ARAB 1222 by Nur Qamariah Hanif

قصيدة البردة بانت سعاد
By:  NUR QAMARIAH BT. MOHAMAD HANIF (1815752)

Terdapat seorang penyair yang masyhur sewaktu zaman Rasulullah dahulu yang dikenali sabagai Kaáb bin Zuhair. Sebelum Kaáb memeluk Islam, dia telah menulis sebuah syair yang mengkritik Rasulullah, para sahabat serta muslimin yang lain. Khabar ini kemudiannya disampaikan oleh Bujair kepada Rasulullah. Hal ini menyebabkan Rasulullah murka lantas menghalalkan darahnya yakni membenarkan umat Islam untuk membunuhnya. Apabila Kaáb mendengar berita itu, dia berasa sangat takut lantas membawa diri ke Madinah untuk meminta maaf kepada Rasulullah atas nasihat Abu Bakar. Kaáb datang ketika waktu solat dengan memakai kain untuk menutup mukanya supaya wajahnya tidak kelihatan. Dia duduk berhadapan dengan Rasulullah lalu menyampaikan syairnya yang berjudul "Banat Suád".

Kaáb memulakan syairnya dengan bait al-ghazal (cinta) iaitu  ﺑـﺎﻧَﺖْ ﺳُـﻌﺎﺩُ ﻓَـﻘَﻠْﺒﻲ ﺍﻟﻴَﻮْﻡَ ﻣَﺘْﺒﻮﻝُ . Syair ini bertujuan untuk memohon kemaafan dan berisi pujian terhadap Rasulullah. Berdasarkan pemerhatian saya, syair ini mempunyai bentuk perumpamaan contohnya pada baris  ﺇﻥَّ ﺍﻟـﺮَّﺳُﻮﻝَ ﻟَـﺴَﻴْﻒٌ ﻳُـﺴْﺘَﻀﺎﺀُ ﺑِﻪِ * ﻣُـﻬَﻨَّﺪٌ ﻣِـﻦْ ﺳُـﻴﻮﻑِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻣَـﺴْﻠُﻮﻝُ . Rasulullah diibaratkan seperti cahaya yang menerangi jalan hidup manusia dan Baginda sebagai pedang Allah. Dan ketika bait ini diungkapkan, dikatakan bahawa Rasulullah telah memberikan burdahnya kepada Kaáb sebagai tanda penghargaan. Oleh sebab itulah syair ini dikenali sebagai burdah. Selain itu, syair ini juga mempunyai bentuk perumpamaan yang berlebih-lebihan iaitu pada bait di mana Kaáb mengatakan bahawa jika seekor gajah berada dalam situasi yang dialaminya, lihat dan dengar apa yang diperkatakan sudah tentu ia juga akan berada dalam ketakutan. Seterusnya, dalam syair ini, Kaáb tidak terus menyatakan maaf, tetapi ia menggunakan kiasan untuk membentuk sebuah permohonan maaf.  Syair yang diungkapkan oleh Kaáb mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan menarik. Bait-bait yang ditulis sangat menarik dan indah. Ianya memberi kesan kepada emosi pembaca. Kaáb memuji Rasulullah sampai akhir syairnya, dan dia juga turut memuji sahabat dan orang quraisy. Akhirnya, bukan sahaja dia diterima oleh Rasulullah bahkan Kaáb telah dihadiahkan oleh Rasulullah burdah milik Baginda.

العصر الأموي
By: NUR QAMARIAH BT. MOHAMAD HANIF (1815752)

ZAMAN UMAWI

Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyyah bin Abi Sufian. Beliau pernah menjadi gabenor pada zaman Umar Al- Khattab. Pada 35 Hijrah, persengketaan besar telah berlaku dan menyebabkan umat Islam berpecah kepada dua pasukan perang, antara penyokong Ali dan Muawiyyah. Hal ini dikatakan berkaitan dengan kes pembunuhan khalifah uthman. Perselisihan ini membawa kepada penentangan hingga berlaku peperangan siffin dan majlis tahkim. Ali kemudiannya telah dibunuh oleh Khawarij (puak yang tidak bersetuju dengan majlis tahkim) dan jawatan khalifah pergi kepada anaknya, Hassan atas permintaan ramai. Namun begitu, atas dasar untuk menamatkan persengketaan dan permusuhan di kalangan umat Islam, Hassan menyerahkan jawatan tersebut kepada Muawiyyah dengan mengenakan beberapa syarat terhadap Muawiyyah. Salah satunya adalah  jawatan khalifah tersebut perlu dikembalikan kepada Hassan jika Muawiyyah meninggal.
Pada 41 Hijrah, tahun ini dinamakan sebagai tahun kumpulan (عام الجماعة); umat Islam besetuju untuk memberi kesetiaan kepada Muawiyyah. Hassan bagaimanapun telah meninggal dunia sewaktu zaman Muawiyyah. Jadi Muawiyyah bertindak memungkiri perjanjian yang dibuat dengan Hassan. Dia melantik anaknya, Yazid sebagai penggantinya sebagai khalifah. Maka di sinilah bermulanya sistem warisan (monarki) dalam pemilihan khalifah. Muawiyyah memilih khalifah dalam kalangan keluarganya, dan begitulah khalifah Umayyah yang seterusnya terbentuk.

Pada pandangan saya, apa yang kita boleh ambil sebagai iktibar di sini ialah, kita sebagai satu umat Islam tidak seharusnya berpecah, sebaliknya, kita perlu bersatu padu agar benteng pertahanan dalaman dan luaran agama Islam kuat. Seterusnya, seeloknya kita tidak mudah percaya dengan berita yang disampaikan oleh orang lain tanpa bukti yang kukuh. Hal ini dapat menimbulkan fitnah seterusnya membawa kepada pergaduhan sepertimana yang tercetus antara Ali dan Muawiyyah. Selain itu, kita sewajarnya memelihara janji yang telah dibuat kerana sesungguhnya ia merupakan satu amanah. Memungkiri sesuatu janji akan membawa kepada perkara yang lebih buruk kerana ia tidak memenuhi rasa puas hati sesetengah pihak.

Seterusnya, berkaitan dengan topik perkembangan yang berlaku pada zaman umayyah. Pertama, dari segi perkembangan ketenteraan bani umayyah. Muawiyyah mengambil corak gerakan tentera parsi sebagai rujukan dengan membahagikan pasukan tentera kepada lima bahagian iaitu tengah (qalbul jaisy), belakang (safatul jaisy), kanan (al-maimanah), kiri (al- maisarah) dan depan (al- muqaddimah). Tentera terdiri daripada angkatan berkuda, berkenderaan dan berjalan kaki. Perkembangan ketenteraan dapat dibuktikan lagi dengan kecanggihan alatan perang. Bukan itu sahaja, angkatan tentera laut juga mengalami perkembangan. Antaranya ialah sebanyak 1700 kapal perang disusun, pangkalan tentera laut berpusat di Tunisia dibina dan pelabuhan Syria dan Mesir dimajukan dan dijadikan pengkalan perang. Semasa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, beliau mewajibkan rakyat untuk menjadi tentera dan menubuhkan jabatan khas yang dikenali sebagai dewan al-jundi.

Dalam bidang pendidikan turut mengalami perkembangan. Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan ulama al- quran, tafsir, hadis dan nahu. Hal ini secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai penggalak kepada perkembangan ilmu. Dan ekoran perkembangan ilmu yang begitu pesat, lahirlah beberapa ulama dalam bidang quran, hadis dan perundangan seperti Imam Malik (madinah) dan Imam Abu Hanifah (kufah). Selain itu, kota Basrah terkenal dengan pusat penyebaran ilmu. Beberapa ilmu baru diperkenalkan antaranya tanda bunyi baris fathah, kasrah dan dhommah oleh Abu Aswad Duwali. Bahasa Arab dijadikan sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi kerajaan Umayyah. Saterawan mendapat tempat di istana khalifah. Istana khalifah juga dijadikan sebagai tempat penyebaran pendidikan selain masjid. Perkembangan ilmu di zaman ini turut meliputi ilmu baru seperti sejarah dan geografi. Perkembangan ilmu yang berlaku pada zaman umayyah berjaya memberi kesan kepada bangsa eropah.

Dari segi ekonomi pula, zaman bani umayyah banyak bergantung kepada pertanian dan perdagangan. Antara usaha yang dijalankan ialah membina saliran air, membina jalan raya dan membina pelabuhan. Seterusnya, hasil ekonomi negara juga diperoleh dari sumber seperti kharaj, jizyah, zakat, usyur, fai dan ghanimah.

Berdasarkan topik perkembangan yang berlaku di zaman bani umayyah, saya dapat katakan bahawa semua perkembangan ini tidak mustahil boleh berlaku dengan adanya khalifah atau pemimpin yang cekap dan bijak dalam menguruskan pemerintahan. Jadi, untuk melahirkan sebuah negara yang maju, rakyat perlu memilih pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang membuatkan dia layak dipilih sebagai pemimpin, sebagai contoh mempunyai ilmu pengetahuan serta mahir dalam selok belok ekonomi, bukan kerana mempunyai pertalian darah semata-mata. Pemimpin yang baik semestinya akan mempamerkan contoh yang baik kepada rakyatnya. Hal ini secara tidak langsung mendorong rakyat untuk mengikut perkara baik yang telah dicerminkan oleh pihak atasan. Selain itu, perhubungan yang baik antara kerajaan dan rakyat juga menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara.

KESUSASTERAAN ZAMAN UMAYYAH

·       Syair yang terkenal pada zaman ini dikenali sebagai syair naqoid.

Syair naqoid ialah sejenis puisi yang menggabungkan antara kebanggaan (fakhr), pujian(madh), dan satire (haja’)

·       Tujuan puisi pada Zaman bani Umayyah

1) Syair politik (al-Siyasi)

2) Syair polemik (al-Naqoid) .

3) Syair cinta (al-Ghazal)

·       Pensyair zaman bani umayyah:

I.            الفرذدق

II.            الأخطل

III.            الجرير

العصر الأندلوس
By: NUR QAMARIAH BT. MOHAMAD HANIF (1815752)

ZAMAN ANDALUS

Ada 4 pendapat tentang nama Andalusia:

1. Orang ibria yang sudah lama menetap di situ

2.  Isbania: diambil dari rom (شاطيء الأرانب)

3. Andalus: diambil oleh orang muslim

4. Vandalous: nama qabilah dekat eropah yg muncul pada awal kurun kelima masihi semasa pemerintahan rom

Terdapat dua jenis masyarakat di sana:

1. أصليون (orang asal sana (isbania sepanyol)

2. الرافدون (orang yang datang dari luar)

Terbahagi pula kepada 4 golongan iaitu:

1. Orang arab yang datang daripada timur. Mereka antara org terawal dating ke andalusia, dipimpin oleh musa ibn nusair dan sesiapa yang ikut masuk sekali dengannya digelar sebagai baladiyiin, dan orang yang masuk selepasnya digelar shamiyiin.

2. Dari utara afrika iaitu bangsa barbar, diketuai tariq ibn ziad iaitu seorang panglima tentera

3. Golongan mawali iaitu hamba yang datang bersama dengan orag arab yang lain, tetapi setibanya mereka di Andalusia, status sebagai hamba itu hilang kerana semuanya dilayan sama rata

4. Orang mamalik, mereka ini merupakan peniaga yang menjual batu/cincin berharga.

- (التراث الثقافي العربي الإسلامي وحدة الثقافي)
(klimaks)

·       Pada ketika itu, andalus merupakan sebuah tempat yang sangat maju, jadi ramai orang yang ingin membuat pelaburan. Lama-kelamaan, disebabkan banyak pusat hiburan yang dibina, masyarakat di situ mula jauh dari nilai-nilai Islam. Mereka turut melahirkan beberapa ideology/falsafah untuk menghalalkan perkara yang haram.

·       Ketika inilah bermulanya corak perpindahan ke arah gaya barat (westernized)

Kemajuan Zaman Andalus

·       Terdapat ramai pensyair yang terdiri daripada golongan wanita

·       Wanita juga bebas untuk pergi ke universiti selain turut terlibat dengan    penulisan al-quran

·       Contoh pensyair perempuan ketika itu ialah walladah

Tujuan Syair Zaman Andalus

الغزل- tentang cinta

المجون- going beyond the boudaries

الذهن- sufism

الرثاء- ratapan, selain daripada untuk orang yang mati, ia juga digunakan untuk menangisi keruntuhan sesebuah tempat yang mempunyai banyak kenangan (destruction of places)

- syair pada zaman ini terkenal dengan المواشح

العصر العباسي
By: NUR QAMARIAH BT. MOHAMAD HANIF (1815752)

ZAMAN ABASIYYAH

·       Abasiyyah terbahagi kepada tiga peringkat:

1. Abasiyyah I : Khilafah mutawaakil (132- 232) hijrah

2. Abasiyyah II: Antara khilafah mutawakkil - daulah buraihibah (233-334) hijrah

3. Abasiyyah III: Daulah buraihibah - kejatuhan Baghdad (335-656) hijrah

·       Bahdad merupakan ibu kota kerajaan abasiyyah

·       Peluasan kuasa berlaku sehingga ke negeri parsi, china, India (menyebabkan budaya lain tutut masuk= kepelbagaian budaya)

·       Disebabkan Islam, semua orang termasuk golongan hamba bersatu ibarat mempunyai talian darah yang sama.

·       Orang kafir juga dilayan dengan baik dan diterima oleh orang Islam.

·       Pada zaman ini juga, semua dianggap seperti berdiri di bawah satu payung Bahasa arab, di mana sesiapa yang berkomunikasi dalam arab atau mengamalkan budayanya, atau dari maka dia telah dikira sebagai orang arab.

·       Syair pada zaman ini berubah mengikut keadaan pada zaman tersebut. Terdapat lafaz yang bukan arab, dan terdapat juga padanya istilah-istilah baru. Semua yang asalnya daripada Bahasa asing ditukarkan kepada Bahasa arab.  Lafaz atau perkataan yang digunakan juga lebih lembut dan konteksnya juga tutut berbeza berbanding dahulu iaitu terdiri daripada المزدوج، المسمط، المربع، المخمس.

·       Syuara’ / Tokoh Zaman Abasiyyah

1. أبو فراس الحمداني

2. أبو الطيب المتنبي

3. الإمام الشافعي

4. أبو العلاء المعري

5. أبو نواس

6. ابن الرومي

العصر الحديث
By: NUR QAMARIAH BT. MOHAMAD HANIF (1815752)

ZAMAN HADIS (BARU)

Ada 3 pendapat tentang peringkat zaman baru/sekarang.

1. الانبعاث-النهضة-الحديث-المعاصر

2. الانبعاث- النهضة- الحديث، المعاصر

3. الانبعاث-النهضة، الحديث، المعاصر

·       Zaman baru bermula disebabkan oleh orang barat. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa orang-orang yang tinggal di Timur Tengah pada waktu itu hidup dalam kegelapan. Oleh hal yang demikian, mereka (orang barat) mahu membawa mereka keluar dari kegelapan itu. Mereka mengenalkan diri mereka sebagai "harakah at-tanwir" (Gerakan Cahaya) yang juga membawa maksud satu gerakan yang membawa orang keluar dari kegelapan ke cahaya.

·       Walau bagaimanapun, fakta itu adalah palsu kerana hakikatnya,  orang Arab tidak hidup dalam kegelapan, dan itu hanya kerana budaya mereka. Kedua-dua mereka (barat dan timur tengah) membawa budaya / perspektif yang berbeza antara satu sama lain.

·       Sebagai contoh, mengikut orang barat, sekolah itu didirikan sebagai sebuah bangunan untuk dipanggil sebagai sebuah sekolah. Tetapi, bagi orang Arab, mereka selalunya belajar di masjid. Selain masjid berfungsi sebagai tempat untuk umat Islam menunaikan ibadah, ia juga berfungsi sebagai sekolah dan untuk beberapa fungsi lain juga. Sebaliknya, berbeza dengan umat Islam Timur Tengah ketika itu, Kristian tidak menggunakan gereja untuk tujuan pendidikan, ia hanya berfungsi untuk beribadah sahaja. Oleh itu, kita dapat lihat di sini bahawa budaya antara kedua-duanya  adalah berbeza sama sekali.

·       Namun demikian, golongan barat ini mahu menyamakan timur tengah dengan mereka. Mereka percaya dan berpegang dengan sangkaan bahawa orang Arab tidak mempunyai sekolah sedangkan mereka sebenarnya tidak tahu tentang budaya orang-orang Timur Tengah. Tidak lama selepas itu, apabila datangnya sejarawan, dia akan menyampaikan cerita kononnya  orang Arab tidak mempunyai sekolah ataupun contoh lainnya perempuan tidak mendapat hak mereka.

·       Hal inilah yang menyebabkan orang Barat datang untuk memberi ‘pencerahan’ kepada mereka.

Harakat Tanwir:

1.       Mereka belajar Bahasa arab

2.       Hantar orang-orang mereka dekat kampong

3.       Kenal pasti orang-orang yang bijak

4.       Hantar mereka (orang bijak) ke Itali, Perancis, Universiti atau sekolah

5.       Mereka akan tinggal di sana selama bertahun-tahun untuk belajar

6.       Mereka kemudiannya bukan sahaja terikut dari segi pendidikan, tetapi juga dari segi budaya

7.       Mereka turut berkahwin dengan penduduk dari negara luar

8.       Apabila mereka pulang ke negara sendiri, budaya baru yang dipraktikkan mereka akan tersebar secara automatik

Hal ini kemudian menyedarkan orang Arab bahawa kesusasteraan arab telah lama dipinggirkan. Oleh sebab itu, pada zaman ini, beberapa individu telah berusaha untuk menjalankan dua gerakan untuk menaikkan kembali kesusateraan arab itu. Dua gerakan itu dikenali sebagai

1. Gerakan menghidupkan warisan purba

(حركة إحياء تراث القديم)

Individu yang terlibat dalam gerakan ini:

a) Ibrahim al-Yazji

- penulis buku مجمع البحرين

b) Ali Mubarak

- penulis buku علم الدين

c) Mahmud Syukri Alusi

-penulis buku بلاغة العرب

2. Pergerakan Terjemahan

(حركة الترجمة)

Individu yang terlibat dalam gerakan ini:

a) Muhammad Ali Basha (percetakan)

b) Rifaa'h Raafi 'at-Tahtahwi

العصر صدر الإسلام
By: NUR QAMARIAH BT. MOHAMAD HANIF (1815752)

ZAMAN SADRUL ISLAM

·       Bermula sejak bi’satul rasul sehingga zaman khulafa’ ar- rasyidin

·       Khulafa’ ar- rasyidin:

1) abu bakar as siddiq

2) omar al- khattab

3) uthman bin affan

4) ali bin abi talib

·       Islam berkembang dan mendapat tempat di hati masyarakat seluruh Semenanjung Tanah Arab walaupun terpaksa menghadapi beberapa cabaran.

·       Dalam hal kesusateraan, Islam bertindak menghapuskan  kesusastreaan arab yang bertentangan dengan nilai-nilai islam.

·       Di samping itu, Islam turut menjadikan syair sebagai satu medium untuk menyebarkan dakwah di dalam menyeru masyarakat Arab untuk kembali ke jalan yang benar.

·       Pada zaman ini, penggunaan nasr (khutbah) melebihi penggunaan syair.

·       Tujuan Syair Zaman Sadrul Islam

- الشعر الديني

- الوعظ واإلرشاد

- شعر الفتوحات

- الرثاء

- الهجاء

- المدح

- الفخر والحماسة

·       Jenis-Jenis Penulisan Zaman Sadrul Islam

خطابة الفتوح

خطابة االستخالاف

خطابة الوفود

خطابة المناظرة

خلطابة الدينية

خطابة المفاخرة والمنافرة

العصر الجاحلي
By: NUR QAMARIAH BT. MOHAMAD HANIF (1815752)

ZAMAN JAHILIYYAH

·       Zaman jahiliyyah bermula 150 sebelum bermulanya zaman sadrul islam (bi’satul rasul).

·       Maksud Adab

1) ma’dubah: makanan yang terhidang untuk tetamu/ undangan untuk menikmati makanan tersebut

2) menyeru atau menjemput seseorang ke arah kemurnian dan kemuliaan akhlak

3) menurut orientalis, ianya bermaksud sejarah zaman dahulu/tahun

4) makna am: sinonim kepada perkataan linguistic, setiap perkara yang ditulis mengenai Bahasa walau apapun kandungan dan caranya,  ianya dikenali sebagai adab. Setiap yang dihasilkan oleh akl dan perasaan maka ia adalah adab.

5) makna khas: Sesuatu yang disampaikan perlulah memberi kesan kepada jiwa pembaca dan pendengar sebagaimana ia dikenali di dalam bidang pembuatan syair dan prosa Arab.

·       Maksud jahiliyyah

Jahil di sini bukanlah dari segi ilmu, tetapi dari segi agama dan akhlak mereka yang mazmumah (marah, dendam dan sebagainya).

·       Jenis Sastera Jahiliyyah

Jenis sastera yang terdapat pada zaman jahiliyyah terbahagi kepada dua iaitu syair dan nasr (prosa).

Syair mementingkan wazan manakala nasr atau prosa bentuknya tidak terikat. Contoh nasr ialah khutbah dan kata-kata hikmah.

·       Tujuan Syair Zaman Jahiliyyah

Masyarakat zaman jahiliyyah mendeklamasikan syair untuk beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk tujuan hamasah, ghazal, madah, wasfu, I’tizar, risak dan hijak.

a) hamasah/ fakhr (motivasi)

- ia merupakan kebanggaan penyair terhadap keunggulan, keberanian dan kemenangan pahlawan sesuatu qabilah ke atas musuhnya.

b) ghazal (cinta)

-pujian tentang kecantikan perempuan dan segala yang berkaitan dengan peribadinya.

c) madah (pujian)

- ia merupakan pujian pensyair terhadap segala sifat terpuji yang dimiliki seseorang seperti kedermawanan, keberanian dan sebagainya.

d) wasfu (pemerhatian)

- penyair menggambarkan peristiwa, hal yang menarik, perjalanan, peperangan, pengembaraan dan keindahan alam.

e) i’tizar (maaf)

- penyair meminta maaf, mengaku kesalahan terhadap seseorang musuh dengan mendedahkan segala keburukan dan kelemahannya.

f) risak (ratapan)

- ia mengenai kenangan/ratapan pensyair terhadap orang yang telah mati. Juga merupakan tangisan pensyair ke atas kehilangan seseorang pahlawan.

g) hijak (kejian)

- ejekan dan cacian terhadap seorang musuh dengan mendedahkan segala keburukan dan kelemahannya.

·       Ciri-Ciri Syair Zaman Jahiliyyah

Dari segi:

a) LAFAZ

- fakhamah (exaggerate)

- khusyunah (kasar): hal ini dipengaruhi oleh persekitaran ketika itu iaitu sahra’ yang panas dan kasar
- bebas dari sebarang kesalahan
- lafaz arab sahaja: hal ini kerana waktu zaman jahiliyyah, tiada sesiapa yang datang menjajah mereka, jadi ianya hanya terdiri dari orang Arab tulen semata-mata.
- ringkas

b) MAKNA

- difahami berdasarkan  satu bait, bukan satu qasidah
- berdasarkan biah badwi

- istidrad (kesesatan)

c) IMAGINASI

- pemerhatian yang teliti

- gambaran syair biah badwi

- berdasarkan perkara yang boleh diperhati

·       Muallaqat

- 10 karya yang paling terulung

- dihasilkan oleh 7 orang pensyair

Dipanggil muallaqat kerana:

-  ia melambangkan perhiasan wanita (rantai yang digantung di leher)

- ditulis dengan dakwat emas

- cepat dihafal dan digantung(lekat) oleh minda manusia (kerana ia menarik)

·       Syuara’ Zaman Jahiliyyah

-          قس بن سعادة

-          أم فيس

-          لبيد بن ربيعة

Sa’alik (سعالق)

Terdiri daripada tiga golongan:
1) anak kepada hamba (yang berwajah gelap)
2) orang yang berharta/karya tetapi kemudiannya muflis/ rugi
3) orang yang berkahwin dengan qabilah lain

خطبة قس بن ساعدة
By: NUR QAMARIAH BT. MOHAMAD HANIF (1815752)

خطبة الوداع
By: NUR QAMARIAH BT. MOHAMAD HANIF (1815752)

Antara kandungan yang terdapat dalam khutbah wida' :
- darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhanmu (seperti kehormatan bulan haram zulhijjah dan hari arafah)
- penjagaan harta (orang lain tidak boleh mengambil harta orang lain tanpa persetujuan pemilik)
- semua amalan riba' dihapuskan (islam tolak riba'keras-keras kerana menzalimi si peminjam)
- wanita berhak ke atas suaminya untuk menerima nafkah zahir dan batin termasuk tempat berlindung, pakaian dan seangkatan dengannya.
- wanita tidak boleh dijadikan hamba
- berpegang kepada dua sumber utama iaitu quran dan sunnah (insyaAllah tidak akan sesat dan ia kekal sehingga kiamat)
- semua umat islam itu bersaudara dan mesti saling ingat-mengingati dengan melakukan dakwah

Latihan dalam kelas berkaitan khutbah wida' :

شعر الإمام الشافعي
By: NUR QAMARIAH BT. MOHAMAD HANIF (1815752)