Tamadun Islam dan Tamadun Asia by Hena Suhaimi

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Batu bersurat Terengganu mengesahkanpengaruh terbesar Islam ialah isi kandungan yang mengandungi bukti peneguhan dan pelaksanaan syariat Islam. Isi kandungannya menerangkan hukum fiqh seperti jenayah, muamalah dan munakahat (perkahwinan) yang bukannya perkara asas rukun dalam Islam.

Hukum itu jelas menunjukkan masyarakat Terengganu pada masa itu sudah lama beragama Islam dan menguasai keilmuan Islam pada tahap tinggi.

Kesimpulan, prasasti Batu Bersurat Terengganu ialah sumber sejarah Islam terawal membuktikan daerah Kuala Berang menerima Islam sebagai agama rasmi. Kepentingan Batu Bersurat Terengganu sebagai sumber sejarah secara umumnya dapat membina semula sejarah peradaban Melayu dan memberi kefahaman jitu terhadap pemikiran sejarah masyarakat Melayu berasaskan konsep peradaban Melayu adalah peradaban Islam.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini.

Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282.

Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Brunei dan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu.

Sebelum kebangkitan Melaka, Islam terbatas di pelabuhan-pelabuhan di Sumatera. Bukti kehadiran Islam di kawasan pelabuhan-pelabuhan ini termasuk catatan pada 1292 oleh Marco Polomengenai negeri-negeri Pasai dan Perlak yang mempunyai pemerintah-pemerintah Islam, dan batu nisan seorang raja Pasai yang meninggal dunia pada tahun 1297 yang mempunyai nama Islam Malek-al-Salleh.

Penduduk di sekitar pelabuhan-pelabuhan ini adalah antara yang paling awal dalam Asia Tenggara memeluk Islam. Sebab pemelukan Islam awal ini termasuk jarak kawasan ini yang jauh daripada pengaruh kerajaan Hindu Majapahit, dan hubungan dagang yang lama antara kawasan ini ada dengan pedagang-pedagang India yang telah memeluk Islam.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Malaysia merupakan sebuah anggota yang giat dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa, termasuk Negara-negara Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. Dewasa ini Malaysia juga giat menyokong kerjasama serantau.

Dasar luar 1957–1969Sunting

Malaysia merupakan ahli Komanwel sejak tahun 1957, apabila memeterai Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu-British (AMDA) bersama United Kingdom yang mana Britain menjamin pertahanan Malaya (dan kemudiannya Malaysia). Kehadiran tentera British dan negara Komanwel lain adalah penting untuk keselamatan negara ketika menghadapi darurat (1948–1960) dan Konfrontasi Indonesia (1962–1966) yang tercetus oleh penggabungan Tanah Melayu dengan jajahan-jahan British lain iaitu Singapura, Sarawak dan Borneo Utara untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Jaminan pertahanan British tamat berikutan keputusan Britain untuk mengundurkan tenteranya dari kawasan timur Terusan Suez pada tahun 1967, lalu digantikan oleh [[]] 1971 with the Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) iaitu Britain, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura bersepakat untuk bekerjasam dalam bidang pertahanan, serta “berunding” sekiranya Malaysia atau Singapuara menghadapi ancaman. FPDA masih berkuat kuasa, dan kelima-lima negara terlibat mempunyai Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu kekal yang bertapak di markas RMAF Butterworth, serta menganjurkan latihan tentera laut dan udara setiap tahun.

Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman (sehingga tahun 1970), Malaysia mendukung dasar luar yang teguh menyokong Komanwel dan menentang komunis. Selain itu, Malaysia turut giat menentang dasar aparteidyang menyaksikan Afrika Selatan meninggalkan Komanwel pada tahun 1961, serta menjadi ahli perintis Persatuan Negara-negara Asia Tenggara(ASEAN) pada tahun 1967 dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969, yang mana Tunku menjadi Setiausaha Agung pertama pada tahun 1971.