Implikasi terhadap Kurikulum by PC20622 Ooi Yong Yi

1.Transformasi kurikulum prasekolah
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah ditambah baik melalui transformasi yang dilakukan bagi disejajarkan dengan aspirasi PPPM.

transformasi yang dilakukan merangkumi aspek kurikulum iaitu kandungan, pedagogi dan pentaksiran seperti berikut :

(i)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diterapkan dalam penulisan kurikulum. Aktiviti di luar bilik darjah dan Pendidikan Kewarganegaraan Global turut ditekankan dalam kurikulum prasekolah.

(ii) Pedagogi menekankan pendekatan pembelajaran mendalam, kontekstual dan berkesan. Fokus diberikan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menyeronokkan (menyelesaikan masalah dan membuat keputusan)

(iii) Pentaksiran dilaksanakan secara sistematik dan berterusan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap perkembangan murid. Penulisan standard prestasi dalam dokumen kurikulum adalah bagi memastikan guru melaksanakan pentaksiran dengan baik.

3.Penambahbaikan kurikulum pendidikan khas
PPPM turut memberi fokus kepada murid berkeperluan khas di mana mereka mempunyai hak dan kedudukan yang sama seperti murid yang lain.

Beberapa mata pelajaran dalam pendidikan khas telah diubah suai dan ditambah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan menepati keperluan murid-murid berpendidikan khas ini.

2. Transformasi kurikulum sekolah rendah & menengah
KBSR dan KBSM ditambah baik dan dijenamakan semula dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Kedua-dua kurikulum ini ditambah baik dengan melakukan transformasi terhadap beberapa aspek penting. Transformasi yang dilakukan merangkumi aspek kurikulum iaitu kandungan, pedagogi dan pentaksiran seperti berikut (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016):

i) Pedagogi menekankan kepada pembelajaran secara mendalam melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Fokus diberikan kepada pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM.

(ii) Pentaksiran dalam PdP dilaksanakan dalam bentuk sumatif dan formatif. Guru mentaksir sejauh mana murid menguasai standard pembelajaran dengan merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan. Perkembangan dan pencapaian sebenar tahap penguasaan murid direkod dan dilaporkan secara deskriptif kepada murid dan ibu bapa.