PENGENALAN HUKUM TAJWID by ʜᴀᴢɪǫ Aᴋᴍᴀʟ

PENYUSUN ILMU TAJWID
Penyusunan ilmu tajwid yang berkaitan dengan cara membaca al-Quran memiliki sejarah yang panjang dan kompleks.Mengikut sejarah ilmu tajwid,Abu Muzahim al-Khaqani atau nama sebenarnya Abu Muzahim Musa bin Ubaidillah bin Yahya bin Khaqan Al-Khaqani Al-Baghdadi dianggap sebagai perintis dalam penyusunan ilmu tajwid.Beliau berasal dari Baghdad,Iraq(dinasti Abbasiyah).Beliau lahir pada tahun 248 Hijrah dan wafat pada tahun 325 Hijrah juga merupakan keturunan bangsawan dari kesultanan dinasti Abbasiyah.Kitabnya yang terkenal iaitu Qasidah Ra'iyyah fill al-Qurra membahaskan tentang pembahasan ilmu tajwid.sebagai contohnya,hak dan kewajipan huruf,kita haruslah menjaga makhraj setiap huruf dan mengikut hukum bacaan huruf tersebut seperti idgham dan qalqalah.

MATLAMAT MEMPELAJARI ILMU TAJWID
Pada pendapat saya,ilmu tajwid sangat penting bagi kita yang bergelar seorang muslim apatah lagi yang bergelar seorang "Hafizul Quran".Salah satu matlamat utamanya ialah dapat memelihara kemurnian bacaan al-Quran,ini dapat membantu memastikan bacaan al-Quran tidak terpesong atau salah sebutannya dari para pembaca,hal ini juga dapat menyebabkan makna ayat berubah dan terpesong, sekali gus boleh mendapat dosa jika tidak diperbaiki.Selain itu,ilmu tajwid dapat membantu meningkatkan kualiti bacaan agar lebih merdu,bermakna dan fasih,ini juga dapat tingkatkan minat untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran,sekali gus dapat memperdalamkan pemahaman terhadap kandungan al-Quran.

SUMBER ILMU TAJWID
Ilmu tajwid adalah ilmu yang mengajarkan cara membaca al-Quran dengan betul dan tepat.Terdapat pelbagai sumber ilmu tajwid mengikut sejarah dan arus pemodenan.Pertama, semestinya al-Quran kerana al-Quran adalah sumber utama segala ilmu dan merupakan kalam Allah S.W.T.

2) Hadis Nabi SAW,dibaca secara tartil dan indah.Diajarkan cara bacaan yang tepat kepada para sahabat.Nabi SAW juga menegur para sahabat yang salah bacaannya.

3) Amalan para sahabat  seperti Abu Bakar al- Siddiq,Umar bin Khattab,Ali bin Abi Talib dan Ubay bin Ka'ab yang belajar terus daripada Nabi SAW.Selain itu,Ubay bin Ka'ab juga dikenali sebagai pakar bacaan di Madinah.

4)Ulama Tabi'in dan Qurra(generasi selepas sahabat). Merekalah yang menyambung pengajaran bacaan al-Quran.Di samping itu, muncullah tokoh-tokoh qiraat seperti Ibn Kathir al-Makki dan Nafi' al-Madani

5) Penulisan ilmu tajwid pada zaman Khalifah Umawiyyah.Abu Aswad ad-Duali yang meletakkan baris dan titik pada al-Quran bagi memudahkan bangsa bukan Arab untuk membaca al-Quran.Selain itu,Abu Muzahim al-Khaqani menulis karya tajwid yang membincangkan asas hukum tajwid.

6)Kitab-kitab tajwid warisan ulama seperti al-Qasidah al-Khaqaniyyah karya Abu Muzahim al-Khaqani dan al-Muqaddimah al-Jazariyyah karya Ibn al-Jazari masih menjadi rujukan utama pelajar ilmu tajwid dan qiraat hingga kini.

لحن الجلي
-Kesalahan jelas,nyata.

-Kesalahan yang dapat merubah makna.

-Haram hukumnya jika dilakukan dengan sengaja atau tanpa usaha untuk memperbaiki

-Jika dilakukan dengan tidak sengaja tidak haram tetapi wajib belajar bagi memperbetulkannya.

-Antara kesalahan yang dapat merubah makna ketika ; Mengubah/Meninggalkan huruf, baris, perkataan,ayat

Contoh ayat ;  ❌ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَد  ✅   -   قَالَ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

menukar perkataan  قُلْ(katakanlah)  kepada  قَالَ(dia berkata). Yang membawa maksud penyampaian secara berita.

لحن الخفي
-Kesalahan tersembunyi, halus.

-Tidak merubah makna

-Makruh hukumnya, tetapi jika sengaja dan selalu melakukan kesalahan sedangkan dia tahu dikira berdosa  kerana  dikira meremehkan Al-Quran.

-Antara kesalahannya ; Meninggalkan/mengurangkan/melebihkan panjang mad, dengung, syaddah, tidak membunyikan qalqalah, tidak menyebut sifat atau makhraj huruf dengan tepat(tidak terlalu  ketara).

Contoh ayat ; ✅ مَن يَعْمَلْ (mim dibaca masuk kedalam huruf ya-mai)

Jika dibaca dengan sebutan (man ya'mal) salah❌ tetapi tidak berdosa.

Rukun bacaan Al-Quran adalah untuk;-
Memastikan bacaan Al-Quran itu sah dan diiktiraf sebagai wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah, maka para ulama' menetapkan 3 rukun utama

Rukun pertama ; Mutawatir
-Maksudnya, bacaan tersebut diriwayatkan melalui sanad yang "mutawatir" iaitu suatu bilangan perawi sahih yang mustahil bagi sesiapa untuk berdusta dikalangan mereka.

-Jika bacaan yang tidak mutawatir seperti 'qiraat syazah', maka ianya tidak dianggap sebagai Al-Quran dan tidak sah untuk dibaca di dalam solat.

Rukun kedua ; Bertepatan dengan Mushaf Uthmani
-Maksudnya, bacaan itu mestilah selaras dengan tulisan mushaf Mushaf Uthmani, iaitu mushaf yang disusun dan dibukukan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan.

-Tetapi, tidak semestinya semua mushaf sama pada hurufnya, kerana Mushaf Uthmani ditulis dengan rasm yang fleksibel untuk menerima qiraat seperti perkataan “مالك يوم الدين” → ada bacaan “Mālik” (dengan alif) dan “Malik” (tanpa alif), kedua-duanya sah kerana sesuai dengan rasm Mushaf Uthmani.

-Jika bacaan tidak menepati Mushaf Uthmani maka ia dianggap bukan Al-Quran walaupun sanadnya kuat.

Rukun ketiga ; Bertepatan dengan 'Wajah bahasa arab'
-Maksudnya, bacaan itu mestilah sesuai dengan kaedah bahasa Arab, sama ada dari segi Nahu atau Saraf. Kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab yang fasih.

-Jika bercanggah dengan wajah bahasa Arab, bacaan itu tertolak dan tidak dikira sebagai Al-Quran.

-Bacaan  " الْحَمْدُ لِلَّهِ"   “al-ḥamdu” dibaca marfū‘ (baris ḍammah) sebab ia mubtada’.

→ Kalau dibaca al-ḥamda (fatḥah) jadi mansub, salah nahu → tidak sah.

Kesimpulan
-Jika salah satu daripada rukun ini hilang maka bacaan itu tidak dianggap sebagai Al-Quran walaupun dibaca sebagai doa atau zikir masih diterima, tetapi tidak sah sebagai qiraat atau bacaan Al-Quran

DARI SEGI BAHASA (lughah):

Tajwid berasal daripada kata Arab جوّد – يُجوّد – تجويدًا yang bermaksud membaguskan, memperelokkan, memperindahkan sesuatu.

2. DARI SEGI ISTILAH (istilah ahli tajwid):

Tajwid ialah mengeluarkan setiap huruf daripada makhrajnya dengan memberikan hak-haknya (sifat asli huruf seperti jahr, isti‘la’, itd.) dan mustahaqq-nya (sifat yang datang kerana sebab tertentu, seperti idgham, ikhfa’, iqlab, dan lain lain lagi.) menurut kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama’.

SECARA RINGKASNYA: TAJWID = membaca al-Quran dengan betul, tepat pada makhraj dan sifat hurufnya, mengikut hukum bacaan yang disusun ulama’.

HUKUM TAJWID :

1. Dari segi hukum mempelajari tajwid

Fardu Kifayah → mempelajari ilmu tajwid (teori, hukum, istilah) supaya ada dalam kalangan umat Islam yang mahir dan dapat mengajarkan kepada orang lain.

2. Dari segi hukum membaca al-Quran dengan tajwid

Fardu ‘Ain → membaca al-Quran dengan tajwid yang betul (sekadar mampu), sebab al-Quran diturunkan dengan bacaan yang tepat.

Kalau seseorang baca tanpa tajwid sehingga mengubah makna (lahnu Jali ), hukumnya haram dan berdosa.

Kalau kesalahan kecil yang tidak mengubah makna (lahn khafi), tetap dikira salah dan tidak sempurna bacaannya, tapi tidak sampai haram.

Kesimpulan mudah:

📌 Belajar tajwid = fardu kifayah
📌 Membaca dengan tajwid = fardu ain

DALIL BERAMAL DENGAN TAJWID

1. Al-QUR'AN

Firman Allah Ta‘ala dalam Surah al-Muzzammil ayat 4:

> وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا

Maksudnya: “Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil (bacaan yang teratur, jelas dan betul.)

2. HADIS RASULULLAH ﷺ

Sabda Rasulullah ﷺ:

> “Sesungguhnya orang yang paling baik bacaannya ialah orang yang apabila kamu mendengar bacaannya, kamu tahu bahawa dia takut kepada Allah.”

(HR. Ibnu Majah, sahih)

📖 Faedah Mengetahui Hukum Tajwid
1.Menunaikan ibadah dengan sempurna
→ Bacaan al-Fatihah dalam solat wajib dibaca dengan betul; tajwid memastikan solat sah.

2.Mendapat pahala yang lebih
→ Membaca al-Quran dengan tajwid adalah cara yang betul sebagaimana diturunkan; setiap huruf diberi ganjaran.

3.Memelihara kesucian al-Quran
→ Tajwid menjaga kemuliaan dan keaslian al-Quran sejak ia diturunkan hingga hari ini.

4.Mendapat ketenangan hati
→ Bacaan al-Quran dengan tajwid lebih merdu, fasih, dan menenangkan jiwa.

📖 Kelebihan Ilmu Tajwid
Membaca al-Quran dengan tepat
– Menjamin bacaan mengikut sebutan huruf, panjang, pendek, dengung, dan sebagainya.

Mengelakkan kesalahan dalam bacaan
– Kesalahan kecil boleh mengubah makna; tajwid menjaga makna asal al-Quran.

Menyempurnakan ibadah
– Bacaan al-Fatihah dan surah lain dalam solat lebih sahih jika berlandaskan tajwid.

Meninggikan darjat di sisi Allah
– Orang yang mahir membaca al-Quran dengan tajwid akan bersama para malaikat yang mulia.

Menambah pahala bacaan
– Membaca dengan tajwid adalah membaca sebagaimana al-Quran diturunkan.