Mediasi dalam Perkembangan Novel Sabah by TAPAI

BAB 5 PERANAN DAN MEDIASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Pada bab 5 ini , pengarang cuba menjelaskan tentang penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka, bengkel seminar dan penyelidikan , penulis anak angkat, penerbitan novel , hadiah sastera dan seterusnya penyebaran karya dan cita rasa pembaca.

Di dalam mediasi ini pengarang lebih mementingkan kepada entiti-entiti yang dapat dianggap sebagai pencetus perkembangan kesusasteraan Melayu di Sabah, seperti sistem pendidikan, persuratkhabaran dan persatuan penulis, kerana entiti-entiti  berkenaan juga menjadi faktor pemangkin kepada kehadiran novel di Sabah. Justeru, dengan peranan kesusteraan dalam masyarakat telah dijadikan isu dalam perdebatan pada tahun- tahun 1905 an. Seiring dengan itu, sekumpulan penulis tahun 1950-an di Singapura telah menubuhkan persatuan penulis ASAS’50 yang melaung-laungkan slogan “Seni Untuk Masyarakat”. ASAS’50 telah menggesa agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selain mendaulatkan hasil karya yang memberi sumbangan kepada masyarakat, persatuan  ini turut menguar-guarkan idea dan pengangkutan taraf bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu.

Begitu juga sesuatu karya atau novel yang muncul ini membabitkan adanya sifat-sifat tertentu , contohnya , golongan penulis 1950 berusaha memperjuangakan bahasa Melayu, walaupun masih berlaku perdebatan antara golongan yang masih mengangungkan bahasa Inggeris. Rentetan daripada itu, mereka telah mengadakan kongres bahasa bagi mengiktiraf keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan kebangsaan. Dalam bab ini, pengarang cuba menyatakan bahawa antara sifat yang perlu ada seperti kesejagatan, keterbukaan, tolenrasi antara agama, budaya lain dan kesatuan dalam kepelbagaian . Di dalam bab ini juga ada diterangkan tentang betapa intimnya hasil karya dengan masyarakat, dan karya itu berfungsi sebgai cermin kepada masyarakatnya. Tambahan lagi, kesusasteraan harus terhasil daripada hubungan langsung antara pengarang dan masyarakat. Justeru, bahasa yang dikaitkan dengan hasil karya yang kreatif ini telah menjadi batu tanda fikiran masyarakat tentang bentuk dan fungsi sebuah hasil karya.

Seterusnya dalam bab ini pengarang telah membahagikan lima fungsi utama unit sastera Dewan Bahasa dan pustaka di Sabah iaitu , menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan sastera di negeri Sabah, mempertingkatkan kegiatan sastera melalui forum, seminar, diskusi, bengkel dan peraduan, berusaha melibatkan masyarakat di negeri ini dalam kegiatan budaya khususnya kesusasteraan dalam usaha memelihara,membina dan mengembangkan kebudayaan dan menggalakkan sesama suku kaum di negeri ini meminati sastera, di samping mewujudkan semangat cinta akan seni dan berusaha menanamkan budaya membaca dalam kalangan penduduk dan seterusnya berusaha mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam penulisan kesusasteraan kebangsaan , dapat kita lihat melalui lima fungsi yang dipertengahkan dalam mediasi ini dapat mengembangkan bakat dan meningkatkan mutu penghasilan kesusasteraan dalam kalangan sasterawan Sabah. Justeru, kewujudan Dewan Bahasa Pustaka ini mampu merancakkan lagi pelbagai aktiviti kesusasteraan demikian.

Selanjutnya dalam bab ini pengarang juga memaparkan tentang bengkel seminar dan penyelidikan. Melalui bab ini pengarang memberitahu akan pentingnya seorang penulis tersebut mempunyai pengtahuan dalam penyelidikan kesusasteraan, kerana dengan adanya pengetahuan tersebut akan secara tidak langsung dapat melahirkan penulis yang kreatif dalam karya penulisan mereka seperti puisi, novel dan cerpen. Disebabkan oleh itu, pengarang telah menyifatkan untuk melahirkan penulisan yang lebih baik maka seharusnya perlu adanya siri penulisan bengkel. Contohnya, pengarang menyatakan bahawa ada beberapa siri bengkel penulisan dianjurkan sepenuhnya oleh Dewan Bahasa Pustaka Sabah atau dengan kerjasama Dewan Bahasa Pustaka Kuala Lumpur bagi menegnal pasti dan mencungkil bakat-bakat baharu ataupun memberi galakan dan tunjuk ajar kepada pengarang sedia ada di negeri Sabah. Kebiasaanya, seorang atau dua orang mentor atau pembimbing akan dilantik sama ada dalam kalangan penulis Sabah ataupun beberapa orang penulis mapan yang dibawa khas dari Semenanjung Malaysia. Hal ini demikian kerana, melalui bengkel yang diadakan dianggap  mampu memberi tunjuk ajar kepada pengarang tentang proses untuk menjadi penulis yang baik dan bagaimana membentuk penulisan karya yang berkesan.  Oleh itu, aktiviti DBP mengadakan bengkel untuk melatih dan mencungkil bakat-bakat penulis di negeri Sabah sangat berperanan besar dalam membina kredibiliti dan keyakinan pengarang tempatan untuk berkarya.

Melalui bab ini juga pengarang ingin memaparkan tentang penulis anak angkat. Dalam bab ini pengarang ingin memaklumkan selain daripada bengkel seminar dan penyelidikan itu tadi ada juga satu lagi bentuk penaungan yang dilaksanakan oleh DBP iaitu menerusi program”penulis anak angkat”. Hal ini kerana, bertujuan untuk melatih dan membimbing penulis tempatan agar menghasilkan karya dengan lebih berkualiti, dan melalui program ini juga pengarang jelas mengatakan bahawa penulis yang telah dipilih akan dibimbing oleh mentor yang dilantik oleh DBP Sabah. Tambahan lagi, penulis itu turut dibimbing untuk menghasilkan karya berdasarkan kecenderungan daya kreatif mereka , tidak kira sama ada dalam penghasilan  novel , cerpen, puisi ataupun sesi kritikan. Sebagai contoh, dalam bab ini pengarang menyatakan seramai 27 orang penulis telah dipilih mengikuti program tersebut sejak diperkenalkan pada tahun 2002, Daripada jumlah penulis yang terpilih , 14 orang memilih untuk menulis manuskrip novel. Namun daripada jumlah tersebut, enam orang sahaja yang telah berjaya melaksanakannya. Oleh itu, dapat dilihat oleh penyampaian mesej di dalam bab ini , program anak angkat ini telah memperlihatkan bagaimanan DBP Sabah berusaha membentuk pengarang pelapis dan memantapkan generasi penulis berkaliber dengan adanya penglibatan daripada semua pihak yang bekerjasan dan bertungkus lumus dalam menjayakan juga program ini.

NURHAFIDAH BINTI JARATUL
BA18110820

BAB 4 PERKEMBANGAN PENULISAN NOVEL SABAH
PERKEMBANGAN PENULISAN NOVEL SABAH

Sejarah penulisan novel di negeri Sabah agak kebelakangan dan dimulakan oleh penulis yang berhijrah dan bermastautin di negeri Sabah. Penulis-penulis yang berasal dari luar negeri Sabah bukan sahaja memacu penulisan novel, malah mereka juga menunjukkan kredibiliti sebagai pengarang novel prolifik Sabah. Perkembangan awal novel Sabah bukan sahaja diwarnai dengan kehadiran penulis penghijrahan tetapi juga didukung oleh peranan mediasi yang memicu kerancakan perkembangan sastera Sabah.

​Peranan institusi yang menganjurkan peraduan mengarang novel di Sabah sangat besar ertinya kepada kehadiran pengarang tempatan di Sabah dan pelestraian bentuk novel. Peraduan yang dianjurkan pihak institusi menyebabkan novel Sabah diperolehi.

​Dari segi kualiti novel pula, sejarah sastera Sabah menunjukkan bahawa disebabkan kebanyakkan novel terhasil daripada aktiviti peraduan mengarang, mutu dan kualiti novel yang diterbitkan dianggap bagus pada penilaiaan juri.

AMIR NAQIUDDIN BIN MOHAMAD AKIB
BA18110413

BAB 2 LATAR BELAKANG MASYARAKAT, SOSIOPOLITIK DAN PENULIS SABAH
Dalam bab 2 ini, penulis menjelaskan kepelbagaian latar masyarakat sabah dari segi etnik, amalan kepercayaan, tradisi lisan masyarakat peribumi, latar belakang politik Sabah serta latar belakang penulis Sabah. Melalui kepelbagaian etnik secara langsung akan memberi kesan tersendiri terhadap politik negeri Sabah. Terdapat 72 kumpulan dengan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan 80 dialek. Antara etnik yang ada di Sabah ialah Kadazandusun, Bajau, Murut, Melayu-Brunei, Kedayan, Orang Sungai, Bisaya, Suluk, Tidong serta kacukan Sino. Penulis Sabah seperti Ismail Abbas, Obasiah Usman, Sitti Rahmah G. Ibrahim, Wellin Ebal, Harun Haji Salleh, Azmah Nordin, Ruhaini Matdarin dan Jasni Matlani yang mempunyai latar belakang yang berbeza secara langsung dapat memberikan idea-idea unik kepada penghasilan karya berdasarkan pendidikan dan pengalaman kerjaya yang dimiliki.

Perkembangan Islam di Sabah mula tersebar pada abad ke-10 berdasarkan catatan pengislaman Abdullah iaitu seorang suku kaum Idahan di Lahad Datu pada tahun 1408. Perkembangan agama Islam secara besar-besaran dalam kalangan masyarakat peribumi khususnya suku kaum Dusun yang tinggal di pedalaman hanya dilakukan setelah Sabah merdeka dan membentuk Malaysia. Sekitar awal tahun 1970-an, pengislaman beramai-ramai telah dilakukan semasa pemerintahan parti United Sabah National Organization (USNO). Agama Kristian di Sabah dibawa oleh Father Odoric pada tahun 1332. Kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian menjadi agama paling dominan di Sabah sehingga kini. Sebelum itu, masyarakat peribumi Sabah mengamalkan pagan iaitu tidak beragama dan animisme yang membawa maksud percaya kepada roh, hantu iblis dan semangat.

Seterusnya, penulis menjelaskan tradisi lisan masyarakat peribumi yang mengikut suku kaum yang berlainan. Sebagai contohnya, cerita-cerita dongeng dan mitos suku kaum Dusun yang dikenali sebagai Cerita-cerita Nunuk Ragang, Asal-Usul Kadaat dan Si Kalabtu. Bagi cerita rakyat orang Murut yang terkenal adalah Si Poringan manakala bagi masyarakat Bajau terkenal dengan cerita rakyat seperti Nenek dengan Buaya. Puisi lisan pula diberi nama mengikut penutur-penuturnya. Sebagai contohnya, masyarakat Bajau memiliki isun-isun atau kalang. Melalui perbezaan suku kaum, pelbagai cerita-cerita rakyat dan puisi lisan dapat dilahirkan dan pengaruh kesusasteraan dapat dikembangkan lagi.

Latar belakang politik Sabah sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua memberi kesan terhadap bidang kesusasteraan dan menjadi idea dalam penghasilan karya penulis. Terdapat beberapa parti dan pertubuhan yang ditubuhkan sebelum dan selepas Sabah menyertai Malaysia walaupun mendapat penentangan pada mulanya. Antaranya ialah Pertubuhan Parti Barisan Pemuda (BARIP) yang dianggap sebagai parti politik terawal di Sabah. Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) yang mempunyai cawangan di Jesselton (Kota Kinabalu), Tawau dan Labuan, UNKO dan juga USNO. Selepas BARIP dan PKM, pertubuhan di Sabah lebih berfokus kepada pertubuhan agama yang memberi kesedaran tentang Islam seperti Khairat Jumaat Muslimin (KJM), Persatuan Ikhwan Sabah, Persatuan Islam Putatan, Persatuan Islam Tawau serta Persatuan Islam Sabah. Kewujudan parti politik juga membantu mempercepatkan proses kemerdekaan dan memberi sinar dalam kelancaran penubuhan persatuan penulis Sabah.

NURAZZAN BINTI ASNAIN
BA18161127

BAB 3 PERANAN INSTITUSI DAN PENGARUHNYA DALAM PERKEMBANGAN PERSURATAN DI SABAH
Dalam bab 3, penulis menjelaskan mengenai Sistem Pendidikan Sabah sebelum dan selepas kemerdekaan, peranan media massa dan perkembangan penulis cerpen, peranan persatuan penulis dan peranan Institusi Agama. Pada awal bab ini, penulis menjelaskan mengenai sistem pendidikan Sabah sebelum dan selepas kemerdekaan. Sistem pendidikan Sabah sebelum kedatangan SBBU di Sabah, lebih terarah kepada sistem pendidikan tidak formal seperti mengaji pondok. Sistem pendidikan yang agak terlambat dan perlahan prosesnya di negeri Sabah membantutkan kemodenan dan pembangunan masyarakat Sabah secara keseluruhan. Sejurus selepas Sabah merdeka, sistem pendidikan di negeri Sabah mula memperlihatkan sedikit kemajuan. Pendidikan Inggeris dan ilmu ekonomi hanya diperoleh oleh masyarakat Cina manakala kaum pribumi lebih gemar kepada budaya, bahasa dan sastera Melayu. Melalui bentuk dan kurikulum pendidikan yang diajarkan di sekolah menjadikan masyarakat pribumi lebih menghargai kepentingan bahasa dan sastera Melayu berbanding masyarakat Cina yang lebih terdedah kepada bahasa Inggeris. Peranan yang dimainkan oleh guru-guru lepasan MPSI juga sangat besar bagi mendedahkan masyarakat terhadap kesusahteraan Melayu. Malahan, golongan inilah yang memulakan perkembangan sastera Sabah.

Dalam bab ini penulis turut membincangkan mengenai peranan media massa dan perkembangan penulisan cerpen. Peranan surat khabar di Sabah memberikan petunjuk kepada perkembangan awal penulisan cerpen. Surat khabar yang wujud di Sabah seawal tahun 1950-an sangat besar ertinya sebagai wadah penampungan cerpen pertama Sabah. Penulis turut menekankan berkaitan penerbitan surat khabar di Sabah yang mengalami pasang surut dan peranannya sebagai wadah penampngan karya penulis agak terbatas, ia tetap memberikan sumbangan dalam perkembangan cerpen dan puisi Sabah. Tambahan pula, peranan surat khabar banyak ditunjangi oleh kredibiliti dan penglibatan secara langsung K.Bali dalam perkembangan cerpen dan persatuan kebudayaan Sabah. Hal ini menunjukkan bahawa perkembangan awal sastera Sabah banyak didukung oleh mediasi institusi.

Seterusnya, dalam bab ini penulis menjelaskan mengenai peranan persatuan penulis. Walaupun persatuan penulis timbul tenggelam mengikut keadaan politik Sabah, peranan persatuan dapat mewujudkan kesedaran dan kecintaan penulis terhadap dunia penulisan sastera wajar diketengahkan. Persatuan Sahabat Pena Malaya  (PASPAM) yang ditubuhkan pada tahun 1934 telah melebarkan pengaruhnya ke Sabah yang bertujuan memberi pendedahkan kepada penulis mengenai dunia kesusasteraan. Persatuan penulis yang lain termasuklah AGABA, PERPESA, BAHASA dan GAPURA dan IPS  turut berperanan dalam melahirkan penulis. Secara amnya, peranan persatuan penulis yang wujud di Sabah pada satu ketika dahulu sangat bermakna dalam melahirkan ramai penulis novel Sabah.

Kandungan terakhir dalam bab ini ialah penulis menjelaskan berkaitan peranan Institusi Agama. Institusi keagamaan turut menyokong kelangsungan pemahaman kesedaran Islam dalam pemikiran saterawan. Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) adalah institusi agama yang menyumbang kepada perkembangan novel islam khususnya dan sastera moden secara keseluruhan. Walaupun peraduan yang dianjurkan oleh persatuan penulis dan institusi agama tidak berperanan dalam penerbitan novel namun tindakan institusi melaksanakan peraduan mengarang novel adalah permulaan yang baik kepada kemunculan penulis novel Sabah.

NURKHALISA FARHAIN BINTI DULAMID
BA18161013

BAB 1 : MEDIASI SEBAGAI SATU BENTUK SOSIOLOGI SASTERA
Sosiologi sastera bukan merupakan satu teori yang khurus untuk menilai karya sastera. Ia adalah satu kaedah yang memperlihatkan bagaimana pengamal-pengamal sosiologi yang cuba melihat sastera sebagai sebuah hasil seni darpada konteks masyarakat pengamal. maka, lahirlah pandangan-pandangan darpada De Stael, Taine, Ian Watt, Wellek dan Warren atau Swingewood yang mengaitkan karya sastera dengan masyarakat. Model mediasi yang diilhamkan oleh Ungku Maimunah menunjukkan bagaimana proses penulisan karya oleh pengarang yang dimidiasi oleh konvensi sastera, ideologi dan budaya. proses penolakkan, penyuntingan dan penyebaran karya yang dilakukan oleh mediasi institusi juga adalah disebabkan wujudnya mediasi budaya dan ideologi yang menjadi dasar kepada penerbitan karya. segala campur tangan memperlihatkan bentuk kerya yang terhasil dalam sejarah sastera Sabah.

AMIR NAQIUDDIN BIN MOHAMAD AKIB
BA18110413

BAB 6 MEDIASI KONVENSI SASTERA, BUDAYA DAN IDEOLOGI YANG MELATARI PERSOALAN DAN BENTUK KARYA
Beberapa faktor dikenal pasti menjadi perantara dalam pembentukan novel di Sabah. Malah, hakikat bahawa penulis novel tidak menghasilkan karya dalam kekosongan memperakukan kepentingan faktor-faktor tersebut dalam penghasilan novel di Sabah. Sama ada faktor-faktor tersebut memainkan peranan secara terus-menerus, ketara atau sama-samar, banyak atau tidak, serentak atau berasingan, ia sedikit pun tidak menafikan kehadiran kesemua faktor tersebut sebagai bekal atau bagasi yang sentiasa mengiringi proses penghasilan karya mereka. Seterusnya, kehadiran bekalan tersebut menjadi ruang untuk campur tangan dalam karya yang bakal dihadirkan.

CECILIA MICHELLE ANAK MATTHEW
BA18110492

BAB 7 PENUTUP
Kesimpulannya, sejarah perkembangan novel Sabah memberi paparan terhadap perkembangan novel dengan mengaitkan situasi kontekstual yang menjadi latar dan faktor kewujudan sesebuah karya. Kajian kontekstual yang dilakukan menjurus kepada elemen luaran teks yang terlibat dalam pembentukan sebuah karya.

Elemen luar karya dikatakan menjadi mediator dan bertindak campur tangan dalam penghasilan karya seorang penulis. Elemen luar teks turut menjadi mediasi kepada pembentukan seni sastera. Dengan kata lain, faktor-faktor luar bukan sahaja mempengaruhi kewujudan sesebuah karya malah turut mempengaruhi bentuk dan isi karya.

CECILIA MICHELLE ANAK MATTHEW
BA18110492

PROFESOR MADYA DR ASMIATY AMAT

Penulis : Profesor Madya Dr Asmiaty Amat
Penerbit : UMS, Kota Kinabalu
Cetakan Pertama : 2010
Jumlah Halaman : 340
Tajuk : Mediasi dalam perkembangan Novel Sabah

Kandungan buku ini cuba memaparkan Mediasi Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah. Ia menjelaskan untuk beberapa judul di buku mediasi ini. Ia adalah bertujuan untuk menjelaskan persepsi positif dan dapat dimanfaatkan dalam menjamin mutu kehidupan yang mendaulatkan hasil karya yang memberi sumbangan kepada masyarakat.

Buku ini mengandungi 6 bab, yang mana setiap bab dan ruangan yang terbatas ini pengarang mencuba membincangkan beberapa judul yang berkaitan dengan Mediasi Dewan Bahasa dan Pustaka.