REFLEKSI AKTIVITI BIG-ISNIN by TESLA-0618 Yasmin Safiah Binti Said

Yasmin
Saya belajar cara buat canva

Refleksi - Alan (8/2/2021)
Pada hari pertama program BIG (Bina Insan Guru) dalam aktiviti pertama, saya telah mendapat pengalaman daripada penceramah senior. Selain itu mereka telah mengajar cara untuk menghadapi cabaran mental serta fizikal apabila sedang menjalani praktikum.

Dalila
Harini saya belajar banyakkkk perkara sejak dari pagi. Walaupun ada masalah audio sedikit masa mula-mula sesi ceramah, tapi saya berasa sangat seronok belajar tentang persediaan praktikum. Ceramah pula tidak terlalu formal. Semua santai-santai sahaja. Hehehehe

Refleksi- Anis Akmalia
Kem hari ini melatih saya untuk berdisiplin dengan masa walaupun secara maya. Saya belajar bahawa kita semua saling bergantung antara satu sama lain dan adalah harus bagi kita untuk bersedia untuk memberi kerjasama dengan rakan seperjuangan

Refleksi - Siti Munirah
Program pada hari ini berjalan dengan lancar. Saya amat berpuas hati dan berterima kasih kepada AJK Interaksi Profesional kerana menjemput dua penceramah, Cik Razreena & En. Azrai kerana telah menyampaikan ilmu yang amat berguna dari segi persediaan & teknologi yang boleh diaplikasikan untuk praktikum secara PdPR nanti. Manakala, aktiviti kraf perkhemahan juga amat bermanfaat dari segi mempelajari cara ikatan tali dan menyediakan gajet rak kasut seperti yang ditunjukkan oleh saudari Shakilah bersama ayahnya. Akhir sekali, sesi LDK juga amat bermanfaat dari segi melihat kesan guru yang seimbang kepada sekolah & komuniti.

Refleksi- Nur Kamilia
Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi hari pertama program BIG berjalan dengan lancar. Aktiviti pertama dimulakan dengan taklimat daripada kem komanden iaitu Yasmin dan seterusnya aktiviti kedua iaitu interaksi profesional bersama dua tetamu jemputan yang berkongsi pengalaman serta tips yang boleh diaplikasikan untuk praktikum yang akan datang. Saya juga dapat mempelajari menggunakan aplikasi baharu yang dipanggil obs dan ianya amat menarik dan saya yakin mampu menarik perhatian murid untuk sesi pdp. Perkongsian mengenai kraf perkhemahan juga menarik dan sesi LDK sebentar tadi juga bermakna dan bermanfaat untuk digunakan pada masa akan datang.

Refleksi- Siti Farah Nazurah
Program pada hari ini berjalan dengan lancar mengikut jadual tentatif yang telah disediakan namun terdapat juga halangan seperti masalah dengan internet tetapi segala informasi dan ilmu berjaya juga disampaikan dengan jayanya. Saya juga rasa berpuas hati dengan semua AJK  yang terlibat pada hari ini kerana bertungkus-lumus menjemput penceramah dari luar untuk menyampaikan tips yang berguna kepada saya terutama sekali dalam topik aplikasi OBS. Walaupun dalam maya perasaan saya seperti sedang berada di perkhemahan yang sebenar.

Refleksi- Noor Shakilah
Untuk hari pertama program BIG secara maya, saya belajar mengenai cara pengurusan untuk mengkelola aktiviti secara maya. walaupun kami tinggal di rumah masing-masing namun kami dapat berkongsi ilmu mengikut slot yang telah ditetapkan di dalam jadual. slot interaksi profesional mengajar saya cara untuk mengajar para pelajar secara maya dan belajar menggunakan platform OBS. seterusnya selaku AJK kraf perkhemahan saya berasa gembira dapat berkongsi ilmu dengan rakan sekelas dan berharap ilmu yang dikongsi boleh memberi manfaat kepada semua.

Refleksi- Ezzatul Najla
Bagi hari pertama program BIG secara maya ini, saya telah mendapat pelbagai input yang amat berguna di mana ia dapat membentuk diri saya menjadi seorang guru yang seimbang. sebagai contohnya, bagi slot Interaksi Profesional,  ia membantu saya menjadi seorang yang berpengetahuan dengan tips 4s daripada Cik Razreena dan aplikasi OBS dan Canva daripada En. Azrai. Bagi aktiviti kraf perkhemahan pula, ia membantu saya menjadi seorang yang kreatif kerana ia mengajar saya tentang gajet perkhemahan serta ikatan dan simpulan. slot LDK juga menolong saya untuk berfikir secara matang dengan aktiviti yang bermanfaat. walaubagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan tadi bagi slot taklimat komandan kerana kita mulakan aktiviti lambat sedikit yang mungkin disebabkan oleh ia merupakan slot pertama bagi BIG kali ini.  namun, penambaikan boleh dilakukan dengan memastikan kesemua bahan yang digunakan dan peserta bersedia lebih awal. slot IP juga boleh dipanjangkan terutama bagi penceramah kedua kerana masa yang sedikit boleh membataskan ilmu yang ingin dipelajari.

Audrey
Pada hari pertama bagi Bina Insan Guru (BIG), saya telah mempelajari banyak pengetahuan dari kedua-dua penceramah tentang tips semasa practicum dan menambah ilmu tentang penggunaan aplikasi baru iaitu Obs. Pengetahuan yang dikongsi oleh mereka telah meningkatkan kemahiran saya sebagai guru pelatih dalam menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah yang bakal berlaku.

Refleksi-Siti Najwa
Hari Pertama BIG pada hari ini berjalan dengan lancar. Walaupun mengalami masalah Internet, perkara tersebut tidak menghalang saya untuk menimba ilmu. Saya sejujurnya amat gemuruh kerana akan menjalani praktikum pada minggu hadapan lagi lagi secara maya. Melalui perkongsian daripada kedua-dua penceramah, saya semakin bersemangat untuk mengajar walaupun bukan mudah. Selain itu juga, saya juga dapat mangasah lagi bakat dalam aspek kraf perkhemahan. Saya berasa amat bersyukur kerana slot interaksi profesional yang saya kendalikan berjalan dengan lancar disebabkan pertolongan dan kerjasama semua. Mencari penceramah dalam masa yang amat amat singkat sangat menguji minda dan tekanan. Namun, alhamdulillah dengan bantuan semua rakan, saya berjaya menghadapinya

Refleksi- Nurul Husna
Hari pertama BIG ini telah banyak mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang lebih baik pada masa akan datang. Melalui program pada hari ini, saya dapat menimba pengalaman menjadi seorang MC buat pertama kalinya dalam hidup saya dan ini merupakan salah satu pencapaian bagi saya. Selain itu, saya jugak banyak menimba ilmu daripada penceramah penceramah jemputan kita pada hari ini mengenai cara untuk conduct PDPR dan juga kaedah pengajaran menggunan OBS x Canva.

Refleksi- Cai Xin
Hari pertama Program Bina Guru (BIG) telah banyak mengajar saya tentang profesionalisme guru melalui sesi perkongsian interaksi profesional dan saya belajar bahawa perkhemahan maya adalah mampu untuk dilaksanakan dengan mempunyai disiplin serta kerjasama semua pihak. Program hari ini berjalan dengan lancar walaupun kami agak kelam-kabut pada permulaan program pagi tadi. Saya amat berterima kasih kepada AJK Interaksi Profesional atas penganjuran sesi perkongsian dengan Cik Razreena dan Encik Azrai. Melalui sesi perkongsian ini, saya banyak menimba ilmu pengetahuan dari segi penyediaan bahan pengajaran dan cara menyediakan diri untuk praktikum yng bakal saya jalani mulai minggu depan. Selain itu, kami belajar tentang kraf perkhemahan seperti cara ikatan dan beberapa contoh kraf telah ditunjukkan seperti rak kasut dan ampaian. Akhirnya, kami berbincang tentang kesan guru yang seimbang kepada sekolah, ibu bapa, komuniti dan masyarakat pada sesi LDK. Sesi ini membantu kami untuk berfikir dengan lebih mendalam untuk menjadi seorang guru yang baik dan seimbang dalam empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Refleksi- Hazim
Hari pertama program Bina Insan Guru ini adalah amat bermanfaat bagi saya terutamnya dari aspek pembentukan kemahiran saya sebagai guru. Hal ini jelas dapat dilihat dalam aktiviti pertama iaitu Interaksi profesional yang melibatkan ceramah daripada 2 guru yang berpengalaman. Input yang mereka berikan membolehkan saya untuk menjadi lebih kreatif dalam penghasilan bahan pembelajaran. Selain itu, aktiviti kraf perkemahan yang dilaksanakan pada hari tersebut juga telah mendedahkan saya dengan cari ikatan dan simpulan yang betul. Pendedahan ini bagi saya adalah sangat penting kerana ilmu yang disampaikan ini boleh dipraktikkan dalam pelbagai situasi kecemasan

Refleksi - Sherene Ho
BIG secara maya yang hari pertama ini berjalan dengan lancar. Kami kelas A semua dapat hadir depan laptop pada masa yang telah ditetapkan dan saya berasa gembira apabila nampak muka-muka yang hampir setahun tidak jumpa. Kami telah dapat belajar banyak walaupun perkhemahan secara maya kerana terdapat penceramah yang sangat baik dan membawa ilmu pengetahuan baru kepada saya mengenai benda IT iaitu OBS studio x Canva dan tips-tips sebelum melakukan praktikum. Para rakan saya juga menunujukkan video yang amat menyeronokkan kerana mereka membuat demonstrasi cara memikat pelbagai ikatan dan simpulan. Kami semua telah menyediakan tali masing-masing dan belajar cara membuat kraf perkhemahan secara atas talian bersama. Sesi LDK pula membolehkan saya berfikir secara lebih matang dan ini sangat bermanfaat kepada saya supaya dapat berkongsi idea dengan rakan.

Refleksi - ikhtidar
Hari ini BIG secara maya, banyak benda baru saya belajar. Termasuklah perkara2 yang boleh digunakan oleh saya untuk mempraktikkan dalam.kehidupan dan semasa mengajar.

Refleksi-Noorshazwani
Pada mulanya saya sangat takut kerana ini BIG kali pertama dijalankan secara maya dan saya tidak dapat bayangkan bagaimana ia akan dijalankan. Walau bagaimanapun, AJK yang bertugas hari ini sangat rajin dan berusaha dalam menjalankan program ini berjalan dengan lancar. Aktiviti pertama iaitu tazkirah pagi dan taklimat kem komander berjalan dengan lancar. Saya memahami mengenai beberape perkara seperti peraturan di kem dan pengerusi program ini juga menanyakan progress setiap AJK. Seterusnya, aktivitui kedua iaitu interaksi profesional sangat menarik. Terdapat beberapa isu teknikal seperti suara bertindan tetapi AJK yang bertugas menyelesaikan isu dengan tepat. Perkongsian daripada dua bekas pelajar IPG dan juga guru membuka mata saya mengenai tanggungjawab seorang guru. Aktiviti 3 iaitu kraf perkhemahan sangat menarik terutamanya tayangan video cara membuat rak kasut. Aktiviti yang diadakan iaitu membuat ikatan menggunakan google meet sangat efektif kerana disitu peserta dapat belajar cara membuat ikatan yg betul. Akhir sekali, sesi LDK 1, refleksi dan taklimat SOP berjalan dengan lancar. Saya harapkan aktiviti esok bertambah baik. Oleh sebab hari ini hari pertama maka terdapat sedikit masalah teknikal. Diharapkan hari seterusnya, masalah ini akan berkurangan.

Refleksi - dhia melati (8/2/2021)
Perkhemahan maya bermula seawal 8 pagi dengan mendengar taklimat yang diberi oleh pengerusi (yasmin) kemudian kami teruskan interaksi profesional bersama cik razreena dan juga encik azrai yang bertajuk 4s untuk praktikum dan obsxcanva yang serba sedikit memberi pencerahan dan persediaan terutama untuk kami bakal guru yang akan menjalani praktikum selama 3 bulan bermula pada minggu hadapan. Perkongsian ilmu dari mereka berdua amat bermakna dan boleh digunakan kelak. Seterusnya kami beralih ke aktiviti seterusnya iaitu kraf perkhemahan, terdapat banyak gadjet serta ikatan yang dapat saya pelajar, saya melihat pelbagai jenis ikatan dan gadjet yang boleh diguna pakai ketika di dalam hutan. Kemudian, kami meneruskan dengan refleksi aktiviti serta taklimat sop untuk hari seterusnya. Ianya satu pengalaman yang lain daripada lain tetapi ianya merupakan pengalaman yang membuat kami lebih berfikiran matang dalam menyelesaikan masalah tak kira dalam apa bentuk jua.

Refleks - Nor Nabilah
Perkhemahan Bina Insan Guru BIG yang dijalankan secara maya bermula seawal jam 8 pagi. Aktivti diawali dengan taklimat oleh pengerusi BIG iaitu saudari Yasmin dan diikuti pula dengan slot interaksi professional oleh senior Institut Pendidikan Guru iaitu Cik Razreena daripada IPGKBA dan Encik Azrai daripada IPGKDA. Kedua-duanya merupakan graduan cemerlang dan masing-masing berkongsi tips bagi menyiapkan menghadapi praktikum yang bakal dihadapi. Sebagai contoh, Cik Razreena menekankan aspek 4S yang dikira penting bagi menyesuaikan keadaan di sekolah manakala Encik Azrai memberikan pendedahan kepada teknologi OBSstudio yang boleh digunapakai untuk mengedit bahan mengajar terutamanya dalam menjalani PdPR. Seterusnya, kami beralih kepada slot seterusnya iaitu kraf. Kami belajar jenis-jenis ikatan dan simpulan asas.
Kesimpulannya, hari pertama BIG adalah sangat bermanfaat dalam membina kami untuk menjadi seorang guru berdedikasi dan serba boleh.

Refleksi- Abida Khadija
Perjalanan Program BIG secara maya pada hari pertama berjalan dengan lancara dan semua siswa-pendidik menepati masa. Program dimulakan dengan taklimat daripada pengerusi BIG, Yasmin. Aktiviti disambungkan dengan sesi interaksi nasional bersama alumni IPKBA, Cikgu Razreena yang berkongsi 4s sebagai seorang guru. Pelbagai input dari Cikgu Razreena yang amat penting untuk dipraktikkan sebagai seorang guru pada masa akan datang. Input ini juga bersesuaian untuk digunakan semasa praktikum walaupun siswa-pendidik Ambilan Jun 2018 menjalani praktikum secara maya. Sesi interaksi nasional diteruskan bersama penceramah kedua iaitu Cikgu Azrai dalam perkongsian penyediaan bahan PdPr menggunakan Obs X Canva. Pendedahan penggunaan platform tersebut sangat membantu siswa-pendidik yang akan menjalani praktikum secara maya. Sesi interaksi nasional   tersebut sangat bermanfaat dan menarik. Seterusnya, slot pada pukul 12.30 tengah hari adalah slot kraf perkhemahan. Pada slot ini kami didedahkan dengan jenis ikatan dan simpulan asas. Keseluruhannya, BIG secara maya pada hari pertama berjalan dengan lancar dan mampu memberikan kebaikan dalam pembentukan bakal guru yang berdaya saing dan juga berkemahiran tinggi.

Refleksi - Lailatul Shuhada
Perkhemahan Bina Insan Guru pada hari pertama yang dijalankan secara maya telah memberi banyak input dan pengetahuan baharu. Salah satunya adalah cara mengendali dan mengakses aplikasi OBS yang sangat membantu untuk menjalani sesi praktikum minggu hadapan secara PdPR. Selain daripada itu, terdapat beberapa masalah teknikal semasa membentangkan bahan AJK seperti masalah internet yang perlahan dan menjadikan sesi pembentangan tidak lancar. Terdapat juga beberapa masalah lain seperti kekeliruan dalam memahami jadual pergerakan pensyarah dan tentatif harian, namun semua isu telah berjaya diselesaikan. Akhir sekali, secara keseluruhannya, hari pertama program BIG secara maya telah berjalan seperti yang dirancang serta memberi banyak manfaat kepada kami semua.