Politik Pejabat by Mohd Shukri Mat Nor

No.1
Politik Pejabat wujud akibat perbezaan atau konflik keinginan individu-individu tertentu. Masing-masing ingin menang dan mengecapi apa yang mereka inginkan. Oleh itu, untuk menang seseorang mesti kalah, dan, secara amnya, kita takut untuk kalah bagi memberi kemenangan kepada musuh kita.

Fikir untuk sama-sama menang
Manusia secara amnya tidak suka kalah. Anda mungkin terlepas dengan taktik "win-lose" sekali dua, walaubagaimanapun,  lama-kelamaan anda akan tersisih jua dan bekerja tanpa rakan-rakan yang menyokong anda di pejabat. Berfikir ke arah "win-win situation" memerlukan strategi dan sedikit pengorbanan perasaan tetapi dapat membantu anda membina kumpulan sokongan yang anda perlukan di suatu hari nanti dan semestinya untuk jangka masa panjang. Berusahalah untuk mencari jalan penyelesaian yang memberikan manafaat kepada kedua-dua belah pihak. Dengan demikian semua orang (termasuk anda) akan lebih memberikan komitmen untuk mencapai penyelesaian yang dipersetujui bersama-sama.

Fahami orang lain sebelum anda difahami
Tindakan cuba memahami orang lain terlebih dahulu memberikan anda kelebihan yang tersembunyi. Setelah orang yang anda cuba fahami tersebut merasakan anda memahami situasinya, dia akan kurang bersikap "defensive" dan bersedia untuk memahami anda pula. Perkara ini memberi ruang yang luas bagi komunikasi dua hala dan lebih terbuka untuk hasil keputusan yang kedua-dua pihak saling menerima. Mencuba membuat keputusan tanpa persefahaman kedua-dua pihak sudah tentulah sukar akibat terlalu nipisnya kepercayaan dan terlalu banyaknya andaian-andaian yang tidak benar.

No.2
Di dalam kancah Politik Pejabat, anda akan mudah rasa marah, benci atau meluat terhadap orang lain terutamanya orang yang tidak sebulu dengan anda atau orang yang selalu tidak sependapat dengan anda. Perkara sedemikian seringkali berlaku. Kadang-kadang anda ingin sekali menggunakan paksaan atau kekerasan untuk itu. Jangan sekali-kali.

No.3
Untuk berjaya (di kancah Politik Pejabat), anda perlu membina pasukan atau network terdiri daripada pekerja-pekerja yang menyukai anda.

Jangan memihak kepada sesiapa
Di dalam kancah Politik Pejabat, ada kemungkinan anda berada di tengah-tengah 2 orang yang berkuasa (bos) yang bercakaran sesama mereka. Anda dapati diri anda dilayan seperti "bola" di sepak ke sana ke sini ketika setiap orang dari boss-boss tersebut cuba untuk mengambil-alih kuasa atau mengekalkan kuasa-kuasa mereka sendiri.

Dengan mengelakkan diri memihak kepada sesiapa, anda berupaya untuk mengelakkan konflik kedua-dua pihak dari menjadi batu penghalang pencapaian objektif-objektif perniagaan syarikat. Malah, anda mungkin juga menyelesaikan konflik di antara mereka berdua. Yang penting, anda membuatkan mereka lebih mempercayai anda.

Fokus kepada memberi sumbangan
Daripada merasa teraniaya dan marah kepada situasi, fokus atau tumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk mengawal situasi tersebut. Hilangkanlah rasa kecewa, berputus-asa atau rasa teraniaya. Percayalah, walau sekiranya anda gagal mengubah atau tidak dapat memenuhi keinginan asal anda, anda masih boleh berbangga kerana anda telah melakukan yang terbaik walaupun di dalam situasi yang tidak memihak kepada anda. Gangguan atau halangan sentiasa wujud di tempat kerja, tetapi dengan "approach" sebegini aku percaya pihak pengurusan atasan akan menghargai anda sebagai seorang yang memahami dan berfikiran positif.

Jangan ikut perasaan
Tindakan yang menjadi kebiasaan menghadapi Politik Pejabat ialah sama ada "mengikut" atau "menentang". Telah menjadi lumrah manusia bersikap mengikut naluri atau perasaan masing-masing untuk kepentingan diri. Naluri untuk membuat tentangan mungkin menyebabkan bebanan yang lebih berat terarah kepada anda, manakala naluri untuk mengikut membabi buta boleh menyebabkan anda dilabel sebagai "Lalang" dan menjadikan anda sasaran orang tertentu untuk mempergunakan anda. Secara jelasnya, kedua-dua pilihan naluri tersebut bukanlah pilihan yang baik untuk perkembangan kerjaya anda. Untuk memastikan kemenangan anda di dalam Politik Pejabat, anda perlu lebih bersikap berhati-hati dan sedar ketika memilih tindakan yang anda perlu lakukan mengikut keadaan dan situasi pada ketika itu (bukan mengikut naluri semata-mata). Ingat, walau bagaimana buruk sekalipun situasi pada ketika itu, anda memiliki pilihan untuk menentukan tindakan anda.

Kita tidak perlu takut dengan Politik Pejabat. Kebanyakan pekerja-pekerja yang dilabelkan sebagai "Top Performers" adalah mereka yang mahir dan memiliki skill-skill yang baik untuk memenangi pertandingan Politik Pejabat.

Politic is good but what makes it doesn't look good is human

Cuma d tempat bekerja kita kene ati ati, buat sumer keje yg disuruh and just keep the 'lalang' as teman sekeje je...tak lebey tak kurang dari tu...be profesional kat diaorg ni and if possible..jgn citer bnyk sgt hal peribadi korang kat spesis lalang ni sebab salah satu sifat lalang ialah org mcm ni ada entena yg luas coverage nyer ...lebey meluas dari astro...bila dia menceritakan keburukan org untok menampakkan kebaikan sendiri...or depa boleh mengambil kesempatan untok menampakkan diri bekerja walhal lakonan semata mata yg mata keje main depa menjaga tepi kain org len...keje sendiri dia tai chi kat org len wat..

Jangan memihak pada mana2 kumpulan politik pejabat. Yang penting sekali, kita buat kerja kita, siapkan kerja kita sebaik mungkin dan jangan bawa masalah kerja ke rumah. Tinggalkan semuanya sebaik hendak keluar pejabat.
Hakikatnya, agak senang untuk berkata "jgn memihak kepada sesiapa" tetapi mungkin sukar dilakukan jika elemen2 ugutan menjadi senjata.

kebanyakan Politik Pejabat menjadi kronik akibat terdapatnya lalang2 yg memang suka mengeruhkan suasana. So, berhati-hatilah dan fokuslah kpd kerja anda dari terlalu emosional terhadap si lalang yg menunggu masa untuk di"roundup"kan itu...hehehe

Setiap staff mempunyai nilai2 peribadi tersendiri dan sudah tentulah mereka seringkali memilih apa yg mereka suka. Dengan wujudnya pemimpin yg tahu bagaimana untuk mengawal dan mencorak keperibadian staff dapat memastikan sokongan berterusan di dalm aspek mencapai matlamat organisasi sentiasa dikekalkan. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat segelintir pemimpin yg lebih mementingkan diri sendiri dan mengawal staff hanya sebagai batu loncatan untuk dirinya membuatkan organisasi mungkin menghadapi masalah staff yg berpuak-puak.

Antara faktor2 yg sering menjadi tunjang kekurangan harmoni di pejabat adalah seperti tiada ketegasan, lebih bersikap emosional berbanding professional, tiada fokus, kekurangan managerial skills, kurangnya interpersonal skills, tiada Management Plans, tiada ataupun kurang pengetahuan di dalam Performance management System serta kegagalan memahami dan bertindak untuk mencapai matlamat organisasi.

Kegagalan seseorang ketua memimpin para pekerjanya bukan sahaja akan mewujudkan elemen-elemen pilih kasih (nepostism dan favoritism) bahkan juga akan mewujudkan jurang di antara para pekerja yang terdiri dari pelbagai level (tiada persefahaman, kurang bekerjasama dan tiada team work). Jalan terbaik adalah bersabar, menjalankan tugas seperti yg diamanahkan dengan penuh dedikasi dan ikhlas serta melakukannya dengan bijak. Fokus kepada pencapaian matlamat dan jauhkan dari beremosi yg keterlaluan.
Cadangkanlah untuk sesi TEAM BUILDING bagi memulihkan kembali atau mengurangkan jurang perhubungan sesama pekerja.

Rujukan
http://abanglongonline.blogspot.com/2010/08/politik-pejabat-memusnahkan-kerjaya.html