TAMADUN ISLAM by NUR FARZANA BINTI MD RAZIB

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua dan bertulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 Sebelum Masihi. Perkembangan islam di nusantara  berlaku atas beberapa faktor.

Antaranya, perdagangan, perkahwinan dan faktor peluasan kuasa. Para pedagang dari Arab, Parsi dan India telah telah menumpukan kegiatan perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 lagi. Melaka dan Aceh merupakan pusat-pusat perkembangan Islam di samping pusat-pusat perdagangan di Nusantara.

Seterusnya, melalui perkahwinan. ramai saudagar-saudagar luar, sama ada dari Arab atau India yang beragama Islam telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan atau puteri-puteri raja. Perhubungan keluarga teIah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri.

Akhir sekali, faktor kesusasteraan di mana, masyarakat nusantara telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan utama. Dengan adanya satu bahasa, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan Jawi.

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang Islam digunakan dalam institusi keadilan untuk semua aspek. Namun ia tidak dinamakan mahkamah Syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14.

Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

Kemuncak dan kegemilangan pelaksanaan perundangan Syariah di negara ini berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka berikutan pengislaman Parameswara dan penduduk Melaka pada awal abad ke-15. Pada peringkat awal pelaksanaannya, undang-undang Islam telah dibuat atas nasihat para fuqaha dan dikuatkuasakan menerusi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah.

Terdapat dua teks undang-undang Islam utama semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Undang-Undang Melaka (Risalat Hukum Kanun) dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipercayai digubal berdasarkan Adat Temenggung, mazhab Shafie dan pengaruh adat Melayu. Undang-Undang Melaka dijadikan asas bagi penggubalan undang-undang Islam di Negeri-Negeri dan mengandungi peruntukan yang hampir sama dengan Undang-Undang  laut Melaka seperti Hukum Kanun Pahang (1595M),  dan Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak (1878M).

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Hubungan perdagangan dan jalinan politik yang dijalinkan oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan maharaja China, Yung Lo pada 1403 masihi merupakan perhubungan dengan negara laur yang pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu.

Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggujawab membuat persetujuan daganagn dua hala itu. Catatan sejarah tersebut menyebabkan Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan atau hubungan diplomatik denagn negara China yang terkenal denagn kuasa besar bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan kuasa besar yang berhampiran.

Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penanung. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutamanya Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum.