LMCR 1692 INSTITUSI KEKELUARGAAN MUSLIM by IKHWAN FAKHRUDDIN

MUHAMMAD IKHWAN FAKHRUDDIN BIN MOHAMAD (GB03110
TASK 1

Satu hadith berkaitan pendidikan kepada pasangan (keperluan/kewajipan)

Berikan huraian kepada hadis tersebut (1 stick note untuk hujah)

Huraian daripada aspek :

Kepentingan Hadith

Sasaran Hadith

Sumber asal keperluan hadith tersebut : menguatkan/menjelaskan ayat al-Quran yang mana?

Kaitan hadis dengan semasa (keperluan/situasi/isu)

Initial

HADITH BERKAITAN PENDIDIKAN KEPADA PASANGAN (KEPERLUAN/KEWAJIPAN).
BERBUAT BAIK TERHADAP ISTERI

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isteri-isterinya”

Hadith Riwayat At-Tirmizi. No 1162. Ibnu Majah, No 1987 .

KEPENTINGAN HADITH
Suami dituntut untuk sentiasa berlaku baik, lemah-lembut serta sabar dengan isteri dalam apa jua keadaan. Tambahan pula, wanita ini adalah ciptaan Allah SWT yang istimewa untuk kaum lelaki yang perlu dijaga akan kehormatannya dan memandunya ke arah mentaati Allah SWT dan melaksanakan segala syariat-Nya.

Wanita yang bergelar isteri merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada seorang suami kerana suami merupakan ketua dalam sebuah keluarga.

Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Islam menyarankan setiap suami wajib melayani isterinya dengan sebaiknya.

Sabda Rasulullah SAW:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي

Maksudnya: Sebaik-baik kalian ialah yang bersikap baik terhadap isterinya, dan Aku ialah orang yang terbaik daripada kalangan kamu terhadap isteriku.

(Riwayat al-Tarmidzi, Tuhfatu al-Ahwaziy, Jilid 4, hlm: 325).

Islam juga adalah agama yang sempurna, setiap hukum dan peraturan yang terdapat bukan hanya memihak kepada suami tetapi juga kepada isteri.

HURAIAN HADITH 1
Dalam menjalani kehidupan rumah tangga, setiap pasangan tidak dapat lari daripada menghadapi isu dan cabaran sepanjang melayari bahtera kehidupan.

Umumnya masyarakat kita hari ini jarang menghayati perkara ini mengikut tuntutan syariat bahkan lebih cenderung untuk mengikuti tradisi yang berlaku dalam masyarakat.

Tatacara kehidupan di dalam rumahtangga diperolehi daripada amalan tradisi masyarakat atau pengalaman yang diperolehi daripada keluarga tanpa berpandukan kepada ketentuan Allah dan Rasul-Nya.

Dalam Islam seorang suami diperintahkan untuk menunaikan hak-hak isteri, menjaga maruah isteri serta mengajar isteri perkara-perkara berkaitan dengan agama dan pembentukan peribadi.

Sedangkan apa yang ditimba dan dijadikan ikuti dari kalangan masyarakat dan keluarga pada hari ini kemungkinan besar jauh dari ketentuan Allah dan Rasul-Nya, sehingga sering para suami sanggup dengan terang-terangan melakukan pelanggaran terhadap hak-hak isteri dan menganggapnya suatu yang lumrah berlaku di dalam masyarakat.

Sebarang bentuk penganiayaan yang dilakukan suami terhadap isterinya seperti mengabaikan nafkah isteri, mendera atau memukul isteri tanpa ada sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara‘ adalah dilarang oleh Islam.

SASARAN HADITH
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan mahligai cinta yang di bina kekal hingga ke Jannah. Adat perkahwinan, sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri.

Sesekali berselisih faham adalah norma perkahwinan tetapi sekiranya dibiarkan berterusan tanpa jalan penyelesaian boleh menjadi virus yang melumpuhkan kebahagiaan suami isteri.

Sebagai seorang suami yang merupakan ketua keluarga haruslah bersikap rasional dan tidak terlalu mengikutkan perasan ketika membuat keputusan. Jangan terburu-buru bertindak menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan dan kesilapan yang isteri lakukan.

Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu dari Nabi Muhammad SAW , beliau bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ يُؤْذِيْ جَارَهُ، وَاسْتَوْصُوْا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا، فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ، وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْئٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلاَهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ، وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ، فَاسْتَوْصُوْا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا.

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, janganlah ia menganggu tetangganya, dan berbuat baiklah kepada wanita. Sebab, mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian atasnya. Jika engkau meluruskannya, maka engkau mematahkannya dan jika engkau biarkan, maka akan tetap bengkok. Oleh karena itu, berbuat baiklah kepada wanita.”

Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 5185, Kitab an-Nikaah. Muslim, No. 60, Kitab ar-Radhaa’, (II/1091).

Islam menyarankan suami berbuat baik terhadap isteri. Mendidik dan membimbing isteri hendaklah dilakukan dengan secara berhemah. Isteri merupakan amanah yang perlu dijaga dan dilindungi, bukan untuk dijadikan hamba atau pembantu rumah. Berikanlah bimbingan dan didikan yang baik kepada isteri dan hargailah segala penat lelah dan pengorbanan yang telah dilakukannya.

Jikalau suami mengimpikan seorang isteri sebaik Khadijah, maka dia perlul memperbaiki dirinya sebaik  Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW itu adalah ikutan dan contoh teladan yang baik.

KAITAN HADITH DENGAN SEMASA (KEPERLUAN/SITUASI/ISU).
Mutakhir ini keganasan rumah tangga yang berlaku terhadap isteri telah menjadi suatu kebiasaan yang berlaku di mana-mana sahaja.

Terkadang insiden yang berlaku disebabkan sesuatu perkara itu  tidak logik dan rasional serta alasan tidak munasabah, tetapi itulah yang realiti yang berlaku di dalam negara kita sendiri.

Tidak sepatutnya seorang suami memukul isteri dengan teruk dan kejam disebabkan isterinya tidak mengangkat telefon kerana tidak menyedari panggilan tersebut.

Rasulullah telah bersabda :

Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah.” (HR. Bukhari)

Implikasi yang buruk boleh terjadi jika suami mengabaikan pergaulan baik terhadap isteri, akan berlaku penindasan dan keganasan di dalam rumah tangga. Berlapang dada dan memaafkan isteri itu lebih baik untuk menjaga keharmonian rumah tangga serta menjadi kunci ketenangan jiwa.

Berbuat baik terhadap isteri bukan hanya memberi nafkah tetapi bercakap dengan lemah-lembut, bertoleransi, tidak menyakiti isteri dari segi mental dan fizikal, menerima kekurangan isteri, membantu isteri dalam menguruskan anak dan rumah.

INITIAL

HURAIAN HADITH 2
Segala bentuk bimbingan dan didikan terhadap isteri yang melakukan kesalahan hendaklah berpandukan syariat Islam dan dilakukan secara berperingkat.

Firman Allah s.w.t:

وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ

Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya)”

Islam telah mengariskan beberapa panduan jika seorang isteri melakukan kesalahan (nusyuz), antaranya ialah :

1. Memberi nasihat dengan cara yang baik, memberitahu apa yang dilakukan itu salah dan berdosa.

2. Jika nasihat tidak sedikit pun memberikan kesan terhadapnya, maka suami perlulah mengasingkan tempat tidur.

3.  Jika tidak sekatil pun tidak memberi apa-apa kesan, malah isteri tersebut terus nusyuz, maka diharuskan bagi pihak suami memukul isteri tersebut dengan syarat pukulan itu tidak sampai mencederakan atau melukakan.

SUMBER ASAL KEPERLUAN HADITH
Islam sentiasa menyuruh umatnya berbuat kebaikan. Ini termasuklah dalam perhubungan dan pergaulan suami dan isteri.

Maksud bergaul baik dalam syariah Islam adalah diambil daripada perintah Allah SWT di dalam al-Quran, firman yang bermaksud:

"… dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik…" (al-Nisa': 19).

Maksud bergaul dengan baik menurut Al-Jashsas dalam tafsirnya berpendapat:

"Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan para suami supaya bergaul baik dengan isteri-isteri mereka dengan baik, perkara yang baik itu ialah menunaikan hak-hak seorang isteri dengan membayar mas kahwinnya serta nafkah dan pemberian antara isteri-isteri (jika lebih dari seorang), juga tidak menyakiti isteri dengan bahasa yang kesat dan kasar serta ditegah dari memalingkan wajah dari si isteri".

(Al-Jashsas, Ahkam al-Quran, Jilid: 2, hlm: 109).

Islam sentiasa menyuruh umatnya berbuat kebaikan. Ini termasuklah dalam perhubungan dan pergaulan suami dan isteri. Setiap suami hendaklah bergaul dengan isteri-isteri mereka dengan cara yang baik.

Bukan hanya memberikan wang kepada isterinya sudah dikira sebagai berbust baik terhadap isteri, tetapi tiada langsung kemesraan dan asyik mencari kesalahan serta keburukan isteri semata-mata.

Ingatlah panduan dan pesanan Nabi Muhammad SAW berlemah lembut dan berhemah dalam mendidik isteri. Sematkan dalam diri, walaupun isteri ada melakukan sebarang kesilapan, anggaplah ia terjadi kerana emosi dan hormon yang tidak stabil.

Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang suami menegur dan menasihati isteri untuk memperbaiki kesilapan. Sesungguhnya isteri juga adalah manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Memaafkan itu lebih baik daripada menyakiti.

HURAIAN HADITH 3
Sekiranya semua langkah perlu sudah anda ambil, tetapi isteri masih belum sedar akan perbuatan nusyuznya, maka anda perlu pula mulakan langkah untuk tidak lagi kekal bersama sebagai suami isteri.

Langkah pertama yang dianjurkan Islam adalah melantik seorang wakil di pihak anda dan seorang di pihak isteri bagi membincangkan masalah kamu berdua.

Namun, sekiranya itu pun tidak dapat diselesaikan, bawakan kes ini ke muka pengadilan dunia. Bawa isteri ke sisi kaunseling, jumpa kadi atau apa sahajalah tindakan yang boleh memberikan kesedaran kepada isteri yang nusyuz itu.

Begitu teliti dan halus syariat Islam memberikan panduan buat suami dalam memberi didikan dan bimbingan buat isteri yang telah melakukan kesilapan atau kesalahan (nusyuz). Bukannya terus melaksanakan hukum dalam bentuk penindasan dan keganasan.