Batu Bersurat Terengganu by Mariajasmin Mohd Jamil

Hubung kait dengan undang-undang Syariah Islam
Undang-undnah syariah ialah undang-undang berdasarkan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu pada zaman dahulu dapat dilihat dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 sebelum Masihi.

Batu Bersurat Terengganu bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah dan menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang dan dijalankan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri.

Contohnya, mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka.

Kerajaan Melayu Melaka, misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

Pengenalan
Batu Bersurat Terengganu dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua dan betulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 Sebelum Masihi. Penemuan oleh Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhar di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu.

Gambar : Batu Bersurat Terengganu

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Islam memasuki nusantara melalui pelayaran para pedagang dari pelbagai pelusuk dunia. Mereka datang berdagang dan berteduh di pelabuhan-pelabuhan. Antara pelabuhan yang telah didatangi  mereka ialah pelabuhan di Melaka yang pernah menjadi salah satu kawasan pelabuhan terkenal.

Hubungan antara pedagang dan penduduk tempatan turut memainkan peranan yang penting dalam penyebaran Islam di Nusantara. Indonesia merupakan salah satu negara nusantara yang menjadi pusat penyerbaran Islam pada suatu masa dahulu. Penyebaran ini bermula dengan hubungan yang baik yang dicipta antara pelayar, pedagang dan pendudukan kampung. Hubungan ini akhirnya telah mewujudkan suatu penempatan di persisiran pantai samudra.

Batu bersurat yang dijumpai ini, merupakan bukti kedatangan Islam di Asia terutamanya di Nusantara.

Gambar : Penyebaran Islam

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu.

Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu.

Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran. Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya.
Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam.

Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.

Gambar : Parameswara