BAHANA SEKS BEBAS by Fitri Najwa

ASPEK INDIVIDU-
Punca-punca;

1-  Pengaruh negatif daripada rakan sebaya seperti tekanan untuk mempunyai teman istimewa, melakukan hubungan seks sebelum berkahwin dan melibatkan diri dalam tingkah laku berisiko yang lain seperti rokok, alkohol, dadah.

2-  Individu telah mengalami perubahan dari sudut psikologikal di mana wujud keinginan seksual, perasaan berahi dan tertarik kepada individu berlainan jantina. Ini mendorong mereka melakukan salah laku seks tanpa memikirkan natijahnya.

CARA MENGATASINYA:

1- Menjaga batas pergaulan kepada individu yang berlainan jantina supaya dapat mencegah maksiat berlaku.

ASPEK KELUARGA
Punca punca;

1- Disebabkan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja harian sehinggakan tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka sehingga anak merasa kurang kasih sayang kepadanya.

2-  ibu bapa yang mewujudkan suasana tegang dalam perhubungan dengan anak-anak memberi kesan lansung kepada emosi remaja dan tekanan psikologikal.

CARA MENGATASINYA;

1-   Ibu bapa mestilah mewujudkan dan memberi perhatian yang khusus kepada anak-anak supaya mereka merasa lebih disayangi dan diperlukan.

ASPEK MASYARAKAT
Punca punca;

1- Sifat masyarakat yang tidak mengambil tahu tentang keadaan sekeliling sehingga menyebabkan perkara sepereti maksiat berlaku secara berleluasa.

2- Masyarakat yang menyokong perbuatan ini sehingga ramai dikalangan remaja terjebak dengan maksiat.

CARA MENGATASINYA:

1- Masyarakat sekeliling haruslah  menggerakkan usaha kerjasama tetangga dalam mencegah jenayah dan meniadakan lokasi-lokasi berisiko tinggi seperti sarang-sarang penagih. Menggalakkan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga yang sihat dengan membentuk budaya dan menyediakan prasarana sosial yang sesuai.

ASPEK NEGARA
Punca punca;

1- Kerajaan tidak mengambil berat tentang masalah sosial yang berlaku di negara walhal banyak kes - kes yang melibatkan pembuangan bayi atas sebab seks luar nikah.

2- Hal ini kerana, kerajaan yang sepatutnya tidak menyekat media massa yang menayangkan program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik.

CARA MENGATASINYA;

1- Menghentikan eksploitasi wanita dan tema seks dalam amalan pengiklanan dan hiburan.