Anjung Utara Selangor Biosphere Reserve (AUSBR) - Biodiversity Specimens by sabda.mbiselangor

Anabas testudineus
Nama saintifik: Anabas testudineus

Famili: Anabantidae

Nama tempatan: Puyu India

Nama umum (Bahasa Inggeris): Climbing Perch

(Bahasa Melayu)

Anabas testudineus, yang umumnya dikenali sebagai climbing perch atau ikan puyu, merupakan ikan air tawar yang lasak, dicirikan oleh bentuk badannya yang mampat secara lateral, duri bergerigi pada operculum (penutup insang), serta organ labirin khusus yang membolehkannya bernafas menggunakan udara dari atmosfera. Spesies ini tersebar luas di Asia Selatan, Asia Tenggara dan tenggara China, serta mendiami pelbagai habitat seperti paya, dataran banjir, sawah padi, kolam, terusan dan sungai yang berarus perlahan. Keupayaannya yang luar biasa untuk hidup dalam persekitaran yang kekurangan oksigen serta bergerak dalam jarak yang pendek di atas permukaan tanah yang lembap membolehkan puyu dapat hidup di pelbagai jenis habitat. Puyu merupakan sumber makanan yang penting, menyokong perikanan daratan berskala kecil dan menyumbang kepada sekuriti makanan masyarakat luar bandar. Menurut Senarai Merah IUCN, spesies ini kini diklasifikasikan sebagai Kurang Membimbangkan (Least Concern, LC).

(English)

Anabas testudineus, commonly known as the climbing perch and locally referred to as puyu, is a hardy freshwater fish distinguished by its laterally compressed body, serrated opercular spines, and specialized labyrinth organ that enables it to breathe atmospheric air. The species is widely distributed throughout South Asia, Southeast Asia, and Southeastern China, occurring in swamps, floodplains, rice fields, ponds, canals, and slow-moving rivers. Its remarkable ability to survive in oxygen-poor environments and move short distances across moist land allows it to colonize a wide range of habitats. Puyu is an important food fish that supports local inland fisheries and contributes to food security in rural communities. According to the IUCN Red List, the species is currently classified as Least Concern (LC).

Mystus bimaculatus
Nama saintifik: Mystus bimaculatus
Famili: Bagridae
Nama tempatan: Baung Kecil Indragiri
Nama umum (Bahasa Inggeris): Two-spot Catfish

(Bahasa Melayu)

Mystus bimaculatus, yang dikenali secara tempatan sebagai baung kecil Indragiri, merupakan spesies ikan baung air tawar bersaiz kecil yang dicirikan oleh barbel (misai) yang panjang serta tompok gelap yang jelas pada bahagian badannya. Spesies yang hidup secara berkumpulan dan bersifat tenang ini berasal dari hutan paya gambut serta habitat air hitam di Indonesia dan Semenanjung Malaysia. Disebabkan ciri yang menarik dan hidup secara berkumpulan, spesies ini kadangkala dipelihara di dalam akuarium komuniti. Walau bagaimanapun, taburannya yang terhad serta kehilangan dan kemerosotan habitat paya gambut yang berterusan menimbulkan ancaman yang besar terhadap kelangsungan hidupnya. Oleh sebab julat taburannya yang kecil dan kehilangan habitat, M. bimaculatus kini diklasifikasikan sebagai Hampir Terancam (Near Threatened, NT) oleh senarai Merah IUCN.

(English)

Mystus bimaculatus, locally known as baung kecil Indragiri, is a small freshwater catfish characterized by its elongated barbels and distinctive dark markings along the body. This peaceful, shoaling species is native to the peat swamp forests and blackwater habitats of Indonesia and Peninsular Malaysia. Owing to its attractive appearance and schooling behaviour, the species is occasionally maintained in community aquaria. However, its restricted distribution and the ongoing loss and degradation of peat swamp habitats pose significant threats to its survival. Due to its limited geographic range and declining habitat, M. bimaculatus is currently classified as Near Threatened (NT) by the IUCN.

Hemibagrus capitulum
Nama saintifik: Hemibagrus capitulum
Famili: Bagridae
Nama tempatan: Baung Sungai
Nama umum (Bahasa Inggeris): Malayan River Catfish

(Bahasa Melayu)

Hemibagrus capitulum, yang dikenali sebagai baung sungai atau Malayan river catfish, merupakan spesies ikan baung air tawar bersaiz besar yang dicirikan oleh tubuh dan kepala yang lebar, serta sesungut (barbel) deria yang panjang. Spesies ini berasal dari sistem sungai di Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia, serta lazimnya mendiami sungai bersaiz sederhana hingga besar. Ia merupakan salah satu spesies ikan sungai yang mempunyai nilai komersial penting kerana menyokong aktiviti perikanan darat tempatan, di samping memainkan peranan ekologi yang signifikan dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem air tawar sebagai pemangsa dalam rantaian makanan. Berdasarkan penilaian Senarai Merah IUCN, spesies ini kini diklasifikasikan sebagai Kurang Membimbangkan (Least Concern, LC).

(English)

Hemibagrus capitulum, commonly known as the Malayan river catfish and locally known as baung sungai, is a large freshwater catfish characterized by its robust body, broad head, and elongated sensory barbels. Native to river systems across Borneo, Sumatra, and Peninsular Malaysia, the species inhabits medium to large rivers and constitutes an important component of local inland fisheries. In addition to its economic value, it contributes to the ecological functioning of freshwater ecosystems as a riverine predator. The species is currently listed as Least Concern (LC) on the IUCN Red List.

Channa striata
Nama saintifik: Channa striata
Famili: Channidae
Nama tempatan: Haruan Tharangambadi
Nama umum (Bahasa Inggeris): Striped Snakehead

(Bahasa Melayu)

Channa striata, yang dikenali sebagai ‘striped snakehead’ atau nama tempatannya haruan, ialah spesies ikan air tawar pemangsa yang mempunyai tubuh memanjang berbentuk silinder, kepala yang leper, serta mulut yang besar dan dilengkapi dengan gigi yang tajam. Spesies ini tersebar luas di seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara hingga ke tenggara China, serta mendiami pelbagai habitat air tawar termasuk sungai, paya, kolam, dataran banjir dan sawah padi. Di Malaysia, C. striata berharga sebagai sumber makanan dan secara tradisinya dipercayai dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka serta proses pemulihan selepas pembedahan atau bersalin. Spesies ini juga merupakan komponen penting dalam perikanan daratan di seluruh kawasan taburannya. Menurut Senarai Merah IUCN, C. striata kini diklasifikasikan sebagai Kurang Membimbangkan (Least Concern, LC).

(English)

Channa striata, commonly known as the striped snakehead and locally referred to as haruan, is an elongated predatory freshwater fish characterized by its cylindrical body, flattened head, and large mouth equipped with sharp teeth. The species is widely distributed throughout South and Southeast Asia, extending into southeastern China, and inhabits a variety of freshwater environments, including rivers, swamps, ponds, floodplains, and rice fields. In Malaysia, C. striata is highly valued as a food fish and is traditionally consumed because it is believed to promote wound healing and aid recovery following surgery or childbirth. The species also constitutes an important component of inland fisheries throughout its range. According to the IUCN Red List, C. striata is currently classified as Least Concern (LC).

Cichla monoculus
Nama saintifik: Cichla monoculus
Famili: Cichlidae
Nama tempatan: Raja
Nama umum (Bahasa Inggeris): Peacock Bass

(Bahasa Melayu)

Cichla monoculus, yang dikenali sebagai peacock bass dan dirujuk secara tempatan sebagai ikan raja, ialah spesies ikan siklid pemangsa bersaiz besar yang dicirikan oleh warna tubuh yang menarik, jalur-jalur menegak pada badan, serta tompok menyerupai mata yang jelas berhampiran pangkal ekor. Spesies ini berasal dari Lembangan Amazon di Amerika Selatan, namun telah diperkenalkan secara meluas ke dalam sistem perairan tawar tropika, termasuk di Malaysia. Ikan raja amat digemari oleh pemancing rekreasi kerana sifat pemakanannya yang agresif serta keupayaannya memberikan tentangan yang kuat ketika dipancing. Walau bagaimanapun, sebagai spesies pemangsa yang diperkenalkan, ia berpotensi memberi kesan negatif terhadap populasi ikan tempatan melalui persaingan untuk mendapatkan sumber makanan dan pemangsaan. Menurut Senarai Merah IUCN, spesies ini kini diklasifikasikan sebagai Kurang Membimbangkan (Least Concern, LC).

(English)

Cichla monoculus, commonly known as the peacock bass and locally referred to as ikan raja, is a large predatory cichlid distinguished by its striking coloration, vertical body bars, and prominent eyespot near the base of the tail. Native to the Amazon Basin of South America, the species has been widely introduced into tropical freshwater systems, including those in Malaysia. Raja is highly prized by recreational anglers because of its aggressive feeding behavior and strong fighting ability. However, as an introduced predator, it may negatively affect native fish populations through competition and predation. The species is currently classified as Least Concern (LC).

Clarias nieuhofii
Nama saintifik: Clarias nieuhofii
Famili: Clariidae
Nama tempatan: Limbat
Nama umum (Bahasa Inggeris): Slender Walking Catfish

(Bahasa Melayu)

Clarias nieuhofii, yang dikenali secara tempatan sebagai limbat, merupakan spesies ikan keli bertubuh langsing yang dapat menyesuaikan diri untuk hidup di hutan paya gambut berasid dan habitat air hitam. Spesies ini dicirikan oleh badannya yang memanjang, sirip dorsal dan sirip anal yang panjang, mulut yang lebar dengan empat pasang misai (barbel), serta adaptasi pernafasan khusus yang membolehkannya hidup dalam persekitaran yang kekurangan oksigen. Ia tersebar luas di seluruh Asia Tenggara dan mendiami kawasan paya, anak sungai berhutan, serta ekosistem tanah gambut. Limbat ditangkap sebagai sumber makanan dan turut berfungsi sebagai petunjuk penting kepada habitat paya gambut yang masih terpelihara. Selain itu, corak badannya yang unik, isi yang berkualiti, dan nilai pasaran yang tinggi menjadikan spesies ini bukan sahaja dihargai sebagai ikan makanan, malah kadangkala turut dibela sebagai ikan hiasan. Menurut Senarai Merah IUCN, C. nieuhofii kini diklasifikasikan sebagai Kurang Membimbangkan (Least Concern, LC).

(English)

Clarias nieuhofii, locally known as limbat, is a slender catfish adapted to life in acidic peat swamp forests and blackwater habitats. The species is characterized by its elongated body, long dorsal and anal fins, broad mouth bearing four pairs of barbels, and specialized respiratory adaptations that enable it to survive in oxygen-poor environments. It is widely distributed throughout Southeast Asia, inhabiting swamps, forest streams, and peatland ecosystems. Limbat is harvested for local consumption and serves as an important indicator of intact peat swamp habitats. Owing to its distinctive body pattern, desirable flesh quality, and high market value, the species is utilized both as a food fish and, occasionally, in the ornamental fish trade. According to the IUCN Red List, C. nieuhofii is currently classified as Least Concern (LC).

Barbodes aff. binotatus
Nama saintifik: Barbodes aff. binotatus
Famili: Cyprinidae
Nama tempatan: Tebal Sisik
Nama umum (Bahasa Inggeris): Spotted Barb

(Bahasa Melayu)

Barbodes aff. binotatus, yang dikenali sebagai tebal sisik, merupakan ikan air tawar bersaiz kecil daripada famili Cyprinidae yang dicirikan oleh sisiknya yang agak besar serta tompok yang jelas pada badannya. Penandaan “aff.” (affinis) menunjukkan bahawa spesies ini mempunyai pertalian rapat dengan Barbodes binotatus, yang dikenalpasti dari Pulau Jawa, namun berkemungkinan mewakili leluhur taksonomi yang berbeza dan memerlukan kajian lanjut untuk pengesahan. Spesies dalam kompleks Barbodes binotatus ini mendiami anak sungai, sungai, dan habitat air tawar berhutan di seluruh pentas Sunda. Spesies ini menyumbang kepada kepelbagaian biologi air tawar dan memainkan peranan penting dalam jaringan makanan akuatik, selain kadangkala ditemui dalam perdagangan ikan hiasan. Menurut Senarai Merah IUCN, B. binotatus kini diklasifikasikan sebagai Kurang Membimbangkan (Least Concern, LC), walaupun status taksonomi dan penilaian pemuliharaan bagi spesies kompleks ini masih samar.

(English)

Barbodes aff. binotatus, locally referred to as tebal sisik, is a small cyprinid fish characterized by its relatively large scales and distinctive dark body markings. The Barbodes aff. binotatus, locally referred to as tebal sisik, is a small cyprinid fish characterized by its relatively large scales and distinctive dark body markings. The designation “aff.” (affinis) indicates that the species closely resembles Barbodes binotatus, originally described from Java, but may represent a distinct taxonomic lineage requiring further investigation. Members of the Barbodes binotatus species complex inhabit streams, rivers, and forested freshwater habitats throughout the Sundaland region. The species contributes to freshwater biodiversity and serves as an important component of aquatic food webs, while also being occasionally encountered in the ornamental fish trade. According to the IUCN Red List, B. binotatus is currently classified as Least Concern (LC), although the taxonomic status and conservation assessment of this putative lineage remain uncertain.

Rasbora kalochroma
Nama saintifik: Rasbora kalochroma
Famili: Danionidae
Nama tempatan: Seluang Banjarmasin
Nama umum (Bahasa Inggeris): Clown Rasbora

(Bahasa Melayu)

Rasbora kalochroma, yang dikenali secara umum sebagai clown rasbora dan dirujuk secara tempatan sebagai seluang Banjarmasin, merupakan ikan air tawar yang menarik, dicirikan oleh warna badan kemerahan serta tanda-tanda gelap yang jelas pada bahagian sisi badan. Spesies ini dikaitkan dengan hutan paya gambut dan anak sungai berair hitam di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Borneo. Warna badannya yang menarik menjadikannya antara spesies yang popular dalam perdagangan ikan hiasan, manakala kepekaannya terhadap gangguan habitat menjadikannya petunjuk penting kepada ekosistem paya gambut yang masih terpelihara. Menurut Senarai Merah IUCN, spesies ini kini diklasifikasikan sebagai Kurang Membimbangkan (Least Concern, LC).

(English)

Rasbora kalochroma, commonly known as the clown rasbora and locally referred to as seluang Banjarmasin, is an interesting freshwater fish characterized by its reddish body and distinctive dark flank markings. The species is closely associated with peat swamp forests and blackwater streams of Peninsular Malaysia, Sumatra, and Borneo. Its attractive colouration has made it a popular species in the ornamental fish trade, while its sensitivity to habitat disturbance has established it as an indicator of intact peat swamp ecosystems. According to the IUCN Red List, the species is currently classified as Least Concern (LC).

Rasbora vulgaris
Nama saintifik: Rasbora vulgaris
Famili: Danionidae
Nama tempatan: Seluang Malaysia
Nama umum (Bahasa Inggeris): Blacktip rasbora

(Bahasa Melayu)

Rasbora vulgaris, yang dikenali secara umum sebagai blacktip rasbora dan dirujuk secara tempatan sebagai seluang Malaysia, merupakan ikan air tawar kecil yang hidup secara berkumpulan, dicirikan oleh badan berwarna keperakan berkilat serta jalur gelap yang ketara di sepanjang sisi badannya. Spesies ini tersebar luas di bahagian barat Semenanjung Malaysia dan mendiami pelbagai habitat air tawar seperti sungai, anak sungai, dataran banjir, dan ekosistem paya. Seluang Malaysia merupakan komponen penting dalam jaringan makanan air tawar dengan berfungsi sebagai sumber makanan kepada ikan yang lebih besar, burung, dan reptilia. Menurut Senarai Merah IUCN, spesies ini kini diklasifikasikan sebagai Kurang Membimbangkan (Least Concern, LC).

(English)

Rasbora vulgaris, commonly known as the blacktip rasbora and locally referred to as seluang Malaysia, is a small schooling fish distinguished by its silvery body and prominent dark lateral stripe. Widely distributed across the western Malay Peninsula, it inhabits rivers, streams, floodplains, and swamp ecosystems. The species forms an important component of freshwater food webs, serving as prey for larger fishes, birds, and reptiles. According to the IUCN Red List, it is currently classified as Least Concern (LC).

Macrognathus cf. circumcinctus
Nama saintifik: Macrognathus cf. circumcinctus
Famili: Mastacembelidae
Nama tempatan: Tilan
Nama umum (Bahasa Inggeris): Spiny Eel

(Bahasa Melayu)

Macrognathus cf. circumcinctus, yang dikenali sebagai tilan, merupakan spesies belut duri yang dicirikan oleh badannya yang memanjang serta corak jalur yang jelas hingga ke bahagian abdomen. Walaupun spesies ini mempunyai persamaan yang rapat dengan Macrognathus circumcinctus, identiti taksonominya masih belum dapat dipastikan dan berkemungkinan mewakili spesies yang belum direkodkan, sekali gus memerlukan kajian lanjut. Seperti spesies lain dalam genus Macrognathus, makanan utamanya ialah invertebrata akuatik. Disebabkan ketidakpastian dari segi status taksonominya, spesies ini kini diklasifikasikan sebagai Belum Dinilai (Not Evaluated, NE) menurut Senarai Merah IUCN.

(English)

Macrognathus cf. circumcinctus, locally known as tilan, is a slender spiny eel distinguished by its elongated body and distinctive banded markings extending onto the belly. Although it closely resembles Macrognathus circumcinctus, its taxonomic identity remains uncertain and may represent an undescribed lineage requiring further investigation. Like other members of the genus Macrognathus, the species feeds primarily on aquatic invertebrates. Owing to this taxonomic uncertainty, the species is currently classified as Not Evaluated (NE) according to the IUCN Red List.

Notopterus notopterus
Nama saintifik: Notopterus notopterus
Famili: Notopteridae
Nama tempatan: Selat
Nama umum (Bahasa Inggeris): Bronze Featherback

(Bahasa Melayu)

Notopterus notopterus, yang dikenali secara umumnya sebagai bronze featherback atau sebagai selat, merupakan ikan air tawar yang unik, dicirikan oleh badannya yang mampat secara lateral berbentuk seperti pisau serta sirip anal yang panjang yang digunakan untuk pergerakan. Spesies ini tersebar luas dari benua kecil India hingga ke seluruh Asia Tenggara, termasuk sehingga ke Pulau Jawa, dan mendiami sungai, tasik, empangan serta kawasan tanah lembap dataran banjir. Sebagai pemangsa oportunis, ia memakan ikan-ikan kecil, krustasea dan serangga akuatik. Ikan selat dihargai sebagai sumber makanan dan juga sebagai ikan hiasan kerana gaya renangan serta penampilannya yang unik. Menurut Senarai Merah IUCN, spesies ini kini diklasifikasikan sebagai Kurang Membimbangkan (Least Concern, LC).

(English)

Notopterus notopterus, commonly known as the bronze featherback and locally referred to as selat, is a distinctive freshwater fish characterized by its laterally compressed, knife-shaped body and long anal fin used for propulsion. The species is widely distributed from the Indian subcontinent throughout Southeast Asia, extending eastward to Java, where it inhabits rivers, lakes, reservoirs, and floodplain wetlands. As an opportunistic predator, it feeds primarily on small fishes, crustaceans, and aquatic insects. Selat is valued both as a food fish and as an ornamental species due to its graceful swimming behaviour and unique appearance. According to the IUCN Red List, the species is currently classified as Least Concern (LC).

Parosphromenus harveyi
Nama saintifik: Parosphromenus harveyi
Famili: Osphronemidae
Nama tempatan: Gorami Kecil Selangor
Nama umum (Bahasa Inggeris): Harvey’s Licorice Gourami

(Bahasa Melayu)

Parosphromenus harveyi, yang dikenali sebagai Harvey’s licorice gourami dan secara tempatan dirujuk sebagai gorami kecil Selangor, merupakan spesies ikan air tawar bersaiz kecil yang sangat menarik, dicirikan oleh jalur biru kehijauan berkilauan yang ketara pada sirip-sirip tidak berpasangannya. Spesies ini pertama kali direkodkan dari Batu Arang, Selangor, dan merupakan spesies endemik di kawasan ini dan sekitarnya, di mana ia mendiami aliran air hitam berasid serta lopak-lopak hutan yang kaya dengan timbunan daun mereput. Ia memakan haiwan invertebrata akuatik bersaiz kecil dan merupakan komponen penting dalam komuniti ikhtiofauna di ekosistem aliran air hitam dan hutan paya gambut. Disebabkan taburannya yang terhad serta kemerosotan habitat yang berterusan, spesies ini kini diklasifikasikan sebagai Terancam (Endangered, EN) dalam Senarai Merah IUCN.

(English)

Parosphromenus harveyi, commonly known as Harvey’s licorice gourami and locally referred to as gorami kecil Selangor, is a small and highly attractive freshwater fish distinguished by the striking iridescent blue-green bands on its unpaired fins. The species was first described from Batu Arang, Selangor, and is endemic to this area, where it inhabits acidic blackwater streams and forest pools rich in leaf litter. It feeds primarily on small aquatic invertebrates and constitutes an important component of the ichthyofauna of blackwater streams and peat swamp ecosystems. Owing to its restricted distribution and the continuing degradation of its habitat, the species is currently classified as Endangered (EN) on the IUCN Red List.

Betta hipposideros
Nama saintifik: Betta hipposideros
Famili: Osphronemidae
Nama tempatan: Laga Tanjung Malim
Nama umum (Bahasa Inggeris): Tanjung Malim Fighting Fish

(Bahasa Melayu)

Betta hipposideros, yang dikenali secara umum sebagai Tanjung Malim fighting fish atau laga Tanjung Malim, merupakan antara spesies ikan laga terbesar dalam genus Betta. Nama spesies hipposideros berasal daripada perkataan Greek dan Latin yang bermaksud "ladam kuda", merujuk kepada tanda berbentuk ladam kuda yang jelas pada bahagian bawah mulutnya. Spesies ini pertama kali direkodkan dari hutan paya gambut di utara Selangor, iaitu di sepanjang Jalan Sungai Panjang, dan kemudiannya turut direkodkan dari saliran Sungai Indragiri di Wilayah Riau, Sumatera, Indonesia. Ia mendiami anak sungai berair hitam yang berasid serta hutan paya gambut, dan sering dikaitkan dengan ekosistem gambut yang masih terpelihara. Disebabkan taburannya yang terhad serta kehilangan dan kemerosotan habitat paya gambut yang berterusan, B. hipposideros kini diklasifikasikan sebagai Terancam (Endangered, EN) menurut Senarai Merah IUCN.

(English)

Betta hipposideros, commonly known as the Malayan fighting fish and locally referred to as laga Tanjung Malim, is among the largest species of fighting fish in the genus Betta. The species name, hipposideros, is derived from the Greek and Latin words meaning "horseshoe", referring to the distinctive horseshoe-shaped marking found on its throat. It was first described from the peat swamp forests of North Selangor along Sungai Panjang Road and has subsequently been recorded from the Indragiri River drainage in Riau Province, Sumatra, Indonesia. The species inhabits acidic blackwater streams and peat swamp forests, where it is closely associated with intact peatland ecosystems. Due to its restricted distribution and the continuing loss and degradation of peat swamp habitats, B. hipposideros is currently classified as Endangered (EN) according to the IUCN Red List.

Osphronemus goramy
Nama saintifik: Osphronemus goramy
Famili: Osphronemidae
Nama tempatan: Kaloi Indonesia
Nama umum (Bahasa Inggeris): Giant Gourami

(Bahasa Melayu)

Osphronemus goramy, yang dikenali umum sebagai giant gourami dan secara tempatan sebagai kaloi, merupakan salah satu spesies gurami air tawar terbesar. Spesies ini dicirikan oleh bentuk badan yang tinggi dan mampat secara lateral, bibir yang tebal serta sirip pelvik yang panjang berbentuk filamen. Walaupun berasal dari beberapa kawasan di Asia Tenggara termasuk Malaysia, spesies ini telah diperkenalkan secara meluas di seluruh rantau ini untuk tujuan akuakultur dan program peningkatan sumber perikanan. Kaloi sangat dihargai sebagai ikan makanan kerana kadar tumbesarannya yang cepat, keupayaannya menyesuaikan diri, serta kualiti isinya yang baik. Spesies ini lazimnya mendiami tasik, empangan, kolam, kawasan paya dan sungai yang berarus perlahan. Pada masa ini, spesies ini diklasifikasikan sebagai Kurang Membimbangkan (Least Concern, LC) di bawah Senarai Merah IUCN.

(English)

Osphronemus goramy, commonly known as the giant gourami and locally referred to as kaloi Indonesia, is one of the largest freshwater gourami species. It is characterized by a deep, laterally compressed body, thick lips, and long filamentous pelvic fins. Although native to parts of Southeast Asia including Malaysia, the species has been widely introduced across the region for aquaculture and fisheries enhancement purposes. The giant gourami is highly valued as a food fish because of its rapid growth, adaptability to culture conditions, and excellent flesh quality. It commonly inhabits lakes, reservoirs, ponds, swamps, and slow-flowing rivers. The species is currently classified as Least Concern (LC) on the IUCN Red List.

Belontia hasselti
Nama saintifik: Belontia hasselti

Famili: Osphronemidae
Nama tempatan: Kepar Jawa
Nama umum (Bahasa Inggeris): Java Combtail

(Bahasa Melayu)

Belontia hasselti, yang dikenali umum sebagai Java combtail dan secara tempatan sebagai kepar Jawa, merupakan spesies ikan gurami air tawar yang dicirikan oleh sirip kaudalnya yang runcing serta warna badan perang kemerahan. Spesies ini terdapat di Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa dan Borneo, serta mendiami sungai hutan, kawasan paya dan sungai berarus perlahan. Ia merupakan spesies omnivor yang memakan serangga akuatik, krustasea kecil dan bahan tumbuhan. Spesies ini menyumbang kepada biodiversiti ikan air tawar dan kadangkala ditangkap untuk perdagangan ikan hiasan. Pada masa ini, spesies ini diklasifikasikan sebagai Kurang Membimbangkan (Least Concern, LC) di bawah Senarai Merah IUCN.

(English)

Belontia hasselti, commonly known as Java combtail and locally referred to as kepar Jawa, is a freshwater gourami distinguished by its pointed caudal fin and reddish-brown body coloration. The species occurs in Peninsular Malaysia, Sumatra, Java, and Borneo, where it inhabits forest streams, swamps, and slow-moving rivers. It is an omnivorous species that feeds on aquatic insects, small crustaceans, and plant material. The species contributes to freshwater biodiversity and is occasionally collected for the ornamental fish trade. The species is currently classified as Least Concern (LC).

Luciocephalus pulcher
Nama saintifik: Luciocephalus pulcher
Famili: Osphronemidae
Nama tempatan: Tembok Tebing Malaya
Nama umum (Bahasa Inggeris): Pikehead Gourami

(Bahasa Melayu)

Luciocephalus pulcher, yang dikenali umum sebagai pikehead gourami dan secara tempatan sebagai tembok tebing Malaya, merupakan spesies ikan air tawar yang sangat unik, dicirikan oleh bentuk badannya yang memanjang, muncung yang runcing serta corak warna penyamaran yang membolehkannya menyatu dengan persekitaran dengan berkesan. Spesies ini mendiami sungai berair hitam (blackwater) dan hutan paya gambut di seluruh Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Borneo, di mana ia bertindak sebagai pemangsa serang hendap dengan memakan ikan-ikan kecil serta invertebrata akuatik. Walaupun spesies ini pada masa ini diklasifikasikan sebagai Kurang Membimbangkan (Least Concern, LC) di bawah Senarai Merah IUCN, kemerosotan habitat yang berterusan, khususnya kehilangan dan penukaran hutan paya gambut serta tanah bencah kepada kawasan pertanian dan guna tanah lain, berpotensi menyumbang kepada penurunan populasi pada masa hadapan sekiranya ancaman tersebut tidak diuruskan dengan berkesan.

(English)

Luciocephalus pulcher, commonly known as the pikehead gourami and locally referred to as tembok tebing Malaya, is a highly distinctive freshwater fish characterized by its elongated body, pointed snout, and cryptic colouration that enables it to blend effectively into its surroundings. The species inhabits blackwater streams and peat swamp forests across Peninsular Malaysia, Sumatra, and Borneo, where it functions as an ambush predator, preying on small fishes and aquatic invertebrates. Although the species is currently classified as Least Concern (LC) on the IUCN Red List, ongoing habitat degradation, particularly the loss and conversion of peat swamp forests and wetlands for agriculture and other land-use activities, may contribute to future population declines if these threats remain unmanaged.

Trichopodus pectoralis
Nama Saintifik: Trichopodus pectoralis
Famili: Osphronemidae
Nama tempatan: Sepat Siam
Nama umum (Bahasa Inggeris): Snakeskin Gourami

(Bahasa Melayu)

Trichopodus pectoralis, yang secara umumnya dikenali sebagai sepat Siam, ialah spesies ikan air tawar bersaiz sederhana yang dikenal pasti melalui corak sisiknya yang berjalin menyerupai kulit ular serta sirip pelvik yang panjang berbentuk filamen. Spesies ini berasal dari Lembangan Mekong dan Chao Phraya, namun telah diperkenalkan secara meluas ke seluruh Asia Tenggara. Ia kebiasaannya ditemui di kolam, paya, terusan, kawasan dataran banjir dan sawah padi. Spesies ini merupakan sumber makanan yang penting serta mempunyai nilai tinggi dalam sektor akuakultur, sekali gus menyumbang secara signifikan kepada pengeluaran perikanan darat. Spesies ini diklasifikasikan sebagai Kurang Membimbangkan (Least Concern, LC) di bawah Senarai Merah IUCN.

(English)

Trichopodus pectoralis, commonly known as the snakeskin gourami and locally referred to as sepat Siam, is a medium-sized freshwater fish recognized by its reticulated scale pattern resembling snakeskin and its elongated thread-like pelvic fins. Native to the Mekong and Chao Phraya Basins, the species has been widely introduced throughout Southeast Asia and is commonly found in ponds, swamps, canals, floodplains, and rice fields. The species is an important aquaculture and food fish that contributes significantly to inland fisheries production. The species is currently classified as Least Concern (LC).

Paedocypris progenetica
Nama Saintifik: Paedocypris progenetica
Famili: Paedocyprididae
Nama tempatan: Cypris Jambi
Nama umum (Bahasa Inggeris): Dwarf carp / Miniature carp

(Bahasa Melayu)

Paedocypris progenetica, yang dikenali sebagai ikan kap kerdil atau kap miniatur dan dirujuk secara tempatan sebagai Cypris Jambi, merupakan antara spesies ikan terkecil di dunia, dengan individu dewasa mencapai panjang piawai sekitar 7.9 mm sahaja. Spesies ini mendiami hutan paya gambut yang sangat berasid di Sumatera dan Semenanjung Malaysia, di mana ia terdapat di kolam-kolam air hitam yang cetek dan kaya dengan bahan organik terlarut. Walaupun bersaiz sangat kecil dan mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berasid melampau, P. progenetica menunjukkan ciri-ciri evolusi yang luar biasa, sekali gus menarik minat yang besar dalam bidang biologi evolusi dan biologi perkembangan. Spesies ini kini diklasifikasikan sebagai Hampir Terancam (Near Threatened, NT) dalam Senarai Merah IUCN berikutan kemerosotan populasi yang ketara akibat kemusnahan dan fragmentasi hutan paya gambut yang pesat, yang merupakan satu-satunya habitat yang diketahui bagi spesies ini.

(English)

Paedocypris progenetica, commonly known as the dwarf or miniature carp and locally referred to as Cypris Jambi, is among the world's smallest fish species, with adults attaining a standard length of only approximately 7.9 mm. The species inhabits highly acidic peat swamp forests in Sumatra and Peninsular Malaysia, where it occurs in shallow blackwater pools rich in dissolved organic matter. Despite its diminutive size and adaptation to extreme acidic environments, P. progenetica exhibits remarkable evolutionary characteristics that have attracted considerable interest in evolutionary and developmental biology. The species is currently classified as Near Threatened (NT) on the IUCN Red List due to substantial population declines resulting from the rapid destruction and fragmentation of peat swamp forests, which constitute its only known habitat.

Monopterus javanensis
Nama Saintifik: Monopterus javanensis
Famili: Synbranchidae
Nama tempatan: Belut Jawa
Nama umum (Bahasa Inggeris): Oriental / Asian Swamp Eel

(Bahasa Melayu)

Monopterus javanensis, yang dikenali sebagai Oriental atau Asian swamp eel dan dirujuk secara tempatan sebagai belut Jawa, ialah spesies ikan belut air tawar yang tidak mempunyai sirip berpasangan, serta memiliki ciri badan yang panjang dan berbentuk silinder yang sesuai untuk menggali dan bersembunyi di dalam lumpur. Spesies ini tersebar luas di seluruh Asia Tenggara dan selatan China, serta mendiami pelbagai habitat seperti paya, sawah padi, kolam, terusan dan sungai yang beraliran perlahan. Ia berupaya bernafas menggunakan udara atmosfera dan mampu hidup dalam persekitaran yang mempunyai kandungan oksigen terlarut yang rendah. Spesies ini banyak ditangkap untuk dijadikan sumber makanan dan digunakan dalam perubatan tradisional, selain menyediakan sumber pendapatan yang penting kepada masyarakat luar bandar. Menurut Senarai Merah IUCN, spesies ini diklasifikasikan sebagai Kurang Membimbangkan (Least Concern, LC).

(English)

Monopterus javanensis, commonly known as the Asian swamp eel and locally referred to as belut Jawa, is an eel-like freshwater fish lacking paired fins and possessing a long cylindrical body adapted for burrowing. The species is widely distributed throughout Southeast Asia and southern China and inhabits swamps, rice fields, ponds, canals, and slow-flowing rivers. It is capable of breathing atmospheric air and can survive in oxygen-poor environments. The species is widely harvested for food and traditional medicine and provides an important source of income for rural communities. According to the IUCN Red List, the species is classified as Least Concern (LC).