PALS 1012 by Baihaqy

Pengenalan
Dalam era globalisasi yang semakin pesat ini, sumber tenaga dan tenaga hijau menjadi isu penting yang memerlukan perhatian serius. Perkembangan teknologi telah memungkinkan manusia untuk mengakses sumber tenaga yang lebih beragam, tetapi penggunaan sumber tenaga konvensional seperti minyak, gas, dan batu bara telah memberi kesan negatif yang serius terhadap alam sekitar. Sumber ini juga digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada masyarakat selain penggunaan tenaga air dan angin yang boleh diperbaharui. Salah satu isu utama yang timbul adalah pencemaran udara dan pemanasan global akibat pembakaran bahan bakar fosil. Gas-gas rumah hijau yang dilepaskan semasa proses ini menyumbang kepada perubahan iklim yang tidak stabil dan berbahaya. Selain itu, eksploitasi sumber tenaga konvensional sering kali melibatkan aktiviti pengambilan yang merosakkan habitat semula jadi, seperti penambangan terbuka dan penebangan hutan, yang membawa kepada kehilangan biodiversiti dan keruntuhan ekosistem.

Walau bagaimanapun, teknologi tenaga hijau kini menawarkan solusi yang mungkin untuk mengatasi beberapa isu ini. Sumber tenaga hijau, yang termasuk solar, angin, hidro, dan bio-tenaga, boleh diperbaharui dan lebih mesra alam. Berbanding dengan sumber tenaga konvensional, teknologi ini tidak menghasilkan gas rumah hijau dan mempunyai kesan alam sekitar yang lebih rendah.Demi menggalakkan penggunaan tenaga hijau secara meluas, tindakan perlu diambil. Ini termasuk pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan kecekapan teknologi hijau, menyediakan insentif kewangan untuk penggunaan tenaga hijau, dan menggalakkan idea baharu dalam bidang ini. Kita boleh membina masa depan yang lebih lestari dan mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar dengan memanfaatkan tenaga hijau sepenuhnya. Ini baik untuk kedua-dua planet ini dan generasi akan datang.

Menurut Kamarudin, et al. (2011), teknologi hijau ialah satu inisiatif menggabungkan pelbagai kaedah dan bahan-bahan tertentu, daripada teknik penjanaan elektrik kepada produk mesra alam iaitu yang bebas daripada sumber-sumber pencemaran seperti pembebasan karbon dioksida. Selain itu, didefinisikan juga sebagai gabungan sains alam sekitar dan teknologi dijadikan komponen utama untuk diaplikasikan kepada penghasilan produk dan sistem yang bertujuan untuk mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar akibat daripada aktiviti manusia (Farahwahida, Arieff Salleh, Salwa, Siti Hajar, & Teh Ubaidah, 2013).

Teknologi hijau ialah istilah yang merujuk kepada pembangunan dan pelaksanaan solusi teknologi yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan sumber alam semula jadi dan mengurangkan kesan buruk yang disebabkan oleh teknologi terhadap alam sekitar. Matlamat utama adalah untuk mengurangkan pencemaran, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, dan meningkatkan keseluruhan kualiti alam sekitar. Kementerian Tenaga menyatakan bahawa teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistem untuk memelihara alam semula jadi dan meminimumkan kesan buruk yang disebabkan oleh tindakan manusia.

Matlamat Teknologi Hijau
Teknologi hijau mengutamakan pembangunan dan penggunaan teknologi untuk mengekalkan alam sekitar dan mengurangkan kesan negatifnya. Mengurangkan jejak karbon dan mempromosikan kelestarian sumber daya alam adalah dua objektif utama teknologi hijau. Penggunaan sumber tenaga terbarukan adalah komponen penting dalam teknologi hijau. Teknologi ini menghasilkan tenaga tanpa mengeluarkan gas rumah hijau dengan menggunakan sumber tenaga seperti tenaga suria, angin, hidroelektrik, dan bio tenaga. Ini mengurangkan pencemaran udara dan kesan pemanasan global. Teknologi hijau juga bergantung pada kemajuan dalam pengurusan bahan, reka bentuk binaan mampan, dan kecekapan tenaga.

Selain itu, teknologi hijau mendorong penggunaan sumber yang lebih berkekalan. Penggunaan bahan mentah yang berpulangan tinggi, kitar semula dan pengurusan air dan limbah yang cekap adalah beberapa cara untuk mencapai matlamat ini. Dalam bidang pengurusan sisa toksik, terdapat peningkatan dalam teknologi yang boleh mengurangkan jumlah toksin yang terdapat dalam proses pembuangan dan pemprosesan limbah.

Kesedaran masyarakat tentang kelestarian alam sekitar adalah komponen penting lain dalam matlamat teknologi hijau. Teknologi hijau mendorong sikap dan amalan yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar, dari individu kepada perniagaan dan kerajaan, melalui pendidikan dan kempen kesedaran. Ini membantu mengubah budaya dan cara bertindak untuk mengurangkan kesan buruk terhadap persekitaran.

Teknologi hijau boleh membantu membangunkan ekonomi yang lebih mampan dan berdaya tahan. Ini tidak hanya meningkatkan kualiti udara, air dan tanah, tetapi ia juga membantu kesihatan manusia dan keharmonian ekosistem di seluruh dunia. Matlamat teknologi hijau bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga untuk memastikan generasi masa depan mempunyai kualiti hidup yang baik.

Isu : Kekurangan Tenaga Elektrik
Tenaga elektrik merujuk kepada tenaga yang dihasilkan oleh arus elektrik, biasanya digunakan untuk menghasilkan kuasa, menggerakkan peralatan elektrik, dan menyediakan pencahayaan. Tenaga elektrik boleh dihasilkan melalui pelbagai cara, termasuk melalui pembangkit elektrik seperti loji hidroelektrik, loji nuklear, loji jana kuasa arang batu, loji penjana angin, dan juga melalui sel suria. Proses menghasilkan tenaga elektrik melibatkan perubahan tenaga dari satu bentuk kepada bentuk elektrik melalui proses yang kompleks. IPGKPP membekalkan sejumlah tenaga elektrik kepada semua pelajar yang menginap di asrama. Namun, tenaga elektrik yang dibekalkan tidak mencukupi untuk sesetengah pelajar. Ada di kalangan pelajar yang ingin membawa kipas tambahan kerana kepanasan. Malangnya, bekalan elektrik yang tidak mencukupi menyebabkan bekalan terputus. Oleh yang demikian, terpaksa akur dan tidak membawa peralatan secara berlebihan. Pelajar bukan sahaja kepanasan, pelajar juga tidak dibenarkan memasak sendiri akibat dari bekalan elektrik yang terbatas ini. Tambahan lagi, ini menyebabkan pelajar terpaksa membeli makanan di kafe atau di luar yang memerlukan kos tambahan. Kekurangan bekalan elektrik amat lah memberi impak kepada pelajar IPGKPP. Namun, jika ingin membekalkan tenaga elektrik yang lebih banyak ianya akan memerlukan kegunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui lebih banyak. Hal ini mampu menyebabkan perlepasan  gas rumah hijau yang lebih banyak.

Teknologi Hijau

Isu-isu

Isu: Pemanasan Global
Disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan, pemanasan global semakin mendapat perhatian umum. Kebanyakan tenaga elektrik diperoleh daripada pembakaran bahan bakar fosil (gas asli dan arang batu) dan bahan bakar fosil lain; pembakaran ini menghasilkan karbon dioksida (CO2), yang menyumbang kepada peningkatan suhu planet. Tambahan pula, penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan boleh membawa kepada permintaan untuk pembangkit tenaga yang lebih besar. Ini boleh melibatkan penggunaan bahan bakar fosil yang tidak dilindungi oleh teknologi moden untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Oleh itu, pengurangan penggunaan tenaga elektrik dan pemindahan kepada sumber tenaga yang lebih bersih seperti tenaga angin dan suria boleh membantu mengurangkan kesan buruk pemanasan global. Melalui beberapa mekanisme tambahan, penggunaan tenaga elektrik berlebihan memberi kesan kepada pemanasan global. Salah satu daripada faktor yang menyumbang kepada peningkatan haba secara langsung yang berlaku semasa proses penghasilan tenaga elektrik ialah peningkatan suhu di pembangkit itu sendiri dan kawasan yang berdekatan dengannya. Terlalu banyak tenaga elektrik juga mendorong pembangunan lebih banyak infrastruktur tenaga, seperti pembangkit arang batu dan loji nuklear. Pelepasan gas rumah hijau dan pencemaran alam sekitar mempunyai kesan jangka panjang terhadap perubahan iklim. Langkah-langkah penting untuk menangani isu pemanasan global yang disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik berlebihan termasuk meningkatkan kesedaran tentang cara menggunakan tenaga dengan cara yang berkesan, mendorong penggunaan teknologi bersih, dan menggunakan sumber tenaga yang berterusan.

Projek Kami

Easylectric
Saya dan rakan sekerja saya telah mencipta sebuah produk yang akan mengurangkan sedikit kesan penggunaan tenaga elektrik berasaskan arang batu di Malaysia berdasarkan masalah yang telah dibentangkan di atas. Produk ini dibuat dengan menggunakan kayu, getah, kertas dan alat elektronik yang boleh dikitar semula. Produk ini menggunakan tenaga kinetik untuk menghasilkan tenaga elektrik dalam jangka masa yang singkat.

Produk ini masih dalam tempoh percubaan dan akan dipertingkatkan setiap hari dengan campuran tenaga air yang digunakan untuk menghasilkannya. Ini akan mengurangkan penggunaan tenaga manusia dan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui secara tidak langsung. Oleh kerana jisim air lebih kecil daripada jisim roda pemutar untuk menggerakkannya, kami tidak menggunakan tenaga air untuk projek ini.

Langkah Penggunaan

Langkah 1
Pertama sekali, kita perlulah memasang getah yang ada pada roda ke gear. Tujuan kami tidak memasang getah secara tetap adalah untuk mengelakkan getah tersebut terputus dan mengelakkan gear tercabut dari tapaknya.

Langkah 2
Seterusnya, pasang apa-apa gadjet atau alat elektronik yang mempunyai sambungan wayar jenis A ke lubang jenis A yang disediakan berhadapan dengan gear.  Pastikan hanya menggunakan gadjet atau peranti elektronik yang memerlukan tenaga elektrik yang sedikit sahaja seperti mentol dan kipas yang kecil sahaja.

Langkah 3
Langkah ketiga ialah putarkan roda yang terdapat di tengah plat kayu tersebut. Pastikan putarkannya mengikut arah jam.

Langkah 4
Sekiranya telah menggunakan produk ini, pastikan cabut semula getah yang terdapat di bahagian rodan dan gear serta cabut semula alat elektronik yang digunakan untuk mengekalkan produk ini bertahan untuk jangka masa yang panjang.

Kebaikan Projek
Produk ini mempunyai banyak faedah, salah satunya berkaitan dengan penjagaan alam sekitar. Pertama sekali, kerana produk ini hanya menggunakan tenaga manusia untuk beroperasi, ia tidak menghasilkan pelepasan gas rumah hijau. Ini akan membantu dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, yang boleh memberi kesan kepada kesan rumah hijau terhadap Bumi. Selain itu, produk ini tidak menghasilkan sebarang sisa yang berbahaya, berbeza dengan penggunaan petroleum dan arang batu, yang membebaskan banyak sisa yang berbahaya yang boleh mencemarkan kawasan persekitaran.

Produk ini juga selamat untuk digunakan oleh orang ramai dari semua umur, termasuk kanak-kanak dan warga emas. Ini kerana produk ini tidak menggunakan teknologi yang merosakkan alam sekitar atau manusia. Produk ini menggunakan sistem yang mudah difahami yang sesuai untuk semua kategori umur.

Produk ini juga boleh digunakan di mana-mana kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa. Oleh kerana produk ini mempunyai lubang pengecas jenis A yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis peralatan elektronik, ia boleh mengecas peralatan elektrik tidak kira di mana kita berada.

Akhir sekali, produk ini dihasilkan dengan kos yang sederhana. RM 19 sahaja yang dihabiskan untuk membeli bahan yang diperlukan untuk membina projek yang kami bina ini dan masih ada bahan lain yang digunakan untuk tujuan lain.

Nilai dan Etika Alam Sekitar
Nilai dan etika alam sekitar terdiri daripada prinsip dan kepercayaan yang menghormati hak setiap makhluk hidup untuk hidup dalam persekitaran yang sihat dan selamat, serta kelangsungan dan keseimbangan ekosistem alam. Dalam konteks alam sekitar, terdapat beberapa nilai dan etika yang perlu dipatuhi:

1. Kelestarian: Nilai ini menunjukkan betapa pentingnya untuk menjaga dan memelihara sumber alam agar ia boleh digunakan secara berterusan oleh generasi akan datang. Ini termasuk penggunaan tenaga dan bahan lain yang tidak menjejaskan alam sekitar.

Projek ini mengaplikasikan nilai lestari kerana mengelakkan penggunaan elektrik dari sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

2. Keadilan: Nilai ini menunjukkan betapa pentingnya menjaga dan memelihara sumber alam supaya generasi akan datang boleh menggunakannya secara berterusan. Ini termasuk penggunaan tenaga dan bahan lain yang tidak mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar.

Projek yang dihasilkan mematuhi nilai keadilan kerana menjaga alam sekitar dengan tidak menyebabkan pencemaran. Hal ini dapat menjaga alam sekitar untuk masa akan datang.

3. Kehidupan: Etika alam sekitar mengiktiraf bahawa kehidupan dalam semua bentuknya sama ada manusia, haiwan, tumbuhan, dan mikroorganisma adalah penting. Nilai ini memerlukan kepakaran dalam melindungi kepelbagaian biologi dan kesedaran bahawa nilai intrinsik terdapat dalam semua makhluk hidup.

Projek ini mengikut etika kehidupan. Produk ini mesra untuk manusia, haiwan, tumbuhan dan organisma.

4. Tanggungjawab generasi: Nilai ini menunjukkan bahawa kita sebagai generasi semasa mempunyai tanggungjawab untuk memastikan alam sekitar kita sihat untuk generasi akan datang. Ia melibatkan memikirkan penggunaan dan pembangunan sumber untuk masa depan.

Tanggungjawab generasi telah dipatuhi dalam penghasilam produk ini. Hall ini dapat dilihat dari pengelakkan sumber tidak diperbaharui menjadi sumber tenaga elektrik yang dapat mengelakkan bumi dari musnah.

5. Kesederhanaan: Kepercayaan ini mendorong cara hidup yang sederhana dan mengambil kira kesan sosial dan peribadi penggunaan sumber alam. Ia memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani gaya hidup yang lebih berhemah dan berfikiran jauh ke hadapan.

Projek yang dihasilkan merangkumi nilai kesederhanaan kerana kos yang diperlukan adalah berpatutan. Hal ini dapat menjimatkan wang pengguna.

Etika dan nilai alam sekitar adalah asas penting untuk membina masyarakat yang mampan dan berdaya tahan serta menjaga kesejahteraan seluruh kehidupan di Bumi.

Kesimpulan
Kesimpulannya, sebagai penduduk bumi yang bertanggungjawab, kita mestilah mengambil langkah yang proaktif bagi memelihara bumi kita. Hal ini kerana kita hanya meminjam khazanah bumi ini daripada generasi akan datang. Langkah proaktif ini termasuklah dengan mengubah gaya hidup kita yang mementingkan diri kepada gaya hidup yang lebih mementingkan kelestarian alam. Oleh itu, semua pihak mahupun masyarakat, kerajaan dan badan korporat haruslah berganding bahu bagi mengelakkan isu alam sekitar seperti pencemaran udara ini dari terus berleluasa dan akhirnya merosakkan masa depan anak-anak dan cucu kita.

Rujukan
Bokhari, M., Abdullah, A. N., Hassan, S. N. S., Jano, Z., & Saadan, R. (2014). HUBUNGAN ANTARA KEFAHAMAN, KESEDARAN DAN AMALAN TEKNOLOGI HIJAU BERDASARKAN PERSPEKTIF ETNIK DI NEGERI MELAKA (RELATIONSHIP BETWEEN UNDERSTANDING, AWARENESS AND THE PRACTICE OF GREEN TECHNOLOGI BASED ON ETHNICITY PERSPECTIVES IN MELAKA). Journal of Human Capital Development (JHCD), 7(2), 33-46.

Ruzian, R., & Hassan, N. (2014). Kelestarian alam sekitar dan pembiayaan teknologi hijau dari perspektif undang-undang syariah. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 26(2), 268-287.

Saptaria, L. (2022). Transformasi Kepemimpinan dan Kompetensi Teknologi dalam Manajemen Industri Hijau: Tinjauan Literatur Sistematis. Jurnal Ekonomi Dan Bisnis Digital, 1(2), 119-132.

View of APLIKASI TEKNOLOGI KELESTARIAN (HYBRID) PADA PENGANGKUTAN AWAM (BAS) DI BANDAR SATU PENDEKATAN DISKRIPTIF. (2017). https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jtom/article/view/9494/1999

View of Pemanasan Global: Impak dan Adaptasi Sosioekonomi Lokal. (2017). https://ojs.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/view/2064/1498