Tugasan 2 Penulisan EDUP3133 by LYDIA ALPEUS IPG-Pelajar

Bahan pembelajaran ini merupakan video daripada YouTube yang bertopikkan "capan". Video ini menunjukkan langkah-langkah dan teknik capan untuk menghasilkan karya pokok dengan menggunakan putik kapas dan warna air.

Setelah menilai kriteria video pembelajaran yang telah dipilih, didapati bahawa video tersebut sememangnya berkait jelas dengan topik, objektif dan hasil pembelajaran. Memandangkan video ini adalah berasaskan aktiviti iaitu menghasilkan karya menggunakan teknik capan, maka secara tidak langsung dapat meningkatkan penglibatan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, proses penghasilan karya menggunakan teknik capan di dalam video ini boleh dikatakan tepat dan berdasarkan maklumat yang terkini kerana topik tersebut terkandung dalam DSKP dan guru hanya mengaplikasikan unsur inovasi dari segi bahan iaitu menggunakan putik kapas berbanding dengan bahan yang lebih tradisional iaitu menggunakan bahan alam semula jadi seperti batang daun pisang yang agak sukar dijumpai jika sekolah terletak di bandar.

Melalui penilaian terhadap video pembelajaran tersebut, juga didapati bahawa susunan pembelajaran adalah secara berperingkat kerana ianya melibatkan proses penghasilan. Contohnya, pengkarya bermula dengan menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan, cara mengikat putik kapas dan barulah kepada menghasilkan karya dengan menggunakan teknik capan secara berperingkat. Bunyi video juga berkualiti tinggi yang mana murid boleh mendengar muzik latar dengan jelas dan menyeronokkan kerana ianya relevan dengan video penghasilan karya. Walau bagaimanapun, video ini tidak mempunyai pertuturan yang jelas sama ada dari segi verbal ataupun teks. Kedua-dua perkara ini sebenarnya penting kerana dapat menambahkan lagi kefahaman murid terhadap proses penghasilan karya.

Namun, bahan pembelajaran ini tetap dapat memotivasikan murid untuk belajar kerana sifat murid-murid semula jadi yang tertarik dengan audio dan visual lebih-lebih video yang menggabungkan kedua-dua elemen tersebut. Media audio visual merupakan salah satu jenis media pembelajaran yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Siti Khadizah Kaimin & Mohd Aderi Che Noh, 2016). Dalam video pembelajaran ini, jenis komunikasi yang terlibat ialah komunikasi bukan verbal yang mana tiada suara individu yang bercakap tetapi mesej yang disampaikan adalah melalui proses penghasilan karya. Walau bagaimanapun, penyampaian maklumat melalui proses penghasilan karya tersebut masih boleh difahami dengan jelas.

Panjang klip video pembelajaran tersebut pula sesuai kerana walaupun video tersebut berdurasi selama 6.13 minit namun terdapat dua karya yang telah dihasilkan dengan menggunakan teknik yang sama untuk meneguhkan lagi kefahaman murid terhadap topik yang dipelajari. Dari segi kualiti video juga baik kerana pencahayaannya yang memuaskan. Video pembelajaran tersebut juga dapat memberikan pengalaman yang unik kepada murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana bahan pembelajaran yang digunakan adalah tidak sama seperti fungsi asalnya. Contohnya, putik kapas yang digunakan untuk membersihkan telinga diaplikasikan menjadi bahan capan untuk menghasilkan karya pokok. Perkara ini amatlah merangsang pemikiran murid menjadi lebih kreatif dan inovatif. Kandungan video ini sesuai untuk semua peringkat umur terutama sekali murid yang berada di tahap dua. Selain itu, bahan PdP ini dihasilkan dengan teliti kerana tidak ada isu-isu sensitif seperti unsur perkauman dan agama. Hal ini dikatakan demikian kerana video pembelajaran tersebut sepenuhnya berfokuskan kepada topik serta penglibatan murid sahaja.

Berdasarkan inforgrafik yang telah dihasilkan, model ADDIE terdiri daripada analisis (analysis), reka bentuk (design), pembangunan (development), pelaksanaan (implementation) dan penilaian (evaluation).

Proses pertama yang perlu dijalankan ialah guru perlu mengindentifikasikan keperluan pembelajaran murid termasuklah objektif dan matlamat pengajaran. Oleh itu, beberapa analisis penting perlu dilaksanakan iaitu mengenal pasti masalah dan cara penyelesaiannya. Tujuan proses ini adalah untuk memastikan reka bentuk pengajaran yang akan dihasilkan menepati dan memenuhi keperluan (Ummu Nasibah Nasohah, et al (2015). Contohnya, analisis terhadap pelajar dan analisis terhadap pembelajaran.

Fasa yang seterusnya ialah reka bentuk dalam merangka pengajaran yang mana berlakunya perancangan secara terperinci tentang bagaimana pengajaran akan dijalankan. Pekara yang boleh dilakukan adalah merancang strategi dalam dan menggariskan cara bagaimana guru dapat mencapai matlamat pengajaran (Hishamuddin Jabar, 2011). Contohnya, menulis sasaran , sistem penyampaian dan kaedah pengajaran.

Fasa pembangunan pula dibina berdasarkan fasa analisis dan fasa reka bentuk yang bertujuan untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penyediaan bahan pengajaran adalah seperti yang telah dirancang sebelumnya. Contohnya, dalam bentuk Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan aktiviti.

Fasa pelaksanaan ialah fasa untuk menguji keberkesanan serta masalah-masalah yang mungkin berlaku dalam fasa reka bentuk dan pembangunan (Fatimah Hishamuddin, n.d.). Dalam erti kata lain, peringkat ini merujuk kepada penyampaian sebenar dalam model PdP yang dijalankan sama ada dalam kelas atau komputer. Sekiranya perancangan baik dari peringkat analisis sehingga pembangunan, peringkat pelaksanaan akan memotivasikan murid. Namun, menurut Juppri Bacotang dan Zainiah Mohamed Isa (2016), jika model PdP gagal pelajar tidak faham, tidak bersemangat dan tidak terlibat dalam proses pembelajaran.

Fasa terakhir iaitu penilaian untuk mengukur keberkesanan model. Penilaian boleh dilaksanakan secara formatif dan sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan yang telah direka, manakala sumatif bermaksud penilaian keseluruhan terhadap bahan instruksional yang telah dihasilkan (Farida Hamimi, n.d.).

Kesimpulannya, teknologi dalam pendidikan dapat membawa banyak kesan positif kepada guru dan murid. Contohnya, meningkatkan kreativiti, kemahiran, penglibatan murid secara aktif di dalam kelas dan sebagainya. Seterusnya, model pengajaran seperti model ADDIE juga penting untuk membantu guru menjalankan pengajaran secara efektif dan efisien di dalam mahupun di luar bilik darjah.

Dalam pendidikan alaf baharu, penggunaan sumber dalam talian amat penting untuk merangsang pemikiran kritis dalam kalangan murid. Penggunaan sumber dalam talian atau berbentuk teknologi sebenarnya semakin kerap digunakan dalam pembelajaran sejak penularan wabak covid-19. Namun, ia membawa banyak impak positif kepada pendidikan seperti memudahkan guru untuk menyediakan bahan pengajaran.