♡ 𝗬𝗕𝗣𝟮𝟮𝟯/𝟯 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 (𝗧𝗨𝗧𝗢𝗥𝗜𝗔𝗟) ♡ by safiah ♡

ESTEEM
Iklan keluaran jenama terkemuka Chanel yang memperkenalkan tentang wangian keluaran terbaharu mereka iaitu Chanel L'Eau N°5 menunjukkan bahawa wanita boleh menjadi apa sahaja yang mereka mahu. (bekerjaya, berseronok dan menjadi inspirasi/ muse kepada khalayak)
serta mempamerkan sifat keyakinan yang tinggi.

Malah, jenama ini menampilkan model dan pelakon, Lily-rose Depp yang pada ketika itu berusia 16 tahun menunjukkan bahawa umur bukan penghalang untuk mengejar impian sekaligus bagaikan menyambung legasi ibunya, Vanessa Paradis yang juga merupakan seorang model Chanel.
Iklan ini juga menunjukkan elemen misteri (mysterious) seseorang wanita itu dengan tagline "you know me and you don't".

Disokong pula dengan kenyataan yang dibuat oleh Johan Renck yang merupakan pengarah bagi iklan ini. "Directed by Johan Renck, the campaign is centered around a young woman (embodied by Lily-Rose Depp) who personifies the present time and is defined by the paradoxes of her own personality: multi-faceted, both artist and muse, vulnerable and invincible. She disrupts the codes while incarnating them."

iklan yang sangat berkesan
Iklan yang dikeluarkan oleh Beach Club ini sangat berkesan untuk menarik perhatian khalayak. Hal ini kerana tema dan elemen yang digunakan adalah sangat kreatif. Penggabungan kedua-duanya membawa kepada sebuah iklan yang unik.

Parti ini akan diadakan di kawasan pantai dan penganjur juga merupakan sebuah kelab pantai. Dengan itu, tema dan warna langit biru adalah sangat sesuai memandangkan ianya adalah pada musim panas yang sering dikaitkan dengan musim cuti, perayaan dan parti yang meriah di negara-negara 4 musim.

Kebanyakan elemen yang ada juga sering berkai antara satu sama lain dan ini sekaligus menimbulkan kesinambungan terhadap iklan. Elemen aiskrim yang turut sinonim dikaitkan dengan musim panas diubahsuai membentuk sebuah mikrofon kerana ini merupakan parti karaoke.

Malah, slogan "I scream for Icecream" juga berkait dengan mikrofon berbentuk aiskrim tadi menunjukkan bahawa dengan menyertai sesi nyanyian (karaoke) atau barangkali menjerit untuk menyokong dan memeriahkan lagi parti tersebut akan diberikan aiskrim sebagai hadiah.

SOALAN: Anda dikehendaki untuk mencari satu iklan yang anda rasa sangat berkesan. Bersedia untuk berkongsi iklan tersebut di dalam sesi tutorial.
MINGGU 3: Isnin 10 April 2023

SOALAN: Cari satu iklan yang dapat menambahkan nilai kepada jenama dan satu contoh iklan yang tidak memberikan nilai kepada jenama. Bandingkan keduanya dan bentangkan analisis anda.
MINGGU 4: Isnin 17 April 2023

SOALAN: Pilih satu segmen pasaran tertentu dan cari sebuah iklan yang disasarkan untuk kumpulan tersebut. Berikan justifikasi ringkas kepada jawapan anda. Bincang jawapan anda dalam portfolio yang sama.

SOALAN: Iklan yang menggunakan format strategik rayuan psikologikal.
MINGGU 10: Isnin 29 Mei 2023

SOALAN: Cari satu iklan yang mempunyai elemen kreatif. Bincangkan tiga perkara berikut; audien sasaran, pemahaman audien (insight), idea utama.
MINGGU 13: Isnin 19 Jun 2023

Iklim: Selatan (musim panas)

Iklan yang tidak memberikan nilai kepada jenama
Iklan ini tidak memberikan nilai kepada jenama yang mengeluarkan iklan tersebut atau nilai yang ditunjukkan adalah sangat-sangat tersirat (subtle) yang menyukarkannya untuk dikenalpasti oleh penonton.

Petronas adalah sebuah syarikat pengeluar minyak dan gas (bahan api kenderaan dsb.) dan iklan ini pula dikeluarkan bersempena sambutan hari raya aidilfitri dan adalah berkenaan seorang lelaki tua yang jatuh sakit dan perlu dijaga oleh anak perempuannya, menantu serta cucu-cucunya walaupun mereka sebenarnya berasa terpaksa dan berat hati. Mereka melayan lelaki tua tersebut dengan teruk namun, pada akhirnya mereka sedar akan kesilapan mereka dan meminta maaf kepad lelaki tua berkenaan pada hari lebaran.

Namun, saya masih tidak jelas akan kaitan jalan cerita iklan ini dengan syarikat Petronas. Petronas semestinya tidak boleh untuk mempromosikan produk/perkhidmatan keluaran syarikat mereka secara jelas dan terbuka disebabkan oleh ianya mampu untuk mencemarkan alam sekitar.

Malah, laman sesawang rasmi syarikat ini juga tidak menerangkan secara terperinci tentang syarikat mereka dan hanyalah secara tersirat dan berkias. "We are a dynamic global energy group with a presence in over 100 countries. We produce and deliver energy and solutions that drive community progress in a responsible and sustainable way".

EXPERIENCERS
Bagi jenama Moschino ini pula, segmentasinya adalah lebih kepada segmentasi psikografik Experiencers dimana pasaran/pelanggan sasaran mereka adalah mereka yang sukakan keunikan iaitu produk yang lain dari yang lain (cth: Biker bag, Toy 2 Bubble Gum Eau de toilette, Fresh Couture Eau de toilette) yang mempunyai reka bentuk dan warna yang unik bersesuaian dengan ciri-ciri experiencers seperti bersemangat (enthusiastic), berjiwa muda, menyukai keseronokan, kepelbagaian dan hiburan.

INNOVATORS
Iklan yang dikeluarkan oleh syarikat fesyen dan jenama terkemuka dunia daripada Paris, Perancis iaitu Chanel ini menggunakan segmentasi psikografik atau boleh dikatakan sebagai profil gaya hidup yang menggabungkan psikologi pengguna idea cara hidup mereka dalam lingkungan pasaran.

Secara spesifiknya, iklan ini menggunakan segmentasi psikografik innovators yang dikatakan sesuai dengan identiti jenama Chanel yang elegan, berjaya, bergaya, mementingkan imej, tinggi keyakinan diri, mewah (luxusrious) dan canggih (sophisticated).

Segmentasi ini sangat bersesuaian dengan pasaran/pelanggan sasaran Chanel yang sememangnya mempunyai ciri-ciri innovators.

Segmentasi: Psikografik

Segmentasi: Geografik

Audien sasaran: Peminat siri permainan video keluaran syarikat permainan video terkemuka Jepun, Capcom.

Pemahaman Audien: Resident Evil 2 Remake merupakan sebuah permainan video siri Resident Evil games (survival game) yang dikeluarkan pada tahun 2019 dan merupakan pembuatan semula (remake) terhadap permainan video yang sama iaitu Resident Evil 2 (1998). Konsep permainan adalah sama dimana pemain boleh memilih sama ada untuk bermain sebagai watak Leon S. Kennedy atau Claire Redfield yang terpaksa bertarung untuk meneruskan hidup dan keluar daripada Raccoon City dimana kesemua penduduknya telah bertukar menjadi mayat hidup (zombie) dan mereka adalah daripada beberapa orang yang masih terselamat.

Idea Utama: Capcom ingin mengeluarkan video treler yang unik bagi mempromosikan keluaran terbaharu mereka, Resident Evil 2 Remake. Dengan itu, mereka memaparkan terlebih dahulu situasi yang terpaksa dihadapi oleh kedua-dua watak tersebut dan pada akhir video, penonton boleh memilih watak Leon atau Claire. Dan jika penonton klik pada salah satu pilihan "Follow Claire" atau "Follow Leon", penonton akan dibawa ke video treler lain yang memaparkan dengan lebih terperinci tentang watak tersebut.

Idea yang ditunjukkan oleh Capcom ini sangat menarik malah menerima komen yang positif daripada peminat Resident Evil games yang mengatakan bahawa ianya interaktif dan memberi bayangan tentang dua watak utama berkenaan.

Audien sasaran: Peminat siri kartun The Amazing World of Gumball tidak mengira umur (namun, iklan ini mungkin akan lebih difahami dan dihayati oleh peminat dewasa siri kartun ini).

Pemahaman audien: Iklan ini merupakan gabungan daripada beberapa episod siri kartun The Amazing World of Gumball yang menceritakan secara ringkas tetapi mendalam tentang pertemuan dan perkenalan watak ibu dan bapa kepada watak utama siri kartun ini iaitu Gumball.

Idea utama: Ingin menunjukkan bahawa siri kartun kanak-kanak juga mempunyai kisahnya yang tersendiri. Setiap watak mempunyai kisah silam yang membawa makna kepada plot penceritaan siri kartun ini. Iklan ini semestinya telah menyentuh perasaan saya dan peminat-peminat siri kartun ini yang lain disebabkan kami telah membesar dengan siri ini. Menonton siri ini semasa kecil dan dewasa membawa kepada perasaan dan penerimaan yang berbeza. Dikatakan bahawa audien sasaran iklan ini adalah dalam kalangan orang dewasa adalah kerana ia membawa perasaan nostalgia. Malah, sebagai dewasa, saya memahami dan menghayati sepenuhnya kisah silam kedua-dua watak ini yang bermula dari bawah serta segala kesusahan dan fasa hidup yang dilalui hinggalah mereka mampu membina keluarga bahagia mereka sendiri.

Iklan yang memberikan nilai kepada jenama
Iklan ini merupakan hasil daripada kerjasama antara syarikat Pepsi.Co yang mengeluarkan minuman ringan pepsi dan kumpulan K-pop terkemuka, BLACKPINK.

Iklan ini memberikan nilai kepada jenama iaitu pepsi dengan menunjukkan kesemua ahli kumpulan BLACKPINK iaitu Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa yang pada mulanya tampil santai namun mula berasa seronok dan dahaga apabila mereka ternampak minuman tersebut.

Melambangkan tentang minuman pepsi yang menyegarkan selaras dengan identiti kumpulan BLACKPINK yang perlu sentiasa cergas dan bertenaga dalam menjalankan tanggungjawab seharian mereka sebagai artis profesional. Malah, imej yang dibawa oleh kumpulan ini juga segar sesuai sasaran pasaran mereka yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia.

SOALAN: Cari satu contoh kempen komunikasi pemasaran bersepadu dan berikan contoh iklan yang dihasilkan. Bincangkan jenis-jenis media yang digunakan dalam kempen tersebut dan bagaimana media tersebut berjaya membantu kempen itu.
MINGGU 14: Isnin 26 Jun 2023

Resident Evil 4 Remake
Syarikat permainan video terkenal, Capcom menggunakan kempen komunikasi pemasaran bersepadu untuk mengiklankan keluaran terbaharu mereka iaitu Resident Evil 4 Remake iaitu pembuatan semula permainan video Resident Evil 4 yang asal yang dikeluarkan pada tahun 2005.

Capcom menggunakan pelbagai jenis media untuk memperkenalkan permainan video ini seperti media cetak dan media digital. Capcom telah memperkenalkan keluaran terbaharu mereka ini melalui media digital dengan menghantar hantaran (posting) tentang permainan video tersebut melalui pelbagai media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter. Tetapi, pendekatan mereka di TikTok adalah sedikit berbeza berbanding media sosial yang lain di mana mereka mengikut cara dan budaya warga TikTok  terutamanya dalam kalangan belia yang sering membuat kandungan berunsur memes dan menggunakan frasa-frasa yang hanya difahami oleh golongan yang sering menggunakan aplikasi tersebut.

Capcom mengiklankan Resident Evil 4 Remake menggunakan media cetak dengan menggantungkan poster-poster promosi disekitar kedai-kedai permainan video serta papan iklan (billboard) di pusat membeli-belah.

Capcom semestinya mengutamakan penggunaan media digital kerana golongan yang bermain permainan video ini adalah dalam kalangan remaja dan dewasa yang pada ketika dahulu pernah bermain permainan video yang sama, Resident Evil 4 (2005).