MUHAMMAD KHAIRUL AZIB BIN MOHD AZMI (17200202/2) - FIQH AL-JINAYAT by MUHAMMAD KHAIRUL AZIB BIN MOHD AZMI

GAMBAR DAN MAKLUMAT ASAS
Nama: Muhammad Khairul Azib Bin Mohd Azmi
Kursus: Fiqh al-Jinayat
Jabatan: Jabatan Fiqh dan Usul
Tahun: Tahun 2
Asal: Klang, Selangor

MY LEARNING STYLE
Refleksi:

Hasil daripada keputusan My Learning Test, ini menunjukkan bahawa saya mempunyai gaya pembelajaran kinestetik dan visual yang menunjukkan bahawa gaya pembelajaran saya merupakan gaya pembelajaran campuran. Gaya pembelajaran saya ini menunjukkan saya belajar dengan menggunakan pergerakan dan perbuatan untuk memahami serta mengenali sesuatu perkara yang baharu. Saya juga mempunyai gaya pembelajaran secara melihat gambar, menulis sesuatu yang baharu serta memahami pelajaran melalui nota dan latihan yang diberikan. Saya juga boleh melakukan kedua-dua cara pembelajaran ini mungkin secara selang-seli kerana saya mungkin hanya boleh menggunakan satu kaedah sahaja dalam satu masa tertentu. Oleh itu, saya berharap dengan mengenali potensi gaya pembelajaran saya ini, saya dapat meningkatkan kefahaman dalam satu pelajaran serta memperbaiki kelemahan saya dengan gaya pembelajaran ini.

Konsep Jenayah dalam Perundangan Islam dan Istilah-Istilah Penting Jenayah
Al-Jarimah dan al-Jinayat mempunyai maksud dan takrif yang hampir sama, mengikut makna am (bukan pengertian dalam kalangan al-Fuqaha') bagi al-Jarimah ialah:

1. Melakukan segala perbuatan yang bertentangan dengan kebenaran, keadilan dan jalan yang lurus.
2. Melakukan perbuatan yang tidak wajar dan tercela.
3. Melakukan perbuatan yang bermaksiat.
4. Melakukan perbuatan yang bertentangan dengan akhlak yang baik.

Bagi maksud yang khusus (pengertian mengikut ahli Fuqaha') bagi al-Jarimah ialah melakukan perbuatan maksiat yang mempunyai hukuman di dunia.

Istilah-istilah dalam al-Jinayat:

1. al-Jarimah dan al-Jinayat

Setiap perbuatan jahat yang ada hukuman di dunia

Contoh: Mencuri

2. al-Ismu dan al-Zanbu

Setiap perbuatan jahat yang hanya ada hukuman di akhirat sahaja.

Contoh: Tidak menunaikan solat fardhu.

3. al-Syar

Setiap perbuatan yang menyalahi adab dan etika setempat.

Contoh: Tidak mematuhi lampu isyarat.

Terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan maksud yang sebenar dalam al-Jinayat:

Pendapat Pertama:
Jenayah merupakan perbuatan yang diharamkan oleh syarak yang hanya berkaitan diri sendiri dan satu pihak sahaja. (Khas untuk hukuman membunuh dan memukul sahaja).

Pendapat Kedua:
Perbuatan yang diharamkan oleh syarak yang mempunyai kaitan harta, diri sendiri, orang lain atau sebagainya (setiap hukuman hudud, qisas dan takzir).

Pendapat Ketiga
Perbuatan yang diharamkan oleh syarak yang mempunyai kaitan diri sendiri, satu pihak atau harta sahaja ( khas hukuman qisas dan hudud sahaja).

Hukuman terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Hudud

Bahasa: Halangan
Istilah: Had: Hukuman yang telah ditentukan haknya hanya kepada Allah.

- Hukuman hudud ini telah ditentukan oleh nas al-Quran dan hadith Rasulullah SAW.
- Hukuman hudud merupakan hak Allah yang menyentuh hak masyarakat secara umum.

2. Qisas

- Hukuman yang telah ditentukan dan haknya kepada individu yang terlibat sahaja.
- Hukuman qisas juga ditentukan oleh nas.
- Hukuman qisas ini mengikut hak individu.

3. Takzir

- Hukuman yang tidak ditentukan oleh syarak tetapi ditentukan oleh pemerintah di suatu tempat untuk menjaga maslahat masyarakat setempat.
- Hukuman takzir ini merupakan hak individu atau hak masyarakat.
- Hukuman takzir tidak ditentukan oleh nas.
- Terdapat beribu kesalahan takzir.

Rukun atau Unsur dalam Jenayah

Rukun
- Perkara yang wajib ada dalam jenayah
- Jika tiada salah satu daripada rukun tersebut, maka perbuatan atau perkara tersebut bukanlah dianggap sebagai jenayah dalam Islam.

Rukum Am
Terdapat 3 rukun am dalam jarimah, iaitu:

1) Rukun Syar'ie
2) Rukun Madi
3) Rukun Adabi

Rukun Syar'ie
- Rukun Syar'ie ialah rukun di mana jenayah perlulah ada nas dalam al-Quran atau Sunnah.
- Jika tidak ada nas mengenai hukuman jarimah tersebut, maka bukanlah dianggap sebagai jarimah, ia adalah ismu.
- Antara kaedah fiqh ialah "Tiada Jarimah atau Hukuman kecuali adanya Nas".

Rukun Madi
- Rukun Madi ialah rukun jenayah yang melibatkan perbuatan, jika tiada perbuatan, maka ia tidak dikira jarimah seperti seseorang yang niat murtad di dalam hati.
- Maksud rukun madi ialah perbuatan jenayah atau jarimah sama ada secara ijabi atau salbi, asliyyan atau isytirakiyyan, tammah atau syuru'an.
- Ijabi: Buat perbuatan secara terang-terangan atau secara terus seperti membunuh seseorang dengan pisau.
- Salbi: Melakukan jenayah dengan tidak terus seperti meletakkan racun dalam makanan.
- Asliyyan: Melakukan jenayah secara seorang diri.
- Isytirakiyyan: Melakukan jenayah secara beramai-ramai.
- Tammah: Melakukan jenayah secara penuh dari awal sehingga habis.
- Syuru'an: Melakukan jenayah separuh langkah seperi belum sempat mencuri, si pencuri telah ditangkap.

Rukun Adabi
- Lebih kepada sifat individu yang melakukan jenayah tersebut.
- Aspek tersebut boleh dilihat melalui diri penjenayah sama ada sukarela, terpaksa atau sakit.

Perbezaan antara Rukun Am dan Khas
Rukun Am
- Mesti ada rukun ini pada setiap jenayah.
- Dengan adanya rukun ini, ia dapat menentukan sama ada jenayah atau tidak.

Rukun Khas
- Rukun yang ada pada jenayah tertentu sahaja untuk menentukan jarimah tersebut.
- Contoh: Mencuri dan Merompak.
- Mencuri: Mencuri sesuatu barang tanpa kebenaran pemilik secara sembunyi.
- Merompak: Mengambil harta orang lain dengan terang-terangan.
- Dengan adanya ciri atau rukun khas tersebut, dapat ditentukan dan membezakan antara setiap jenayah.

Improving Study Habits
Refleksi:
Hasil daripada keputusan survey meningkatkan tabiat belajar saya, ini menunjukkan bahawa saya mendapat skor sebanyak 8 kepada perkara yang telah saya lakukan sebelum ini. Hal ini menunjukkan tabiat belajar saya pada tahap yang baik. Manakala pada perkara yang saya rancang untuk buat pula pada skor 7. Dengan itu, saya cuba untuk meningkatkan tabiat belajar saya dengan merancang aktiviti atau plan yang bermanfaat dalam meningkatkan efisien belajar saya. Seterusnya, pada perkara yang tidak berminat untuk lakukan, ini menunjukkan bahawa saya perlu menanam minat dalam melakukan tabiat belajar tersebut supaya tahap pemahaman dan aplikasi dalam kehidupan dapat ditingkatkan.

Pengalaman Awal Belajar dengan Kaedah yang Digunakan Dalam Subjek ini
Pengalaman belajar dalam subjek Fiqh Jinayat ini, saya dapat menambahkan dan meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai jenayah, jenis jenayah, hukuman-hukuman jenayah secara ringkas dan sebagainya. Dengan adanya subjek ini, ia dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam skop fiqh jinayat. Selain itu, saya juga dapat mengaplikasikan ilmu Fiqh Jinayat dalam kehidupan seharian kita dengan melihat berita-berita dan kes yang berlaku di Malaysia khususnya.

Dari segi teknik pembelajaran yang dilakukan, teknik pembelajaran ini terbahagi kepada 3 iaitu secara fizikal, atas talian dan hibrid. Hal ini kerana kes Covid-19 yang berlaku dalam Universiti Malaya masih belum pulih sepenuhnya.

Kuliah
Fizikal: Dapat menumpukan sepenuh perhatian tanpa sebarang gangguan dan dapat memahami secara terperinci apa yang diajari.
Online: Mempunyai gangguan dari segi persekitaran seperti masalah internet dan sebagainya. Selain itu, gangguan diri sendiri juga menyebabkan kurang fokus dalam menumpukan pelajaran yang sedang berlangsung.

Tutorial
Sama seperti kuliah, dapat menumpukan pembentangan daripada kumpukan yang terlibat serta dapat melakukan penilaian kepada pembentang. Tutorial juga dilakukan secara hibrid dan dapat memberikan fleksibiliti kepada semua pelajar.

Asynchronous
Teknik pembelajaran yang lebih fleksibel dan dapat mengaplikasikan apa yang telah belajar seperti melihat video arab mengenai jenayah dalam islam serta membuat refleksi terhadap video tersebut.

Refleksi
Berdasarkan pengalaman pembelajaran setakat ini, ia menunjukkan bahawa terdapat kekuatan dan kelemahan dalam segi teknik pembelajaran dan dapat memperbaiki diri saya supaya saya dapat melakukan tugasan serta pembelajaran saya dapat ditingkatkan.

Niat Jahat
Niat Jahat dan Kepentingannya

Jika jenayah itu disengajakan dengan hati maka lebih berat hukuman tetapi jika tiada niat maka hukuman lebih ringan. Berdasarkan nas quran benda yang disengajakan baru dihukum manakala berdasarkan nas hadis, tersalah dan terlupa diangkat daripada kesalahan. Tidak melakukan jenayah dengan hati tanggungjawab lebih ringan kepada tak sengaja.

Is'yan

Tiada niat untuk membunuh

Contoh: Ahmad baling batu di jalanan, tiba kena kepala kepala orang yang sedang lalu lintas.

Hukuman: Ahmad hanya kena diyat sahaja. Perbuatan Ahmad dikira jarimah kerana orang yang terkena batu itu cedera. Ada niat atau tiada tetap dikira jarimah

Qasdu Is'yan

Niat membunuh atau sengaja

Contoh: Hana sengaja baling batu dengan niat sengaja mahu membunuh.

Hukuman: Qisas, sekiranya orang yang terkena itu cedera.

*Dalam kedua-dua hal tersebut pelaku tetap dikenakan hukuman.

Perbezaan Anatara Qasdu dan Bais

Niat pentng untuk penentuan pembentukan jarimah

Qasdu itu niat

Ba'is itu motif

Ba'is

Ba'is tidak terkesan langsung pada jarimah hudud dan qisas, tetapi hanya pada ta'zir.

Ba'is tidak memberikan kesan jika baik dan buruk dan tidak boleh berkompromi dalam kedua perkara tersebut kerana mempunyai nas.

Ba'is syarif contoh untuk balas dendam.

Ba'is wadi yang buruk contoh mengambil upah untuk membunuh.

*Qasdu merupakan masuliyah mughalazaah

Hoto' terbahagi kepada dua:

Hoto' pada perbuatan dia tersalah sasaran.

Contoh: Dia nak tembak A tiba kena B

Hoto' pada niat tersalah dari segi anggapan.

Contoh: Dia ingat dia tembak tentera musuh rupanya tentera sendiri yang menyamar sebagai tentera musuh

Ma jarra minna hoto':

Contoh : Tengah tidur lalu terhempap bayi, lalu bayi tu mati.
Buat perigi tiba ada orang jatuh mati dalam perigi.

Amdu

Niat jahat jarimah dan niat hasil

Contoh: Dia minum arak dengan sengaja dan tahu akan mabuk maka

Hukuman: Hudud kerana minum arak, amdu juga terdapat qisas

Sibh Amdu

Niat jahat jarimah tapi tiada niat natijah/hasil

Contoh: baling batu atau tongkat tapi taknak orang tu mati

Hukuman: Diyat al-mughalazah

Qasdu dan Bahagian:

Qasdu Am = Tiada natijah

Qasdu khas = Ada natijah

Hanya memerlukan syarat am sahaja

Hukuman: Qisas, Hudud

Qasdu Muayyan

Mempunyai target khas untuk dibunuh

Dia bunuh abu, abu mati

Contoh dia baling bom dalam satu dewan, target dia seorang sahaja namun yang lain mati, tetap dikira muayyan

Qasdu Ghairu Muayyan

Dia nak bunuh abu tapi orang lain mati

seperti sibh amdu

Jahil & Lupa

Dia tidak tahu perkara itu jenayah, orang itu tidak akan dikenakan jarimah selagi dia tidak mempunyai pengetahuan yang sempurna sekiranya dia tahu benda tu haram dan tetap nak buat jugak maka haram dan akan dikenakan jarimah.

Mampu Mengetahui

boleh dihukum sekiranya tahu pengharaman

tidak diterima sebagai alasan

takde alasan saya tak tahu

Dikecualikan daripada tanggungjawab jenayah:

Kalau betul jahil

Contoh: negara yang tak boleh akses dengan maklumat seperti orang asli

Jahlu Al-ahkam

Yang tidaktahu halal haram : tidak dikenakan tanggungjawab jenayah

Jahlu Haqiqi

kesalahan pada tafsir adalah ketika pada zaman Saidina Umar, apabila orang salah tafsir bahawa arak dihalalkan.

Jahlu Al-Waqi

Jahlu Al-Hoto'

contoh dia munum arak dia ingatkan teh jadi dikecualikan daripada hukum hudud, kalau dia tersilap takpe

*Jaraim qisas takde pengecualian apa-apa kena diyat walau tak sengaja.

Konsep Lupa

Pandangan Pertama

uzur yang syarii atas perbuatan ibadah atau jenayah

takde hukuman dan xde dosa

Pandangan Kedua

Pada perkara ibadah dibenarkan contoh termakan ketika puasa namun tidak pada jenayah kecuali pada hak allah, boleh dianggap uzur syari berdasarkan syarat: ada tobii' ada pendesak yang semula jadi yang menyebabkan dia terpaksa melakukan.

Walaupun dia tidak boleh dikenakan hudud dia boleh dikenakan taa'zir dengan syubhah sebelum dia

Contoh jarimah lupa yang jarang jarang berlaku:

Orang yang baru masuk islam, sebelum ini dia memang terbiasa menggunakan arak, selepastu dia masuk islam dia terlupa dan terbiasa denga perbuatan tersebut.

Talak bain tak boleh nak rujuk balik dia lupa

Pengalaman Melaksanakan Tugasan Berkumpulan dan Refleksi.
Pengalaman Melaksanakan Tugasan Berkumpulan
Pengalaman yang saya dapati dalam tugasan berkumpulan ini ialah saya dapat memberikan pendapat kepada ahli kumpulan serta mengetahui pendapat orang lain. Selain itu, ketika menyiapkan tugasan berkumpulan seperti pembentangan, saya mempunyai masalah seperti kekangan masa kerana pada minggu pembentangan itu, terdapat 2 sesi pembentangan serta kuiz, jadi pada sesi pembentangan dijalankan, saya kurang bersedia dalam menghuraikan beberapa fakta serta tidak bersedia menerima soalan daripada kawan-kawan mahupun pensyarah. Seterusnya, dalam aktiviti berkumpulan dalam menyiapkan kajian kes pula, saya agak sukar dalam mencari kes yang sesuai dengan tugasan yang diberikan. Hal ini menyebabkan saya menghabiskan banyak masa hanya untuk mencari kes dan hanya sedikit masa untuk menganalisis kajian tersebut.

Refleksi
Setiap subjek tidak lari daripada tugasan berkumpulan. Begitu juga dalam subjek Fiqh al-Jinayat. Antara pengalaman melakukan tugasan berkumpulan ini ialah dapat pengalaman mengendalikan kumpulan dan dapat berbahagi pendapat dan idea dalam melakukan kajian kes mahupun dalam pembentangan. Selain itu, tugasan berkumpulan ini juga memberikan satu nilai tambah dalam memimpin satu pasukan atau mengetahui gerak kerja secara efisien. Seterusnya, aktiviti berkumpulan ini juga memudahkan kerja dan meningkatkan kemahiran komunikasi dengan orang lain. Akhir sekali, aktiviti berkumpulan memberikan nilai tambah bagi semua pelajar dalam melakukan tugasan kerana setiap tugasan itu tidak mungkin dapat disiapkan dengan cepat tanpa adanya kumpulan yang sering menjadi tulang belakang dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

5 isi penting yang difahami daripada video YouTube Arab:
1. Minit 4.39
Rukun Adabi juga dinamakan sebagai Rukun Maknawi. Rukun Adabi merupakan salah satu rukun dalam rukun jenayah yang penting yang berkaitan dengan si pelaku jenayah. Ini bermakna rukun Adabi melihat keupayaan atau status seseorang dalam melakukan jenayah tersebut. Niat jahat menjadi asbab wujudnya jenayah dalam keadaan si pelaku sedar akan pengharaman perbuatan tersebut atau kewajipan untuk meninggalkan perbuatan jenayah.

2. Minit 9.53
Terdapat 3 golongan di mana mereka tidak dipertanggungjawabkan jenayah yang mereka telah lakukan iaitu seorang kanak-kanak yang belum baligh sehingga mencapai akil baligh, seseorang yang tidur sehingga dia sedar daripada tidurnya dan seorang yang gila sehingga dia dalam keadaan yang berakal. 3 golongan berpandukan kepada hadith Rasulullah SAW.

3. Minit 10.20
Salah satu syarat bagi rukun Adabi ialah seseorang itu mestilah si pelaku mengetahui akan jenayah yang dia lakukan atau mengetahui pengharaman jenayah tersebut (الإدراك), dan seseorang itu juga melakukan jenayah mengikut pilihan dia (الإختيار) tanpa ada paksaan dalaman dan luaran.

4. Minit 15.10
Setiap perbuatan jenayah sudah ditetapkan hukum jenayah di dalam nas sama ada dalam al-Quran atau Hadith Nabi. Penetapan hukuman juga boleh ditetapkan oleh pemerintah jika tidak ada hukuman yang khusus untuk suatu kesalahan jenayah. Perbuatan jenayah yang dilakukan sama ada secara sengaja (العمد) atau tidak sengaja atau salah (الخطأ) dan bagi setiap perbuatan tersebut berbeza hukuman mengikut sengaja atau tidak sengaja. Sebagai contoh, dalam jenayah bunuh, jika disabitkan sengaja dalam melakukan jenayah, maka hukuman qisas kepada si pelaku. Akan tetapi, jika perbuatan jenayah tersebut dilakukan dengan tidak sengaja, maka hukuman akan diringankan iaitu hanya dibayar diyat kepada keluarga mangsa atau dikenakan takzir.

5. Minit 25.43
Sistem perundangan Islam datang untuk menjaga maslahah masyarakat umum. Mengikut Maqasid Syariah, perundangan Islam bertujuan untuk menjaga nyawa, harta, keturunan, akal dan agama. Oleh itu, sistem perundangan Islam bukanlah suatu perkara yang kejam, tetapi ia merupakan suatu langkah untuk menjaga keamanan serta memberitahu kepada masyarakat bahawa jenayah yang dilakukan adalah perbuatan yang keji dan dibenci oleh Allah.

Pengalaman Keseluruhan Mengikuti Kursus Ini
Pengalaman secara keseluruhan mengikuti kursus fiqh jinayat ini ialah saya dapat memahami lebih mendalam mengenai fiqh jinayat. Dengan mendalami ilmu fiqh jinayat ini, saya dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan diri saya serta dapat menganalisis kes-kes yang ada di Malaysia. Selain itu, kursus ini mengajar saya untuk melakukan analisis kes-kes di Malaysia serta mengaplikasikan ilmu fiqh jinayat. Seterusnya, kursus ini juga mengajar soft skill saya kepada yang lebih baik. Hal ini kerana kursus ini mengadakan pembentangan secara berkumpulan dan membuat e-portfolio. Secara tidak langsung, saya juga dapat belajar cara bekerja secara berkumpulan. Tambahan pula, pensyarah yang mengajar subjek ini juga mengajar dengan lebih terperinci serta mengajar saya untuk berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara. Akhir sekali, saya amat gembira kerana diberi peluang dalam mengikuti kursus ini pada sem ini.

Kajian Kes 1
Bentuk-Bentuk Perbuatan Jahat

Kajian Kes 3
Pengecualian Tanggungjawab Jenayah

Kajian Kes 2
Pakatan Jahat Dalam Jenayah

What Kind Of Student Are You?
Refleksi:
Berdasarkan ujian tersebut, saya mendapat skor sebanyak 14. Ini menunjukkan saya masih dalam proses membaiki kelemahan saya seperti saya bukanlah seorang pelajar yang sering bertanya dan menjawab soalan yang diberikan oleh pensyarah saya. Selain itu, mengikut soalan yang dijawab, kebanyakan aspek saya melakukan dengan baik seperti saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan sebaiknya. Oleh itu, saya akan mencuba untuk mengekalkan kekuatan saya ini supaya saya terus menjadi pelajar yang proaktif dan cemerlang. Tambahan pula, dengan mengetahui kelemahan saya ini, saya mencuba sedaya upaya untuk sering bertanya dan menajwab soalan serta memperbaiki kelemahan yang lain supaya saya menjadi pelajar yang terbaik dalam pelbagai aspek baik di dunia mahupun di akhirat. InshaAllah Amiin.

Pengalaman Penilaian Kendiri Minggu ke-13
Pengalaman Melakukan Penilaian

Pengalaman ketika melakukan penilaian kendiri ialah saya dapat melihat kepelbagaian jenis nota yang dilakukan oleh rakan-rakan saya serta mengetahui maklumat tambahan yang saya tidak ketahui. Selain itu, saya juga mendapat pengalaman menilai e-portfolio rakan saya serta diri saya sendiri supaya saya mengambil ilmu-ilmu yang baharu daripada kawan saya. Di samping itu, saya juga dapat melihat kelemahan saya dalam membuat nota dan saya mengambil kesilapan itu menjadi pengajaran untuk saya dan saya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Selain itu juga, penilaian kendiri ini juga menjadi nilai tambah untuk saya lebih memahami pelajaran yang diajar oleh pensyarah.

Refleksi

Daripada e-portfolio ini saya mendapat belajar cara untuk membuat nota dengan lebih efisien serta mempelajari soft skill yang baru untuk kebaikan saya pada masa akan datang. E-portfolio ini juga menjadikan saya lebih minat untuk mempelajari sesuatu pelajaran serta saya berharap agar saya dapat menggunakan kaedah e-portfolio untuk membuat nota untuk subjek yang lain.