Buat perenggan dalam menyokong hujah di bawah. by Ameerul Aswad

ADAM LAU

Tekanan yang dihadapi dalam kalangan guru semakin ketara di sekolah akibat bebanan kerja ini terutama ketika pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.Pemantauan dan gesaan

daripada pihak atasan yang menetapkan sasaran kerja atau Key Performance Indicator (KPI) yang harus dicapai oleh seorang guru menambahkan lagi tekanan yang dihadapi.Pembelajaran secara bersemuka lebih baik berbanding PdPR agar semua pelajar dapat kekal

fokus dalam menuntut ilmu. Segala permasalahan yang dihadapi dalam subjek dapat terus berhubung terus dan mendapat maklumat dengan guru secara lebih baik. Namun sistem pengajaran dan pembelajaran yang keseluruhannya disampaikan melalui rangkaian internet dan dikendalikan oleh komputer ini ternyata mengekang pertemuan secara bersemuka antara guru dengan pelajar seperti sebelumnya. Malah guru dituntut untuk berfikiran kreatif dalam menyampaikan bahan pengajaran melalui media pembelajaran dalam talian ini (Allen & Seaman, 2008).

Cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi sepanjang menjalani PdPR adalah capaian internet yang lemah dan menyukarkan pelajar memberikan sepenuh perhatian semasa kelas dalam talian (Kamaruddin, 2007). Suasana belajar di rumah bagi kebanyakan pelajar juga didapati tidak kondusif apabila ruang pembelajaran dilihat kurang selesa ditambah dengan gangguan oleh adik-beradik dan persekitaran rumah yang bising.Justeru itu, guru terpaksa memikirkan cara yang terbaik supaya maklumat dapat disampaikan dengan sempurna. Tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu (Engzell, Frey & Verhagen, 2021) ini.Guru perlu membuat banyak persediaan bahan seperti merakam video pengajaran sehinggakan perlu memperuntukkan masa berjam-jam di hadapan komputer setiap hari selain tugas hakiki menyemak latihan tugasan dan kerja rumah pelajar.

wan

Kajian - kajian menyatakan bahawa antara faktor tekanan atau stres dalam kalangan guru ialah kerenah pelajar . Hal ini dikatakan dekikian kerana , kerenah pelajar yang susah untuk dididik akan menyebabkan guru terpaksa untuk mengambil tindakan terhadap pelajar tersebut . Hal ini disokong dengan kajian Benmansour (1998) serta Pithers dan Soden (1998) yang mendapati punca utama tekanan kerja guru adalah

menjaga disiplin pelajar .

Seterusnya , faktor yang kedua ialah bebanan tugas yang banyak . Hal ini disokong dengan kajian Naylor (2001) yang menyatakan bahawa, beban tugas guru adalah punca yang menyebabkan stres yang

tinggi ke atas 644 orang guru sekolah menengah dan sekolah rendah di British Columbia . Bebanan tugasan yang banyak akan menyebabkan guru terpaksa menghadap komputer riba selama berjam - jam dan akan menyebabkan guru berasa sangat letih .

Tekanan atau stres dalam kalangan guru semakin membimbangkan pada masa sekarang. Hal ini dapat dibuktikan apabila kajian tentang stres yang dijalankan terhadap 267 guru sekolah rendah di Utara dan Timur England mendapati bahawa, 23 peratus responden berasa sangat stres dan stres yang ekstrim (Chaplain, 1995). Ini disebabkan oleh tugasan yang diberi kian bertambah dan

memberi kesan negatif ke atas guru yang mana didapati hanya satu pertiga daripada guru

yang berpuas hati dengan kerja mereka. Perkara ini akan menyebabkan para guru kurang bermotivasi untuk menjalankan tugas sekaligus memberi impak buruk kepada bidang pendidikan. Menurut kajian yang sama yang dikendalikan oleh Borg dan Riding

(1993), menunjukkan 21.3 peratus daripada 150 responden sekolah rendah dan sekolah

menengah di Malta mengalami stres pada tahap yang tinggi. Hal ini dapat menunjukkan bahawa guru-guru sememangnya terbeban dengan tugas yang berlebihan.

Selain itu, faktor salah laku dan karenah pelajar juga turut menyumbang terhadap stres guru. Tingkah laku pelajar di dalam kelas seperti kurang menghormati guru, kurang penumpuan di dalam kelas, masalah disiplin, kurang

bermotivasi dan tidak menyiapkan kerja sekolah didapati telah menyebabkan guru berasa tertekan setiap kali memasuki kelas (Fun, 2008; Kim, 2006; Tang dan Yeung, 1999;

Montgomery dan Rupp, 2005). Akibat karenah pelajar, guru sering keletihan dan tidak

bersemangat untuk mengajar. Kesukaran yang dihadapi oleh guru dalam berhadapan

dengan pelbagai karenah pelajar telah menyebabkan sebahagian guru mengalami keletihan yang melampau.

(Wai dan Kwok, 1995).

Stres boleh terjadi akibat daripada perubahan yang berlaku dalam tubuh dan mempunyai kaitan dengan alam sekeliling. Stres merangkumi stres beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya (Hussin, 2007).

Menurut Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan, kekangan masa dan sumber, dan hubungan interpersonal. Keadaan ini juga berlaku di Malaysia seperti mana yang dinyatakan oleh Faridah dan Zubaidah (1999) di mana guru berhadapan dengan masalah sosial, anak muda yang terbiar dan masalah disiplin yang menakutkan serta disusuli pula oleh tekanan kerja yang kuat. Di samping itu, faktor beban tugas juga banyak mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di dalam bilik darjah guru berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang mana faktor ini dipercayai antara faktor yang menyebabkan guru-guru di sekolah menengah menghadapi tekanan. Guru-guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar yang suka membuat bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam kelas.

Tekanan dan stres dalam kalangan guru semakin membimbangkan pada masa sekarang. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), pada tahun 2005 ke atas kakitangan perguruan di seluruh negara mendapati sebanyak 69 peratus responden bersetuju mereka bekerja dalam keadaan stres. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan perasaan tekanan dalam kalangan guru. Menurut Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan, kekangan masa dan sumber, dan hubungan interpersonal.

Berdasarkan kajian oleh (Chua Bee Seok) (2004), tekanan kerja dalam kalangan guru merupakan isu yang kompleks. Majoriti guru dilaporkan mengalami tahap tekanan sederhana dengan faktor penyumbang utama termasuk beban tugas pentadbiran yang berlebihan, karenah pelajar, kekangan masa, serta kurangnya penghargaan dan sokongan daripada pihak pentadbiran. Kajian beliau turut mendapati bahawa tekanan yang dialami guru bukan hanya berpunca daripada tugas instruksional tetapi juga daripada persekitaran kerja yang tidak kondusif.

(Fazura Mohd Noor) (2011) dalam kajiannya ke atas guru-guru Sekolah Rendah Mubaligh di Kuala Lumpur mengukuhkan lagi dapatan ini dengan mengenal pasti tujuh dimensi tekanan termasuk hubungan dengan ibu bapa pelajar dan kekurangan sumber pengajaran. Beliau juga menemui perbezaan signifikan tahap tekanan berdasarkan latar belakang demografi seperti bangsa.

(Kamaruzaman Kamaruddin) (2007) pula menekankan salah laku pelajar sebagai faktor tekanan dominan dalam kalangan guru sekolah menengah disusuli oleh kekangan masa dan sumber serta kurang penghargaan.

Era pandemik COVID-19 menambahkan dimensi baharu dalam tekanan guru. (Shazarina Zdainal Abidin et al.) (2020) membuktikan peralihan mendadak kepada PdPR meningkatkan beban guru secara signifikan. Cabaran baharu termasuk penguasaan teknologi digital, penyediaan bahan baharu, dan isu akses internet pelajar.

Profesion guru sememangnya mencabar kerana mereka bukan sahaja mendidik tetapi juga berhadapan dengan karenah pelajar yang boleh menjejaskan prestasi kerja. Kajian menunjukkan 58% guru SJK(C) mengalami tekanan sederhana akibat karenah pelajar, manakala 32% berada pada tahap rendah dan hanya 10% pada tahap tinggi. Dapatan ini menyokong kajian Benmansour (1998) dan Pithers & Soden (1998) yang mendapati sikap pelajar kurang bermotivasi serta masalah disiplin menjadi punca utama tekanan guru, sementara Hart et al. dalam Abel et al. (1999) turut menegaskan bahawa salahlaku pelajar merupakan faktor berterusan. Selain itu, Punch & Tuettman (1990) menyatakan guru wanita lebih terdedah kepada stres akibat masalah disiplin murid, manakala Ahmad Azahari (1998) pula mendapati masalah murid merupakan punca stres dominan. Hal ini membuktikan bahawa faktor karenah pelajar memainkan peranan penting dalam meningkatkan tekanan kerja guru dan mengganggu kelancaran proses pembelajaran.

Tekanan dan stres dalam kalangan guru menunjukkan peningkatan yang tinggi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), tekanan didefinisikan sebagai perbuatan menekan, keadaan menekan atau keadaan tertekan, keadaan menanggung beban yang sukar ditanggung. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada tahun 2005, seramai 69 peratus daripada 9328 orang kakitangan perguruan di seluruh negara bersetuju bahawa mereka berkerja dalam keadaan stres (Utusan Malaysia, 29 Mac 2006). Hal ini demikian kerana tugasan guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas tetapi juga terdapat tugasan yang tidak berkaitan dengan pembelajaran (Lemaire, 2009).

Tekanan guru bukan sahaja disebabkan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tetapi, guru pada masa sekarang turut melakukan kerja-kerja di luar bidang mereka. Raja Maria Diana (2011) menyatakan guru di sekolah pada masa kini mengalami peningkatan tekanan akibat melakukan kerja-kerja pengkeranian seperti mengisi borang, menaip surat, menyediakan minit mesyuarat serta menjadi penasihat persatuan, kelab dan sukan. Ini selaras dengan pendapat Ahmad Azahari (1998) dan Aminah (1999), guru-guru yang menjalankan tugas secara berlebihan mudah menjadi

tertekan. Menurut Daeng Ramli

(1993) golongan guru sentiasa dibebani dengan tugas-tugas yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan

bidang tugasnya.

Emosi juga memainkan peranan penting kepada guru kerana guru perlu menjaga emosi dengan baik agar dapat melakukan kerja dengan baik. Menurut Kyriacou & Sutcliffe (1978) aspek kerja mereka menjadi punca tekanan yang akhirnya menyebabkan gangguan emosi. Guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja mendidik manusia tetapi memberi ilmu pengetahuan supaya menjadi seorang manusia yang berguna. (Raja Maria Diana, 2011)

Tekanan atau stres dalam kalangan guru semakin membimbangkan pada masa sekarang. Satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap tekanan guru-guru dari tiga buah sekolah yang dipilih di Wilayah Persekutuan. Dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan guru mengalami tekanan dalam tahap sederhana. Hal ini selaras dengan kajian Ahmad Shakir(1998), kajian Siti Rohani(1991) dan Siti Radziah(1982) yang mendapati bahawa kebanyakan guru yang dikaji berada pada tahap tekanan sederhana. Punca-punca yang menyebabkan keadaan ini ialah tugas-tugas yang diberikan kepada guru-guru terlalu berat dan menyebabkan mereka sukar untuk menyelesaikannya. Menurut Daeng Ramli (1993)  golongan guru sentiasa dibebani dengan tugas-tugas yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan bidang tugasnya. Kajian Mohamad Fauzi (1999) juga menyokong yang guru-guru sering tertekan akibat tugas-tugas luaran yang diberikan kepadanya.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Van Dick dan Wagner (2001) terhadap 557 orang guru mendapati bahawa beban kerja merupakan faktor utama stres dalam kalangan guru.Perkara ini turut memberi impak bukan sahaja dari segi mental malahan dari tingkah laku guru .Emosi,psikomatik dan fizikal guru akan terkesan akibat tekanan yang dihadapi (Nobile dan MeCormick, 2005).Oleh itu,kerajaan mecadangkan  inisiatif agar mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah bagi membantu mengawal pelajar yang sebelum ini dilaksanakan oleh guru-guru (Utusan Malaysia,22 Jun 2009).Inisiatif ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh guru dalam hal-hal sosial pelajar seperti urusan dokumen pelajar dan aktiviti di luar kelas.

Selain itu,kajian-kajian luar mendapati kekangan masa turut menjadi punca guru stres (Boyer,2009 ;Chaplain, 1995 ;Ages, 2011 ; Tang & Yeung

1999; Kim, 2006; Fun, 2008).Guru juga perlu memberi komitmen dengan kerja-kerja di luar waktu sekolah.Seringkali guru mengalami stres akibat tugasan yang berpunca daripada tugasan di luar pengajaran (Sheppard, 2008).Tidak dinafikan lagi bahawa tugas utama guru adalah untuk memenuhi tanggungjawab yang digalas seperti mengajar,menyediakan rancangan mengajar,menyediakan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran dan menanda buku (Rieg, Paquatte dan Chen, 2007).

Tekanan kerja guru berpunca daripada beberapa faktor utama. Kajian yang dijalankan di tiga buah sekolah di Wilayah Persekutuan mendapati bahawa kekangan masa merupakan faktor tertinggi dengan skor min 3.08, diikuti beban tugas (3.04), kurang penghargaan (2.80) dan karenah murid (2.70). Hal ini disokong oleh Koska dan Ramasut (1985) serta Chei (1996) yang mendapati guru sering tertekan kerana kekurangan masa, jumlah kelas yang banyak dan tugasan berlebihan. Mohamad Fauzi (1999) juga menegaskan bahawa guru sering terbeban dengan tugas luaran yang menambah tekanan mereka.

Selain itu, masalah penghargaan turut menyumbang kepada stres guru apabila usaha mereka kurang diiktiraf, selaras dengan dapatan Chei (1996) dan Mohd Razali & Abang Mat Ali (1998) yang menyatakan sikap pentadbir sering menjadi punca tekanan. Faktor karenah murid juga memberi kesan, khususnya berkaitan masalah disiplin seperti yang dijelaskan oleh Benmansour (1998) serta Punch dan Tuettman (1990). Tuntasnya, perkara ini menunjukkan bahawa tekanan guru perlu diberi perhatian serius agar tidak menjejaskan prestasi serta kesejahteraan mereka.

Antara punca utama tekanan kerja guru adalah beban tugas yang meningkat. Merujuk Razali, A. dan Ali, A. (2016), faktor beban tugas merupakan faktor yang mempengaruhi tekanan tertinggi kepada guru. Dalam pada itu, golongan guru sentiasa dibebani dengan tugas-tugas  yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan bidang. Beban tugas merujuk kepada tugas berlebihan yang diarahkan oleh pihak pentadbir ( Royo, M. A. & Woo, S. F., 2008 ).

Tekanan atau stres dalam kalangan guru semakin membimbangkan pada masa kini kerana beban tugas yang semakin meningkat. Berdasarkan kajian terhadap 40 orang responden mengenai tahap tekanan kerja sebagai seorang guru menunjukkan

bahawa sebahagian besar responden berada di tahap tekanan sederhana (22 orang) dan tahap tekanan rendah (16 orang) manakala sebahagian kecilnya sahaja berada di tahap tekanan tinggi (2 orang) (Kamaruzaman, K., 2007). Hal ini menunjukkan kebanyakan guru mengalami tekanan sederhana dalam menjalankan tugas mereka.

Selain mengajar di dalam kelas, guru juga perlu menguruskan kerja pentadbiran, menghadiri pelbagai mesyuarat serta melaksanakan aktiviti kokurikulum. Kebanyakan guru berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain yang banyak selain daripada mengajar (Kamaruzaman, K., 2007). Situasi ini menambah tekanan apabila guru berdepan dengan pelajar yang kurang berdisiplin dan bermasalah.

Berdasarkan  (Educational Guidance and Counseling Development Journal, 2021), pelajar yang tidak

sopan cenderung membuat emosi guru melonjak atau tidak stabil. Jelaslah bahawa, pelajar yang bermasalah dapat memberikan tekanan stres dalam kalangan guru.

Tekanan kerja dalam kalangan guru dilaporkan semakin meningkat. Berdasarkan kajian Self Report Teacher Stress oleh Dunham (1992), didapati bahawa 4.7% guru mengalami tahap tekanan kerja tinggi, 57.2% mengalami tahap tekanan kerja sederhana, manakala 37.2% lagi berada pada tahap tekanan kerja rendah.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada tekanan kerja guru. Salah satu faktor utama ialah salah laku murid yang semakin membimbangkan. Kajian Kamaruzaman (2007) turut menyokong bahawa salah laku murid merupakan punca utama tekanan kerja guru, diikuti oleh kekangan masa dan sumber, iaitu kemudahan serta peralatan mengajar yang tidak mencukupi. Selain itu, kurangnya penghargaan terhadap usaha guru juga menjadi penyumbang kepada tekanan kerja. Hal ini selaras dengan dapatan kajian Ramli (2003) yang mendapati bahawa kurangnya penghargaan daripada pihak pentadbir terhadap usaha guru merupakan punca utama stres, khususnya dalam kalangan guru bengkel sekolah menengah.

Tekanan terhadap pekerjaan guru semakin membimbangkan kerana guru memang berkecenderungan untuk berada dalam keadaan tertekan, murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran ( Mohamad Abdillah Royo & Woo Sew Fun ,2007 ). Perkara ini turut dikaji oleh pengkaji-pengkaji negara barat terhadap kesan pemboleh ubah moderator dalam melihat hubungan antara stres pekerjaan dan kesihatan mental serta diantara stres pekerjaan dan kepuasan kerja ( Chua B,S 2004) Perkara ini disimpulkan kerana guru mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap organisasi, tingkah laku jenis A (type A behavior) dan sokongan sosial adalah pemboleh ubah moderator dalam hubungan antara stres yang dialami dengan kesan-kesan stres. Kajian-kajian bidang stres juga telah dijalankan ke atas pelbagai kumpulan pekerja, termasuklah kumpulan guru di sekolah. Perkara ini diambil melalui 5 faktor utama yang memberi impak yang sangat besar terhadap keadaan mental guru iaitu salah laku pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan, kekangan masa dansumber serta hubungan interpersonal. ( Dunham 1992 )

UNICEF (2022) mengatakan tekanan ialah perasaan yang biasa seseorang alami apabila berada di bawah tekanan atau menghadapi kesukaran menghadapi sesuatu situasi. Edriena dan Shahlan (2025) mengatakan terdapat enam punca utama tekanan kerja iaitu beban kerja, kekangan masa, keletihan emosi, sikap pentadbir, persekitaran dan sikap dan masalah tingkah laku murid. Dipetik dari Berita Harian(2024), isu beban kerja guru hingga menjejaskan prestasi dan moral mereka bukan hal luar biasa. Hal ini kerap diperkatakan kerana ia menjadi antara faktor mengapa guru bersara awal. Sehubungan itu, sejak kebelakangan ini seringkali kedengaran isu-isu yang berkaitan tekanan kerja dalam kalangan guru yang mendapat perhatian pelbagai pihak. Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia(2006), satu kajian telah dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada tahun 2005 mengenai stres di kalangan 9328 orang kakitangan perguruan di seluruh negara mendapati 69 peratus responden bersetuju bahawa, mereka bekerja dalam keadaan stres.

Tekanan atau stres menjadi punca utama guru-guru menjadi murung dan mengalami tekanan jiwa .Perkara ini juga mendorong kepada penurunan bilangan guru dalam negara akibat guru berhenti kerja. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya stres ialah bebanan tugas , kekakangan masa dan masalah disiplin murid (Mohamad Abdillah Royo & Woon See Fun, 2008). Menurut Amalina dan Azita , faktor yang mempengaruhi tahap stres guru ialah faktor bebanan tugas , faktor penghargaan, faktor karenah murid dan faktor hubungan sesama rakan sekerja .

Kesan daripada tekanan atau stres kepada guru-guru sangat membimbangkan kepada masyarakat dan negara. Menurut Dr. Sapura Sipon (2007) ada menyatakan bahawa perkara ini boleh menjejaskan kualiti pendidikan sekaligus membantutkan usaha mewujudkan masyarakat yang membawa kepada kecemerlangan dalam mutu pendidikan negara. Fenomena stres boleh menjejaskan prestasi semasa kerja dan proses pengajaran guru ketika waktu kelas (Kinnunen,1989).

Menurut Manthei dan Solman (1988), Merret dan Wheldall (1993), Hart et al. (1995) dan Laughlin

(1984) faktor utama yang memberikan tekanan dalam kalangan guru ialah tingkah laku pelajar. Tingkah laku pelajar termasuklah ponteng dan belajar dengan sambil lewa menjadikan guru kurang bersemangat untuk mengajar di dalam kelas. Melalui kajian yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Daerah Johor Bahru bulan Januari 1998 hingga April 1998 untuk kategori sekolah menengah, jumlah kes ponteng  yang dicatatkan adalah sebanyak 617. Hal ini termasuklah kes ponteng kelas, sekolah, perhimpunan dan kokurikulum. Hal ini akan menimbulkan kesukaran kepada guru apabila guru perlu mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi pelbagai karenah pelajar di sekolah. (Wai dan Kwok,1995)

Selain itu, faktor kedua ialah kekangan masa. Guru perlu menghabiskan silibus pembelajaran dengan masa yang singkat. Tambahan itu, ujian yang perlu dijalankan juga mempunyai jarak masa yang dekat membuatkan guru tergesa-gesa dalam melaksanakan segala tugasannya. Melalui kajian yang dilakukan oleh Laughlin (1984) mendapati bahawa tekanan masa dan kekangan sumber merupakan penyumbang utama kepada tekanan kerja guru.

Dapatan menunjukkan bahawa seramai 57.2% guru mengalami tahap tekanan kerja sederhana, 37.2% mengalami tahap tekanan kerja rendah manakala hanya 4.7% guru yang mengalami tahap tekanan kerja tinggi. (Kamaruzaman Kamaruddin, 2007).  Antara faktor utama yang menyebabkan tekanan kerja guru ialah faktor karenah pelajar. Kajian Hart et al., dalam penulisan Abel et al., (1999) yang menyatakan bahawa salah laku menjadi faktor yang berterusan terhadap tahap stres seorang guru. Seterusnya, beban tugasan yang diberikan kepada guru menjadi faktor yang menyebabkan tekanan guru (Fazura, 2011).