Batu Bersurat Terengganu by Ibnu Hassan III

BATU BERSURAT TERENGGANU DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Pada zaman kesultanan Melayu,undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah syariah.Pelaksanaan undang-undang islam dan kehakiman syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14.Teori ini bersasakan kepada penemuan Batu Bersurat terangganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun1898.Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengandungi undang-undang islam yang dilaksanakan di terangganu ketika itu.Kemuncak dan kegemilangan pelaksanaan perundangan Syariah di negara ini berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka berikutan pengislaman Parameswara dan penduduk Melaka pada awal abad ke-15.Pada peringkat awal Pelaksanaannya,undang-undang islam telah dibuat atas nasihat para fuqaha dan dikuatkuasakan menerusi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah.Terdapat dua teks undang-undang islam utama semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka,iaitu Undang-Undang Melaka (Risalat Hukum Kanun) dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipercayai digubal berdasarkan Adat Temenggung,mazhab Shafie dan pengaruh adat Melayu.Undang-Undang Melaka dijadikan asas bagi penggubalan Undang-Undang Islam di Negeri-Negeri dan mengandungi peruntukan yang hampir sama dengan Undang-Undang Melaka seperti Hukum Kanun Pahang (1595m),Undang-Undang Kedah (1605m),Undang-Undang Johor (1789m) dan Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak (1878m).Kedudukan Islam sebagai undang-undang negara (lex loci of the land) turut diiktiraf dalam kes Ramah v Laton

Batu Bersurat Terengganu

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK
Hubungan perdagangan dan diplomatik yang dijalinkan oleh Sultan Melaka. Parameswara dengan Maharaja China Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang Sultan di Tanah Melayu .Laksamana Ying Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan perdagangan dua hala itu.Catatan sejarah Menyebut Parameswara Sultan Iskandar Syah merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan negeri-negeri yang berhampiran.Sultan Melaka sendiri telah meminta negeri China menjadi penaungnya

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM
Batu Bersurat Terengganu yang di anggarkan telah berusia 700 tahun merupakan batu bersurat yang menpunyai ukiran yang paling tua dan tulisan jawi pertama ditemui di negara kita. Batu ini di temui separuh tenggelam di terbing Sungai Tersat di Kuala Berang, Terengganu pada tahun 1903.Catatan yang terkandung pada Batu Bersurat ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama di Terengganu pada tahun 1303. Batu Bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.Batu Bersurat Terengganu juga merupakan signifikan dengan bukti penyebaran Islam di kepulauan Melayu, khususnya Terengganu.