AKTIVITI KOLABORATIF MURID by AIMAN NURHAKIM FIRDAUS BIN ZAKARIA IPG-Pelajar

Langkah-langkah:

Cipta idea utama dengan menggunakan draft dibawah.

Berikan Huraian ringkas tentang idea utama yang telah dihasilkan.

Tambah gambar yang berkaitan untuk memperjelaskan idea anda

Muat naik idea yang telah dihasilkan tersebut dengan menekan "Publish".

Tips:

Pastikan idea utama bertepatan dengan tajuk karangan deskriptif yang telah dipilih oleh murid.

Hubungkan idea sokongan dengan idea utama supaya penjelasan tersebut releven.

Murid boleh menceritakan situasi seperti yang ada di dalam gambar yang dimuat naik.

Gambarkan "Perasaan" atau "Emosi" murid di setiap huraian yang dibuat.

CONTOH : PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
IDEA UTAMA

Melakukan Persediaan

Suasana pada hari peperiksaan

Menjawab peperiksaan

Peperiksaan tamat

Melakukan refleksi diri

HURAIAN :

Melakukan Persediaan :

- Murid mula membuat ulang kaji setiap malam dan menyusun jadual belajar.

-Membaca nota, menjawab soalan latihan, dan bertanya guru jika tidak faham.

- Suasana rumah atau bilik yang tenang membantu murid menumpukan perhatian.

- Perasaan: cemas tetapi bersemangat, ingin membuktikan usaha tidak sia-sia.

- Sokongan ibu bapa dan dorongan rakan memberi keyakinan tambahan.

Suasana Hari Peperiksaan :

- Murid bangun awal, bersiap dengan pakaian seragam yang kemas dan membawa alat tulis lengkap.

-Di sekolah, suasana senyap dan tegang — semua murid menunggu giliran masuk ke dewan peperiksaan.

-Guru pengawas memberi arahan dengan nada tenang tetapi tegas.

-Perasaan: berdebar, takut terlupa jawapan, namun cuba menenangkan diri dengan doa.

Semasa Menjawab Ujian :

- Murid membaca setiap soalan dengan teliti dan menjawab satu demi satu.

- Kadang-kadang terasa sukar, tetapi terus mencuba dengan sabar.

- Bunyi pensel menulis dan kertas diselak menjadi irama yang mencerminkan suasana serius.

- Perasaan: berfikir, cemas, tetapi fokus; ada rasa lega apabila soalan dijawab dengan baik.

Tamat Peperiksaaan

-Murid menghembus nafas lega setelah selesai kertas terakhir.

-Suasana bertukar ceria; rakan-rakan mula berbual tentang soalan dan ketawa bersama.

-Perasaan: lega, gembira, tetapi sedikit risau tentang keputusan.

-Murid belajar menghargai usaha sendiri, bukan hanya keputusan semata-mata.

Refleksi Diri

- Murid menyedari pentingnya disiplin dan persediaan awal.

- Belajar daripada kesilapan tahun ini untuk lebih bersedia tahun depan.

- Merasai kepuasan kerana berjaya menghadapi tekanan dengan tenang.

- Perasaan: bangga, bersyukur, dan matang dalam berfikir.