ISU SEMASA DI DUNIA by Hawa Faizah

Isu Kesihatan - Perancis
Seperti yang diketahui oleh masyarakat di seluruh dunia, bumi sekarang sedang mengalami satu pandemik yang dikenali sebagai Covid-19. Kewujudan pandemik ini sudah hampir 3 tahun lamanya.

Tidak dikecualikan oleh mana-mana negara yang ada di dunia ini, terjejas akibat Covid-19. Perkara ini dapat kita lihat di Perancis sedang merekodkan peningkatan kemasukan ke hospital. Bilangan penduduk yang terkena Covid-19 di negara itu melonjak naik daripada kebiasaannya iaitu 467 kes kepada 21,073 kes secara keseluruhannya.

Isu Peperangan - Ukraine Rusia
Konflik yang berlaku di antara pihak Ukraine dan Rusia menjadi berita yang tergempar di dunia dan membimbangkan semua masyarakat di dunia pada baru-baru ini. Ini adalah kerana jika terjadinya peperangan antara dua kerajaan ini, dirisaukan akan berlakunya peperangan yang tidak diingini di dunia kerana ia boleh menjejaskan ekonomi di negara-negara yang lain.
Delegasi Rusia dan Ukraine tiba di Istanbul pada Isnin bagi sesi mesyuarat rundingan damai yang seterusnya, setelah krisis antara dua pihak berterusan lebih sebulan.

Sebuah pesawat persendirian yang membawa delegasi Rusia mendarat di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul pada 4 petang waktu tempatan (1300GMT) manakala delegasi Ukraine tiba di Istanbul sekitar jam 10 malam waktu tempatan (1900GMT). Rundingan damai itu berlangsung selama dua hari di pejabat presiden Dolmabahce pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan (0730GMT) iaitu pada hari Selasa.

Beberapa rundingan damai antara Rusia dan Ukraine yang diadakan di Belarus setakat ini tidak membuahkan sebarang hasil.Turki mendapat pujian meluas atas usahanya menamatkan sengketa kedua-dua negara itu, berikutan negara itu menjalin hubungan mesra dengan Rusia dan Ukraine. Ini adalah kerana Turki telah menjadi tuan rumah kepada pertemuan peringkat tertinggi bagi kedua-dua pihak yang mana membabitkan menteri luar Rusia dan Ukraine di bandar Antalya di selatan Turki sejak krisis itu berlaku.

Krisis Rusia-Ukraine mendapat tentangan antarabangsa, dengan Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan United Kingdom serta beberapa negara lain melaksanakan sekatan kewangan ke atas Moscow.

Sekurang-kurangnya 1,151 orang awam terbunuh dan 1,842 yang lain cedera manakala lebih 3.87 juta melarikan diri ke negara jiran, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Isu Kesihatan - Laos
Pada 2021 wujud lagi jangkitan varian yang baharu iaitu Omicron. Pada mulanya, Omicron ini telah dijumpai di Afrika Selatan. Jangkitan varian ini agak laju berbanding dengan varian-varian yang terdahulu dan varian ini amat ditakuti oleh penduduk tempatan mahupun luar negara.
Berdasarkan gambar rajah dia atas, kerajaan Laos telah mencadangkan agar rakyat-rakyatnya untuk mengambil dos keempat pada bulan April 2022 bagi meningkatkan tahap antibodi, sekali gus mengurangkan risiko penyakit yang serius yang akan dihadapi semasa gejala Covid-19 ini berlaku. Kementerian Kesihatan Laos menawarkan dos ini kepada petugas kesihatan, individu yang berisioko tinggi, rakyat, pkerja kilang dan sebagainya.

Isu Kesihatan - Shanghai, China
Shanghai merupakan wilayah yang ada di China. Pada waktu ini (Mac 2022), Shanghai sedang mengalami kes Covid-19 yang sedang meningkat dan kerajaan Shanghai melakukan lockdown.

Penduduk di kawasan tersebut dikehendaki menyimpan stok makanan dan barang keperluan lain yang mencukupi semasa berlakunya kejadian lockdown di bandar tersebut. Pakar kesihatan di tempat itu mengatakan bahawa mereka telah menemui jangkitan yang berskala besar di seluruh bandar Shanghai dan telah mencetuskan tindakbalas yang kuat. Shanghai telah merekodkan kes Covid-19 yang tinggi tanpa mengalami sebarang gejala.

ISU SEMASA - UKRAINE
Ukraine meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan segera bagi  menghentikan aktiviti ketenteraan di zon pengecualian di sekitar loji kuasa nuklear Chernobyl.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine mengatakan bahawa pihak beliau telah menuntut Majlis Keselamatan PBB mengambil langkah segera hentikan aktiviti ketenteraan di zon pengecualian NPP Chernobyl dan menubuhkan pasukan khas PBB bagi mengelakkan kejadian yang berulang.

Loji nuklear Chernobyl, kira-kira 110 kilometer di utara Kyiv, pernah mengalami tragedi kemalangan nuklear paling teruk dalam sejarah manusia pada 26 April 1986. Pada masa ini, terdapat pelbagai risiko kerosakan terhadap struktur binaan yang dibina mengelilingi unit kuasa nuklear nombor empat Chernobyl akibat serangan dan sejumlah besar peluru menghujani kawasan itu, tambah Vereshchuk. Pegawai penyiasat Ukraine, Lyudmyla Denisova berkata bahawa kebakaran hutan juga terjadi di sekitar NPP Chernobyl yang mana meliputi lebih 10,000 hektar. Anggota bomba Ukraine tidak dapat memasuki kawasan yang dikawal tentera Rusia. Pada 24 Februari 2022 yang lepas, penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podoliak berkata tentera Rusia telah merampas loji kuasa nuklear itu.

Isu Peperangan - Krisis antara Ukraine dan Rusia
Serangan Rusia ke atas Ukraine adalah bermula pada 24 Februari 2022 yang mana telah diumumkan sendiri oleh Presiden Rusia iaitu Vladimir Putin.

Menurut profesor pengajian keselamatan di Naif Arab University for Security Sciences (NAUSS), Riyadh, Prof Madya Dr Mizan Aslan, punca ketegangan tercetus adalah daripada  beberapa tindakan oleh pihak Ukraine. Antara tindakan yang membawa kepada berlakunya krisis ini berlaku adalah hasrat pihak Ukraine unutk menyertai Nato yang mana merupakan sebuah pakatan tentera yang dianggotai negara-negara Eropah dan diketuai oleh Amerika Syarikat. Jadi, apabila mereka cuba memperluas gabungan NATO itu, sehingga ke wilayah-wilayah yang secara terus berhubung dengan Rusia, terutama sekali bagi negara-negara bekas Kesatuan Soviet, ia telah sampai ke peringkat menggusarkan Russia. Kemudian, Rusia sudah habis tempoh kesabarannya dan mula bertindak.