil industri tidak hanya berupa barang, tetapi juga dalam bentuk perkhidmatan. Industri adalah nadi sesebuah negara. Pengeluaran makanan dikira perkara strategik bagi semua negara kerana ia melibatkan keselamatan atau "survival" bagi penduduk dan negara. Di Malaysia khasnya, industri pengeluaran makanan, khususnya pengeluaran makanan daripada sektor pertanian menjadi agenda penting negara. Kepentingan pengeluaran makanan telah menjadi objektif dalam Dasar Pertanian Negara 1998-2010, iaitu "meningkatkan keselamatan makanan dan memerangi inflasi". Di antara strategi utama DPN3 ialah meningkatkan pengeluaran makanan utama dengan kos yang kompetitif. Potensi perniagaan dan pelaburan dalam industri makanan di negara ini masih luas, ini kerana kita masih bergantung kepada dunia luar dalam mendapatkan sumber makanan. Berdasarkan Laporan Tahunan Bank Negara 1998, Malaysia mengimport RM9,847 juta makanan dan minuman, iaitu RM5,681 juta adalah import barangan makanan akhir dan RM4,166 juta adalah import barangan pertengahan untuk kegunaan industri makanan tempatan. Industri makanan merupakan industri merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara dan merupakan industri yang mempunyai permintaan yang tinggi dan berterusan. Industri atau sektor makanan ini banyak bergantung pada ekonomi negara. Misalnya, pada tahun 2011, ekonomi Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan yang sederhana tetapi mantap. Ramalan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini pula di jangka di dalam lingkungan 5%- 6%. Ini telah memberi kesan positif terhadap tahap keyakinan pengguna dan seterusnya memberi kesan yang positif  terhadap sektor makanan dan minuman negara. Di Malaysia, industri makanan ini boleh dipecahkan kepada industri makanan tradisional, industri makanan sejuk beku, industri makanan francais dan pelbagai industri makanan lain. Kepelbagaian jenis makanan yang terdapat dalam industri ini telah menghasilkan permintaan yang pelbagai terhadap industri makanan ini. Industri barang makanan Malaysia begitu pelbagai seperti juga budaya berbilang kaum negara ini, dengan makanan terproses berbagai-bagai jenis bercita rasa Asia.  Industri pemprosesan makanan sebahagian besarnya dimiliki rakyat Malaysia.  Adalah dianggarkan bahawa jualan runcit global bagi produk-produk makanan ketika ini berjumlah dalam lingkungan AS$3.5 trilion, dan dijangka berkembang pada kadar tahunan 4.8 peratus kepada AS$6.4 trilion menjelang 2020.

PENGENALAN PENGARAH DAN SUBJEK
MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

NAMA AHLI KUMPULAN
1. Wan Rafiqin Aiman Bin Wan Ramizu 01DPU20F2002

2. Fahim Hakimi Bin Yazarudin 01DPU20F2029

3. Muhammad Izzi Bin Abd Razak 01DPU20F2027

RUJUKAN
1.https://ms.wikipedia.org/wiki/Pembungkusan_vakum

2.https://id.wikipedia.org/wiki/Teknologi_pembekuan_makanan

3.https://detikperubahan.wordpress.com/2011/12/15/industri-makanan-makin-maju/

4.https://www.scribd.com/doc/141839716/Cadangan-Dan-Penambahbaikan

5.

6.

7.

8.

PENDAHULUAN
Pada masa ini, Jabatan Sains Makanan mengendalikan program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan. Program ini menekankan latihan keseluruhan dalam bidang sains dan teknologi makanan yang akan tercapai dengan adanya kursus teras yang ditawarkan seperti kimia dan analisis makanan, keselamatan makanan, mikrobiologi makanan, kejuruteraan dan pemprosesan makanan dan juga sains makanan gunaan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TEKNOLOGI
Bagi cadangan jangka masa pendek, kita perlu mendapatkan persijilan halal daripada pihak berwajib. Tujuan pensijilan halal ini untuk meningkatkan lagi keyakinan pelanggan terhadap produk yang dikeluarkan oleh pihak kita. Persijilan halal juga dapat membantu kita untuk berkembang lebih luas apabila pengiktirafan halal terhadap produk yang dikeluarkan dapat menarik minat pelanggan yang pelbagai kaum di Malaysia ini. Kita juga perlu menambah bilangan pekerja untuk memastikan proses pengeluaran produk dapat dihasilkan dengan banyak dan lancar. Jika pekerja adalah kurang, ini akan membantutkan

perkembangan pengeluaran produk dan kita tidak dapat menghasilkan produk mengikut kehendak pasaran.

REFLEKSI KENDIRI(MUHD IZZI BIN ABD RAZAK)(01DPU20F2027)
Saya telah menerima tugasan ini pada 8 Disember 2021 oleh pensyarah bagi kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam. Menerusi tugasan ini,saya perlu bincangkan tentang teknologi perindustrian makanan di dalam islam.Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan ini adalah tentang bagaimana islam mengambil berat tentang isu pemakanan supaya makanan yang diambil adalah halalan toyyiban. Saya juga mendapati bahawa salah satu tujuan tugasan ini adalah untuk lebih bersatu padu dan bekerjasama antara ahli kumpulan.Saya juga telah dapat banyak berkongsi pengalaman dan ilmu sesama ahli kumpulan dan meningkatkan ukhwah.Selain itu, saya juga telah mempelajari ilmu baharu dalam teknologi perindustrian ini seperti penjerukkan dan makanan sejuk beku, dengan ini makanan basah ataupun makanan yang mudah basi dapat bertahan lebih lama jangka hayatnya untuk basi.Tugasan ini sejujurnya memberikan kesan positif kepada saya dan ahli kumpulan untuk digunapakai pada masa akan datng kelak.

KESIMPULAN(MUHD IZZI BIN ABD RAZAK)(01DPU20F2027)
Kesimpulannya,makanan merupakan bahan utama yang diperlukan dalam badan kita untuk meneruskan kehidupan.Maka dengan itu,kita diberi pilihan sama ada untuk mengambil makanan yang sihat ataupun tidak,jadi kita hendaklah berfikir dengan bijak supaya tubuh badan kita sentiasa sihat.Pada zaman moden ini,pelbagai teknologi pembaharuan makanan telah ditemui oleh para scientist untuk meningkatkan kualiti sesuatu makanan

FAHIM HAKIMI BIN YAZARUDIN(01DPU20F2029)
1)PENDAHULUAN
2)MENGULAS TEKNOLOGI MAKANAN 1
3)MEMBERI PANDANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN TEKNOLOGI MAKANAN
4)MENGARANG REFLEKSI KENDIRI
5)RUJUKAN

MUHD IZZI BIN ABDUL RAZAK(01DPU20F2027)
1)MENGULAS TEKNOLOGI MAKANAN 1
2)MEMBERI PANDANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN TEKNOLOGI MAKANAN
3)MENGARANG REFLEKSI KENDIRI
4)RUJUKAN

WAN RAFIQIN AIMAN BIN WAN RAMIZU(01DPU20F2002)
1)MENGULAS TEKNOLOGI MAKANAN 1
2)MEMBERI PANDANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN TEKNOLOGI MAKANAN
3)MENGARANG REFLEKSI KENDIRI
4)RUJUKAN

KONSEP DAN DEFINISI
Dalam membicarakan tentang makanan, Islam sangatlah menitikberatkan isu-isu yang berkaitan dengan halal dan haram. Di dalam al-quran, Allah SWT telah mengecam sikap orang-orang yahudi, nasrani dan musyrik yang telah menentukan kriteria halal dan haram terhadap makanan berdasarkan hawa nafsu semata-mata. Sebaliknya Allah SWT sentiasa menyarankan manusia agar mengambil makanan yang halal lagi baik dan melarang mengikut jejak langkah syaitan dalam menetapkan kehalalan sesuatu makanan. allah SWT dengan sifatnya al-Rahman tidak membiarkan hambanya berada di dalam kegelapan dalam menghadapi isu yang berkaitan dengan halal dan haram. Kesemuanya telah dijelaskan oleh Allah SWT secara terperinci melalui al-quran dan sunnah.

DALIL ATAU NAS TENTANG TEKNOLOGI MAKANAN
Allah SWT menasihatkan kepada orang-orang mukmin, agar memanfaatkan nikmat-nikmatnya dan agar tidak mengharamkan sesuatu tanpa dalil dan alasan. Kerana nikmat-nikmattadi pada dasarnya diciptakan untuk mereka. Dimaklumkan bahawa rezeki Allah bukanlah untuk penyembahan perut dan pelampisan nafsu semata-mata. Ini kerana, kebun ilahi adalah amal saleh, maka nikmat-nikmat tuhan harus dimanfaatkan di jalan yang terbaik dan inilah syukur yang sejati.

TEKNOLOGI PENGETINAN(1) FAHIM HAKIMI BIN YAZARUDIN(01DPU20F2029)
Sejarah industri makanan dalam tin bermula di eropah sejak tahun 1975 di perancis , pada tahun 1804, Nicolas Appert (1749 – 1841)memperkenalkan kaedah pengawetan makanan dalam tin dan mula mengilangkan penemuan beliau di perancis secara kecil-kecilan. Pada tahun 1818, seorang saudagar british, Peter Durand telah memperbaharui cara pengilangan makanan dalam tin agar ianya tahan lebih lama dan beliau memperoleh paten keatas penemuan berkenaanpada 25 Ogos 1810. Mulai dekad 1860an, industri makanan dalam tin telah berkembang dengan pesatnya di Eropah, pelbagai jenis makanan telah ditinkan, termasuk kekacang, sayuran, daging, susu dan produk perikanan, terutama ikan sardin.

DEFINISI PENGETINAN
-Pengetinan merupakan kaedah mengawet makanan yang mana kandungan makanan diproses lalu disimpan ketat di dalam bekas kedap udara. Pengetinan menawarkan hayat simpanan yang biasanya dari satu ke lima tahun, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu boleh jauh lebih lama. Produk bertin kering sejuk beku boleh kekal elok dimakan selama 30 tahun.

PRINSIP SYARIAH
-RABBANIAH

Prinsip syariah yang saya pilih ialah rabbaniah kerana prinsip ini menjelaskan syariah Islam dicipta dan disusun oleh Allah SWT. Alam semesta yang terbentang luas ini mengandungi segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT. Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah SWT. Kita sebagai pelaku yang tertakluk kepada peraturan alam milikNya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagungan-Nya. Inilah keyakinan yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Mempertikaikan sistem Islam bermakna kita meragui sistem yang datang daripada Allah. Oleh itu, dalam konteks penyediaan makanan, kita perlulah mengikut segala yang telah disuruh oleh Allah SWT. Cara teknologi penyediaan makanan dalam islam haruslah berpandukan rabbaniah dengan mengikut konsep halallan tayyiban. Halal bukan sekadar bermaksud sesuatu itu boleh dimakan disebabkan tiada larangan oleh hukum syarak. Halal turut meliputi maksud “baik” (tayyib) yakni baik, bersih, suci, selamat, berkualiti dan tidak memudaratkan tubuh badan. Teknologi yang digunakan mestilah mematuhi konsep tersebut agar makanan yang dimakan tidak memudaratkan kesihatan.

MAQASID SYARIAH
-MENJAGA KESIHATAN(NYAWA) SELURUH MANUSIA
Memelihara nyawa adalah memelihara maruah, persaudaraan dan kesaksamaan sosial, keadilan, keselamatan hidup, harta dan maruah.Sebagai pemimpin atau pemerintah yang bijak haruslah mengurangkan kadar fakir miskin dan menyediakan peluang pekerjaan, pengagihan pendapatan. Selain itu, perpaduan antara kaum juga perlu di jaga dengan memberi semua kerperluan secara adil sama ada dari segi pekerjaan,bantuan wang ringgit dan perkara yang berkaitan. Hal ini dapat mengurangkan jumlah jenayah, keamanan dan kestabilan. Dalam teknologi makanan, kita haruslah menggunakan kaedah yang betul. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan diantara dua pihak disebabkan tidak mengikut cara ajaran islam. Sebagai contoh, dalam pembungkusan makanan, kita haruslah bertindak untuk membungkus makanan berikut mengikut apa yang telah ditetapkan agar semua pihak berpuas hati terhadap makanan berikut dan dapat mengelakkan pertelingkahan diantara dua pihak. Contohnya tidak menipu dengan menggunakan penimbang yang tidak tepat.

ETIKA ISLAM
-KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN MKANANA
Menurut islam keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada bakteria berbahaya dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain. Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun dan keracunan makanan dan penyakit lain. Selain itu, setiap proses dalam penyediakan makanan perlu menggunakan sarung tangan bagi mengelakkan berlaku sebarang kerosakan bagi mengekalkan keselamatan makanan. Pemeriksaan kesihatan juga perlu dilakukan contohnya pengendali makanan juga diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan vaksin daripada pengamal perubatan berdaftar sebelum dibenarkan mengendali makanan di premis makanan. Pengendali makanan yang menyedia, membungkus atau menghidangkan makanan untuk dijual hendaklah sentiasa memastikan penyediaan, pembungkusan atau penghidangan makanan adalah bebas daripada apa-apa pencemaran.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN.(01DPU20F2029)
TEKNOLOGI MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL
Zaman sekarang sudah semakin modern,dengan hanya menggunakan media sosial merupakan medium carian yang paling popular dalam mengesan status halal sesuatu produk. Berdasarkan hits carian di enjin pencari dengan hanya menaip status halal, pengguna akan dihubungkan ke direktori halal baik di dalam atau di luar negara. Media sosial menjadi sumber penyampaian yang paling mudah digunakan di seluruh dunia. Ianya merupakan media tanpa batasan mempunyai liputan meluas yang sesuai digunakan sebagai alat promosi. Srlsin itu,ia juga boleh dikelaskan kepada laman korporat, e-dagang, forum dan banyak lagi.

REFEKSI KENDIRI.(FAHIM HAKIMI BIN YAZARUDIN)(01DPU20F2029)
Berdasarkan tugasan yang saya buat, saya dapat mengetahui betapa pentingnya penjagaan teknologi makanan dan memberikan saya serba sedikit ilmu pengetahuan berkenaan teknologi makanan. Teknologi makanan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dari segi pendapatan,keperluan hidup dan lain-lain.

SUMBER RUJUKAN
http://prinsipsyariahdanetikaislambab3.blogspot.com/2017/01/