My swanky wall by

Hubung kait dengan undang-undang Syariah Islam
Penemuan Batu Bersurat Terengganu ini merupakan khazanah negara yang amat penting dalam perkembangan undang Syariah dalam negara kita kerana isi kandungnya menceritakan mengenai catatan undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

Batu Bersurat yang ditulis dalam Bahasa melayu dengan tulisan jawi telah menerangkan mengenai agama Islam yang merupakan agama rasmi di Tanah Melayu. Untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan masyarakat pada ketika itu, batu bersurat ini tercatat mengenai hukum-hukum Islam terhadap hukuman mengikut taraf bagi orang melakukan maksiat, melakukan pembohongan dan kes jenayah lain seperti mencuri dan pembunuhan. Selain itu, terdapat urusan hal pernikahan dan juga hokum pembahagian harta pusaka.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Antara faktor-faktor perkembangan Islam di Nusantara adalah melalui kegiatan pelayaran. Contohnya, di Indonesia mereka melakukan hubungan diplomatik dengan pedagang dari Arab, Gujarat dan negara Islam yang lain, ini kerana kedudukan geografi Indonesia yang strategik dan juga pedagang Arab berpegang pada konsep ingin menyebarkan agama Islam di seluruh dunia. Pedagang Arab telah menyebarkan agama Islam di nusantara melalui pendidikan melalui Al-Quran dan Sunnah. Selain itu, tulisan jawi turut diperkenalkan kepada nusantara.

Perkembangan Islam juga telah tersebar apabila pedagang-pedagang Arab berkahwin dengan penduduk di Nusantara kerana dengan secara tidak langsung Isteri dan anak dapat memeluk Islam. Hal ini juga kerana sifat keterbukaan masyarakat di Indonesia yang boleh menerima baik agama Islam dan para pedagang dari Arab juga lebih senang berkongsi ilmu.

Perkembangan Islam di Nusantara oleh kegiatan dari pedagang pelayaran dari Arab dan negara Islam yang lain adalah dari seni bina masjid, perkembangan senjata api dan juga hasil tulisan jawi yang kekal sehingga sekarang.

Hubungan jalinan Diplomatik dengan negara sekitar
Batu Bersurat Terengganu secara terang-terangan telah membuktikan bahawa negeri tersebut merupakan antara terawal mengamalkan sepenuhnya agama Islam dan juga hubungan diplomatik dengan negara jiran seperi negara China dan lain-lain melalui perdagangan serta pelayaran.

Batu bersurat juga membuktikan bahawa Kuala Berang merupakan pelabuhan yang sering dikunjungi pedagang-pedagang asing dari negara Islam seperti Arab. Disebabkan oleh kawasan geografinya iaitu kawasan pelayaran Laut China Selatan yang sempurna, pelabuhan ini menjadi pelabuhan penting untuk menghubungkan dunia barat dan timur. Jadi negara China telah melakukan hubungan diplomatik dengan melakukan perdagangan melalui laluan pelabuhan tersebut.