BUDDY GROUP by Solehah Abdullah

Apakah maksud (Fitrah Allah) dalam Surah al-Rum ayat 30
Tetapkanlah atas perintah Allah dengan erti kata tidak ada perubahan pada agama Allah yang bermaksud janganlah menyekutukan Allah.

5 FENOMENA KEROSAKAN DI MALAYSIA
1. Remaja yang terlibat dalam vandalisme terpengaruh dengan rakan sebaya ataupun berasal dari keluarga yang bermasalah dan mengamalkan budaya hidup negatif

5 FENOMENA KEROSAKAN DI MALAYSIA
2.Akibat  faktor alam(geomorfologi,pemendakan) dan faktor manusia (ubahsuai cerun , puncak cerun overloading0

3 CONTOH CARA HIDUP ORANG MELAYU YANG MENAMPAKKAN KEHALUSAN BUDI PEKERTI.
1. Membongkokkan badan ketika ingin lalu dihapan orang terutamanya orang yang lebih tua.
2.Sentiasa memberi salam terutamanya ketika;
-Ingin masuk kedalam rumah
-Menyapa seseorang
-Ingin berucap dalam majlis
3. Bersalaman bagi individu yang sama jantina

5 FENOMENA KEROSAKAN DI MALAYSIA
3.Hujan yang berterusan dan sistem perparitan yang tidak terancang menyebabkan banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan harta benda.

5 FENOMENA KEROSAKAN DI MALAYSIA
4. KEBAKARAN
- Berlaku akibat kecuaian manusia . Contohnya, membuang puntung rokok yang masih menyala , membiarkan peralatan eletrik terpasang dalam jangka masa yang panjang dan sebagainya
-Boleh terjadi akibat musim panas yang berpanjangan

5 FENOMENA KEROSAKAN DI MALAYSIA
5. KEMARAU
-Kemarau boleh menjejaskan sumber pertanian serta menjadi penyebab penyebaran pelbagai jenis penyakit.
-Kemarau yang berlarutan dan teruk seperti El Nino juga boleh mengurangkan sumber air dan menyebabkan kebakaran hutan

APAKAH SURUHAN / LARANGAN ISLAM UNTUK MENJAGA KESEJAHTERAAN UMATNYA?
Keperluan daruriyyah

Al-Imam al-Syatibi menerangkan keperluan daruriyyah ialah keperluan asas bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Apabila keperluan daruriyyahtidak wujud, maka rosaklah sistem hidup manusia dan ia boleh membawa kehancuran, sama ada pada peringkat individu ataupun negara. Keperluan asas daruriyyah ini boleh dibahagikan kepada lima perkara yang menjadi teras kehidupan manusia iaitu agama, jiwa, akal, keturunan (nasab) dan harta.

1. Keperluan agama

Agama Islam mengajarkan manusia asas-asas dalam kehidupan mereka. Islam menjadikan manusia sebagai makhluk yang paling mulia daripada makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang lain-lain. Perbezaan utama antara manusia dengan ciptaan Allah s.w.t. yang lain-lain ialah manusia diperintahkan untuk beriman dan melaksanakan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan mereka.

Bagi memastikan manusia tetap kekal sebagai makhluk yang paling mulia di sisi Allah, agama Islam mestilah menjadi pegangan yang utama bagi manusia.

Untuk itu, Islam memerintahkan manusia mengamalkan akidah yang betul supaya perjalanan hidup mereka akan menjadi lebih teratur dan sempurna. Allah s.w.t. melaknati mereka yang membawa kerosakan kepada agama seperti penyebaran agama sesat, murtad dan sebagainya.

2. Keperluan akal

Kita semua tentu tahu bahawa akal adalah asas bagi manusia. Akal juga adalah ukuran perbezaan antara manusia dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Tanpa akal, manusia tidak mempunyai apa-apa. Pernahkah anda terfikir bahawa haiwan, sekalipun tiada berakal, dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dengan keistimewaan yang lain. Ada haiwan yang boleh terbang di udara, ada yang boleh menyelam di air, ada yang sangat besar dan gagah fizikalnya, ada yang sangat pantas pergerakannya dan keistimewaan yang lain-lain lagi. Kesemua keistimewaan ini tiada pada manusia.

Tanpa akal, manusia akan menjadi lebih rendah dan lebih lemah kedudukannya kerana manusia tidak ada apa-apa keistimewaan dan kekuatan. Justeru, pentingnya kedudukan akal, maka Islam memerintahkan manusia supaya sentiasa memelihara kesihatan akal dan berusaha mengembangkan potensi akal dengan cara berfikir tentang ciptaan dan kebesaran Allah s.w.t., membaca, menuntut ilmu dan sebagainya. Seterusnya, untuk mengelak akal daripada dirosakkan, maka Islam mengenakan hukuman keras ke atas kesalahan yang melibatkan keselamatan akal fikiran seperti minum arak, mengambil dadah dan sebagainya.

3. Keperluan jiwa (Nyawa dan tubuh badan)

Kita semua tentu sayangkan jiwa atau nyawa. Kenapa kita sayangkan nyawa? Jawabnya kerana kita tahu, pada adatnya tanpa nyawa kita akan mati. Begitu juga kita tahu bahawa tubuh badan kita sangat mustahak kerana tanpa tubuh badan yang sihat, nyawa kita juga boleh terancam. Islam juga menganggap bahawa jiwa atau nyawa dan tubuh badan itu satu keperluan asasi fitrah manusia.

Nyawa dan tubuh fizikal manusia sangat penting kerana tujuan utama Allah s.w.t. menjadikan manusia itu adalah untuk beribadat kepada-Nya. Oleh itu Allah memerintahkan manusia supaya sentiasa menjaga kesihatan jiwa dan tubuh fizikal, memerintahkan manusia makan dan minum daripada makanan dan minuman yang halal dan baik dan mengelakkan dari sebarang perkara yang boleh memberi kesan buruk kepada tubuh badan dan jiwa mereka. Untuk mengelakkan dari berlakunya kerosakan ke atas jiwa dan tubuh badan, maka Islam melarang keras sebarang kesalahan yang melibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan tubuh badan seperti membunuh (termasuk membunuh diri), mencederakan, memakan makanan yang kotor dan bernajis dan sebagainya.

4. Keperluan keturunan (Maruah)

Islam sangat mementingkan institusi kekeluargaan yang aman dan harmoni. Hal ini kerana sesebuah masyarakat tidak mungkin menjadi masyarakat yang baik dan berjaya jika institusi kekeluargaan yang membentuk masyarakat berada dalam keadaan yang tidak terurus. Islam menganggap institusi keturunan merupakan satu keperluan asas fitrah manusia. Institusi keturunan dan kekeluargaan itu sebenarnya merupakan pendinding kepada satu lagi keperluan penting manusia dalam kehidupannya iaitu maruah.

Tahukah anda apakah maksud maruah? Maruah berasal daripada bahasa Arab iaitu maru’ah yang secara umumnya boleh diertikan sebagai harga diri. Harga diri merupakan satu perkara asas bagi manusia. Ia memberi imej tentang tahap kedudukan manusia dari segi status akhlak dan integritinya menurut Islam. Tiada nilai bagi seseorang manusia yang tiada harga diri dan maruah. Justeru, pentingnya unsur ini dalam kehidupan manusia, maka Islam mengajarkan manusia beberapa perkara untuk memelihara keperluan keturunan dan maruah. Antaranya ialah sistem perkahwinan yang teratur, hubungan kekeluargaan yang harmoni dan sistem perhubungan berlainan jenis yang terhormat. Seterusnya, untuk mengelakkan dari berlakunya kerosakan terhadap keperluan asas ini, maka Islam melarang dan mengenakan hukuman yang keras bagi kesalahan seperti perzinaan, jenayah rogol dan sebagainya.

5. Keperluan harta

Tentu anda bersetuju bahawa harta juga merupakan keperluan asas manusia. Harta yang dimaksudkan ini ialah sekadar keperluan asas manusia, bukanlah harta kekayaan yang bertimbun-timbun sehingga melampaui batas. Apa yang dimaksudkan dengan harta ialah keperluan daruri bagi manusia ialah harta sekadar memenuhi keperluan asas mereka seperti rumah yang sempurna, makanan yang halal, pakaian yang menutupi aurat dan pendidikan asas.

Islam memerintahkan manusia supaya bekerja bagi mencari rezeki dengan cara yang halal. Untuk mengelak kerosakan terhadap keperluan ini, Islam melarang dan mengenakan hukuman yang keras terhadap kesalahan seperti mencuri, merompak, penipuan dan sebagainya.

5 ISTILAH ARAB KE ENGLISH
1.Al-kohl>alcohol
2.Qitara>guitar
3.Soffa>sofa
4.Jarra>jar
5.Qandi>candy

3 CONTOH UNDANG-UNDANG ISLAM DI TANAH MELAYU.
1)MELAKA
-Hukum Kanun Melaka
-Undang-undang Laut Melaka
2)JOHOR
-Undand-undang Johor
-Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895
3)TERANGGANU
-Perlembagaan Negeri Terangganu 1991

ISI KANDUNGAN BATU BERSURAT TERANGGANU
-Islam sebagai agama rasmi
-Menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan kemungkaran seperti penzina dan penghutang

5 CONTOH ELEMEN KESENIAN YANG MENDAPAT PENGARUH ISLAM DI NUSANTARA
1.Makam-makam para Raja

Hasil seni bangunan lainnya dapat terlihat dengan jelas pada bentuk makam-makam para tokoh Islam di berbagai tempat. Di beberapa wilayah seperti Kalimantan, Sulawesi dan Sumatera terdapat nisan yang terpengaruh oleh adat setempat. Pengaruh budaya arab dapat terlihat dari  hiasan pada nisan. Selain itu, bentuk gapura makam para Sunan atau tokoh Islam lainnya berbentuk Candi bentar atau kori agung merupakan corak pintu yang dikenal pada zaman sebelum Islam ke Indonesia.

2.Seni kaligrafi

Ditunjukkan dalam bentuk hiasan yang berbentuk manusia atau haiwan yang bertuliskan arab. Dalam kaligrafi juga berisi tentang kalimah-kalimah suci yang menyangkut tentang Tauhid. Perkembangan hasil kesenian pada masa kerajaan Islam baik di Jawa mahupun di luar Jawa menunjukkan bahwa melalui aspek-aspek tersebut Islam dapat diterima secara damai. Karya sastra juga ikut mewarnai perkembangan Islam di Indonesia.

3.TARI ZAPIN

Tari Zapin adalah sebuah tarian yang mengiringi muzik qasidah dan gambus. Tari Zapin diperagakan dengan gerak tubuh yang indah dan lincah. Muzik yang mengiringinya berirama padang pasir atau daerah Timur Tengah. Tari Zapin biasa dipentaskan pada upacara atau perayaan tertentu contohnya berkhitan, dan pernikahan.

4.WAYANG
Sumber cerita dalam mementaskan wayang diilhami dari Kitab Ramayana dan Mahabarata. Para Wali mengubahnya menjadi cerita-cerita keislaman, sehingga tidak ada unsur kemusyrikan didalamnya. Salah satu lakon yang terkenal dalam pewayangan ini adalah jimad kalimasada yang dalam Islam diterjemahkan menjadi Jimad Kalimat Syahadat.r Islam lainnya

5.DEBUS

Kesenian debus difungsikan sebagai alat untuk membangkitkan semangat para pejuang dalam melawan penjajah. Oleh karena itu, debus merupakn seni bela diri untuk memupuk rasa percaya diri dalam menghadapi musuh.

10 PANTANG LARANG YANG DIPERTURUNKAN OLEH ORANG MELAYU KEPADA ZAMAN SEKARANG
1.Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.

2. Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.

3. Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.

4.Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.

5. Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap. Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan.

6. Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan dan bagi mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan.

7.Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung.

8.Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang. Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.

9.Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta. Hal ini bagi menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak dan mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan.

10.Kalau makan nasi kena habiskan, kalau tidak nasi akan menangis ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.

11.Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua. Untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.