FIQH AL-MUAMALAT by U2000392 STUDENT

INSAN YANG HENSEM
Assalmualaikum W.B.T, Alhamdulillah dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T yang telah membantu saya dalam melaksanakan tugas E-Portfolio ini.

NAMA: HAIRUL AQIL BIN HAIRULAZMI (U2000392/2)

SUBJEK: FIQH AL-MUAMALAT (IIP2002)

JABATAN: LAJNAH SIASAH SYARIYYAH

ASAL: SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

CITA-CITA: INGIN MENJADI INSAN YANG MAMPU BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DAN KELUARGA SEBAGAIMANA SEKARANG SAYA MELIBATKAN DIRI DALAM PALAPES LAUT UM

REFLEKSI TOPIK PEMBELAJARAN KE-5
Pada akhir pembelajaran pada minggu kelima ini, saya dapat mengetahui konsep harta dengan lebih mendalam dari segi takrifan dan juga pembahagian harta itu sendiri.

Terdapat pelbagai definisi harta yang telah disebut oleh ramai ulama' antaranya dari para fuqaha'
iaitu " 1. benda yang boleh dimiliki. 2. benda yang boleh dimanfaatkan"

Sehubungan dengan takrif tersebut , kita dapat membuat kesimpulan :
1- sesuatu yang kita miliki dan boleh diambil manfaat daripadanya seperti rumah,tanah,dan lain-lain, boleh disifatkan sebagai harta
2- sesuatu benda yang belum kita miliki, tetapi berkemungkinan untuk memilikinya juga dianggap sebagai harta. Contohnya, burung di udara, kita berkemungkinan untuk mendapatkannya dan ianya dianggap sebagai harta.
3- sesuatu yang tidak boleh dimiliki walaupun boleh dimanfaatkan seperti udara, cahaya dan lain-lain tidak dianggap sebagai harta.
4- sesuatu yang tidak boleh dimanfaatkan walaupun boleh dimiliki seperti sebiji beras, tidak dianggap sebagai harta.
5- sesuatu yang ditegah syara' daripada dimanfaatkan tidak dianggap sebagai harta seperti bangkai yang ditegah oleh syara' untuk dimanfaatkan.

Seterusnya, terdapat 3 jenis harta yang saya fahami , iaitu :
1- Harta Alih (العقارات) dan Tak alih (المنقولات) . Harta العقارات bererti harta yang tetap dan tidak boleh dipindahkan ke satu tempat yang lain seperti tanah. Manakala harta المنقولات pula ialah harta yang boleh pindah tempat seperti kereta.

2- Harta serupa dan senilai
(المثلي والقيمي)
- Harta المثلي ialah harta yang ada persamaan dengan harta lain di pasaran, samada dari segi bentuk dan nilai. Harta ini dinilai dari sukatan, timbangan, atau bilangan
- Harta القيمي ialah harta yang tidak ada persamaan dengan harta lain di pasaran , dari segi nilai dan bentuknya. Contohnya, duit syiling zaman Romawi.

3- Harta yang bernilai dan tidak bernilai (المال المتقوم والمال غير المتقوم)
- المال المتقوم ialah harta yang boleh dimiliki dan dibenarkan oleh syara' untuk diambil manfaat daripada harta tersebut seperti kereta
- المال غير المتقوم ialah harta yang tidak dibenarkan oleh syara' untuk mengabil manfaat daripadanya seperti khinzir atau harta yang masih belum dimiliki seperti burung di udara.

PETA MINDA 1

PETA MINDA 2

PENGALAMAN PERTAMA
Untuk pengetahuan semua, sebenarnya tugasan secara e-portfolio adalah sesuatu benda yang baharu juga buat saya. Selama ini tidak pernah ada pengalaman menggunakan medium ini. Selepas mendapat tahu tentang keberadaan dan kaedah penggunaan e-portfolio ini, menyebabkan saya lebih tertarik dan minat menggunakannya lebih lagi. Sebagaimana yang dapat kita lihat, saya dapat menulis apa sahaja yang saya mahukan. Seolah-olah tempat ini adalah tempat nota saya yang kedua. Jadi, saya juga dapat menyusun nota-nota berikut dengan lebih kreatif dan kemas. Perkara ini juga memudahkan saya untuk membaca dan murajaah semula tajuk-tajuk yang telah pun dipelajari. Kata Akhir dari saya,
" SAYA SANGAT SERONOK MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN E-PORTFOLIO INI "

REFLEKSI TOPIK PEMBELAJARAN KE-8
TA’RIF AL-AHLIYYAH

Al-Ahliyyah boleh didefinasikan dari segi bahasa dan istilah:

a) Bahasa

Al-ahliyyah dari segi bahasa ialah kelayakan, keahlian. Ia berasal dari perkataan ahl, iaitu orang yang layak atau berkeahlian dalam sesuatu perkara.

b) Istilah

Al-ahliyyah dari sudut istilah ialah kelayakan seseorang untuk menerima segala hak dan tanggungjawab yang disyariatkan keatasnya.

Menurut Doktor Wahbah Az-Zuhayli, al-Ahliyyah dari sudut istilah ialah kelayakan individu bagi mensabitkan penerimaan hak-hak yang disyariatkan baginya, kewajipan ke atasnya, dan sihat atau sah tasaruf daripadanya .

Menurut Doktor Abdul Razaq Hassan, al-Ahliyyah dari sudut istilah ialah keahlian individu bagi mendapatkan hak-hak dan membawa kepada kesungguhan serta membangunkan secara langsung tasaruf (perbelanjaan) yang daripada urusan-urusannya mendapatkan hak-hak.

1.0)PEMBAHAGIAN AHLIYYAH

Ahliyyah terbahagi kepada 2 iaitu, yang pertama Ahliyyah Al-Wujub dan yang kedua Ahliyyah Al-Ada’.

1.1)Ahliyyah Al-Wujub ialah kelayakan seseorang bagi kemestian atau keahlian individu bagi mensabitkan hak-hak baginya seperti hak-hak nilai. Ahliyyah ini merupakan kehidupan atau sifat kemanusiaan, maka setiap insan semasa janin dalam perut ibunya baginya ahliyyah al-wujub.

Ahliyyah Al-Wujub ini terbahagi kepada dua:

1.1.1)Ahliyyah Al-Wujub Al-Kamilah
Iaitu kelayakan individu bagi mensabitkan hak-hak menerima yang sempurna.
Berbeza dengan Naqisah dari sudut penerimaan haknya kerana terus menerus tanpa tergantung dengan keadaan tertentu. Peringkat manusia yang sabit dengan kelayakan ini ialah bayi yang baru dilahirkan sehingga akhir hayatnya.

1.1.2)Ahliyyah Al-Wujub Al-Naqisah
Iaitu kelayakan menerima hak yang tidak sempurna.
Kelayakan seseorang individu bagi mensabitkan hak-hak baginya sahaja iaitu mestilah pasti. Dalam erti kata lain, hendaklah sabit bagi janin itu wujud dalam perut ibunya sebelum dilahirkan.

1.2)Ahliyyah Al-Ada' ialah kelayakan melaksanakan atau menunaikan pengurusan syariah. Iaitu pengurusan yang memberikan kesan hukum-hukum; sah dan batal, halal dan haram. Seseorang yang melaksanakan pengurusan tersebut mestilah layak mendapat hak-hak dan jatuh keatas kewajipannya.

Tidak menjadi ahliyyah al-ada’ bagi kanak-kanak yang bukan mumayyiz yang tidak sampai umur tujuh tahun kerana akalnya masih mentah dan lemah. Tidak sah berjual beli dengannya dan segala perbelanjaannya adalah batal.

Asasnya disini Ahliyyah Al-Ada' ialah akal dan unsur pemikiran, mental diambil kira di sini. Ahliyyah Al-Ada' terbahagi kepada dua juga:

1.2.1)Ahliyyah Al-Ada' Al-Naqisah
Iaitu kelayakan melaksanakan yang tidak sempurna.
Iaitu kelayakan melaksana sesuatu pengurusan atau tindakan yang diberikan tetapi tidak kesemuanya boleh dilaksanakan secara bersendirian, ia mesti bergantung dengan pihak yang lain iaitu wali.

Al-ahliyyah jenis ini mensabitkan bagi individu pada peringkat mumayyiz selepas cukup tujuh tahun. Mereka ada kelayakan menerima yang sempurna tetapi kelayakan melaksanakan tidak sempurna.

Adapun hak-hak hamba disisi Syafi’ie dan Ahmad ialah tempoh aqad kanak-kanak dan perbelanjaan adalah batal. Adapun disisi Al-hanafiah mengatakan bahawa tasaruf harta terbahagi kepada tiga iaitu:

a. Memberi manfaat
b. Memberi kemudaratan
c. Memberi manfaat dan kemudaratan

1.2.2)Ahliyyah Al-Ada' Al-Kamillah
Iaitu kelayakan melaksanakan yang sempurna.
Iaitu kelayakan melaksanakan sesuatu pengurusan atau tindakan adalah bebas mengikut kehendaknya serta mempunyai pembangunan mental yang penuh, meskipun ada risiko dia sendiri yang akan menanggungnya.

Kelayakan ini diberikan pada peringkat baligh dan rushd kerana disabitkan juga bagi sesiapa yang telah baligh mimpi berakal iaitu baligh rashid. Maka baginya wajib bertanggungjawab setiap aqad.

2.0)HALANGAN-HALANGAN AL-AHLIYYAH

Di dalam Al-Ahliyyah terdapat beberapa halangan (‘Awarid Al-Ahliyyah) yang boleh menghilangkan kelayakan. Kewujudannya akan menghalang seseorang dari membuat transaksi dan menguruskan harta dalam beberapa keadaan tertentu.

'Awarid Al-Ahliyyah ini juga terbahagi kepada 2 keadaan:

2.1) ‘Awarid Samawiyah (halangan semulajadi) iaitu yang tiada bagi seseorang itu dalam mendapatkan ikhtiar dan memperoleh.

‘Awarid Samawiyah contohnya seperti gila, ‘atah, al-ighma’, tidur, dan sakit maut.

2.2) ‘Awarid Muktasabah (halangan yang diperoleh) iaitu yang menjadi bagi seseorang telah masuk dan ikhtiar pada penghasilannya.

‘Awarid Muktasabah contohnya seperti mabuk, safih, dan hutang.

REFLEKSI TOPIK PEMBELAJARAN KE-12
AKAD atau kontrak adalah satu simbol atau tanda wujudnya kerelaan di antara dua pihak yang berkontrak. Sighah adalah rukun yang penting dalam sesuatu akad di mana tanpanya sesuatu kontrak itu dianggap tidak berlaku.

Hal ini dapat ditelusuri menerusi firman Allah dan sabda Nabi SAW. Antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: Melainkan yang halal (kamu makan), bahawa harta benda perniagaan itu, dilakukan rela sama rela di antara kamu. (an-Nisa': 29).

Demikian juga sabda Nabi SAW, daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Kedua pihak yang berjual beli tidak boleh berpisah kecuali setelah adanya kerelaan di antara keduanya". (riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Sighah atau secara mudahnya disebut sebagai lafaz akad adalah merupakan salah satu rukun yang mesti wujud pada sesuatu kontrak. Para ulama sepakat bahawa ketiadaan sighah akan menjejaskan akad yang dimeterai. Ini bermakna, sesuatu kontrak itu tidak akan sah tanpa berlakunya sighah.

Sighah mengandungi dua komponen iaitu ijab dan qabul yang diungkapkan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak.

Ijab adalah memberi tawaran sesuatu supaya diterima. Sebagai contoh, "Aku jual barang ini kepada engkau dengan harga RM100", "Barang ini untuk engkau dengan harganya RM200".

Qabul pula adalah menerima. Sebagai contoh: "Aku beli barang ini dengan harga RM100" atau "Aku terima barang ini dengan harga RM200".

Ungkapan tersebut boleh berlaku sama ada melalui perkataan, tulisan atau isyarat. Dengan syarat sighah itu mestilah jelas dari semua aspek.

Sekiranya ada berlaku sesuatu yang tidak jelas dalam sighah akad tersebut, boleh menyebabkan akad itu terbatal. Hal ini demikian kerana, tergolong dalam kecacatan dalam kotrak dan mendatangkan khiyar dalam akad tersebut.

Antara contoh-contoh perkara yang mencacatkan akad ialah:

1)    SILAP ATAU KHILAF ((الغلط

2)    PAKSAAN ((الأكراه

3)    PENIPUAN (التدليس)

4)    PENYELEWANGAN ITEM PERTUKARAN (الغبن)