Kerja rumah 4 by

Refleksi diri dalam tamadun
Melalui tamadun Islam saya memperoleh bahawa setiap zaman itu mempunyai keunikan yang tersendiri. Setiap zaman itu, berusaha memperbaiki dan berusaha untuk mencapai kegemilangan yang tersendiri. Bagi tamadun Malaysia pada hari ini, kita hendaklah mencontohi tamadun Islam dalam usaha memperbaiki diri bagi mencapai kegemilangan.

Selain itu, bagi tamadun Melayu, tamdun Melayu sangat bersifat keterbukaan. Hal ini dapat dilihat melalui aspek pakaian, kepercayaan dan tulisan. Sebagai contoh, masyarakat Melayu perempuan dahulu hanya menggunakan sehelai kain dan hanya berkemban dalam melaksanakan pelbagai aktiviti. namun, setelah kedatangan Islam, perkara ini berubah kepada pemakaian baju kurung yang lebih sopan dan menutup aurat menepati syariat Islam.

Selain itu, dalam tamadun India, saya amat mengagumi tamadun ini kerana sikapnya terhadap perempuan. Mereka telah memberi sifat kesamarataan dan kebebasan kepada kaun perempuan berbeza dengan pandangan beberapa tamadun lain. Hal ini diperkatakan berlaku pada zzaman Veda awal. Oleh itu, tamadun ini memberi satu pandangan positif kepada tamadun ini kerana sikapnya yang menghormati kaum perempuan.

Manakala, pada pandangan saya, keistimewaan tamadun Cina terletak pada struktur pentadbirannya. Mereka meletakkan pedagang sebagai golongan bahawa kerena sikap mereka yang suka menipu. Hal ini secara tidak langsung menerapkan nilai jujjur dan amanah dalam menjalankan aktiviti ekonomi agar tidak dipandang rendah seperti golongan pedagang dalam tamadun Cina.