6 Topi Pemikiran by Hadi Ahnaf

Dengan topi putih, perbincangan memberi tumpuan kepada data dan fakta yang ada. Lihat kepada maklumat yang anda ada, analisa maklumat masa lalu, dan lihat apa yang anda boleh dipelajari daripadanya. Analisis dan perbincangan hanyalah bertumpu kepada fakta, data dan ilmu yang ada.

❖ Membayangkan kertas putih yang kosong
❖ Ia adalah maklumat semata-mata

❖ Tiada tafsiran padanya
❖ Tiada emosi
❖ Hanya pentingkan maklumat dalam berdiskusi

Melalui topi merah, anda melihat masalah menggunakan intuisi, naluri hati, dan emosi. Perbincangan dan analisis melalui topi merah ini hanya bertumpu kepada naluri dan perasaan. Fikirkan juga, apa yang akan dirasai oleh orang lain dan cuba memahami perasaan mereka. Dalam topi merah ini anda tidak perlu jadi rasional. Apa yang penting adalah empati dan perasaan yang akan terhasil sekiranya sesuatu keputusan itu dibuat. Cuba memahami tanggapan orang yang tidak mengetahui sepenuhnya alasan anda.

▪ Melambangkan perasaan
▪ Mengimaginasikan perasaan cinta yang hangat dan api yang membara
▪ Menjelaskan pemikiran ini dikuasai oleh perasaan dan emosi
▪ Ia akan mengetepikan pemikiran yang rasional

Topi Biru digunakan untuk menguruskan proses pemikiran. Ia adalah mekanisma kawalan untuk memastikan garis panduan Six Thinking Hats dipatuhi. Selalunya ia akan dipakai oleh pengerusi mesyuarat atau ketua pasukan anda. Pemakai topi biru ini selalunya akan memikirkan bagaimana mesyuarat atau perbincangan  akan dijalankan dan membangunkan matlamat dan objektif kepada sesuatu mesyuarat atau perbincangan yang dilaksanakan.

• Membayangkan langit membiru dan tinggi
• Oleh itu topi biru melambangkan berfikir tentang berfikir
• Mengawal bagi topi-topi lain
• Biasanya ia dimiliki oleh pengerusi majlis yang berperanan untuk mengawal proses

Semuanya berkaitan dengan pengurusan risiko. Melalui topi hitam, kita melihat sesuatu masalah itu dalam perspektif yang negatif. Apakah masalah yang bakal timbul? Apakah kesalahan yang mungkin terjadi? Hal ini adalah penting kerana ia adalah proses mengenal pasti kelemahan kepada keputusan atau perancangan kita dan sekali gus dapat membantu kita untuk memperkukuhkan perancagan dan keputusan yang bakal dilakukan.

Membayangkan malam yang gelap

Topi hitam ini ialah topi yang kritikal dan pemikiran yang negatif

Ia akan menghindarkan kita daripada melakukan kesilapan dan sifatnya sentiasa mencari salah

Sebaiknya menggunakannya dengan kadar yang minimum

Topi hijau mewakili kreativiti. Melalui pemikiran topi hijau kita mampu untuk memikirkan tentang cara yang kreatif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa perlu memikirkan halangan atau pun kekurangan sumber yang bakal dihadapi. Melalui cara ini, kita akan membuka peluang yang lebih luas dalam mencari keputusan atau pun menghadapi masalah.

➢ Membayangkan bumi yang subur
➢ Pohon yang menghijau
➢ Topi hujau ini melambangkan kreatif dan juga konstruktif
➢ Apabila memakai topi hijau ini, ia amat berminat dengan idea baharu, alternatif,
bersifat proaktif dan juga reaktif
➢ Suka untuk bertanya, menyoal dan juga mencabar

Topi kuning ini membantu anda berfikir secara positif. Ia adalah pandangan yang optimis yang membantu anda melihat semua manfaat keputusan dan nilai di dalamnya. Pemikiran melalui topi kuning ini membantu anda untuk terus berjalan apabila semuanya kelihatan suram dan sukar. Ia juga akan menjadi penanda aras dan tujuan yang hendak dicapai  kepada anda dalam melaksanakan keputusan yang telah dibuat.

✓ Membayangkan suasana pagi yang cerah
✓ Ia akan membawa pemikiran yang optimis, positif, dan juga akan cuba mengeluarkan
idea secara positif