BEDAH ARTIKEL AKIDAH by PAI2-0622 Nurin Izzatul Husna Binti Ahmad Saifuddin

Pengenalan Ringkas tentang Kitab
kajian kualitatif menggunakan kaedah dokumentasi dijalankan bagi merungkai segala kekusutan melalui karya-karya ulama Melayu yang berwibawa. Untuk tujuan ini, kitab Kashf al-Ghaybiyyah yang merupakan karya ilmiah Melayu akan menjadi tumpuan kajian. Karya ini dipilih kerana banyak membincangkan masalah al-sam‘iyyat termasuk azab kubur dan hujahnya. Kajian ini mendapati bahawa kekuatan dalam hujah-hujah Kashf al-Ghaybiyyah, yang menghuraikan banyak teks al-Quran dan Hadis mampu membuktikan kesahihan azab di alam kubur.

Pengenalan Ringkas tentang Kitab
Kajian kualitatif menggunakan kaedah dokumentasi dijalankan bagi merungkai segala kekusutan melalui karya-karya ulama Melayu yang berwibawa. Untuk tujuan ini, kitab Kashf al-Ghaybiyyah yang merupakan karya ilmiah Melayu akan menjadi tumpuan kajian. Karya ini dipilih kerana banyak membincangkan masalah al-sam‘iyyat termasuk azab kubur dan hujahnya. Kajian ini mendapati bahawa kekuatan dalam hujah-hujah Kashf al-Ghaybiyyah, yang menghuraikan banyak teks al-Quran dan Hadis mampu membuktikan kesahihan azab di alam kubur.

Pengenalan Ringkas tentang Kitab
Kajian kualitatif menggunakan kaedah dokumentasi dijalankan bagi merungkai segala kekusutan melalui karya-karya ulama Melayu yang berwibawa. Untuk tujuan ini, kitab Kashf al-Ghaybiyyah yang merupakan karya ilmiah Melayu akan menjadi tumpuan kajian. Karya ini dipilih kerana banya membincangkan masalah al-sam‘iyyat termasuk azab kubur dan hujahnya. Kajian ini mendapati bahawa kekuatan dalam hujah-hujah Kashf al-Ghaybiyyah, yang menghuraikan banyak teks al-Quran dan Hadis mampu membuktikan kesahihan azab di alam kubur.

Selain daripada berhadapan dengan soalan Munkar dan Nakir,
mayat juga akan diperlihatkan tempat kediamannya sama
ada ke syurga atau neraka.

Setiap insan yang beriman atau kafir akan ‘berbicara’ dengan kubur,
dan Allah SWT menjadikan bagi kubur ‘lidah untuk
berkata-kata'.

Bagi orang yang beriman serta beramal soleh
mereka akan dikasihi oleh bumi ketika hidup di dunia sehinggalah dimasukkan ke dalam liang lahad, dengan mendapat layanan yang istimewa iaitu diluaskan kuburnya sejauh mata memandang dan dibentangkan tempat tinggalnya di syurga.

Bagi jasad yang tidak beriman
Sudah tentu dia menjadi manusia yang paling dibenci oleh bumi ketika hidup di dunia sehinggalah dimasukkan ke dalam kubur. Ketika itu, dia akan diberikan layanan yang amat buruk, dan bumi akan menghimpit jasadnya dengan kasar, lalu dibentangkan tempat tinggalnya di neraka.

Meratap atas kematian
Meratap ialah mengangkat suara dengan menyebut- nyebut kebaikan si mati sama ada disertai dengan tangisan atau sebaliknya. Dalam Kamus Dewan, meratap bermaksud menangis sambil mengeluarkan kata-kata,
mengeluh (sambil menjerit, menangis, dll). Hukum meratap adalah haram dan diancam azab kepada si mati di alam kubur.

Tuan Minal menjelaskan, meratap terhadap kematian seseorang menunjukkan seseorang itu tidak sabar dengan musibah yang menimpanya sehingga ada yang bertindak mengoyak pakaian atau memukul dada. Perbuatan tersebut seolah-olah mengisytiharkan perang terhadap Allah SWT. Ini kerana perbuatan tersebut menunjukkan seseorang itu tidak dapat menerima ketentuan qada’ dan qadar Allah SWT.

Diriwayatkan daripada hadith:
"Barang siapa yang dibahayakan dengan suatu musibah
mencarik ia dengan sebab musibah itu akan kainnya, atau memukul ia dengan sebabnya akan dada, maka seolah-olah mengambil ia akan lembing dan perang ia akan Allah Taala".

Daripada Ibn Mas‘ud r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Bukan dari kalangan umatku mereka yang menampar pipi, mengoyak baju dan menyeru dengan seruan jahiliyah".

Orang yang meratap  boleh membawa seseorang itu jatuh ke lembah kekufuran kerana meratap atas kematian menunjukkan sifat marah dan tidak beriman dengan qada’ dan qadar Allah SWT. Jika mereka meratap sehingga menggaru-garu muka dan menampar pipi, maka mereka tidak akan dibenarkan melihat dhat Allah SWT yang mulia di akhirat.

Konsep
Azab kubur merupakan sebahagian daripada persoalan yang berhubung dengan alam barzakh, manakala alam barzakh pula adalah alam ghaib yang pasti akan ditempuhi oleh setiap manusia setelah berlaku kematian. Alam barzakh dalam bahasa Arab berasal dari perkataan (برزخ (yang bermaksud pemisah atau sempadan di antara dua benteng. Firman Allah SWT di dalam alQuran: Ar-Rahman 19-20.
Manakala dari segi istilah, barzakh bermaksud masa yang memisahkan antara kehidupan dunia dan akhirat, bermula setelah kematian dan berakhir setelah kebangkitan.  Banyak istilah yang digunakan oleh masyarakat bagi menggambarkan tempat penyemadian orang yang telah meninggal dunia, kadangkala disebut alam kubur, alam barzakh dan alam roh. Namun ketigatiga istilah tersebut mempunyai pengertian yang sama meskipun berbeza dari segi sebutan.

Kubur pula didefinisikan sebagai tempat menanam mayat. Alam barzakh pula bermaksud tempat persemadian roh orang yang telah meninggal dunia.11 ‘Umar Sulayman menyatakan bahawa alam barzakh menurut syarak ialah kedudukan antara kematian dan kebangkitan. 12 Firman Allah SWT:  Al' Mu'minun 100 & Al-Ghafir 45-46

Tidak Menolong Orang Yang Dizalimi
Tuan Minal menyatakan antara sebab seseorang itu diazab di dalam kubur ialah kerana tidak menolong orang yang dizalimi.

Daripada ‘Abd Allah Ibn Mas‘ud r.a daripada Nabi s.a.w bersabda: Diperintahkan seseorang dalam kalangan hamba Allah SWT untuk dipukul dalam kubur sebanyak seratus rotan, mereka sentiasa ditanya dan diseru sehingga dikenakan pukulan, seterusnya ditambah pukulan lagi, maka memenuhi kuburan dengan api, apabila terlampau panas maka tersedar ia, berkata ia kepada malaikat, kenapakah engkau memukul aku. Malaikat berkata: sesungguhnya engkau sembahyang namun tidak menjaga kebersihan, dan kamu melalui orang yang dizalimi tanpa menolongnya.

Daripada Anas bin Malik r.a., katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Bantulah saudaramu yang zalim atau yang dizalimi, berkata para sahabat, wahai Rasulullah, kami tahu menolong orang yang dizalimi, maka bagaimana kami membantu orang yang berbuat zalim. Sabda Rasulullah, tahan tangannya daripada berbuat zalim.

Kenyataan di atas menjelaskan tentang kewajipan seorang Muslim untuk membantu saudara Muslim lain yang berada dalam kesusahan. Islam adalah sebuah agama yang menitik beratkan ikatan persaudaraan sesama Islam dan juga menggalakkan umatnya agar sentiasa mengamalkan sikap tolong menolong ke arah kebaikan dan ketaqwaan.  Memandangkan membantu seseorang Muslim yang dizalimi merupakan suatu kewajipan, maka orang yang tidak membantu orang yang dizalimi akan mendapat balasan setimpal daripada Allah SWT. Al-Bayḍāwī mentafsirkan ayat di atas dengan menyatakan orang yang tidak menolong atas dasar kebaikan sebaliknya membiarkan kezaliman berlaku ke atas saudara seagamanya maka dia akan menerima azab yang pedih.

Firman Allah SWT:
وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوٰىۖ وَلَا تَعَاوَنُوْا عَلَى الْاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۖوَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ
Terjemahan: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. (Al-Maidah 5:2)

Melazimkan empat perkara, iaitu:
1. Memelihara solat fardhu lima waktu sehari semalam
2. Bersedekah ( sedekah yang dimaksudkan di sini adalah zakat)
3. Membaca al-Quran dengan memelihara hukum tajwid dan menghayati isi kandungannya
4. Memperbanyakkan tasbih

1. Dusta
2. Khianat
3. Mengadu-ngadu
4. Tiada istibra' daripada kencing

Dusta dan khianat adalah sifat bagi orang-orang munafik. Munafik terbahagi kepada dua iaitu nifaq besar dan nifaq amalan.

Nifaq besar ialah seseorang menzahirkan keimanan kepada Allah, malaikat, al-Quran, rasul-rasul dan hari kiamat namun mengingkari kesemua aspek tersebut di dalam hatinya. Nifaq seperti ini wujud di zaman Rasulullah SAW.

Nifaq amalan pula ialah seseorang itu menzahirkan amalan sebagai seorang yang soleh tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Golongan munafik akan ditimpa azab di alam kubur terlebih dahulu sebelum menerima azab pada hari akhirat kelak.

Selain dusta dan khianat, amalan lain seperti mengadu domba dan tidak bersuci dengan baik selepas membuang air kecil juga menjadi penyebab seseorang itu diazab di alam kubur.

Imam Nawawi pula menyatakan mengadu domba dan tidak melakukan istibra’ selepas membuang air kecil adalah termasuk di bawah kategori dosa besar.

Terdapat beberapa isu azab kubur yang telah dibincangkan oleh dalam Kashf al-Ghaybiyyat seperti dikembalikan roh kepada jasad, malaikat yang masuk ke dalam kubur sebelum Munkar dan Nakir, meratap ke atas mayat, meninggal dunia pada hari jumaat atau malamnya akan dipelihara daripada azab kubur, diperlihat kepada mayat ketika di alam kubur tempat tinggalnya di syurga atau neraka dan azab kerana tidak menolong orang yang dizalimi. Perbincangan tersebut berupaya menjawab segala kritikan golongan yang mempertikaikan azab kubur. Kenyataan Tuan Minal disokong dengan dalil al-Quran, hadith dan pandangan ulama yang dapat menguatkan hujahnya.