KUMPULAN 7 by MUHAMMAD NASEEM AZMAN

KAEDAH PEMBELAJARAN SAYA & REFLEKSI
Pengalaman yang sangat menarik setelah mengetahui kaedah pembelajaran saya. Sebelum ini selalu terdengar berkaitan dengan perkara ini namun tiada usaha untuk mengetahui kaedah tersendiri. Alhamdulillah, dengan pautan yang disediakan oleh Dr Shahidra, dapat saya kenali bahawa saya seorang pelajar 'Tactile' dan saya berharap dapat memaksimumkan potensi diri dalam menuntut ilmu mengikut tips yang disediakan oleh pautan tersebut.

MINGGU 1 (KONSEP JENAYAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM)
Pada minggu pertama kuliah, Isnin (9/10/23) fokus utama yang kami dapat ialah perbezaan antara (الإثم والجريمة والجناية). Perbezaan ketiga-tiga lafaz ini dapat dilihat melalui takrifannya. (الإثم) bermaksud semua perbuatan yang berdosa sama ada terdapat hukumannya di dunia atau tidak. (الجريمة) pula ialah perbuatan yang dilarang oleh syariat Islam yang terdapat hukuman di dunia sama ada hudud, qisas dan ta'zir. Manakala (الجناية) bermaksud perbuatan yang dilarang oleh syariat Islam yang terdapat hukuman di dunia namun hanya terhad kepada hukuman qisas sahaja.

Maka, dapat disimpulkan di sini bahawa (الإثم > الجريمة > الجناية) di mana (الإثم) merupakan yang paling umum manakala (الجناية) ialah yang paling khusus dan (الجريمة) terletak di antara kedua lafaz tersebut.

Selain itu, jenayah juga dibahagikan kepada 3 jenis iaitu hudud, qisas dan ta'zir. Definisi bagi setiap lafaz ini akan menghasilkan perbezaan yang ketara antara ketiga-tiganya.

Hudud : Suatu hukuman yang telah ditetapkan oleh nas kerana menyentuh hak Allah (hak masyarakat).

Qisas : Suatu hukuman yang telah ditetapkan oleh nas kerana menyentuh hak individu.

Ta'zir : Suatu hukuman yang tidak ditetapkan oleh nas bahkan ditentukan oleh pemerintah demi kemaslahatan individu dan masyarakat.

Justeru, dapat kita simpulkan bahawa terpadat dua dimensi yang membezakan antara hudud, qisas dan ta'zir iaitu dari segi ketetapan hukumannya oleh nas dan dari segi menyentuh hak individu atau masyarakat.

MINGGU 9 (NIAT JAHAT DAN KEPENTINGANNYA)
Niat memainkan peranan yang penting dalam segala aspek. Hal ini dikatakan demikian kerana niat boleh membezakan sama ada perbuatan itu ialah ibadah atau tidak. Bukan itu sahaja, jika dilihat dari sudut perbuatan jenayah, niat turut mempengaruhi bentuk perbuatan tersebut. Perbezaan pada bentuk perbuatan pula memberi kesan kepada balasan atau hukuman yang bakal dikenakan.

Niat dalam jenayah dibahagikan kepada 3 dan setiap satu daripadanya dipecahkan kepada 2 seperti berikut:

1) Niat Am dan Khas.

Bahagian ini digunakan untuk menentukan sama ada individu tersebut melakukan jenayah. Niat khas eksklusif untuk jenayah qisas, diyat dan mencuri manakala niat am cukup untuk segala jenis jenayah.

2) Niat Muaiyan dan Ghair Muaiyan.

Bahagian kedua menumpukan kepada mangsa jenayah. Sekiranya mangsa jenayah ditentukan sebelum jenayah berlaku sama ada secara spesifik atau tidak, maka niat tersebut ialah muaiyan. Jika sebaliknya, maka niat ghair muaiyyan.

3) Niat Mubasyarah dan Ghair Mubasyarah.

Bahagian terakhir pula menentukan sama ada niat tersebut terus membawa kepada jenayah atau tidak. Niat membunuh dengan menikam menjadi mubasyarah kerana niat tersebut secara langsung kepada jenayah. Sebaliknya, jika niat tersebut tidak pasti membawa kepada jenayah, maka menjadi ghair mubasyarah.

Selain itu, niat dan motif merupakan dua perkara yang berbeza. Motif lebih tertumpu kepada sebab pelaku itu melakukan jenayah seperti ingin membalas dendam atau mempertahankan diri.

Perbezaan ini menghasilkan bentuk jenayah yang berbeza tetapi tehad kepada jenayah ta'zir sahaja bagi motif melakukan jenayah. Bagi niat, maka seluruh jenis jenayah berubah bergantung pada niat.

PENGALAMAN AWAL BELAJAR DENGAN KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM SUBJEK INI
Semasa minggu pertama, kelas dijalankan secara fizikal dan kami didedahkan dengan maklumat kursus Fiqh Jinayat seperti objektif pembelajaran,tajuk-tajuk yang dipelajari, perjalanan kuliah sepanjang semester dan banyak lagi. Dengan adanya penerangan seperti ini, ianya serba sedikit membantu kami untuk lebih mudah memahami secara kasar sebelum memulakan pembelajaran topik yang pertama. Kami juga dibekalkan oleh Dr Shahidra satu pautan dimana kami boleh mengetahui kaedah pembelajaran yang sesuai bagi kami. Setiap orang mempunyai kaedah pembelajaran yang tersendiri.

Terdapat juga kelas yang diadakan secara atas talian disebabkan perkara-perkara tertentu. Pada pendapat kami, ianya memberi kesan yang positif kerana kami sebagai pelajar tidak perlu untuk datang ke fakulti dan ianya mampu menjimatkan masa. Sesi pembelajaran juga mudah difahami walaupun ianya secara atas talian. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa orang pelajar yang sukar untuk mengikut kelas disebabkan capaian internet yang kurang memuaskan tetapi perkara ini dapat diselesaikan kerana perjalanan kelas secara atas talian ini boleh dirakam dan dimainkan semula pada lain masa.

Justeru, kaedah pembelajaran subjek ini yang dijalankan secara fizikal dan atas talian mempunyai fleksibiliti kepada pelajar. Tidak lupa juga bahawa tugasan bertulis yang dilakukan secara e-portfolio membuka mata kami terhadap gaya penulisan yang lebih teratur kerana telah dibahagikan mengikut tajuk bagi setiap ruangan.

KAJIAN KES PERTAMA
MUBASYARAH

Berdasarkan kes samun dalam keratan akhbar Astro Awani, seorang individu yang dikenali seorang duda dan mempunyai dua orang anak telah menyamun seorang wanita warga emas di lobi layan diri.

Duda tersebut telah mengambil dan melarikan sebuah beg tangan yang mengandungi barang peribadi serta wang tunai RM200 milik seorang ibu tunggal.

Kes samun ini telah dihukumkan sebagai jenayah perbuatan secara langsung (mubasyarah) kerana dia telah mengambil harta orang lain tanpa adanya perantaraan.

Bagi hukuman perbuatan samun ini , ianya dihukumkan dengan hukuman takzir iaitu hukuman penjara selama 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Kesimpulannya , perbuatan samun tersebut merupakan sebab (illah) kepada jenayah yang dilakukan oleh duda tersebut tanpa adanya perantaraan.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/duda-dipenjara-tiga-tahun-samun-wanita-warga-emas-di-dobi-layan-diri-399217

SABAB

Menurut laporan akhbar Berita Harian, seorang pelajar berusia 13 tahun telah meletakkan racun dalam makanan rakannya sehinga menyebabkan mangsa terebut terpaksa menerima rawatan di Hospital Sri Aman.

Perbuatan pemangsa tersebut yang meletakkan racun dalam makanan tersebut merupakan satu jenayah melalui perbuatan sabab. Ini kerana perbuatan pelajar tersebut merupakan jenayah yang menggunakan perantara iaitu racun yang menjadi illah kepada kecederaan yang dialami oleh mangsa.

Laporan akhbar menyatakan bahawa pelaku jenayah akan disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan. Menurut Islam pula, pelajar tersebut akan dikenakan hukuman ta'zir kerana mencederakan seseorang secara sabab.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/07/304451/racun-kawan-kerana-tak-tahan-dibuli-polis

SYARAT

Berdasarkan kes kemalangan jalan raya daripada keratan akhbar Berita Harian, dua individu telah disahkan maut kerana merempuh lori kontena yang sedang parkir di bahu jalan dari arah belakang. Kes maut ini dihukumkan sebagai jenayah melalui perbuatan syarat kerana menepati takrifnya iaitu:

Perbuatan yang bukan jenayah namun kewujudannya menyebabkan kepada perbuatan lain yang membawa kepada jenayah.

Apabila ditelusuri kronologi kes ini, dapat dikenal pasti setiap perbuatan yang dilakukan dalam kemalangan tersebut seperti berikut:

1) Memarkirkan lori kontena di bahu jalan - Perbuatan bukan jenayah bunuh tetapi kewujudannya mendatangkan perbuatan lain yang mengakibatkan jenayah bunuh.

2) Melanggar lori kontena - Perbuatan yang membawa kepada jenayah bunuh hanya kerana kewujudan lori kontena di bahu jalan.

Bagi hukuman untuk perbuatan ini, pemandu lori kontena akan dikenakan  dua (2) hukuman ta'zir kerana memarkirkan kenderaan pada tempat yang dilarang dan mengakibatkan kemalangan jalan raya susulan perbuatan pertama pemandu lori kontena tersebut.

Kesimpulannya, dapat kita fahami bahawa perbuatan memarkirkan lori kontena di bahu jalan menjadi syarat kepada berlakunya jenayah bunuh kerana perbuatan lain yang mendatang iaitu melanggar lori kontena tersebut.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/09/1004397/dua-maut-kereta-langgar-lori-parkir-di-bahu-jalan

PENGALAMAN MELAKSANAKAN TUGASAN BERKUMPULAN & REFLEKSI
Kami dapat melaksanakan tugasan berkumpulan dengan mudah dan faham kerana masing-masing memberikan kerjasama yang baik. Kami mendapat tajuk "Niat Jenayah dan Gambarannya" untuk dibentangkan di dalam kelas tutorial dan kami dapat melaksanakan tugasan dengan sempurna. Kami mengagihkan tugasan dengan adil untuk setiap orang. Semasa sesi pembentangan pula,ianya berjalan dengan lancar kerana setiap orang faham dan mampu menjawab soalan yang berkaitan dengan tajuk pembentangan.

Untuk melakukan padlet kami saling membantu dalam memahami tetapan dan fungsinya. Kami turut saling  memberikan tunjuk ajar antara kami untuk melakukan padlet dari pelbagai aspek contohnya cara menggunakan padlet dan mengagihkan tugasan. Setiap daripada kami juga memberikan kerjasama supaya tugasan menyediakan padlet ini dapat disiapkan sebelum tarikh akhir penghantaran.

Oleh itu, kami dapat menyediakan dan menyiapkan semua tugasan dengan jayanya walaupun kami tidak pernah bersama melakukan kerja dalam satu kumpulan.

PENGALAMAN MELAKUKAN PENILAIAN KENDIRI DI MINGGU 14 & REFLEKSI
Pada minggu 14, kelas dijalankan secara fizikal dan kami melakukan kuiz iaitu 30 soalan objektif tetapi secara online.Selepas selesai 30minit menjawab kuiz kami melangsung kuliah seperti biasa. Ini merupakan kuliah yang terakhir bagi kami bersama Dr.Shahidra. Sepanjang 14 minggu belajar, kami dapat mempelajari pelbagai ilmu baru yang dicurahkan oleh dr. Bahkan kami juga dapat menggunakan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan kami menggunakan pautan yang diberi oleh Dr.Shahidra. Kami percaya bahawa kaedah yang digunakan oleh kami ini bukan sahaja dapat digunakan untuk kursus ini, tetapi untuk kursus yang lain juga. Pada minggu ini, kami mengulangkaji tajuk-tajuk yang telah dipelajari dari minggu pertama hingga minggu 13. Ulangkaji ini serba sedikit dapat membantu kami untuk menempuhi peperiksaan yang akan datang. Dalam masa yang sama juga kami dapat mengetahui kelemahan masing-masing dalam kursus ini. Oleh itu, kami dapat memberi perhatian yang lebih terhadap topik-topik yang kurang difahami.

MINNGGU 10 (KESAN JAHIL, SILAP DAN LUPA TERHADAP TANGGUNGJAWAB JENAYAH)
JAHIL:

Individu yang jahil tidak diberikan keuzuran sekiranya dia telah baligh dan berakal dan mudah baginya untuk mengetahui tentang perkara yang diharamkan. Tidak diwajibkan baginya untuk mengetahui pengharaman tersebut secara hakiki bahkan cukup sekadar mampu baginya untuk mengetahuinya. Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh iaitu (لا يقبل في دار الإسلام يجهل الأحكام)

Jahil dibahagikan kepada 2 iaitu Jahlu bil Ahkam dan Jahlu bil Waqi' (sama dengan silap). Jahlu bil Ahkam pula dibahagikan kepada 2 iaitu Jahlu Nas (tidak mengetahui dalil pengharaman) dan Khata' fi Tafsir (salah memahami maksud dalil). Kedua-dua jenis ini tidak memberikan keuzuran kepada pelaku jenayah seperti mana yang telah dinyatakan di atas.

SILAP:

Kesilapan ialah melakukan sesuatu perbuatan tanpa kehendak atau keinginan pelakunya. Contohnya, ialah pemburu yang ingin menembak burung namun tersasar lalu terbunuh individu lain tanpa kehendak pemburu tersebut. Walaupun pemburu tesebut tersilap tembak, namun dia tetap bertanggungjawab terhadap kecederaan atau kematian yang berlaku kepada mangsa tersebut.

Hal ini dikatakan demikian kerana kesilapan hanya dianggap sebagai satu keuzuran pada jenayah hudud dan ta'zir, maka tidak bertanggungjawab bagi pelakunya namun perkara sebaliknya berlaku pada jenayah hudud.

LUPA:

Hukum lupa bagi pelaku jenayah dibahagikan kepada dua pandangan. Pandangan tersebut adalah seperti berikut.

Lupa merupakan keuzuran syar'i bagi setiap perbuatan.

Maka, perbuatan jenayah turut termasuk di mana pelaku tersebut bebas daripada tanggungjawab jenayah. Namun, penjenayah tetap dipertanggungjawabkan melalui undang-undang kesalahan sivil.

Lupa bukan keuzuran syar'i bagi perbuatan jenayah kecuali jenayah yang menyentuh hak Allah (masyarakat).

Oleh itu, jenayah hudud tidak menerima lupa sebagai suatu keuzuran melainkan jenayah hudud dan ta'zir sahaja akan tetapi terdapat 2 syarat yang mengikatnya. Syarat itu ialah perbuatan tersebut mestilah sesuatu kebiasaan dan tiada perkara yang mampu untuk mengingatkan pelaku yang sedang lupa.

Kesimpulannya, penjenayah tidak mudah untuk melarikan diri daripada kesalahan yang dilakukannya dengan alasan jahil, silap atau lupa. Ketiga-tiga perkara ini akan dipersoalkan secara terperinci untuk menentukan sama ada pelaku tersebut benar-benar bertanggungjawab terhadap jenayahnya dan layak dikenakan hukuman atau tidak bertanggungjawab tetapi diringankan hukumannya atau tiada langsung hukuman yang layak dijatuhkan ke atasnya

JENIS PELAJAR & REFLEKSI
Menurut keputusan di atas, saya seorang pelajar yang berada di kategori 5-9 iaitu seorang pelajar yang baik tetapi boleh mencapai tahap yang lebih daripada sekarang. Maka, saya akan berusaha untuk memperbaiki cara belajar saya dengan mempelajari tekniik-teknik belajar yang lebih berkesan serta sering bertanya kepada guru-guru bagi perkara yang tidak saya fahami berkaitan dengan subjek tersebut.

PENGENALAN DIRI
Nama : Muhammad Naseem bin Azman

Tahun : 2 (semester 1)

Jabatan : Fiqh dan Usul (Program Astronomi Islam)

Kursus : Fiqh Jinayat (IIP2003)

MINGGU 2 (UNSUR-UNSUR PENTING JENAYAH)
Setiap perbuatan jenayah tidak boleh terus dihukumkan sebagai suatu jenayah selagi mana tidak menepati rukun-rukun jenayah. Rukun jenayah terbahagi kepada 2 iaitu Rukun Khas (rukun yang wajib ada bagi jenayah tertentu) dan Rukun Am (rukun yang wajib ada pada setiap jenayah). Rukun Am pula terbahagi kepada tiga seperti berikut.

1) Rukun Syar'i

Wujudnya nas yang mengharamkan perbuatan jenayah dan menerangkan hukuman terhadap pelakunya.

2) Rukun Madi

Perbuatan penjenayah sama ada secara individu atau berkumpulan, melakukan atau pengabaian, sempurna atau tidak sempurna.

3) Rukun Adabi

Kriteria bagi individu yang bertanggungjawab terhadap jenayah yang dilakukannya dari aspek berakal, kehendak dan sengaja.

Sekiranya salah satu dari Rukun Am tidak ditemui pada penjenayah, maka individu tersebut tidak boleh dijatuhkan hukuman ke atasnya. Sebagai contoh, seseorang itu tidak boleh dihukum disebabkan oleh perbuatannya yang tiada larangan daripada melakukannya. Situasi ini bertepatan dengan kaedah fiqh iaitu (لا جريمة ولا عقوبة الا بالنص).

Nama : Ismi Hanif Haikal bin Ishak

Tahun : 2 ( semester 1)

Jabatan : sarjana muda syariah astronomi

Kursus : Fiqh jinayat ( IIP 2003)

Slogan kata : " Fikir sebelum buat "

KAEDAH PEMBELAJARAN DAN REFLEKSI
Perkara ini sangat membantu saya dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana , saya dapat mencuba sesuatu yang mungkin tidak pernah saya cuba dan akan memberi impak yang sangat positif kepada diri saya. Dengan adanya aktiviti seperti ini juga saya dapat mengetahui bahawa saya adalah seorang yang tactile. Oleh itu, saya akan mencuba untuk menggunakan kaedah yang telah dinyatakan untuk meningkatkan serta memudahkan proses pembelajaran saya.

JENIS PELAJAR DAN REFLEKSI
Menurut aktivti ini saya adalah seorang yang baik dan mempunyai tabiat yang baik. Walaupun begitu , saya tetap mesti sentiasa memperbaiki diri dalam apa juga keadaan terutamanya dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana pada masa akan datang setiap orang pasti akan menjumpai cabaran yang baharu dalam hidup mereka. Oleh itu , apa yang baik sekarang saya akan teruskan dan saya akan sentiasa mencuba untuk jadi yang lebih baik

MEMPERBAIKI KAEDAH PEMBELAJARAN DAN REFLEKSI
Pada pandangan saya, habit saya dalam pembelajaran menurut ini sudah memuaskan namun masih banyak lagi perancangan saya yang masih terapung dalam angan-angan seperi mana yang tertanda di ruangan plan to do. Maka saya akan berusaha untuk melaksanakan semua rancangan tersebut untuk memperbaiki gaya hidup pembelajaran saya agar menjadi pelajar yang lebih baik. Bagi perkara yang saya tidak berminat iaitu memperlajari subjek yang susah dahulu kemudian yang mudah dan memberi ganjaran selepas sesi pembelajaran yang berkesan, kedua-dua ini tidak berfaedah bagi saya kerana subjek yang susah perlu dipelajari banyak kali secara konsisten tanpa mengasingkan yang mudah bukannya mendahulukannya daripada yang mudah. Bagi, self reward pula, perbuatan yang mengikat individu kepada ganjaran untuk melakukan kerja lantas kerja tetap berjalan sekiranya tidak ingin membelanja diri sendiri.

Nama : Ahmad Hariz Adli Bin Rosdi

Tahun : 2 ( semester 1)

Jabatan : Sarjana Muda Syariah Astronomi Islam

Kursus : Fiqh jinayat ( IIP 2003)

KAEDAH PEMBELAJARAN DAN REFLEKSI
Menurut keputusan di atas, kaedah pembelajaran saya ialah visual. Keputusan ini sedikit sebanyak akan membantu pembelajaran saya di dalam kuliah kelak kerana tips-tips yang diberikan sangat menarik untuk dicubakan dan saya mengharapkan ia akan berkesan kepada saya.

JENIS PELAJAR DAN REFLEKSI
Menurut keputusan yang telah saya lakukan di atas, saya sedang melakukannya dengan baik sebagai seorang pelajar. Walaubagaimanapun, saya masih tidak berpuas hati dengan habit belajar saya. Jadi, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan terbaik.

PENGALAMAN KESELURUHAN MENGIKUTI KURSUS INI
Pada pandangan kami, kursus IIP2003 (Fiqh Jinayat) membuka suatu sudut pandang dan perspektif baharu dalam dimensi fikiran kami. Hal ini dikatakan demikian kerana pelbagai pengalaman dan manfaat yang kami peroleh bermula dari minggu pertama sehingga ke minggu terakhir. Antara faedah yang kami pelajari daripada pengalaman sepanjang mengikuti kursus ini adalah seperti berikut.

Kita mestilah mengkaji sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum mengulasnya tidak kira sama ada isu agama, bangsa, negara dan sebagainya. Sifat ini sedikit sebanyak tertimbul di dalam hati nurani kami apabila menyadari bahawa bukan mudah untuk menghukum seorang penjenayah bersalah. Ajaran Islam telah menetapkan untuk mengenal pasti setiap rukun am dan khas bagi mensabitkan individu itu bersalah. Mendalami suatu isu sebelum mengolahnya juga menepati kaedah fiqh iaitu (الحكم على الشيء فرع عن تصوره).

Kita hendaklah berfikir secara mendalam sebelum membuat  keputusan beserta mengawal emosi agar tidak menyesal di kemudian hari. Nilai ini kami peroleh semasa mempelajari bab niat dan motif dalam jenayah kerana hukuman atau denda ada kalanya akan dijatuhkan walau pun individu itu tidak berniat dalam melakukan jenayah. Maka, pemikiran yang matang dan pengawalan emosi yang mantap dapat mengelakkan kita daripada terlibat dalam sebarang kes jenayah yang tidak berniat namun pada hakikatnya akan dikenakan hukuman.

Kita patutlah meneruskan usaha dan perjuangan demi mencapai objektif yang telah kita pahatkan. Contohnya, kelas IIP2003 tetap diteruskan sama ada secara fizikal, atas talian atau asynchronous walau pun terdapat beberapa kesulitan agar objektif pembelajarannya dapat dicapai pada masa yang telah ditetapkan. Jiwa ini amat penting agar kita tidak mudah berputus asa serta menghargai setiap masa yang dikurniakan agar tidak tergolong dalam kelompok manusia yang rugi.

Akhir sekali, pengalaman keseluruhan mengikuti kursus ini memberi impak dan dampak yang pelbagai sama ada melalui kaedah pembelajaran mahu pun silibus yang dipelajari di dalam kuliah.

MINGGU 12 (MIND MAP LENGKAP BESERTA REFLEKSI)
https://www.mindmeister.com/app/map/3054674817?t=RlbUMBQHIe