Usaha-usaha yang oleh dilakukan untuk mengatasi masalah kelemahan perkhidmatan kesihatan awam by SITI ZULAIKHA BINTI MAZLAN KPM-Guru

Adrianae dan Baeyah
Tambahan itu , pihak kerajaan berperanan dalam memberikan peruntukan dana kepada setiap hospital dan klinik kerajaan . Perkara ini dapat menaiktarafkan fasiliti-fasiliti di hospital dan klinik kerajaan . Misalnya pihak kerajaan memberikan sumber dana kepada setiap hospital dan klinik kerajaan dari segi kewangan yang mencukupi bagi membeli mesin perubatan yang berteknologi tinggi . Tindakan yang cakna ini mampu meningkatkan produktiviti rakyat dalam mendapatkan rawatan yang selesa . Oleh itu , jelaslah bahawa pihak kerajaan hendaklah memberikan peruntukan dana kepada setiap hospital dan klinik kerajaan agar kebajikan rakyat dapat dijaga .

Menyediakan kemudahan yang mencukupi dan berkualiti .
Dari aspek lain pula , usaha - usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kelemahan perkhidmatan kesihatan awam ialah kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang mencukupi dan berkualiti kepada rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana , kemudahan yang lengkap dan berkualiti mampu untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat serta memudahkan urusan harian mereka . Sebagai contoh , pembinaan hospital yang moden dan berteknologi tinggi dapat memberikan rawatan kesihatan yang berkesan kepada pesakit . Kesannya , rakyat akan hidup lebih selesa sekaligus dapat meningkatkan tahap produktiviti negara . Oleh itu , jelaslah bahawa , penyediaan kemudahan kesihatan awam yang mencukupi mampu untuk melahirkan rakyat yang sihat dan produktif .

JUNIEY & FARAH
Antara usaha yang boleh dilakukan bagi menangani masalah tersebut ialah kerajaan perlulah menambah tenaga kerja di klinik dan hospital di kawasan luar bandar serta kawasan pedalaman. Hal ini dikatakan demikian dapat melancarkan proses rawatan kepada para pesakit. Sebagai contoh, pesakit tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan segera kerana terdapat ramai petugas perubatan yang bertanggungjawab memastikan pesakit mendapatkan rawatan yang sempurna. Kesannya, pesakit akan berasa selamat apabila terdapat perkhidmatan rawatan yang proaktif. Jelaslah bahawa menambah tenaga kerja merupakan salah satu usaha untuk menangani masalah kekurangan petugas perubatan.

kumpulan ain,anis,dayah
isi- meningkatkan kemudahan kesihatan

Selain itu, kerajaan juga perlu meingkatkan kemudahan kesihatan di pedalaman dan di bandar. Hal ini kerana, kerajaan boleh membina lebih banyak klinik di bandar dan luar bandar serta menambah peralatan perubatan moden bagi memastikan rawatan yang diberikan lebih pantas dan berkualiti. Sebagai contoh, kerajaan boleh memberi dana kepada klinik dan hospital untuk menambah peralatan moden bagi memudahkan urusan perubatan. Implikasinya, urusan di hospital dan klinik dapat menjimatkan masa doktor dan juga pesakit. Tegaslah bahawa, kerajaan memainkan peranan penting bagi membantu rakyat mendapatkan rawatan yang berkualiti.

Kumpulan Jit
Kesimpulannya, masalah kelemahan perkhidmatan kesihatan awam perlu diambil berat demi keselesaan rakyat. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk menaik taraf perkhidmatan kesihatan awam supaya rakyat dapat menerima rawatan yang baik dan selamat.

Aqra, balkys, yasmin
Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan memanjangkan tempoh perkhidmatan kesihatan awam. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir penduduk yang tidak sempat mendapatkan rawatan kerana faktor-faktor tertentu seperti tempoh menunggu yang lama. Sebagai contoh,sektor perkhidmatan awam seperti klinik kesihatan boleh beroperasi selama 24 jam sehari. Kesannya, penduduk tempatan dapat menerima rawatan pada bila-bila masa apabila berlaku kecemasan. Oleh itu, tegaslah bahawa masalah tersebut dapat diatasi dengan memanjangkan tempoh perkhidmatan kesihatan awam.

pendahuluan
Dalam dunia yang semakin pesat membangun, sektor perkhidmatan kesihatan awam merupakan asas penting dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Hal ini demikian kerana kesihatan rakyat dijadikan keutamaan. Walau bagaimanapun , segelintir rakyat bimbang akan kelemahan yang terdapat pada sektor kesihatan awam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kelemahan sektor perkhidmatan kesihatan awam seperti tempoh menunggu yang lama untuk mendapatkan rawatan , kekurangan petugas perubatan dan kemudahan yang tidak mencukupi. Persoalannya , apakah usaha usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut?

Aniq dan sangar
Seterusnya , pihak kerajaan pula boleh menyalurkan dana yang mencukupi kepada pihak hospital.  Hal ini bagi , menaik taraf peralatan perubatan di dalam hospital. Contohnya , katil pesakit dan ubat-ubatan yang mencukupi. Kesannya , rakyat akan mendapat rawatan dengan lebih cepat dan selesa