Huraikan konsep binaan ayat berdasarkan nahu transformasi generatif dengan mengemukakan contoh ayat yang tepat. by Ameerul Aswad

MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MANAN

Jawapan: Nahu transformasi generatif menjelaskan bahawa setiap ayat terbentuk melalui dua lapisan utama iaitu struktur dalaman yang membawa makna asas dan struktur permukaan yang wujud selepas melalui proses transformasi. Teori ini menunjukkan bagaimana satu ayat dasar dapat diubah menjadi pelbagai bentuk baharu tanpa menghilangkan makna asal.

Sebagai contoh, ayat dasar “Murid itu menulis surat” boleh mengalami transformasi menjadi ayat tanya seperti “Apakah murid itu menulis surat?” atau ayat pasif “Surat itu ditulis oleh murid itu”. Seterusnya, ayat dasar “Guru mengajar di kelas” boleh digabungkan dengan ayat “Murid mendengar dengan tekun” untuk menghasilkan ayat majmuk “Guru mengajar di kelas dan murid mendengar dengan tekun”. Transformasi ini membuktikan bahawa daripada bentuk asas pelbagai struktur ayat dapat diperkembangkan mengikut tujuan bahasa.

Nahu transformasi generatif menjelaskan bahawa binaan ayat terbentuk melalui dua peringkat, iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman merujuk kepada bentuk asas ayat yang mengandungi makna, manakala struktur permukaan ialah bentuk akhir ayat yang dituturkan atau ditulis. Perubahan daripada struktur dalaman kepada struktur permukaan berlaku melalui proses transformasi. Misalnya, ayat dasar Ali membeli buku itu boleh ditransformasikan menjadi ayat tanya Siapakah yang membeli buku itu?, ayat pasif Buku itu dibeli oleh Ali, ayat negatif Ali tidak membeli buku itu, atau ayat majmuk Ali membeli buku itu dan Aminah menulis karangan. Oleh itu, konsep binaan ayat berdasarkan nahu transformasi generatif menunjukkan bahawa satu struktur asas mampu menghasilkan pelbagai bentuk ayat tanpa mengubah makna asasnya.

Konsep binaan ayat berdasarkan nahu transformasi generatif ialah proses yang menerangkan bagaimana ayat boleh dibentuk dan ditukar daripada satu struktur dalaman kepada struktur permukaan melalui peraturan transformasi . Iaitu dari satu ayat dasar kepada ayat-ayat lain tanpa menghilangkan maksud asal ayat.

Sebagai contoh struktur dalaman .

Fahmi sedang membaca buku itu.

Struktur permukaan iaitu selepas mengalami transformasi .

Buku itu sedang dibaca oleh Fahmi.

Nahu Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Noam Chomsky menjelaskan bahawa setiap ayat terbentuk melalui dua peringkat iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman menunjukkan makna asas yang ingin disampaikan, manakala struktur permukaan ialah bentuk akhir ayat yang diucapkan atau ditulis(mengalami perubahan). Peralihan daripada struktur dalaman ke struktur permukaan berlaku melalui proses transformasi, iaitu aturan yang mengubah, menambah, menggugurkan, atau menyusun semula unsur ayat. Contohnya, ayat aktif “Alif menari menggunakan lagu perayaan mati rasa” boleh ditransformasikan menjadi ayat pasif “Lagu perayaan Mati Rasa digunakan oleh Alif untuk menari.” Hal ini menunjukkan bahawa Transformatif Generatif menekankan sistem dan peraturan yang tersusun dalam pembinaan ayat, bukan sekadar susunan kata secara rawak.

Konsep binaan ayat menurut nahu transformasi generatif berdasarkan 2 peringkat :

Struktur dalaman

Struktur permukaan

Struktur dalaman ialah bentuk asas ayat yang ringkas.

Contohnya,

Ali membeli buku

Struktur permukaan ialah bentuk ayat yang telah melalui proses transformasi seperti perubahan ayat asas kepada ayat pasif, kepada ayat tanya, dan sebagainya.

Contohnya,

Buku dibeli oleh Ali (ayat pasif)

Adakah Ali membeli buku? (ayat tanya)

Nahu transformasi generatif ialah perubahan yg berlaku dari struktur dalaman mengalami transformasi kepada struktur permukaan.

Contoh ayat: Saya tahu + dia sudah pulang,

Klausa bahawa “Dia sudah pulang adalah klausa tak bebas.

Penyisipan transformasi bahawa di tengah tengah saya tahu dan dia sudah pulang.

Contoh ayat selepas transformasi

“Saya tahu bahawa dia sudah pulang”

Setiap ayat mempunyai struktur dalaman dan struktur permukaan. Kaedah ini menunjukkan bagaimana daripada ayat dasar, kita boleh hasilkan pelbagai bentuk ayat lain melalui transformasi

Contohnya:

1)Struktur dalaman

Seorang guru sedang menerangkan pelajaran kepada murid di dalam kelas.

2)Struktur Permukaan

Pelajaran sedang diterangkan oleh seorang guru kepada murid di dalam kelas.

Ayat “Seorang guru sedang menerangkan pelajaran kepada murid di dalam kelas” ialah ayat dasar yang menggambarkan struktur dalaman, iaitu makna asas sesuatu ayat sebelum diubah bentuk. Melalui proses transformasi, ayat ini boleh ditukarkan kepada bentuk lain tanpa mengubah maksud utamanya . Contohnya, ayat pasif “Pelajaran sedang diterangkan oleh seorang guru kepada murid di dalam kelas” menunjukkan bagaimana struktur dalaman tadi diubah pada bahagian susunan subjek dan predikat, tetapi makna inti masih sama.

Nahu transformasi generatif dibentuk melalui dua peringkat struktur ayat iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman ini merupakan bentuk ayat asas yang ringkas dan membawa maksud utama. Contohnya, “Cikgu menulis nota di papan putih ”. Struktur permukaan pula merupakan bentuk akhir ayat yang mengalami perubahan selepas proses transformasi. Proses transformasi ini merupakan proses mengubah struktur dalaman untuk menghasilkan pelbagai bentuk ayat. Misalnya, pelaksanaan transformasi pasif yang mengubah struktur dalam “Cikgu menulis nota di papan putih” kepada struktur permukaan “Nota ditulis oleh cikgu di papan putih”.

Teori Transformasi Generatif (Chomsky) menjelaskan bahawa setiap ayat bermula daripada struktur dalaman yang diubah menjadi struktur permukaan melalui tiga proses utama iaitu pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. Pengguguran berlaku apabila unsur tertentu dibuang. Contohnya ayat "Kamu sila masuk" digugurkan menjadi "Sila masuk". Penyusunan semula pula mengubah kedudukan unsur ayat tanpa menjejaskan makna. Sebagai contoh, ayat aktif "Ali membeli buku itu" disusun semula menjadi ayat pasif "Buku itu dibeli oleh Ali". Seterusnya, peluasan menambah unsur seperti klausa relatif untuk memperkayakan ayat, misalnya gabungan "Gadis itu cantik" dan "Gadis itu anak orang berada" diluaskan menjadi "Gadis yang cantik itu anak orang berada". Proses ini membuktikan bahawa ayat asas boleh dimanipulasi untuk menghasilkan ayat akhir yang lebih gramatis dan bermakna.

Konsep binaan ayat berdasarkan nahu transformasi generatif menjelaskan bahawa setiap ayat dalam sesuatu bahasa terbina daripada ayat asas yang dikenali sebagai struktur dalaman sebelum mengalami perubahan untuk menjadi struktur permukaan.

Struktur dalaman menyimpan makna sesuatu ayat manakala struktur permukaan ialah ayat yang digunakan oleh penutur dalam komunikasi seharian setelah melalui proses transformasi.

Contoh struktur dalaman:

Seri makan nasi goreng.

Struktur permukaan pula merujuk kepada bentuk akhir sesuatu ayat yang dihasilkan setelah struktur dalaman melalui proses transformasi. Struktur permukaan merupakan hasil daripada ayat asas setelah mengalami perubahan seperti penambahan, pengguguran, penyusunan semula atau penyisipan unsur tertentu.

Contoh ayat:

Nasi goreng dimakan oleh Seri.

Konsep binaan ayat berdasarkan nahu transformasi generatif merupakan nahu yang melibatkan proses pemerolehan bahasa dan pengembangan atau pembaharuan bahasa. Hal ini melibatkan tiga bahagian utama iaitu rumus, struktur bahasa dan transformasi. Di samping itu, nahu generatif juga dibentuk terbahagi kepada dua iaitu struktur dalaman merangkumi makna dan pemahaman ayat manakala yang kedua merupakan struktur permukaan yang merujuk kepada bentuk akhir sesuatu bahasa. Sebagai contoh bermula dengan rumus seperti frasa merangkumi frasa nama dan frasa kerja iaitu ayat "Lelaki itu membonceng motosikal" yang merupakan struktur ayat dan menjadi struktur dalaman berkaitan pemahaman dan jenis struktur ayat. Selepas itu, melalui bahagian transformasi ayat diperkembangkan menjadi ayat "lelaki yang berbaju kelabu itu membonceng motosikal di titi" yang menjadi struktur permukaan.

Konsep binaan ayat menurut nahu transformasi generatif menunjukkan bahawa ayat bahasa Melayu tidak statik tetapi boleh berubah bentuk melalui pelbagai proses transformasi. Setiap ayat mempunyai struktur dalaman yang mencerminkan maksud asas, dan aturan nahu membolehkan ia dizahirkan dalam pelbagai struktur permukaan. Konsep ini bukan sahaja memperlihatkan keindahan variasi bahasa Melayu, tetapi juga menjelaskan kecekapan berbahasa yang dimiliki penutur jati.

Contoh :

Ayat tunggal kepada ayat majmuk.

Ayat tunggal

1. Ali membaca buku.

2. Siti menulis karangan.

Transformasi → Ayat Majmuk

Ali membaca buku dan Siti menulis karangan.

Dua ayat tunggal digabungkan menjadi satu ayat majmuk.

Ayat tunggal (struktur dalam):

1. Saya makan nasi.

2. Saya tidak makan roti.

Transformasi kepada ayat majmuk :

Saya makan nasi tetapi saya tidak makan roti.

Nahu transformasi generatif ialah teori tatabahasa yang diperkenalkan oleh Noam Chomsky yang menekankan bahawa setiap penutur bahasa mampu menghasilkan ayat baharu secara kreatif dengan berpandukan peraturan generatif. Konsep ini bermula dengan binaan ayat dasar yang ringkas “Subjek + Predikat”, kemudian melalui proses transformasi ia dapat melahirkan pelbagai bentuk ayat lain. Contohnya, daripada ayat dasar Zairul membaca buku, kita boleh hasilkan ayat pasif “Buku dibaca oleh Zairul”, ayat tanya “Adakah Zairul membaca buku?” dan ayat majmuk “Zairul membaca buku dan Syafiq menulis surat”. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa mempunyai sistem aturan yang membolehkan ayat dikembangkan secara tidak terbatas.

Binaan ayat berdasarkan nahu transformasi generatif adalah melibatkan penggunaan sistem rumus, peraturan frasa dan transformasi dengan mementingkan semantik. Dalam konteks ini, nahu transformasi generatif adalah mencakupi pada dua struktur iaitu struktur dalaman sebagai ayat asas serta struktur permukaan sebagai ayat yang mengalami transformasi daripada struktur dalaman tersebut.

Sebagai contoh bagi struktur dalaman, ialah "Ali sedang membaca buku" (ayat tunggal). Manakala struktur permukaan, ialah "Ali dan Abu sedang membaca buku di perpustakaan" (ayat majmuk).

Nahu Transformasi Generatif ialah pendekatan tatabahasa yang menjelaskan bagaimana ayat dibina melalui dua peringkat utama iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman menggambarkan makna asas ayat, manakala struktur permukaan ialah ayat yang telah melalui proses transformasi seperti penyusunan semula atau peluasan ayat.

Contoh ayat struktur dalaman ialah ‘Wani sedang menjahit baju’. Ayat tersebut menggambarkan makna asas yang jelas.

Namun begitu, ayat aktif tersebut boleh mengalami perubahan penyusunan ayat menjadi ayat pasif. Contohnya ‘Baju sedang dijahit oleh Wani.’ Ayat ini merujuk kepada struktur permukaan kerana telah mengalami perubahan struktur ayat iaitu daripada ayat aktif kepada ayat pasif.

konsep binaan berdasarkan transformasi generatif merujuk - bentuk ayat yang mempunyai struktur dalaman yang terdiri ayat asas sebagai  inti dan struktur permukaan atau ertinya ayat yang lahir setelah mengalami proses perubahan.

Antara jenis transformasi:

Transformasi Pasif

Ayat dasar : Hafiz membaca buku.

Ayat transformasi: Buku dibaca oleh Hafiz .

Transformasi Nafi

Ayat dasar : Hafiz sedang memasak.

Ayat transformasi: Hafiz tidak memasak.

Transformasi Tanya

Ayat dasar : Ali membaca buku.

Ayat transformasi: Adakah Ali membaca buku? / Siapakah yang membaca buku?

Transformasi Majmuk

Ayat dasar : Ali membaca buku.

Buku itu sangat menarik.

Ayat transformasi :Ali membaca buku yang sangat menarik.

dengan ini, transformasi generatif menjelaskan bahawa ayat dasar telah mengalami transformasi menjadi ayat yang lebih panjang dan kompleks.

Dalam nahu generatif, ayat mempunyai dua peringkat iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Sebagai contoh, ayat dasar "Azrul membakar basikal itu" mewakili struktur dalaman kerana ia mengandungi makna asas dengan subjek (Azrul) dan predikat (membakar basikal itu). Proses transformasi boleh berubah menjadi struktur permukaan. Sebagai contoh :  ayat pasif "Basikal itu dibakar boleh Azrul" atau ayat tanya "Adakah Azrul membakar basikal itu?" . Hal ini demikian, membuktikan bahawa struktur dalaman mengekalkan makna inti manakala struktur permukaan menunjukkan variasi bentuk ayat yang dihasilkan melalui aturan transformasi bahasa.

Nahu Transformasi Generatif (NTG) menegaskan bahawa ayat bahasa Melayu terbina daripada struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman ialah ayat dasar yang berpola subjek dan predikat, manakala struktur permukaan ialah ayat yang terhasil melalui proses transformasi.

Proses transformasi meliputi beberapa bentuk. Pengguguran berlaku apabila unsur tertentu dibuang, contohnya ayat dasar “Saya sudah makan nasi” menjadi “Sudah makan nasi”.

Penyusunan semula pula menukar kedudukan unsur, contohnya “Arif makan nasi” berubah kepada “Nasi dimakan Arif”.

Penambahan atau peluasan menambah keterangan, seperti “azrul membaca buku” diperluas menjadi “azrul membaca buku di perpustakaan semalam”.

Penukaran menukar bentuk ayat, misalnya ayat aktif “Guru itu menulis surat” ditukar menjadi ayat pasif “Surat ditulis oleh guru itu”.

Penggabungan pula menghimpunkan dua ayat dasar menjadi ayat majmuk, contohnya “Arif membaca buku” dan “Alif menulis karangan” menjadi “Arif membaca buku dan Alif menulis karangan”.

Kesimpulannya, NTG menjelaskan bahawa setiap ayat bermula dengan struktur dalaman yang kemudiannya melalui pelbagai proses transformasi untuk menghasilkan struktur permukaan.

Nahu transformasi generatif merujuk kepada teori tatabahasa yang dikenalkan oleh ahli linguistik terkenal iaitu Noam Chomsky dan Nik Safiah Karim. Konsep ini merujuk kepada bagaimana struktur ayat boleh dihasilkan melalui proses transformasi daripada bentuk dalaman ke bentuk permukaan. Dalam hal ini, binaan ayat merujuk kepada cara ayat-ayat dibentuk daripada unit-unit yang lebih kecil, seperti kata dan frasa, dengan mematuhi peraturan dan struktur tertentu. Selain itu, teori Transformasi generatif pembelajaran dan penguasaan bahasa merupakan proses mental yang bertunggakkan Alat Pemerolehan Bahasa (LAD). Teori ini menggunakan sistem rumus (subjek + prediket). Teori Transformasi mempunyai peringkat iaitu:

1.Rumus struktur frasa : FN + FK (Contohnya: Lelaki itu sedang makan)

2.Transformasi: dikembang lagi (Contohnya: Lelaki itu sedang makan + nasi di kantin)

3.Fonologi: penutur membunyikan ayat tersebut

1. Struktur Dalaman:

Struktur dalaman merujuk kepada ayat dalam bentuk yang lebih asas, sebelum sebarang perubahan dilakukan untuk menjadikannya ayat yang lebih kompleks atau sesuai dengan konteks percakapan. Dalam teori ini, struktur dalaman menyimpan makna asas ayat dan memberi gambaran tentang hubungan antara subjek, predikat, dan objek. Selain itu penutur juga boleh mengenal pasti ayat, gramatis atau tidak, jenis-jenis ayat dan sebagainya.

Contoh Struktur Dalaman:

"Lily menulis surat."
Ini adalah ayat yang ringkas dan memberi makna bahawa Lily sedang melakukan tindakan menulis surat. Dalam struktur ini, kita dapat melihat bahawa terdapat subjek (Lily), predikat (menulis), dan objek (surat). Ayat ini belum mengalami perubahan dalam segi kata keterangan, tempat, atau penerima tindakan. ayat ini merupkan bentuk asas yang boleh difahami dengan jelas.

2. Struktur Permukaan:

Struktur permukaan pula adalah bentuk yang digunakan dalam komunikasi sebenar. Setelah ayat melalui proses transformasi, ia akan menghasilkan struktur yang lebih lengkap dan boleh digunakan untuk berbicara atau menulis. Transformasi ini boleh berlaku dalam bentuk penambahan, perubahan urutan kata, atau penambahan maklumat untuk memberikan penjelasan yang lebih jelas kepada pendengar atau pembaca.

Contoh Struktur Permukaan:

"Lily sedang menulis surat kepada rakannya."
Dalam struktur permukaan ini, ayat tersebut telah mengalami beberapa perubahan:

Penambahan kata keterangan: "sedang" untuk menunjukkan bahawa tindakan menulis sedang berlaku pada masa kini.

Penambahan maklumat: "kepada rakannya" untuk memberi penjelasan lebih lanjut mengenai penerima surat tersebut.

Dengan transformasi ini, ayat tersebut menjadi lebih jelas dan sesuai digunakan dalam perbualan atau komunikasi bertulis.

Konsep binaan ayat berdasarkan nahu transformasi generatif berasaskan teori yang diperkenalkan oleh Noam Chomsky, iaitu semua ayat dalam sesuatu bahasa terbentuk melalui peraturan tatabahasa yang bersifat universal. Nahu transformasi generatif membahagikan binaan ayat kepada dua peringkat, iaitu struktur dalaman  dan struktur permukaan. Struktur dalaman menggambarkan makna asas atau idea yang ingin disampaikan, manakala struktur permukaan ialah bentuk ayat yang tersusun mengikut peraturan bahasa tertentu. Proses daripada struktur dalaman kepada struktur permukaan berlaku melalui peraturan transformasi, seperti penyusunan semula, pengguguran, penyisipan atau penggantian kata.

Sebagai contoh, ayat dasar “Siti membaca novel di perpustakaan” merupakan ayat struktur dalaman yang boleh ditransformasikan kepada ayat pasif iaitu “Novel dibaca oleh Siti di perpustakaan.” Ayat tersebut merujuk kepada struktur permukaan kerana telah mengalami perubahan struktur ayat daripada ayat aktif kepada ayat pasif.

Jelaslah bahawa konsep binaan ayat menurut nahu transformasi generatif membolehkan pelbagai bentuk ayat dihasilkan daripada satu struktur asas, sekali gus menunjukkan keanjalan dan kreativiti bahasa.

Nahu Transformasi Generatif yang diperkenalkan oleh Noam Chomsky menjelaskan bahawa bahasa mempunyai dua lapisan iaitu struktur dalaman yang bersifat abstrak serta membawa makna asas dan struktur permukaan yang merupakan ayat sebenar yang dituturkan atau ditulis. Proses perubahan daripada struktur dalaman kepada struktur permukaan berlaku melalui peraturan transformasi seperti pasif, soalan, atau penekanan. Sebagai contoh, ayat aktif "Fakhri menendang bola itu” (struktur dalaman) boleh ditransformasikan kepada ayat pasif “Bola itu ditendang oleh Fakhri” (struktur permukaan)

Nahu transformasi generatif menjelaskan bahawa sesuatu ayat boleh dibentuk melalui dua peringkat utama iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan melalui peraturan transformasi tanpa mengubah maksud asal. Transformasi ini menunjukkan bahawa satu ayat asas boleh diolah menjadi pelbagai bentuk ayat lain dengan mengekalkan makna asal ayat.

Contoh ayat struktur dalaman: Ali makan epal. Contoh ayat struktur permukaan selepas transformasi: Epal dimakan oleh Ali.

Perbezaan ini menunjukkan bahawa struktur permukaan membolehkan penutur menyampaikan makna yang sama dengan cara yang berbeza, bergantung kepada fokus atau tujuan komunikasi. Transformasi dari struktur dalaman ke struktur permukaan memberi fleksibiliti dalam pembinaan ayat, seperti menekankan objek, mengubah nada ayat, atau menyesuaikan ayat untuk konteks tertentu tanpa menghilangkan makna asal.

Nahu Transformasi Generatif  ialah teori linguistik yang diperkenalkan oleh Noam Chomsky untuk menjelaskan bagaimana manusia dapat membina dan memahami ayat yang tidak terbatas jumlahnya dengan menggunakan peraturan tatabahasa yang terhad.

1. Struktur Dalaman

Struktur dalaman ialah bentuk asas ayat yang ringkas, tidak mengalami sebarang perubahan.

Contoh: Ibu menjahit baju.

Subjek: Ibu

Predikat: menjahit baju

2. Struktur Permukaan

Struktur permukaan ialah bentuk ayat selepas melalui transformasi. Terdapat tiga proses utama yang boleh digunakan iaitu penyusunan semula, perluasan, dan pengguguran.

a) Penyusunan Semula

Proses mengubah kedudukan unsur dalam ayat.

Contoh:

Struktur dalaman: Ibu menjahit baju.

Struktur permukaan: Baju dijahit oleh ibu. (ayat pasif)

Struktur permukaan: Sedang menjahit baju ibu. (ayat songsang)

b) Perluasan

Proses menambah unsur baharu supaya ayat menjadi lebih panjang dan kompleks.

Contoh:

Struktur dalaman: Ibu menjahit baju.

Struktur permukaan: Ibu menjahit baju kurung untuk adik di ruang tamu.

Struktur permukaan: Ibu yang rajin itu sedang menjahit baju kerana majlis kenduri akan diadakan esok.

c) Pengguguran

Proses menggugurkan sebahagian unsur ayat tetapi makna masih difahami.

Contoh:

Struktur dalaman: Ibu menjahit baju.

Struktur permukaan: Ibu menjahit. (objek baju digugurkan tetapi makna masih difahami melalui konteks)

Struktur permukaan: Menjahit baju. (subjek ibu digugurkan)

Konsep binaan ayat berdasarkan nahu transformasi generatif yang dipelopori oleh Noam Chomsky terdiri daripada dua peringkat struktur iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman merujuk kepada bentuk asas ayat yang membawa makna inti dan biasanya berbentuk ayat penyata mudah. Struktur dalaman menunjukkan bagaimana ayat misalnya frasa nama (FN) + frasa kerja (FK) dan seterusnya pecah kepada unsur yang lebih kecil. Contohnya: "Saudara saya sedang membaca buku."

Struktur permukaan pula terhasil apabila struktur dalaman mengalami proses transformasi iaitu perubahan bentuk ayat seperti penyusunan semula, penambahan, pengguguran, atau penukaran kedudukan kata/ frasa. Proses transformasi berlaku untuk membentuk pelbagai ayat di permukaan. Contohnya, "Saudara perempuan saya sedang membaca buku kegemarannya di ruang tamu rumah." Terdapat penambahan keterangan tempat iaitu ruang tamu rumah dalam ayat ini.

Teori Transformasi Generatif menyatakan bahawa pembinaan ayat dalam sesuatu bahasa berlaku melalui dua peringkat struktur:

1.Struktur Dalaman

- Merupakan bentuk asas atau idea utama sesuatu ayat.

- Dibentuk melalui sistem rumus frasa

- Contohnya:

- Ali membaca buku.

- Ini ialah bentuk asas tanpa transformasi.

2. Struktur Permukaan

- Terhasil apabila struktur dalaman mengalami transformasi.

- Contoh struktur permukaan:

- Ali membaca buku cerita di perpustakaan.

- Ayat ini telah diperluas dengan frasa "cerita" (penerang kepada "buku") dan "di perpustakaan" (keterangan tempat).

Nahu Transformasi Generatif merupakan satu pendekatan linguistik yang diperkenalkan oleh Noam Chomsky.

Dalam nahu ini pembentukan ayat melibatkan dua peringkat utama, iaitu struktur dalam dan struktur permukaan. Struktur dalam merujuk kepada bentuk asas atau inti makna sesuatu ayat. manakala struktur permukaan ialah bentuk akhir ayat yang dituturkan atau ditulis selepas melalui proses transformasi.

Terdapat beberapa jenis transformasi utama dalam binaan ayat. Antaranya ialah transformasi pernyataan kepada ayat tanya. Sebagai contoh ayat, "Aiman makan nasi” boleh ditransformasikan kepada “Adakah Aiman makan nasi?”. Seterusnya, transformasi ayat aktif kepada ayat pasif juga kerap digunakan seperti dalam ayat “Guru itu memarahi murid” yang ditukar menjadi “Murid itu dimarahi oleh guru itu”. Selain itu, terdapat juga transformasi pengguguran. Bahagian tertentu ayat digugurkan tanpa menjejaskan maknanya, contohnya “Saya mahu makan nasi dan lauk juga”. Transformasi penyisipan pula berlaku apabila maklumat tambahan dimasukkan ke dalam ayat, seperti dalam ayat “Zainal menonton televisyen di ruang tamu.”