Menulis Permulaan Naratif Berdasarkan Gambar Yang Disediakan. by Supandi B Djoeraemi

PERMULAAN (EKSPOSISI)
Imbas Kembali

Panorama

Dialog

Monolog

Biografi

Aksi

Pemerian

Suasana

Contoh - Latar Pusara
Angin petang bertiup lembut seolah-olah turut berkongsi rasa pilu yang membungkam dada. Di hadapanku, batu nisan berwarna putih terpacak teguh — pusara insan yang paling banyak berkorban dalam hidupku. Air mata mengalir tanpa dipinta tatkala aku meletakkan segulung ijazah di sisi pusara ibu. Segalanya terasa sepi, tetapi kenangan bersamanya terus hidup dalam ingatan. Masih segar di benakku, betapa ibu sanggup menjual kuih dari pagi hingga malam demi membiayai pengajianku. Setiap langkah kejayaanku hari ini dibina di atas titik peluh dan doa ibu yang tidak pernah putus. Kini, aku hanya mampu hadiahkan kejayaan ini kepadanya… di sini.

Hospital
Deruan angin malam menyapa wajahku yang suram di hadapan wad kecemasan. Bunyi siren ambulans memecah kesunyian, namun hatiku tetap dihimpit sepi dan rasa bersalah yang tak berpenghujung. Sekelip mata, kenangan lama menerpa kembali — saat aku meninggikan suara kepada ibu kerana marah akan tegurannya. "Nanti aku minta maaf," fikirku waktu itu. Namun, aku terlalu angkuh... terlalu lambat. Panggilan daripada hospital malam itu mengubah segalanya. Ibu pergi sebelum sempat aku memohon kemaafan. Dan kini, penyesalan ini menjadi parut kekal dalam hidupku, yang tiada ubatnya sampai bila-bila.